Budak 4 Tahun Lemas Selepas Ditinggalkan 9 Jam Dalam Kereta Bapa Salahkah Pihak Tadika


The Reporter


Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dilaporkan lemas di bahagian tempat duduk belakang selepas ditinggalkan oleh bapanya dalam kereta secara tidak sengaja selama tempoh sembilan jam, lapor Mirror. 
Difahamkan sebelum kejadian itu, bapa mangsa, Hu, menjawab panggilan telefon ketika dia sepatutnya menghantar anaknya ke tadika di Yiyang, China pada jam 8 pagi 8 April. 
Mangsa yang dikenali sebagai Qi Qi pada ketika itu tertidur di belakang. 
Menurut Hu, dia menghantar anaknya ke tadika dan berhenti di pintu pagar premis tersebut sebelum menjawab panggilan telefon berkaitan dengan kerjanya. 
Hu berkata, dia terlupa untuk memeriksa sama ada anak perempuannya itu telah keluar dari kereta dan terus beredar dari tadika itu serta meletakkan keretanya di tempat letak kereta berhampiran tempat kerjanya. 
"Saya jawab panggilan telefon dan terlupa nak periksa anak dah keluar atau belum. Saya tak perasan sehinggalah isteri menghubungi saya pada jam 5:00 petang bertanya di mana anak kami berada," katanya. 
Isteri Hu telah pergi ke tadika untuk menjemput Qi Qi pulang tetapi dimaklumkan oleh kakitangan tadika bahawa Qi Qi langsung tidak hadir pada hari itu. 
"Setelah puas berfikir, akhirnya saya menemui dia berada di tempat duduk belakang kereta," kata Hu. 
Qi Qi disahkan lemas dan perkara itu disahkan oleh pihak Hospital Yiyang. 
"Mereka tidak dapat selamatkan dia," kata Hu yang bekerja sebagai penjual kereta. 
"Biasanya pihak sekolah akan menghubungi atau menghantar SMS bertanya jika anak tidak dihantar ke tadika. Tetapi kali ini kenapa mereka tidak menghubungi saya?" soalnya. 
Ditanya sama ada wajarkah pihak tadika dipersalahkan dalam hal itu, Hu berkata, "Pada pendapat saya, mereka wajar dipersalahkan. Mereka sepatutnya menghubungi saya dan saya pun akan sedar awal," katanya. 

Log panggilan telefon bimbit Hu menunjukkan dia menerima panggilan pada jam 8:46 pagi, namun perbualan itu hanya selama 12 saat sahaja. 
Hu juga percaya tumpuannya pada pagi kejadian itu terganggu disebabkan mesej dari aplikasi seperti WeChat. 
"Ada tiga guru di tadika yang hanya menjaga 10 orang murid. Bagaimana mereka boleh tak perasan anak murid kurang seorang?" soalnya lagi. 
Biro Pendidikan Heshan berkata, pihak sekolah terbabit telah membayar pampasan kepada keluarga mangsa sebanyak RM19,680.76. 
Pihak berkuasa masih menjalan siasatan berhubung kejadian itu. 
Sumber: Mirror

April 11, 2019 at 02:25PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2019/04/budak-4-tahun-lemas-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak 12 Tahun Diselamatkan Ngo Selepas Ditinggalkan Ibu Bapa Sejak 2 Minggu Lepas

Budak 12 Tahun Diselamatkan Ngo Selepas Ditinggalkan Ibu Bapa Sejak 2 Minggu Lepas

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 481 hits
Masih punya ibu dan ayah juga saudara mara namun kehidupan seorang kanak kanak lelaki berusia 12 tahun ini tidak ubah seperti gelandangan Menumpang tidur di rumah kawan dan membantu penduduk kampung melakukan kerja rumah bagi mendapatkan up...
Budak 6 Tahun Meninggal Dunia Selepas 2 Jam Dihantar Ke Sekolah Kung Fu

Budak 6 Tahun Meninggal Dunia Selepas 2 Jam Dihantar Ke Sekolah Kung Fu

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 376 hits
Gara gara mengalami masalah untuk berjalan kerana masalah berat badan seorang kanak kanak berusia enam tahun meninggal dunia selepas 2 jam dihantar ke sekolah kung fu oleh ibu bapanya BACA Keluarga kanak kanak itu mendakwa Deng Qi berada da...
Tarikh Keramat Najib Dibicara Selepas Genap 10 Tahun Angkat Sumpah Pm

Tarikh Keramat Najib Dibicara Selepas Genap 10 Tahun Angkat Sumpah Pm

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 274 hits
Hari pertama perbicaraan Datuk Seri Najib Razak esok bagai ironi apabila genap 10 tahun beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Tarikh keramat itu dikongsikan muka depan akhbar bahasa Inggeris The Star hari ini lapor Projek MM Load...
Selepas Saya Jadi Perdana Menteri Tahun Depan Saya Tidak Akan Lupa Rantau Kata Anwar Viralhancing

Selepas Saya Jadi Perdana Menteri Tahun Depan Saya Tidak Akan Lupa Rantau Kata Anwar Viralhancing

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 384 hits
REMBAU 11 April Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan tidak akan melupakan Rantau setelah beliau menjadi Perdana Menteri kelak Gambar Astro AwaniJelasnya sebagai Ahli Parlimen Port Dickson yang terletak bersebelahan Ranta...
Selepas Kahwin Bapa Mesej Setiap Hari Tanya Masak Apa

Selepas Kahwin Bapa Mesej Setiap Hari Tanya Masak Apa

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 571 hits
Senario melibatkan seorang bapa yang masih lagi risau dengan anak perempuan kesayangannya yang baru mendirikan rumah tangga sekitar tiga minggu lalu Kisah itu tular di laman Twitter setelah Natasshia Azirah Abdul Aziz memuat naik paparan sk...
Elakkan Tukar Pakaian Di Hadapan Anak Selepas Berusia 2 Tahun Phm

Elakkan Tukar Pakaian Di Hadapan Anak Selepas Berusia 2 Tahun Phm

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 292 hits
Info dari Public Health Malaysia mengenai penderaan seksual kanak kanak yang ibu bapa dan penjaga perlu tahu Semoga bermanfaat nbsp Penderaan seksual kanak kanak adalah aktiviti seksual yang dilakukan oleh individu yang lebih dewasa dengan ...
Saya Minta Maaf Suami Ceraikan Isteri Selepas 12 Tahun Digantung Tak Bertali

Saya Minta Maaf Suami Ceraikan Isteri Selepas 12 Tahun Digantung Tak Bertali

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 1413 hits
Tiada pasangan yang sukakan perceraian berlaku Sebaik baiknya ramai yang mahu kekal bersama dengan pasangan masing masing sehingga ke akhir hayat Namun ianya mustahil kerana adakalanya timbul tiada persefahaman di antara pasangan atau pasan...
Budak 15 Tahun Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat Tiga Gara Gara Ayah Tak Bagi Main Game

Budak 15 Tahun Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat Tiga Gara Gara Ayah Tak Bagi Main Game

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 488 hits
Kita selalu marah anak kalau dorang buat benda yang kita tak suka atau larang tapi tak pernah terlintas dalam fikiran kita yang ia boleh buat anak sampai bunuh diri Namun ini apa yang berlaku pada keluarga dari Taiwan Menurut Ceritanya buda...
Bapa Panik Anak Kunci Ipad 48 Tahun

Bapa Panik Anak Kunci Ipad 48 Tahun

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 360 hits
iPad itu terkunci selama 25 536 442 minit selepas kanak kanak berusia tiga tahun itu berulang kali memasukkan kata laluan yang salah INI mungkin satu alasan kukuh untuk tidak membenarkan anak anak anda bermain dengan telefon pintar atau tab...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities