Sudah Separuh Jalan 3 Misteri Masih Menjadi Persoalan Penonton Dalam It S Okay To Not Be Okay
Sedar tak sedar, kita dah sampai pun ke pertengahan drama “It’s Okay To Not Be Okay”. Naskhah yang banyak bermain dengan emosi psikologi ini ternyata popular bukan sahaja di Korea malahan di seluruh dunia.
Meskipun dah cecah 8 episod namun masih banyak lagi persoalan yang bermain di minda penonton. Kisah silam Gang-tae (Kim Soo-hyun) dan Mun-yeong (Seo Ye-ji) yang penuh misteri membuatkan ramai tidak tidur lena memikirkan cerita sebenar di sebalik trauma mereka.
Trauma ‘rama-rama’ Gang-tae dan Sang-tae
Daripada episod pertama lagi, penonton telah disajikan dengan kisah ‘rama-rama’ yang sepertinya sudah menggugat kehidupan kedua adik-beradik itu sejak ibu mereka meninggal dunia. Selepas insiden mengerikan itu, Sang-tae (Oh Jung-se) sering mengalami mimpi ngeri dikejar oleh sekumpulan rama-rama sehingga membuatkan mereka sering berpindah-randah apabila tiba sahaja musim kemunculan ‘rama-rama’. Yang menghairankan ramai orang ialah apabila adik-beradik iu nekad itu pulang ke tempat asal mereka di mana bermulanya kisah rama-rama yang menghantui mereka buat sekian lamanya.
Ruang bawah tanah istana Mun-yeong
Satu lagi misteri yang masih lagi belum dirungkai ialah mengenai kawasan terlarang dalam ‘Istana Yang Disumpah’ iaitu bilik bawah tanah yang dikunci rapi daripada dijejaki oleh orang lain. Malahan Mun-yeong turut menghalang Sang-tae daripada memasuki bilik tersebut selain turut mengutarakan trauma lama yang mengelirukan, “Ibu saya dah mati” dan “Kesan darah masih ada lagi pada lantai bilik tersebut”. Bahkan wanita itu juga turut mengalami mimpi ngeri di mana dia seperti melihat kelibat ibunya meninggalkan bilik tersebut. Bukan itu sahaja, kematian ibu Mun-yeong terus kekal misteri.
Misteri di sebalik lagu ‘Clementine’
Lagu ‘Clementine’ yang menggegarkan seluruh wad psikiatri di Hospital Psikiatri OK sepertinya mempunyai kaitan dengan kisah silam Mun-yeong. Kisah mengenai lagu itu bermula apabila ayah kepada penulis tersebut, Go Dae-hwan (Lee Eol) yang mengalami sawan selepas mendengar suara perlahan yang menyenandungkan lagu tersebut. Lebih mengejutkan apabila lelaki tersebut mendedahkan bahawa mendiang isterinya suka menyanyikan lagu tersebut kepada si kecil Mun-yeong namun adakah wanita itu sebenarnya sedar maksud sebenar di sebalik lagu itu. Bagi yang tidak tahu, lagu ini membawa kisah seorang ayah yang hiba apabila mengenangkan anak perempuannya mati kerana jatuh lombong. Tapi apa kaitannya dengan Mun-yeong, hairan kan?
Pihak produksi “It’s Okay To Not Be Okay” mengatakan bahawa bahagian pertama drama ini lebih memberi fokus kepada kekurangan watak Moon Gang-tae, Moon Sang-tae dan Ko Mun-yeong namun bahagian kedua naskhah ini pula akan membongkar punca kepada trauma mereka tersebut.
Serius tak sabar nak tahu kisah sebenar di antara tiga watak utama ini. Misteri sungguh!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/sudah-separuh-jalan-3-misteri-masih-menjadi-persoalan-penonton-dalam-its-okay-to-not-be-okay/