Dilabel Pakatan Korup Tak Malu Ke Umno Bn Nak Undi Dap Kata Ahmad Fadhli


agendaily.com24/06/2023
Ketua Pemuda PAS dan Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari.
Tidak malukah penyokong UMNO-Barisan Nasional (BN) untuk mengundi DAP apabila mereka dihina dengan label ‘pakatan korup’, soal Ahmad Fadhli Shaari.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu berkata mana harga diri penyokong dan pemimpin UMNO apabila pemimpin DAP sendiri melabel mereka sebagai ‘pakatan korup’ dan mempersoal sama ada mereka sanggup membentuk kerajaan negeri Selangor bersama.

“Percayakah kita sedang berdepan musuh teramat lemah di saat ini? Semalam bekas pemimpin DAP, Tony Pua labelkan BN sebagai pakatan korup.

“Saya nak tanya kepada kawan-kawan ahli BN, UMNO, tak malu ke nak undi DAP di Selangor? Kalau mereka (PH) ada kekuatan mereka nak bentuk kerajaan tanpa BN.

“Bagi pandangan DAP, BN adalah kain buruk yang diguna untuk lap kaki ketika basah. Ke bahasa saya kasar? Itu (cuma) kiasan. Kita tak bermusuhan dengan BN tetapi masalah UMNO adalah di peringkat atasan. Itu sebelum PRN. Maknanya kamu menunggu masa untuk dibuang,” katanya semasa Konvensyen Pilihan Raya PN Selangor yang diadakan hari ini.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu membangkitkan kenyataan Pua semalam yang berkata penyokong Pakatan Harapan (PH) perlu membuktikan “sebuah parti berbilang bangsa yang bersih dan tidak korup” boleh melakukan lebih baik “berbanding pakatan korup seperti BN, UMNO dan Bersatu”.

Susulan apa yang berlaku ke atas BN, Ahmad Fadhli secara sinis berkata, adakah ahli BN, khasnya rakan-rakannya dalam gabungan parti itu sanggup untuk mengundi DAP pada pilihan raya nanti?

Beliau menyeru mereka supaya jangan boikot PRN sebaliknya mengalu-alukan ahli BN khasnya UMNO untuk mengundi PN.

“Untuk kawan-kawan, ahli BN dan UMNO, maka dalam PRN ini, buat pilihan yang tepat. Takkan tergamak nak pangkah logo DAP di dalamnya.

“Mana pergi lagu anak kecil main api sehingga mengalir air mata? Bagi kawan-kawan bukan Melayu, percayalah kalau anda masih sokongan kerajaan PMX, anda memberikan sokongan selesa kepada mereka sedangkan keadaan ekonomi pun mereka tak boleh nak jaga.

“(Nilai) ringgit menghampiri nilai rahmah RM5. Itu sebabnya kita berdepan kerajaan cukup rapuh. Insya-Allah PN, kita adalah adik-beradik dan bersatu untuk tawan Selangor,” katanya lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/dilabel-pakatan-korup-tak-malu-ke-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Punca Ekonomi Gelap Ketua Pemuda Jawab Pua Kritik Umno Korup

Dap Punca Ekonomi Gelap Ketua Pemuda Jawab Pua Kritik Umno Korup

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 242 hits
freemalaysiatoday com 24 Jun 2023 Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata Pua seharusnya sedar ekonomi negara melalui zaman gelap sepanjang 22 bulan pentadbiran PH dan DAP Dr Akmal Saleh minta DAP ambil tindakan terhadap Tony Pua manakala ...
There S A Distinction Between Pas Dap Alliance In Pakatan Rakyat To Current Umno Dap Rapport

There S A Distinction Between Pas Dap Alliance In Pakatan Rakyat To Current Umno Dap Rapport

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 336 hits
SO there seems to be a distinctive trait between PAS DAP alliance during the heydays of Pakatan Rakyat from that of existing UMNO DAP working relationship In refuting the superficial statement from UMNO which equated the Islamist party s pr...
The Umno Dap Alliance Only Weakens Both Parties As They Thrive On Siege Mentality

The Umno Dap Alliance Only Weakens Both Parties As They Thrive On Siege Mentality

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 245 hits
Both parties may not be aware that their new found friendship could eventually backfire on them FUGITIVE blogger Raja Petra Kamarudin has cautioned UMNO and DAP against believing that their political influence will strengthen now that they ...
Prn Jadi Kayu Ukur Akar Umbi Umno Dap

Prn Jadi Kayu Ukur Akar Umbi Umno Dap

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 166 hits
satuberita myBy June 21 2023Terdahulu DAP dijemput ke Perhimpunan Agung UMNOMENJELAN Pilihan Raya Negeri yang bakal berlangsung di enam negeri tidak lama lagi sokongan dalam kalangan akar umbi Umno terhadap DAP dan sebaliknya terus menjadi ...
State Polls To Test Loyalties Of Umno Dap Grassroots

State Polls To Test Loyalties Of Umno Dap Grassroots

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 299 hits
The cooperation between BN and PH was more important for Umno as DAP was still able to defend its traditional seats in the urban areas Without Umno DAP and its fellow PH components might still win in developing areas Questions are swirling ...
Analysts State Polls Acid Test For Umno Dap Alliance

Analysts State Polls Acid Test For Umno Dap Alliance

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 220 hits
Umno s fall from being the leader of a BN led government to its new role as one of 19 parties in Prime Minister Anwar Ibrahim s Madani administration raised questions about the party s survival Having been reduced to only 26 Parliament seat...
Lhdn Siasat Hamzah Belum Pun Dakwa Kamu Kata Nak Burukkan Parti Kamu Lhdn Tak Serbu Kalau Tak Ada Pasal

Lhdn Siasat Hamzah Belum Pun Dakwa Kamu Kata Nak Burukkan Parti Kamu Lhdn Tak Serbu Kalau Tak Ada Pasal

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 181 hits
Dia buat salah bila disiasat dia kata helah politik murahan untuk burukkan partinya Kalau main bola umpama dia tackle player lawan sampai kawan tu berusung dalam stretcher bila kena kad merah dia cakap pengadil sengaja nak bagi kalah pasuka...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah