Rakyat Hidup Sukar Akibat Pkp Kerajaan Pahang Kekal Cukai Tinggi



Majikan di Pahang menghadapi kesukaraan berganda akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan ditambah sikap Kerajaan Negeri yang enggan memberi diskaun cukai kepada mereka.
Dalam kenyataan bersama 9 ADUN Pakatan Harapan (PH) Pahang, mereka berpendapat pembuangan pekerja mungkin tidak dapat dielakkan pada masa hadapan sekiranya majikan kekal berhadapan dengan kesukaran perniagaan tanpa pembelaan Kerajaan Pahang.
“Penstrukturan semula Kadar Cukai Tanah Baharu diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun lepas dan 80% remisyen diberikan oleh Kerajaan Negeri bagi Tanah Perindustrian dan Pertanian menyebabkan kadar Cukai Tanah baru terutama untuk tanah perindustrian meningkat 4 kali ganda berbanding kadar lama.
“Tempoh kritikal memerangi pandemik Covid-19 ini telah menjejaskan pendapatan dan keuntungan setiap individu dalam semua sektor secara langsung atau tidak langsung.
“Selama hampir 2 bulan, kebanyak premis perniagaan tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor yang menawarkan perkhidmatan penting. Walaupun pembukaan semula ekonomi diizinkan pada PKPB, namun untuk perniagaan pulih semula ianya memerlukan masa. Oleh itu, peranan Kerajaan Negeri dalam memberi sokongan amat penting,” kata kenyataan bersama itu.
Menurut mereka, berdasarkan laporan terhadap kajian impak PKP pada bulan Mac dan April, nilai sektor pembuatan menurun sebanyak 3% daripada RM 113.5 bilion kepada RM 110.2 bilion, indeks sektor pengeluaran perindustrian juga menyusut sebanyak 4.9% pada bulan Mac dengan sektor pembuatan menurun sebanyak -4.2%, perlombangan menurun -6.5% dan elektrik sebanyak -7.0%.
Manakala untuk sektor perkhidmatan ianya menunjukkan penurunan dari 18 Mac sehingga 18 April. Sektor perkhidmatan pada tempoh tersebut dijangka menjana RM 83.29 bilion yang bermaksud penurunan sebanyak 38.6% daripada anggaran purata hasil sebulan.
Peratusan penurunan, kata mereka, amat drastik dengan sektor hiburan dan rekreasi lebih daripada – 90%; makanan dan minuman -86.4%; hartanah -79.6%; penginapan -77.5%; pengangkutan dan penyimpanan -69.9%; profesional -53.0%; perdagangan dan peruncitan -36.6%; kesihatan swasta -21.4%; pendidikan swasta -2.4% dan maklumat serta komunikasi 2.0%
“Kami sebagai ADUN PH Pahang ingin mencadangkan beberapa usul berkenaan dengan cukai tanah agar dapat diringankan
“Kami mencadangkan Kerajaan Negeri melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah untuk 3 bulan dari 31 Mei 2020 ke 31 Ogos 2020 bagi meringankan beban rakyat; memudahkan cara pembayaran cukai itu secara ansuran dan melanjutkan tempoh bayaran balik sehingga ke 12 bulan terutama jenis tanah perindustrian dan pertanian.
“Juga Kerajaan Negeri mengkaji semula kadar Cukai Tanah Perindustrian dan Tidak Bersyarat yang masih 4 kali ganda dengan mengembalikan kadar cukai kepada kadar asal untuk tempoh 3 – 5 tahun ke hadapan,” kata mereka lagi.
Mereka turut menyatakan rasa prihatin ke atas survei khas yang digerakkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia tentang kesiapsiagaan simpanan dan kewangan individu serta majikan yang menurut agensi berkenaan hanya dapat bertahan 1- 4 bulan sahaja.
Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa 50% majikan dan pekerja adalah tidak bersedia dari segi kewangan sepanjang tempoh PKPB. Bukan itu sahaja, tempoh simpanan kewangan untuk 77.2% majikan dan 82.7% pekerja pula mampu bertahan 2 bulan sahaja.
“Jika merujuk kepada hasil keputusan kajian, majoriti rakyat sedang menghadapi masalah kewangan tidak kira majikan ataupun pekerja. Wang simpanan dan keuntungan yang diperolehi sebelum ini, kemungkinan besar telah digunakan untuk membayar perbelanjaan sepanjang tempoh PKP .
“Sehubungan itu, kami berharap Kerajaan Negeri yang dipimpin Datuk Seri Wan Rosdy menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat yang bergelut membayar hutang-hutang bank termasuk cukai tanah yang bakal tamat tempoh bayarannya pada 31 Mei ini, dengan menerima cadangan yang kami kemukakan,” kata mereka lagi.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh ADUN Semambu Lee Chean Chung, ADUN Bilut Lee Chin Chen, ADUN Ketari Young Syefura Othman, ADUN Sabai D Kamache, ADUN Triang Leong Yu Man, ADUN Tanah Rata Chiong Yoke Kong, ADUN Teruntum Sim Chon Siang, ADUN Mentakab Woo Chee Wan dan ADUN Tras Chow Yu Hui.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27810

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akibat Gopoh Kerajaan Kedah Kekal Bawah Ph

Akibat Gopoh Kerajaan Kedah Kekal Bawah Ph

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 712 hits
Ini ke akhlak Islam sampai bernafsu sangat nak jadi MB sampai lupa ni bulan puasa bulan mengawal nafsu Rupanya hanya dengan Sidang Akhbar dan Memorandum tidak mencukupi untuk menukar kerajaan di Kedah Daulat Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sult...
Pkpb Boleh Kembali Menjadi Pkp Sekiranya Rakyat Ingkar Arahan Dan Sop Yang Ditetapkan

Pkpb Boleh Kembali Menjadi Pkp Sekiranya Rakyat Ingkar Arahan Dan Sop Yang Ditetapkan

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 490 hits
Datuk Seri Ismail Sabri dalam Sidang Media Harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia bahaya PKPB boleh ditamatkan dan kembali menjadi PKP sekiranya rakyat ingkar dengan peraturan dan garis pandua...
Kerajaan Negeri Pahang Hanya Laksana Pkpb Di Zon Hijau

Kerajaan Negeri Pahang Hanya Laksana Pkpb Di Zon Hijau

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 432 hits
KUANTAN Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Pahang hanya melibatkan premis di kawasan yang diklasifikasikan sebagai zon hijau dengan pematuhan prosedur operasi standard ditetapkan kerajaan negeri Setiausaha Kerajaan Pahang ...
Jual Semula Mercedes Bantu Rakyat Kerajaan Kelantan Diingatkan Supaya Tidak Masuk Neraka

Jual Semula Mercedes Bantu Rakyat Kerajaan Kelantan Diingatkan Supaya Tidak Masuk Neraka

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 361 hits
Sham GhazRM3 5 Juta untuk beli Kereta Mercedes Benz Exco Kerajaan Kelantan boleh 70 buah rumah Faqir Miskin bernilai RM50 000 Jika bagi sebuah rumah kepada 3 faqir miskin yang Ebit Lew pergi bayarkan sewa tu dah banyak mana rakyat miskin Ke...
Sejak Pn Perintah Rakyat Makin Terbeban Dengan Kos Sara Hidup

Sejak Pn Perintah Rakyat Makin Terbeban Dengan Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 350 hits
Rakyat merungut ekoran kenaikan harga barang basah atau keperluan asas yang naik mendadak menjelang Aidilfitri yang bakal tiba Ahli Parlimen PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata dalam keadaan mereka terpaksa menghadapi norma baharu susulan wabak...
Persediaan Sambut Aidilfitri Sedikit Suram Rakyat Kekal Patuh Elak Penularan Covid 19

Persediaan Sambut Aidilfitri Sedikit Suram Rakyat Kekal Patuh Elak Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 291 hits
SHAH ALAM 19 Mei Sebut sahaja sambutan Aidilfitri ia pastinya menggambarkan suasana yang meriah dengan pelbagai hidangan yang lazat sebagai meraikan kemenangan umat Islam yang menjalani ibadah puasa selama sebulan Aktiviti kunjung mengunjun...
Covid 19 Kerajaan Pn Gagal Persiapkan Rakyat Hadapi Syawal

Covid 19 Kerajaan Pn Gagal Persiapkan Rakyat Hadapi Syawal

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 360 hits
Pada 23 Mei 2020Kenyataan Media Bersama Nor Miswary Ramli dan Iskandar Fareez pada Jumaat 22 Mei 2020 Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam telah memutuskan untuk tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri Keput...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak

Lawatan Presiden Cina Kominis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hael Husaini Nadeera Meriah Lain Macam

Hadiah Abel 2025 Disandang Oleh Kashiwara

Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam