Buffet Ramadhan 2019 Iftar Sesama Bangi Golf Resort Bangi


Tak sampai sebulan Ramdhan akan bakal tiba, pasti bulan yang penuh mulia ni banyak aktiviti yang dirancang untuk menyambut puasa. Masa ni lah berpeluang berkumpul dengan keluarga dan sanak saudara berbuka bersama-sama. Mama sendiri pun ada planning untuk berkumpul dengan keluarga dan berbuka bersama di rumah mahupun di luar. Oh ya kalau sebut sahaja Bangi Golf Resor atau BGR ni memang tempat ni adalah tempat berbuka puasa paling popular di sekitar sini. 

Untuk tahun ini mama berpeluang untuk preview buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort. Memang mama tak akan lepas peluang sebab makanan-makanan di sini semuanya sedap-sedap. Sebab apa BGR ni tempat paling popular untuk berbuka? Kerana harga buffet yang sangat berpatutan dengan lebih 200 jenis makanan daripada hidangan traditional Melayu, masakan ibu di kampung, hinggalah kepada hidangan Barat untuk cita rasa lebih moden. 
Dengan bertemakan "Iftar Sesama" bolehlah bawa seisi keluarga untuk berbuka puasa di sini. Bukan sahaja buffet berbuka puasa malah banyak kebaikan lain yang tersirat di sebalik tema ini iaitu seiring dengan maksud "sesama" itu sendiri iaitu "bersama". Bagi mereka yang berbuka di sini mereka juga dapat berkongsi pahala kerana Restoran BGR akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang Ramadhan al Mubarak ini kepada Islamic Relief Malaysia (IRM). Dengan sumbangan ini dapatlah membantu bagi golongan kurang yang bernasib baik. 

Masa hari preview di BGR ni kanak-kanak la paling teruja sebab ada soopa doopa yang membuatkan kanak-kanak memang akan lupa untuk makan. Hahaha iyerlah asyiknya melompat ajer sampai tak ingat dunia. Time dia orang lapar barulah pergi makan lepas tu sambung la melompat balik. Bagus tarikan macam ni mak pak boleh makan dengan tenang. Tapi make sure kena perhati juga anak-anak mau terjatuh ker apa ker siapa yang susah yer tak. 


Setiap tahun, menu paling eksklusif sepanjang Ramadhan adalah dari aroma Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak yang menggamit selera pengunjung, selain Satay Ayam dan Daging serta Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang dimasak di depan mata semua pengunjung. 



Tidak ketinggalan Nasi Ayam dengan teknik penyediaan yang sempurna. Ayam dipanggang secukupnya bersama sos BBQ ala Oriental, memberikan rasa empuk dan berjus, manakala nasinya gebu, berkilau dan penuh rasa untuk dinikmati bersama sos kicap soya yang pekat dan sos cili buatan sendiri. Seriously korang wajib cuba Nasi Ayam ni memang sedap dan lain dari yang lain. Pasti sekali rasa korang akan suka dengan rasa tekstur nasi yang unik dan penuh rasa



Nasi Kerabu bersama ulam-ulam organik yang dipetik sendiri oleh chef-chef dan apatah lagi jika dimakan bersama serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis, keropok ikan, ayam goreng berempah dan gabungan ulam-ulaman serta bunga kantan, kubis bulat, ulam raja, daun selom, kacang panjang selain budu berserta hirisan limau nipis dan cili sebagai penyedap rasa. Malah bunga Telang yang menghasilkan warna biru pada nasi Kerabu ni adalah datangnya dari kebun BGR sendiri

Di bahagian masakan India pula, tersedia Ayam Varural, Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam  Mamak untuk digandingkan bersama nasi kukus. 

Memang sesuai konsep "Kebun Dalam Bandar" sememangnya sesuatu yang bermakna dan menjadi kebanggaan Restoran BGR dengan mengenegahkan bahan mentah yang ditanam sendiri khususnya bagi masakan Melayu dan traditional. Bagi menambah keterujaan, pada tahun ini di bahagian ulam-ulaman dan kerabu, pengunjung restoran akan turut diberi peluang memetik sebahagian daripada ulam-ulaman tersebut terus dari pokoknya. Di seksyen ini juga jangan terlepas mencuba Laksa Singapore dan Ipoh Hon Fun yang menyelerakan. 


Dari dapur Barat pula, pengunjung pasti dikejutkan dengan keenakan Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma yang dimasak segar, selain sajian pasta kegemaran keluarga Spaghetti dan Penne dengan sos bolognese ayam atau carbonara. 


Sementara itu, apa makanya berbuka puasa tanpa manisan dan pencuci mulu yang enak belaka. Deretan pencuci mulut disediakan di pentas buffet Iftar Sesama ini. Antaranya Churros Sepanyol dengan Sos Coklat Pekat, Tiramisu Itali, serta seleksi kuih-muih Melayu termasuk Kuih Lapis (merah putih), Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan, Apam Mekar, Koci, Seri Muka Pandan, Kuih Bakar Hijau, Pulut Kuning Rendang Daging, Pulut Kuning Serunding Kelapa, Pulut Inti, Putri Ayu dan Lopez Pulut.

Selain itu, terdapat juga Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Creme Brulee Cake, Red Velvet Swiss Roll, Orange Jaffa Swiss Roll, Purple Velvet bersama Cream Cheese Swiss Roll, Green Tea Cheese Cake, Caramel Blueberry Filling Cake, Chocolate Cake bersama Choco Cream, Chocolate Cake bersama Peanut Cream, Sweet Potato bersama Tam, Caramel Mousse, G3 Mousse, Cendol Mousse, Ong Lai Mousse, Purple Velvet Yogurt dan Oreo Cheese Cake. 
Sebagai penghilang dahaga pilihannya adalah Kordial Mangga, Kordial Anggur, Air Tebu, Soya Ros, Teh Bunga, Teh Tarik, Kopi dan Teh serta buah-buahan.



Di buffet BGR juga menyediakan khas untuk pengemar buah Durian dan bolehlah makan sampai kenyang di sini. Selain itu, terdapat persembahan nyanyian yang mendendangkan lagu untuk halwa telinga pengunjung ketika berbuka puasa. Dan tidak dilupakan Surau di BGR kini lebih luas bagi menampung lebih ramai jemaah dan lebih selesa manakala kemudahan tandas dengan kemudahan umpama tandas 5 bintang. Turut disediakan lebih 800 lot parkir percuma untuk pengunjung agar tidak berlaku kesesakan. 




Pasti berbaloi untuk berbuka puasa bersama keluarga tersayang dengan harga yang cukup berpatutan dan boleh menikmati lebih 200 hidangan mewah dan enak serta berkualiti dari dapur Melayu, Barat dan Timur di BGR. Untuk tempahan dalam talian di laman web BGR atau talian telefon

HARGA BUFFET RAMADHAN BGR RESTAURANT
Dewasa : RM59.00 nettKanak2 : RM29.00 nett

Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh layari :-
BANGI GOLF RESORT RESTAURANTNo 1 Persiaran BandarBandar Baru Bangi43650 Selangor
Telefon : 03-8925 3728 | 1-700-81-8557
Email : [email protected] : www.bgrrest.comFacebook : www.facebook.com/bangigolfresortInstagram : @bangigolfresortofficial
Love,


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mamajue.com/2019/04/buffet-ramadhan-2019-iftar-sesama-bangi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Iftar Sesama 2019 Buka Puasa Buffet Ramadan Murah Di Bangi Golf Resort

Iftar Sesama 2019 Buka Puasa Buffet Ramadan Murah Di Bangi Golf Resort

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 610 hits
IFTAR SESAMA 2019 BUKA PUASA BUFFET RAMADAN MURAH DI BANGI GOLF RESORT Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua boleh di katakan setiap tahun selama 4x Ramadan kami sekeluarga WAJIB iftar dan berbuka puasa bersama sama di Bangi Golf Reso...
Iftar Sesama Di Bangi Golf Resort Menikmati Buffet Ramadhan Serendah Rm59

Iftar Sesama Di Bangi Golf Resort Menikmati Buffet Ramadhan Serendah Rm59

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 630 hits
Iftar Sesama Di Bangi Golf Resort Menikmati Buffet Ramadhan Murah Pejam celik pejam celik tinggal lebih kurang sebulan je lagi bulan Ramadhan bakal tiba Untuk korang yang memang tradisinya suka berbuka puasa dan menikmati buffet Ramadhan be...
Bufet Murah Iftar Sesama Di Bangi Golf Resort 2019

Bufet Murah Iftar Sesama Di Bangi Golf Resort 2019

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 467 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera Seperti tahun tahun yang lepas apabila menjelang Bulan Ramadhan Bangi Golf Resort mengambil kesempatan untuk mengajak insan insan tersayang untuk berbuka Iftar Sesama di sini dengan pakej berbuka yang termura...
Iftar Ramadan 2019 Iftar Sesama Bangi Gold Resort Harga Rm59 Jer

Iftar Ramadan 2019 Iftar Sesama Bangi Gold Resort Harga Rm59 Jer

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 514 hits
Assalamulaikum First time BBL dapat invitation majlis berbuka puasa kat Bangi Gold Resort ni Terus excited nak datang bila rakan blogger bagitau memang tak menyesal datang cuba menu bakal dihidangkan sepanjang bulan ramadan nanti Bertema If...
Kembara Iftar Ramadhan Buffet 2019 Weil Hotel Ipoh

Kembara Iftar Ramadhan Buffet 2019 Weil Hotel Ipoh

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 654 hits
This year WEIL Hotel Ipoh chose the theme Kembara Iftar meaning Journey of Ramadan in which they will showcase two Ramadan menus featured on a rotation basis It is the journey of discovering the Visit http www sinfully delicious net to cont...
Buffet Ramadan 2019 Iftar Warisan Rasa Cyberview Resort Spa Cyberjaya

Buffet Ramadan 2019 Iftar Warisan Rasa Cyberview Resort Spa Cyberjaya

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 1364 hits
Assalamualaikum semua Tahun 2019 ini Cyberview Resort Spa Cyberjaya membawa selera sajian Warisan Rasa kepada pelanggan terutama penduduk Cyberjaya Sepang Putrajaya Bangi Puchong Kajang Bandar Saujana Putra Nilai dan sekitarnya Boleh la dat...
Buffet Ramadhan 2019 The Everly Putrajaya

Buffet Ramadhan 2019 The Everly Putrajaya

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 1174 hits
Bulan ramadhan menjelang tiba Pejam celik pejam celik setahun dah berlalu ramadhan yang lepas Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh barakah yang mana pada bulan inilah seluruh umat Islam berlumba lumba untuk meraih pahala bukan sahaja denga...
Buffet Ramadhan 2019 Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2019 Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 707 hits
Hanya tinggal sebulan lebih sahaja lagi umat Islam akan menyambut Ramadhan yang mulia Mesti ramai yang buat persediaan untuk menyambut Ramadhan dengan puasa ganti atau persiapan Raya dan sebagainya Oleh itu bukan itu sahaja malah mama dapat...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching