Bukan Rakyat Sahaja Tak Setuju Tukar Kerajaan Pakar Ekonomi Pun Setuju Kekal Pn

Ekoran  khabar angin tentang kemungkinan pertukaran kerajaan sekali lagi dalam  waktu terdekat ini, ada pihak menyuarakan kebimbangan akan kesan  perubahan tersebut kepada ekonomi negara yang semakin meruncing. 
Bagi pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai, pertukaran kerajaan tersebut, iaitu peluang untuk membina  semula ekonomi negara daripada sifar. Jika ini berani dilakukan.
“Sebab lebih mudah untuk bermula dari kosong (sama ada kerajaan bertukar atau pun tidak). 
“(Terpulang)  Sama ada Muhyiddin Yassin dan pasukannya berani nak mengemukakan  (pendekatan) ini. Contohnya, industri pelancongan, perhotelan, dan  pengangkutan udara memang dah habis, hancur. Kalau nak cuba baiki, tak  ada guna.  
“Kita perlu mula dari kosong (start from scratch), model baru,” katanya. 
Mengulas  lanjut, katanya, penutupan ekonomi ekoran perintah kawalan pergerakan  (PKP) sejak 18 Mac lalu, telah menggencat ekonomi, termasuklah  perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang teruk terjejas. 
Barjoyai  menjangkakan pertumbuhan ekonomi pada kadar -5 peratus dalam suku tahun  kedua, dan meletakkan harapan pertumbuhan akan pulih pada suku tahun  keempat nanti, selepas melalui tempoh paling mencabar. 

Prof Dr Barjoyai Bardai.Katanya,  dianggarkan lebih 2 juta orang akan diberhentikan kerja dalam tempoh  beberapa minggu akan datang, dan golongan yang kehilangan sumber  pendapatan ini sudah pasti akan turut mengharapkan bantuan kerajaan. 
“Siapa-siapa  yang mengambil alih kerajaan ini, dia akan mengambil alih kerajaan yang  dibebani dengan semua keadaan ini. Adakah ini masa yang terbaik untuk  dia mengambil alih?  
“[...] Tapi, tak tahulah, mungkin Tun (Dr  Mahathir Mohamad) atau Anwar (Ibrahim) rasa mungkin inilah masa terbaik  kerana, kita berada di bawah, jadi kita boleh pacu ekonomi kita ke  hadapan dengan adunan baru,” katanya lagi.(sedangkan semasa sebelum covid-19 kerajaan PH gagal dalam meningkatkan ekonomi - MR)
Setakat  ini, majoriti pentadbiran PN masih terbukti. Bagaimana pun PH menjalankan psywar kononnya mereka ada 129 kerusi. 
Sekiranya (mengikut cakap andaian) kerajaan benar-benar bertukar, Barjoyai  menjangkakan kerajaan baru mungkin akan menghentikan segala rancangan  ekonomi yang lama, dan membina semula ekonomi dari kosong dengan model  baru. 
“Jadi, positifnya ada kerajaan baru adalah kemungkinan itu (bermula semula dari kosong),” katanya.(entah mampus terus- MR)
Bagaimanapun,  tegasnya, sama ada kerajaan bertukar atau pun tidak, bukanlah satu isu  yang terlalu besar memandangkan “hero tidak didendang” sebenarnya adalah  kakitangan kerajaan yang bekerja siang malam untuk memikirkan rancangan  pemulihan negara. 
Bagi seorang lagi pakar ekonomi dari  Universiti Putra Malaysia, PM Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, beliau  berpandangan pertukaran kerajaan secara tiba-tiba hanya akan memberi  kesan lebih buruk buat ekonomi negara. 
Sekiranya berlaku  pertukaran kerajaan dalam masa terdekat, katanya, ekonomi negara akan  terjejas memandangkan ia pasti turut melibatkan pertukaran menteri,  sekaligus menyebabkan inisiatif, polisi dan dasar yang sedang dilakukan  untuk membaik pulih ekonomi, tergendala. 
Katanya juga, keyakinan  pelabur juga akan terjejas ekoran ketidakpastian polisi, sekaligus  menjejaskan perancangan awal pelabur, baik yang domestik mahupun dari  luar negara. 

Ahmed Razman Abdul Latiff.Namun,  tambah Razman, kesan lebih buruk akan dirasai rakyat yang sedang  berdepan kehilangan pekerjaan dan penutupan perniagaan, lebih-lebih lagi  Jabatan Perangkaan Negara meramalkan kemelesetan ekonomi negara akan  berlanjutan untuk tempoh empat hingga enam bulan lagi. 
“Sudah tentu kita memerlukan kerajaan yang dapat fokus untuk memulihkan ekonomi dan bukan bergelut dengan peralihan kuasa. 
“Sekurang-kurangnya  kita berharap jika berlakunya peralihan kuasa sekali lagi, ianya  dilakukan di dalam landasan yang betul seperti di parlimen dan bukan  secara tiba-tiba kerana tumpuan utama pada masa ini ialah ekonomi dan  kesejahteraan rakyat,” katanya.
MR :  Kesimpulan kekalkan PN
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/bukan-rakyat-sahaja-tak-setuju-tukar.html