Kerajaan Baru Kedah Isma Tawar Kerjasama Bangun Ekonomi Islam


ainulillia
Perkasa agenda Melayu Islam, jadikan NGO rakan kerjasama strategik

BANGI – Pentadbiran baharu kerajaan negeri Kedah diingatkan supaya memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat dan bukan berhasrat menghapuskan parti lawan semata-mata. 
Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya berharap, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang baru dilantik akan mentadbir serta memimpin negeri dengan lebih baik dan telus.
Beliau juga diharapkan dapat memperkasakan lagi agenda-agenda Islam dan bangsa Melayu khususnya di negeri Kedah Darul Aman.
“Jangan ulangi kesilapan kerajaan terdahulu, baik pada zaman Pakatan Rakyat, Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat dan mula bekerja keras membangunkan negeri Kedah dengan bersungguh-sungguh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Aminuddin turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut dan mahu negeri Kedah sentiasa terbuka kepada sebarang kerjasama dalam konteks masyarakat Islam dan Melayu.
“Kami, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang mempunyai cawangan-cawangan dan capaian-capaian yang meluas dan kuat di negeri Kedah akan sentiasa menjadi pemantau kepada perjalanan pentadbiran negeri Kedah.
“… serta sentiasa bersedia dan berbesar hati untuk menawarkan bakti kami untuk sama-sama membangunkan negeri Kedah terutamanya dalam konteks masyarakat Islam dan Melayu,” katanya.
Dalam pada itu, kerajaan negeri Kedah yang baharu ini juga diminta agar tidak mengabaikan peranan NGO dan menjadikan NGO sebagai rakan kerjasama strategik bagi membangunkan negeri.
“Banyak bidang yang boleh kita usahakan bersama terutamanya dalam membangunkan ekonomi umat Islam khususnya memperkasakan Kempen Beli Produk Muslim (BMF) di peringkat negeri Kedah secara rasmi.
“Akhir sekali, kita mendoakan agar negeri Kedah akan dapat ditadbir dengan cemerlang yang akhirnya memberi manfaat yang melimpah ruah kepada rakyat. Insya-Allah,” katanya.
Semalam, Muhammad Sanusi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah baharu hari ini di Wisma Darul Aman selepas Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memperkenankan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Jeneri itu sebagai Menteri Besar.
Sultan Kedah memberi perkenan pelantikan Muhammad Sanusi sebagai menteri besar baharu selepas mendapat majoriti ADUN mengikut peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/kerajaan-baru-kedah-isma-tawar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Baru Kedah 10 Exco Kedah Dilantik Tampilkan 4 Muka Baharu

Kerajaan Baru Kedah 10 Exco Kedah Dilantik Tampilkan 4 Muka Baharu

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 439 hits
Sidang media memperkenalkan barisan Exco Perikatan Nasional Kedah di Bilik Gerakan Negeri Wisma Darul Aman Alor Setar hari ini ALOR SETAR Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ...
Pn Dijangka Bentuk Kerajaan Baru Di Kedah Ahad Ini

Pn Dijangka Bentuk Kerajaan Baru Di Kedah Ahad Ini

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 369 hits
Rakyat Kedah berkemungkinan besar akan mendapat kerajaan dan menteri besar baru Ahad ini Ketua Pembangkang Muhammad Sanusi Md Nor juga dijangka dilantik sebagai menteri besar menggantikan Mukhriz Mahathir Menurut sumber Sultan Kedah Sultan ...
Mb Kedah Baru Muhammad Sanusi Angkat Sumpah 2 Petang Ini

Mb Kedah Baru Muhammad Sanusi Angkat Sumpah 2 Petang Ini

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 378 hits
KUMPULAN wartawan mula berkumpul di hadapan Wisma Darul Aman bagi liputan sidang media dan majlis angkat sumpah Menteri Besar baharu ALOR SETAR Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor dijadual mengangkat sumpah jawatan Ment...
Amanah Mukhriz Bincang Isu Kerajaan Kedah

Amanah Mukhriz Bincang Isu Kerajaan Kedah

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 310 hits
MALAYSIAKINIAmanah Kedah berpendapat jika ada Adun Pakatan Harapan atau Bersatu negeri itu mahu berpaling tadah memberikan sokongan kepada kumpulan Muafakat Nasional mereka perku membuat kenyataan rasmi mengenainya Pengerusi Amanah Kedah Ph...
Kedah Siap Sedia Pemimpin Pas Dilantik Mb Baru

Kedah Siap Sedia Pemimpin Pas Dilantik Mb Baru

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 396 hits
GEORGE TOWN Satu jadual yang menyenaraikan upacara angkat sumpah menteri besar Kedah yang baru esok tersebar dalam kalangan PAS yang dijangka kembali menerajui kerajaan negeri itu selepas kalah kepada Barisan Nasional pada 2013 Jadual yang ...
Mb Baru Ikrar Jadikan Kedah Periuk Nasi Malaysia

Mb Baru Ikrar Jadikan Kedah Periuk Nasi Malaysia

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 321 hits
ALOR SETAR Menteri Besar Kedah yang baru Muhammad Sanusi Md Nor berikrar menyingkirkan imej negeri termiskin dengan mengambil langkah drastik membasmi kemiskinan dan memfokuskan ekonomi berasaskan pertanian Katanya Kedah di bawah kepimpinan...
Jadual Angkat Sumpah Mb Kedah Baru Tersebar

Jadual Angkat Sumpah Mb Kedah Baru Tersebar

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 613 hits
Kedah siap sedia pemimpin PAS dilantik MB baru Satu jadual yang menyenaraikan upacara angkat sumpah menteri besar Kedah yang baru esok tersebar dalam kalangan PAS yang dijangka kembali menerajui kerajaan negeri itu selepas kalah kepada Bari...
Kedah Kerajaan Mukhriz Tumbang

Kedah Kerajaan Mukhriz Tumbang

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 520 hits
SUNGAI PETANI Umpama retak menanti belah Kerajaan Pakatan Harapan Kedah sudah sampai ke garisan penamat apabila dua adun PKR Azman Nasaruddin dan Dr Robert Ling Kui Ei secara rasminya mengishtihar keluar parti dan menyokong sepenuhnya kepim...
Belum Ada Yang Belot Kerajaan Ph Kedah Masih Berfungsi

Belum Ada Yang Belot Kerajaan Ph Kedah Masih Berfungsi

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 257 hits
Kenyataan pemimpin kanan Pas beberapa hari ini disifatkan sebagai perang saraf menekan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan Kedah kerana belum ada seorang pun ADUN yang belot menyertai Perikatan Nasional Menurut Pengerusi Amanah Kedah Phahr...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Happy Birthday Adik Mijan

Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Bukan Mahram Yang Tak Boleh Bersalam