Preview Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Sri Petaling
Bertemakan #ThrowbackRamadhan, Buffet Ramadhan di Hotel Sri Petaling pada tahun ni akan berlangsung dari 8 Mei hingga 3 Jun 2019. Pelbagai jenis hidangan tradisional yang bakal disajikan nanti akan buat korang mengimbau detik nostalgia berbuka puasa bersama keluarga.
Kambing Panggang okpos laa kena ada kan.
Asam Pedas Daging Tetel
Masak Lemak Telur Itik
Ikan Patin Tempoyak Pahang
Siput Sedut Masak Lemak
Asam Pedas Daging Tetel lembut ja dagingnya, Ikan Patin Tempoyak Pahang dan Masak Lemak Telur Itik boleh bikin bertambah nasi. Siput Sedut tu Mama tak rasa tapi Mama tengok Nina makan boleh tahan banyak juga, sedap ler tu agaknya.
Kailan Ikan Masin
Rendang Ayam
Mee Rebus kuahnya secukup rasa, sedap hirup slurp slurp slurppp!
Sup Gear Box ni fuhhh terangkat!
Satay plak Mama suka yang daging, memang terasalah perapannya.
Kawasan favourite Mama hehe
Kuih muih plak…Pulut Panggang dan Kuih Seri Muka memang kena dengan tekak Mama. Apam Balik Cheese pun ada, pertama kali Mama rasa 2 keping konpem tak cukup.
Apam Balik Cheese dan Coklat
Seri Muka dan Pulut Panggang
Bubur Jagung
Bubur Kacang
Kek Tiramisu
Haaa Kek Tiramisu tu fuhhh terasa pahit pahit manis, berulang kali Mama makan..berebut rebut ngan Kak Long dan Nina hehehe.
ABC dan cendol pun ada.
Harga Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Sri Petaling Kuala Lumpur
Harga Buffet Ramadhan untuk kali ni ialah RM79.00 nett untuk dewasa dan RM39.00 nett untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun. Untuk warga emas pula, ada diskaun 20%.
Kemudahan Lain
Bagi Mama, ruang makan disini cukup luas dan selesa, malah boleh memuatkan sehingga 200 orang. Tambah rasa meriah dengan alunan ‘live’ musik. Tandas bersih, surau dekat dan ada tempat wuduk dalam surau jadi senang nak berwuduk. Haa bab parking pun senang gak.
Makan sampai buncit! hehehe
Overall Mama puas hati dengan hidangan yang disajikan, memang banyak yang sedap dan kena dengan selera Mama. Kalau korang ada apa apa pertanyaan atau nak buat tempahan untuk Buffet Ramadhan 2019 di Hotel Sri Petaling ni, korang boleh hubungi nombor di bawah ni yer. 
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |