Budak 12 Tahun Diselamatkan Ngo Selepas Ditinggalkan Ibu Bapa Sejak 2 Minggu Lepas


Masih punya ibu dan ayah juga saudara mara, namun kehidupan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ini tidak ubah seperti gelandangan.

Menumpang tidur di rumah kawan dan membantu penduduk kampung melakukan kerja rumah bagi mendapatkan upah.

Kehidupan itu terpaksa dilalui Mohd Firdaus Abdullah sejak dua minggu lalu selepas tinggal seorang diri di rumah sewanya di Jalan Intan, Kampung Dato' Ahmad Said, Manjoi.


Dia yang sudah tidak lagi bersekolah sejak Oktober tahun lalu, tinggal sendirian selepas ibunya ditahan dalam satu operasi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), awal bulan ini.

Ketika ditemui, dia berkata, ibu dan ayahnya telah lama berpisah dan selepas berkahwin baharu, ayah tirinya juga meninggalkan mereka kira-kira lima tahun lalu.

"Saya anak tunggal, jadi selama ni memang duduk berdua saja dengan mak, tapi dua minggu lalu ada kawan beritahu yang mak dah kena tangkap sebab dadah.

"Saya tak sempat pun jumpa mak, tahu-tahu balik rumah dah kosong, tak ada orang pun," katanya.

Menurutnya, kerana takut tinggal sendiri, dia menumpang tidur di rumah kawan baik yang juga rakan sekelasnya dahulu, dikenali sebagai Syafik.

Apa yang menyedihkan, rumah bersambung tiga pintu jenis papan yang turut didiami dua penyewa lain itu telah terputus bekalan elektrik dan air sejak dua tahun lalu.

Mohd Firdaus berkata, sepanjang tempoh itu, rumahnya hanya diterangi cahaya lilin dan mereka terpaksa mandi di tandas stesen minyak berdekatan.

"Menang macam ni lah kehidupan kami, lepas berhenti sekolah, saya tolong sapu daun kering dan bakar sampah di rumah orang, dapatlah upah RM3 ke RM5, mak pula kerja cuci-cuci, orang kampung pun banyak tolong, ada yang bagi duit belanja untuk kami makan," katanya.

Katanya, sepanjang tinggal di rumah sendiri, bapa saudaranya kerap membantu dengan menghantar makanan setiap hari.

"Saya tak nak menyusahkan orang, mereka pun bukan orang senang. Tipulah kalau saya tak sedih...tak takut duduk seorang-seorang, tapi nak buat macam mana, reda sajalah," katanya.

Bekas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jati ini juga menyatakan keinginannya untuk kembali ke sekolah.

"Memang saya nak ke sekolah, boleh jumpa balik kawan-kawan, dulu saya terpaksa berhenti sebab banyak sangat masalah," katanya.

Ibu Mohd Firdaus berusia 42 tahun difahamkan kini berada di Penjara Tapah manakala kali terakhir dia mendapat perkhabaran ayah kandungnya berada di Negeri Sembilan.

Kisah kanak-kanak ini tular di media sosial menerusi perkongsian Presiden Persatuan Budak Bas Stand Ipoh, Amiruddin Mohd Daud di Facebook.

Amiruddin, 58, yang lebih dikenali sebagai Tok Anjang berkata, dia menerima panggilan daripada bapa saudara kanak-kanak itu yang meminta bantuan penjagaan sementara.

Menurutnya, tindakan itu kerana bimbang dengan keselamatan diri Mohd Firdaus selepas rumah berkenaan dipecah masuk penjenayah beberapa hari lalu.

"Mujurlah yang hilang hanya dapur dan tong gas, tetapi keadaan rumah dan kanak-kanak ini sangat tidak terurus.

"Kebetulan persatuan kami ada rumah wakaf yang digunakan sebagai rumah transit, jadi untuk sementara kami tempatkan dia di situ, adalah juga orang tengok-tengokkan makan minum dan pakaiannya.

"Rumah yang kami beri nama Rumah Bigbro itu baru enam bulan beroperasi khusus untuk ahli persatuan, orang bermusafir atau yang yang kurang mampu jadikan penempatan sementara," katanya.

Beliau berkata, keadaan Mohd Firdaus telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak dan mereka mengesyorkan agar kanak-kanak itu ditempatkan di mana-mana asrama rumah perlindungan.

"Semua maklumat telah diambil JKM dan kita tunggulah nanti apa tindakan seterusnya.

"Kita nak dia duduk di tempat yang selamat yang membolehkan kebajikannya terbela termasuklah keperluan pendidikan," katanya.

Sumber : Sinar Harian.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/04/budak-12-tahun-diselamatkan-ngo-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak 4 Tahun Lemas Selepas Ditinggalkan 9 Jam Dalam Kereta Bapa Salahkah Pihak Tadika

Budak 4 Tahun Lemas Selepas Ditinggalkan 9 Jam Dalam Kereta Bapa Salahkah Pihak Tadika

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 407 hits
The ReporterSeorang kanak kanak perempuan berusia empat tahun dilaporkan lemas di bahagian tempat duduk belakang selepas ditinggalkan oleh bapanya dalam kereta secara tidak sengaja selama tempoh sembilan jam lapor Mirror Difahamkan sebelum ...
Atlet Silat Wanita Koma Akibat Otak Beng Kak Lebih 2 Minggu Ibu Bapa Terpa Ksa Menumpang Di Hospital

Atlet Silat Wanita Koma Akibat Otak Beng Kak Lebih 2 Minggu Ibu Bapa Terpa Ksa Menumpang Di Hospital

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 575 hits
Atlet silat wanita koma akibat otak beng kak lebih 2 minggu ibu bapa terpa ksa menumpang di hospital LEBIH dua minggu atlet muda silat gayong wanita negara Ainbatrisyia Amran masih tidak sedarkan diri selepas mengalami kekejangan otot sebai...
Budak 6 Tahun Meninggal Dunia Selepas 2 Jam Dihantar Ke Sekolah Kung Fu

Budak 6 Tahun Meninggal Dunia Selepas 2 Jam Dihantar Ke Sekolah Kung Fu

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 378 hits
Gara gara mengalami masalah untuk berjalan kerana masalah berat badan seorang kanak kanak berusia enam tahun meninggal dunia selepas 2 jam dihantar ke sekolah kung fu oleh ibu bapanya BACA Keluarga kanak kanak itu mendakwa Deng Qi berada da...
Pra Eklampsia Amaran Bahaya Sebelum Dapat Sawan Ketika Hamil Ibu Hamil Selepas 20 Minggu Perlu Berhati Hati

Pra Eklampsia Amaran Bahaya Sebelum Dapat Sawan Ketika Hamil Ibu Hamil Selepas 20 Minggu Perlu Berhati Hati

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 349 hits
Pra eklampsia adalah keadaan yang disebabkan oleh kehamilan dan ianya berlaku pada trimester kedua kehamilan lazimnya selepas 20 minggu kehamilan Pra eklampsia berkaitan dengan tekanan darah yang tinggi bengkak yang berlaku secara tiba tiba...
Murid 12 Tahun Dukung Rakan Oku Ke Sekolah Setiap Hari Sejak 6 Tahun Lalu

Murid 12 Tahun Dukung Rakan Oku Ke Sekolah Setiap Hari Sejak 6 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 460 hits
The ReporterKata orang tiada apa yang mustahil sekiranya anda mempunyai sahabat yang baik menyokong anda di kala anda menghadapi kesusahan Seorang murid lelaki OKU di China mampu mengikuti rutin harian persekolahan selama enam tahun tanpa m...
Ajar Anak Buat Kerja Rumah Sambil Bermain Anak Tak Ingat Pun Harga Mainan Mahal Dia Akan Ingat Masa Bersama Ibu Bapa

Ajar Anak Buat Kerja Rumah Sambil Bermain Anak Tak Ingat Pun Harga Mainan Mahal Dia Akan Ingat Masa Bersama Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 633 hits
Masa bermain sangat penting untuk kanak kanak Ketika kanak kanak bermain ibu bapa perlu turut serta dan memberi tambah nilai dalam permainan mereka seperti mendidik nilai nilai murni secara tak langsung anak anak akan bermain sambil belajar...
Elakkan Tukar Pakaian Di Hadapan Anak Selepas Berusia 2 Tahun Phm

Elakkan Tukar Pakaian Di Hadapan Anak Selepas Berusia 2 Tahun Phm

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 296 hits
Info dari Public Health Malaysia mengenai penderaan seksual kanak kanak yang ibu bapa dan penjaga perlu tahu Semoga bermanfaat nbsp Penderaan seksual kanak kanak adalah aktiviti seksual yang dilakukan oleh individu yang lebih dewasa dengan ...
Hamil Lepas Umur 35 Tahun Banyak Risiko Bakal Dihadapi Tapi Untungnya Anak Lebih Bijak

Hamil Lepas Umur 35 Tahun Banyak Risiko Bakal Dihadapi Tapi Untungnya Anak Lebih Bijak

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 421 hits
Kehamilan selepas usia 35 tahun diketahui banyak risikonya Tapi kelebihannya anak yang bakal lahir pintar Masa kini ramai wanita yang hamil lewat usia Salah satu sebabnya adalah trend berkahwin lambat Malah ada juga yang disebabkan faktor f...
5 Aktiviti Sensori Anak 2 Tahun Ibu Ini Kongsikan Warna Warni Menarik Si Kecil Mesti Seronok

5 Aktiviti Sensori Anak 2 Tahun Ibu Ini Kongsikan Warna Warni Menarik Si Kecil Mesti Seronok

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 1222 hits
Aktiviti sensori ini boleh anda lakukan bersama si kecil Berwarna warni dan menarik si kecil tentu seronok Memang benar bermain sambil belajar itu lebih berkesan Lebih lebih lagi bagi kanak kanak apa yang mereka pelajari semasa bermain jauh...
Jetblue Fined 2 Million For Chronic Delays

Kadir Jasin Najib Bukan Curi Milo Atau Roti Benggali

Hmpv Situasi Terkini Tanda Gejala Pencegahan Rawatan

What Is Brics Good For

Virus Seakan Covid 19 Hmpv Mula Menular Di China Kenali Gejala Dan Cara Pencegahannya

Susulan Titah Agong Kpn Bagi Amaran Jangan Sertai Sebarang Perhimpunan

2 Maut Kereta Terhumban Dalam Gaung

Kenyataan Media Umno Pas Gagal Tipu Umno


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro

Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia


Panduan Lengkap Untuk Membuat Itinerary Perjalanan Yang Praktikal Dan Teratur

Sejarah Sungai Lembing Dan Pelombongan Bijih Timah Pahang

Jaga Aib Rumahtangga Ya Kawan Kawan

Bau Ketiak Sebab Cara Atasi Tips Kekal Segar Sepanjang Hari

Petronas Gerik

Kenapa Menjadi Pendengar Yang Baik Menjadi Rahsia Kejayaan Sesebuah Hubungan