Terperinci Pakaian Setiap Watak It S Okay To Not Be Okay Dipadankan Mengikut Personaliti Tersirat Mereka


Meskipun ramai yang menonton drama “It’s Okay To Not Be Okay” kerana plotnya yang menyentuh perasaan tetapi ada juga yang tak sabar nak melihat gandingan yang serasi di antara Kim Soo-hyun yang tampan dan Seo Ye-ji yang menawan.
Nak buktikan betapa naskhah ini sangat teliti dalam menghidupkan setiap babak dan wataknya, mereka sanggup membina pelbagai set penggambaran yang unik seperti ‘Istana Yang Disumpah” dan juga ‘Hospital Psikiatri Okay’.
Bukan itu sahaja, rupanya pakaian yang dikenakan oleh setiap watak juga secara tersirat menggambarkan personaliti utama masing-masing. Hebat kan? Kata Jo Sang-yeong iaitu pengarah kostum untuk drama tersebut, dia mahu penonton memahami karakter setiap watak dengan sekali imbas sahaja.
Moon Gang-tae yang tidak menjaga dirinya
Bagi watak Moon Gang-tae yang dilakonkan oleh Kim Soo-hyun, konsep pakaiannya ialah ‘berbakti’. Disebabkan lelaki itu berkorban sepanjang hidupnya demi menjaga abangnya, dia gagal untuk menjaga dirinya sendiri. Pakaian yang ‘asas dan hambar’ menggambarkan dirinya yang tidak terjaga.
Pakaian utamanya ialah T-shirt yang sedikit besar dengan seluar panjang fesyen garis lama. Ia adalah hambar dan nampak biasa.. Sampaikan saya basuh pakaiannya berkali-kali supaya nampak sedikit lusuh.
Moon Sang-tae yang berada dalam spektrum autistik
Watak Moon Sang-tae yang dilakonkan oleh Oh Jung-se pula sering dilihat berulang kali menyarungkan baju berbelang. Rupanya ini diaplikasikan kepada watak tersebut selepas kajian mendalam dilakukan.
Saya mencari artis yang turut berada dalam spektrum (autistik) tersebut. Mereka dikatakan suka menggunakan corak yang sama dalam hasil kerja mereka. Jadi untuk menonjolkan diagnosis karakter tersebut, saya putuskan untuk memakaikannya pakaian berbelang berulang kali.
Pakaian unik adalah ‘perisai’ Ko Mun-yeong
Pakain yang disarungkan oleh Ko Mun-yeong iaitu watak yang dimainkan oleh Seo Ye-ji pula ialah bengis, menonjol dan unik. Kesemua elemen ini sebenarnya adalah mekanisme yang digunakan wanita itu sebagai pelindung kepada dirinya.
Menggunakan tema ‘gothic’ bagi menyamakan dengan tulisan bukunya, pakaian Ko Mun-yeong adalah berlawanan dengan keadaan dalam dirinya yang lemah.
Nam Ju-ri yang ceria dan menyenangkan
Bagi watak yang dibawa oleh Park Gyu-young iaitu Nam Ju-ri pula, pakaian yang disarungkan olehnya adalah untuk merembeskan elemen ‘baik hati’.
Pakaian Nam Ju-ri dipadankan dengan beberapa warna supaya dapat melahirkan suasana yang selesa. Ia juga untuk menggambarkan perwatakan dirinya yang naif dan lembut. Babak di mana dia memakai baju berwarna lavender dan ditutup oleh kot panjang berwarna merah adalah set pakaian yang paling sesuai untuk menggambarkan wataknya yang baik dan menyenangkan.
Kakitangan Hospital Psikiatri OK nampak lembut Bukan itu sahaja, pengarah kostum ini turut mendedahkan bahawa uniform berwarna lembut kakitangan ‘Hospital Psikiatri Okay’ juga membawa maksud tersendiri.
Drama ini cuba menonjolkan hospital psikiatri sebagai satu tempat yang sihat, menyembuhkan dan bukannya mengerikan. Dengan memberikan uniform berwarna pastel kepada setiap kakitangan, saya mahukan suasana yang tenang kepada hospital tersebut.
Sedikit pendedahan untuk penonton, pakaian yang disarungkan oleh Seo Ye-ji dan Kim Soo-hyun pada episod yang mendatang juga akan mula berubah sedikit demi sedikit, apabila kisah romantik di antara mereka mula mendalam.
Moon Gang-tae akan mula mengenakan pakaian yang mempunyai warna manakala Ko Mun-yeong pula akan mula menyarungkan pakaian yang lebih kasual dan selesa. Perubahan ini menandakan hubungan mereka yang semakin rapat.
Jangan main-main! “It’s Okay To Not Be Okay” mengambil serius mengenai segala aspek untuk memastikan penonton turut sama menjiwai drama ini. Mungkin anda tak perasan sebelum ini, tetapi kini mesti anda mula sedar tentang setiap perincian pada watak ini kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/terperinci-pakaian-setiap-watak-its-okay-to-not-be-okay-dipadankan-mengikut-personaliti-tersirat-mereka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakin Popular Dengan Drama It S Okay To Not Be Okay Kim Soo Hyun Tetap Merendah Diri

Semakin Popular Dengan Drama It S Okay To Not Be Okay Kim Soo Hyun Tetap Merendah Diri

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 395 hits
Drama terbaru It s Okay to Not Be Okay semakin mendapat sambutan hangat penonton dan berkemungkinan besar dapat menandingan drama Crash Landing on You lakonan Hyun Bing dan The King Eternal Monarch lakonan Lee Min ho Populariti drama terseb...
Drama Korean It S Okay To Not Be Okay

Drama Korean It S Okay To Not Be Okay

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 408 hits
Drama Korean It s Okay To Not Be Okay Drama korean terbaru berjudul It s Okay To Not Be Okay Mulai ditayangkan 20 Jun 2020 gandingan pelakon Kim Soo Hyun dan Seo Yea Ji Drama Korean It s Okay To Not Be Okay bersiar 16 episod penuh Bagi yang...
Ini Harga Fantastis Outfit Seo Ye Ji Di Drama Korea Populer It S Okay To Not Be Okay Kece

Ini Harga Fantastis Outfit Seo Ye Ji Di Drama Korea Populer It S Okay To Not Be Okay Kece

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 515 hits
Seo Ye ji sosok yang sedang viral karena pinggangnya terlihat sangat kecil saat akting di drama It s Okay to Not be Okay
Rating It S Okay To Not Be Okay Terus Meningkat Backstreet Rookie King Maker Cipta Rekod Peribadi

Rating It S Okay To Not Be Okay Terus Meningkat Backstreet Rookie King Maker Cipta Rekod Peribadi

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 404 hits
Drama SBS Backstreet Rookie dan TV Chosun King Maker The Change of Destiny telah mencatatkan rating tontonan tertinggi pada hari minggu Menurut Nielsen Korea episod keempat Backstreet Rookie telah mendapat skor purata sebanyak 4 6 peratus d...
Hanya It S Okay To Not Be Okay K Drama Dalam Top 10 Netflix Seluruh Dunia Kekal No 1 Di Malaysia

Hanya It S Okay To Not Be Okay K Drama Dalam Top 10 Netflix Seluruh Dunia Kekal No 1 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 301 hits
Ternyata percaturan Kim Soo hyun memilih It s Okay To Not Be Okay sebagai drama pertama selepas pulang daripada latihan khidmat ketenteraan berjaya apabila naskhah ini kini trending dalam kalangan peminat K Drama Kisah romantik dengan eleme...
Once Again Catat Rating Tertinggi It S Okay To Not Be Okay Terus Dapat Sambutan

Once Again Catat Rating Tertinggi It S Okay To Not Be Okay Terus Dapat Sambutan

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 310 hits
Drama KBS 2TV Once Again telah mencatatkan rating tontonan tertinggi sejak ia disiarkan Menurut Nielsen Korea Once Again telah mendapat purata skor sebanyak 28 9 peratus dan 33 0 peratus sekaligus mencatatkan rekod peribadi drama tersebut D...
Hiburan Demi Watak Boyish Elfira Loy Habiskan Rm2 000 Untuk Beli Pakaian Dan Kasut

Hiburan Demi Watak Boyish Elfira Loy Habiskan Rm2 000 Untuk Beli Pakaian Dan Kasut

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 466 hits
Mendedahkan dirinya memerlukan pakaian boyish untuk penggambaran telemovie Rahsia Malam Jumaat pelakon Elfira Loy dikhabarkan telah menghabiskan RM2 000 untuk membeli wardrobe bagi menjayakan karakter terbabit Pendedahan itu dikongsi Elfira...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Kek Lapis Penganan Pilah

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online