Hanya Dua Tokoh Harimau Asia Mampu Kembalikan Kerajaan Mandat Rakyat


Oleh SYAZMIR HARIZ NOORAZALANJune 6, 2020 
Umum mengetahui bahawa keretakan yang berlaku dalam Perikatan Nasional (PN) sejak ia diwujudkan kini sudah sampai ke kemuncaknya. Parti-parti yang bergabung untuk mewujudkan sebuah kerajaan tanpa mandat rakyat semakin hari semakin berbeza hala tuju mereka.Umno-BN kekal dengan pandangan mereka bahawa parlimen harus dibubarkan segera bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan semula, namun ia tidak dipersetujui oleh sebahagian pimpinan Pas dan Bersatu.Kini, ura-ura sebilangan wakil-wakil rakyat untuk kembali semula kepada Pakatan Harapan (PH) semakin kerap didendangkan. Kata Pegarah Komunikasi PKR, YB Fahmi Fadzil, ‘Jika tiada angin masakan pokok boleh bergoyang!’ membuktikan bahawa khabar angin ingin menjadi berita yang benar. Setelah timbalan menteri Kerja Raya, YB Dr.Shahrudin meletakan jawatannya dalam kerajaan PN, ura-ura semakin menjadi benar.Aksi patah semula wakil-wakil rakyat ini ke pangkuan pembangkang akan menjadikan jumlah kerusi kerajaan PN akan seri ataupun minoriti berbanding PH menyebabkan kerajaan itu tergantung. Tindakan ini membolehkan kumpulan yang mempunyai kerusi majoriti menubuhkan kerajaan baru.Persoalan yang timbul adalah, mampukan PH bersama sekutunya mencapai kata sepakat formula apa yang akan digunakan pakai dalam membentuk barisan Jemaah menteri mereka terutamanya calon perdana menteri.Persoalan ini bukan sahaja menjadi sekadar soalan, malah ia adalah racun paling berkesan yang digunakan oleh musuh PH dan sekutunya agar kesepakatan antara mereka gagal dicapai. Cabaran utama dalam hal ingin mengambil-alih semula kerajaan ialah bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir Mohamad akan berkolaborasi kali ini. Cabaran ini nampak sukar untuk diatasi, kerana masing-masing mempunyai keupayaan masing-masing dan latar belakang kisah yang mempengaruhi kedudukan politik mereka.Secara ringkas untuk diperkatakan, tugas pimpinan DAP, AMANAH, PKR, Warisan, YB Bersatu kem Tun M dan wakil-wakil rakyat bebas yang berpihak kepada pembangkang telah lama selesai. Selesai dalam erti kata tugas untuk mengembalikan semula kerajaan mandat rakyat ini. Usaha mereka untuk sentiasa berunding dan menyusun strategi telah dijalankan sebaik mungkin.Bukan itu sahaja, malah semua ahli parti termasuk penyokong PH dan sekutunya telah berfungsi sebagai petugas hadapan menjalankan perang saraf dan serangan kepada pimpinan PN sehingga berjaya mempengaruhi rakyat agar kerajaan pilihan rakyat dikembalikan. Kini, peranan pelari pecut terakhir bagi larian pecutan menegakkan semula kerajaan mandat rakyat ini adalah Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir. Kedua-dua tokoh inilah yang akan menyudahkan tugasan terpenting ini agar kerajaan PH dan sekutunya berdiri semula.Anwar Ibrahim memegangkan tali prinsip perjuangan terkuat itu harus diadun dengan pengalaman Tun M untuk menjalankan tugas ini. Kedua-duanya mempunyai kekuatan yang gagal diperoleh terutamanya musuh-musuh mereka. Keakraban dan keserasian mereka semasa memimpin Malaysia dari tahun 1993 hingga 1998 sangat dikenang. Inilah menjadi perkara yang dicemburui dan ditakuti oleh musuh PH dan sekutunya. Jika PH dan sekutunya berjaya mencapai kerjasama ini, bersedialah melihat sebuah kerajaan mandat rakyat dikembalikan. Tun M perlu bersama Anwar dan Anwar perlu bersama Tun M.Saya tidak pasti apakah perasaan kedua-dua tokoh ini semasa mereka memerintah Malaysia sehingga digelar ‘Harimau Asia’ satu ketika dahulu. Bagaimanakah prinsip perjuangan mereka semasa itu, sehingga mampu meletakkan Malaysia sama taraf dengan negara-negara yang pesat membangun. Yang pasti adalah rakyat sejahtera dibawah mereka, rakyat menikmati kemakmuran yang diagihkan mengikut keadilan sosial yang telah dipersetujui.Apa sahaja yang disebutkan oleh dua tokoh ini, menjadi ungkapan dunia dan diiktiraf. Saya mengimbas kembali kisah kegemilangan ini, kerana kita rakyat Malaysia tidak mahu terus menerus duduk dalam kerajaan minoriti ini, dan mengharapkan agar PH dan sekutunya kembali semula sebagai kerajaan. Dengan sentuhan mereka berdua negara jadi makmur dan sejahtera, kini masa untuk peristiwa hebat itu dikembalikan, diapit pula dengan tokoh-tokoh PH, Warisan dan kem Tun M, pastinya Malaysia akan kembali ke depan.Kami rakyat bawahan tidak mengetahui apakah disebalik kata hati tokoh harimau asia ini. Mungkin kami tidak mengerti kepahitan yang tokoh-tokoh ini lalui. Namun, kami mengharapkan tugas tearkhir agar kerajaan mandat rakyat dapat dikembalikan dapat dijalankan dengan sempurna oleh kedua-dua tokoh ini. Jika ia tidak berjaya, rakyat terpaksa menunggu pilihan raya umum yang akan datang untuk kembali bertempur. Ada jaminankah ketika itu, perlawanan yang dijalankan sama rata dan sama adil supaya yang benar-benar majoriti akan menang? Tiada siapa yang boleh bagi jaminan.Bagaimana formasi kerjasama antara Anwar dan Tun M, biarlah pimpinan PH dan sekutunya yang bijaksana laku aturkan. Kami rakyat bawahan mempunyai harapan yang tinggi agar Anwar Ibrahim dan Tun M akan bekerjasama secara tuntas untuk mengembalikan semula kerajaan mandat rakyat.Kami yakin, kedua-dua tokoh ini mempunyai pengalaman dan prinsip politik yang jelas, dan bersedia untuk mendahului kepentingan rakyat dari segala-galanya. Dua tokoh ulung ini benar-benar nadi perjuangan rakyat marhaen, bantulah kami dan dukunglah kami. Kini masanya sudah tiba bahawa PH dan sekutunya meneruskan apa yang telah direncanakan selama 22 bulan dan terus memperkasakan agenda reformasi Malaysia sehingga kembali menjadi Harimau Asia!* Syazmir Hariz Noorazalan adalah AJK Biro Komunikasi Pemuda AMANAH Selangor, Naib Ketua Pemuda AMANAH Gombak dan Ketua Pemuda AMANAH Caw. Gombak Setia.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/hanya-dua-tokoh-harimau-asia-mampu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Setuju Benarkan Rakyat Malaysia Berulang Alik Ke Singapura Untuk Bekerja Hanya Tunggu Rundingan Selesai

Kerajaan Setuju Benarkan Rakyat Malaysia Berulang Alik Ke Singapura Untuk Bekerja Hanya Tunggu Rundingan Selesai

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 294 hits
Kerajaan bersetuju membenarkan rakyat negara ini untuk berulang alik ke Singapura atas tujuan bekerja Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata negara juga bersetuju untuk melakukan ujian swab kepada mereka yang terlibat sekirany...
Covid 19 Hanya 2 Kali Ganda Setiap 3 Minggu Di India Asia Selatan

Covid 19 Hanya 2 Kali Ganda Setiap 3 Minggu Di India Asia Selatan

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 369 hits
GENEVA 14 Syawal 1441H Sabtu Angka kes wabak COVID 19 di India dan Asia Selatan bertambah dua kali ganda setiap tiga minggu kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia Bagaimanapun epidemik itu tidak menunjukkan peningkatan secara mendadak di wilayah...
Kerajaan Pn Batal Harga Maksimum Ron95 Diesel Rakyat Bakal Terbeban Lagi

Kerajaan Pn Batal Harga Maksimum Ron95 Diesel Rakyat Bakal Terbeban Lagi

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 204 hits
Pada 11 Jun 2020oleh PENTADBIR ROKETBelum pun reda kemarahan rakyat terhadap peristiwa pembebasan bekas ketua menteri Sabah Musa Aman daripada pertuduhan 46 kes rasuah dan pengubahan wang haram hari ini rakyat Malaysia mendapat khabar pula ...
Costacurta Dedahkan Hanya Mampu Bertahan 15 Minit Untuk Kawal Messi

Costacurta Dedahkan Hanya Mampu Bertahan 15 Minit Untuk Kawal Messi

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 214 hits
Legenda AC Milan Alessandro Costacurta sememangnya mempunyai reputasi hebat dalam karier bola sepak profesional dan turut dilabel sebagai antara pemain pertahanan kental yang pernah dilahirkan AC Milan dan Itali Beliau yang hanya semusim di...
Rakyat Patuh Sop Sejak Pkp Lagi Kerajaan Zahir Rasa Terima Kasih

Rakyat Patuh Sop Sejak Pkp Lagi Kerajaan Zahir Rasa Terima Kasih

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 282 hits
Semalam merupakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan yang berkuatkuasa bermula 10 Jun 2020 Kelonggaran yang diberi oleh kerajaan terutamanya berkaitan rentas negeri telah melegakan ramai rakyat Malaysia Hari pertama PKPP ke...
Sekejap 129 Sekejap 107 Mana Yang Betul Kena Tanya Anwar Umno Fokus Bantu Kerajaan Dan Rakyat Shahril

Sekejap 129 Sekejap 107 Mana Yang Betul Kena Tanya Anwar Umno Fokus Bantu Kerajaan Dan Rakyat Shahril

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 396 hits
Mula mula 129 kemudiannya sekarang 107 Ahli Parlimen jadi kena tanyalah angka apa yang sebenarnya beliau ada demikian reaksi spontan Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa P...
Pemberian Rm50 Ke Dompet Digital Hanya Untuk Rakyat Yang Memuat Turun Aplikasi Mysejahtera

Pemberian Rm50 Ke Dompet Digital Hanya Untuk Rakyat Yang Memuat Turun Aplikasi Mysejahtera

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 817 hits
Menerusi sidang media perkembangan terkini PKPB oleh Menteri Kanan Datuk Sri ismail Sabri pada hari ini telah menekankan tentang pemberian e dompet bernilai RM 50 perlulah memuat turut dahulu aplikasi Mysejahtera Katanya dalam sidang media ...
Pelitup Muka Kerajaan Hanya Galak Kalau Diwajibkan Boleh Didenda Rm1 000

Pelitup Muka Kerajaan Hanya Galak Kalau Diwajibkan Boleh Didenda Rm1 000

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 372 hits
DR Noor Hisham Abdullah menyambut 1 Syawal bersama petugas kesihatan di Hospital Putrajaya FOTO BERNAMA SEKIRANYA kerajaan mahu mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi mengekang COVID 19 mereka yang ingkar boleh dikenakan denda maksima RM1 0...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp