Bukan Semua Ahli Pemimpin Dap Setuju Kerjasama Dengan Umno



(My Metro) – Kenyataan dibuat bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menunjukkan bukti jelas bukan semua ahli akar umbi atau pemimpin parti itu bersetuju keputusan bekerjasama dengan Umno membentuk Kerajaan Perpaduan.
Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berpandangan, ia menyebabkan pergolakan dalaman DAP itu sendiri kesan daripada kerjasama yang dipaksa.
“Bagi saya, bukan saja akan menjauhkan pengundi dalam PRN (Pilihan Raya Negeri) atau mana-mana pilihan raya selepas ini, tetapi juga akan menyebabkan kemerosotan sokongan ahli akar umbi dan berlaku peralihan undi secara automatik kepada parti politik lain dalam PRN akan datang.
“Inilah segelintir pemimpin DAP risau jika tidak ditangani dengan begitu baik, mereka juga akan terkesan terhadap apa yang dilakukan oleh kepimpinan tertinggi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Tony Pua sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dilapor menggelarkan Barisan Nasional (BN) sebagai ‘pakatan korup’ dengan label sama diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Perkara itu kemudiannya mengundang kritikan oleh pemimpin Umno antaranya Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mendesak kepimpinan DAP tidak sesekali meletakkan bekas Ahli Parlimen Damansara itu sebagai calon dalam PRN akan datang.
Mengulas lanjut, Mohammad Tawfik turut yakin sekiranya satu tindakan tidak diambil oleh DAP untuk menilai semula kerjasama politik atau menjernihkan perbezaan pandangan dalam parti itu, ia akan menyebabkan kesan kepada Kerajaan Perpaduan.
“Bagi saya sedikit sebanyak akan menyebabkan Kerajaan Perpaduan itu sendiri akan bergolak akibat daripada kegagalan menangani perbezaan pandangan dalam DAP itu sendiri.
“DAP sebelum ini jika ada perbezaan pandangan, mereka dengan mudahnya menutup perbezaan itu supaya tidak menjadi satu isu yang lebih besar.
“Tetapi pemimpin DAP hari ini secara terbuka mengkritik dan kemudiannya menyatakan perbezaan pandangan. Ini menggambarkan juga kepimpinan DAP hari ini gagal untuk menerajui atau memimpin begitu baik berbanding pada zaman Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng berkhidmat sebagai Pengerusi atau Setiausaha Agung,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/06/25/bukan-semua-ahli-pemimpin-dap-setuju-kerjasama-dengan-umno/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Ahli Muda Yang Enggan Bersama Syed Saddiq Diajak Sertai Dap

Pemimpin Ahli Muda Yang Enggan Bersama Syed Saddiq Diajak Sertai Dap

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 211 hits
Ilah Hafiz Azizillahhafiz abdulaziz bh com myKUALA LUMPUR DAP hari ini mempelawa pemimpin dan ahli Parti Ikatan Demokratik Malaysia yang tidak bersetuju dengan pendirian kepemimpinannya bertanding solo dalam Pilihan Raya Negeri kelak untuk ...
Kenapa Tidak Isham Jalil Saja Yang Cadangkan Supaya Umno Berpisah Dengan Dap

Kenapa Tidak Isham Jalil Saja Yang Cadangkan Supaya Umno Berpisah Dengan Dap

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 158 hits
Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Isham Jalil sambil membidas bekas Ahli Parlimen Damansara dari DAP Tony Pua kerana menggelar BN sebagai pakatan korup turut mencadangkan agar DAP segera meninggalkan UMNO Menurutnya Tony Pua dalam ha...
Dap Views Umno Like Old Rag Claims Pn Youth Chief

Dap Views Umno Like Old Rag Claims Pn Youth Chief

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 174 hits
Perikatan Nasional Youth chief Ahmad Fadhli Shaari has likened Umno and BN to an old rag used by the DAP to wipe their feet Fadhli said this was based on DAP former publicity secretary Tony Pua s remarks at last night s DAP Petaling Jaya fu...
Pemimpin Umno Digantung Keahlian Enggan Buat Rayuan

Pemimpin Umno Digantung Keahlian Enggan Buat Rayuan

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 107 hits
Penggantungan keahlian dan pemecatan ahli Umno dibuat tanpa mengikut prosedur jadi mengapa perlu merayu soal bekas ketua Umno bahagian Tebrau Maulizan Bujang Maulizan turut mempersoal keterbukaan Umno menerima kembali ahli yang dikenakan ti...
Shidan Jangan Cemburu Dengan Umno Kamu Bukan Ahli Umno Lagi Umno Pilih Ph Sebab Yakin Dengan Ph

Shidan Jangan Cemburu Dengan Umno Kamu Bukan Ahli Umno Lagi Umno Pilih Ph Sebab Yakin Dengan Ph

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 167 hits
Shahidan kata UMNO menumpang pada PH Jadi dia ajak UMNO berkerjasama dengan PN pula Dah itu bukan menumpang PN ke tu Sebelum ni UMNO berkerjasama dengan Mahiaddin tapi apa UMNO dapat Parti itu tidak dihormati oleh PN Lantikan menteri pun ik...
Nasihat Untuk Ahli Umno

Nasihat Untuk Ahli Umno

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 143 hits
Mohd Faisal Dalam politik saya suka mengambil kira peristiwa yang lepas2 sebagai ukuran atau panduan Apa yang berlaku hari ini adalah ulangan peristiwa yang hampir sama berlaku pada tahun 2015 dan 2016 Menjatuhkan orang yang sedang memegang...
Dilabel Pakatan Korup Tak Malu Ke Umno Bn Nak Undi Dap Kata Ahmad Fadhli

Dilabel Pakatan Korup Tak Malu Ke Umno Bn Nak Undi Dap Kata Ahmad Fadhli

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 199 hits
agendaily com24 06 2023Ketua Pemuda PAS dan Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari Tidak malukah penyokong UMNO Barisan Nasional untuk mengundi DAP apabila mereka dihina dengan label pakatan korup soal Ahmad Fadhli Shaari Ketua Pemuda Perik...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba