Buffet Ramadhan 2019 Dari Dapur Ummi Sunway Putra Hotel Kl
TINGGAL TAK SAMPAI SEBULAN LAGI KITA AKAN MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN. SUDAH PASTI RAMAI DI ANTARA KITA YANG MENCARI-CARI ‘PORT’ BERBUKA PUASA YANG BEST DAN MENAWARKAN PELBAGAI JENIS MENU BERBUKA PUASA DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN.
Bagi korang yang pernah menikmati Buffet Ramadhan di Coffee House, Level 9, Sunway Putra Hotel, KL tentu dah tahu betapa enjoynya berbuka puasa di sini. Terdapat pelbagai jenis makanan, lebih dari 100 jenis okay.Macam biasa, korang boleh pilih menu yang ada, nak masakan Melayu, Asian mahupun Western. Semuanya sedap!
Nasi Hujan Panas
Selaku Eksekutif Chef Rosham Rosli, beliau sudah sebati dengan selera tekak kita di bulan puasa. Dengan tema Buffet Ramadhan Dari Dapur Ummi, ianya pasti tidak mengecewakan korang untuk menikmati keenakan menu-menu yang telah ditawarkan.
Kambing Bakar, mana boleh tak ada!!!
Udang Masak Lemak Dengan Belimbing Buluh
Sotong Masak Sambal Cili Merah
Rendang Daging
Braised Beancurd With Thai Chili SauceDengan lima menu putaran, korang juga boleh menghayati keenakan kombinasi empat 'lauk pauk' seperti Ayam Percik Seri Menanti, Daging Dendeng Cili, Kambing Dalca Mangga Muda, Ikan Kembong Asam Rebus, Ayam Madu Berempah, Daging Rendang Negeri Sembilan, Udang Masak Lemak dengan Belimbing Buluh & Bunga Kantan, Ikan Tenggiri Acar Campur Berempah, Ayam Masak Kicap Berempah, Udang Kalio dengan Pucuk Paku, Ikan Keli Salai Masak Lemak Bunga Kantan, Sotong Masak Sambal Cili Merah, Ayam Masak kari Hiju Utara, Daging Lemak Cili Padi , Paru Goreng Berlada Merah dan Ikan Patin Masak Tempoyak.
Kalau korang pencinta ulam-ulaman, rasalah kerabu.Ada macam-macam pilihan tau. Ada Kerabu Isi Kelapa Daun Selasih, Kerabu Inti Kelapa Pedas Kacang Botol dan Pucuk Paku, Kerabu Kerisik Taugeh dan Kacang Panjang, Kerabu Assam Limau Betik Muda & Kedondong dan Kerabu Ayam Pedas.
Selera korang pasti terusik juga Rojak, Pasembor, Gado-gado dan Salad Campuran. Korang juga kena rasa dan nikmati sendiri keenakan makanan yang tersedia di stall seperti Gulung-gulung (Varieties sushi), Rebus- rebus (Sup Gear Box), Bakar-bakar (Oriental Barbecued Lamb dan Sapi Ayam & Sapi), Celup-celup (Cawan dan Udang Terpencar), Ikan Kawah Ikan (Seabass, Ikan Mentega dan Ikan Merah Merah (disajikan dengan Assam Pedas Gravy) dan Kukus-kukus Stall Talam Kueh).
Stir Fried Chicken With Cashew NutsBagi yang mahu menikmati sesuatu yang berbeza, nikmati masakan Cina dan India. Ada Udang Kacang Goreng, Kacang Sautéed dengan Lada Hitam dan Bawang Putih, Lamb Dalca, Kari Ayam Mentega, Sayuran Campuran Cina, Ikan Tikka dan banyak lagi.
Mana satu yang jadi pilihan? Manis menikam rasa!
Semua sedap, wajib dirasa!
Akhir sekali, korang kena tamatkan hidangan yang sempurna dengan pelbagai jenis pencuci mulut dan kek tempatan; Ubi Kayu Rebus, Lompat Tikam, Badak Berendam, Ice-kacang, Cendol, Chocolate Tart Perancis, Chocolate Mango Mousse, Kek Chocolate Yam, Chocolate Green Tea Cake, Bubur Kacang Merah, Kue Kelapa Hawaii, Kelapa Lemon Velvet dan Bubur Kacang Hijau. Serius.Tak mengecewakan!
Lompat Tikam, menikam selera Sis he he he...
CEPAT BUAT TEMPAHAN!
Okay, jangan berlengah lagi. Promosi Buffet Ramadhan Dari Dapur Ummi ini bermula dari 6 May sehingga 4 June 2019.
Harga yang ditawarkan RM 138 nett (dewasa)50% diberikan untuk warga emas dan juga kanak-kanak berumur 7 sehingga 12 tahun. Manakala bawah 7 tahun adalah percuma.
Tempah sekarang! Hubungi 03-4040 9888 atau e-mel
[email protected]Selamat Berpuasa, dan sampai jumpa lagi.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2019/04/buffet-ramadhan-2019-dari-dapur-ummi.html