Budak 15 Tahun Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat Tiga Gara Gara Ayah Tak Bagi Main Game
Kita selalu marah anak kalau dorang buat benda yang kita tak suka atau larang, tapi tak pernah terlintas dalam fikiran kita yang ia boleh buat anak sampai bunuh diri
Namun, ini apa yang berlaku pada keluarga dari Taiwan. Menurut World Of Buzz, selepas perbalahan antara bapa dan anaknya, remaja ini membuat keputusan untuk bunuh diri pada hari jadinya yang ke-15, 23 Mac lalu.
Ceritanya, budak ini sepatutnya belajar kerana peperiksaannya hanya tinggal beberapa hari saja lagi, tapi sebaliknya Cheng banyak meluangkan masa bermain online game League of Legends.
Pada hari kejadian pukul 9.30 malamBapa Cheng memarahi anaknya itu selepas dia melihat anaknya asyik bermain game sebelum menutup PC dan keluar dari bilik anaknya. Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan Cheng.
Ingatkan terhenti sampai situ. Rupa-rupanya Cheng membuat keputusan untuk terjun dari tingkat tiga biliknya. Susulan dari tindakan terbabit, Cheng dilaporkan, mengalami kecederaan parah di kepala.
Malangnya, budak ini hanya dijumpai pada pukul 10.30 malam apabila atuknya pulang ke rumah dan melihat cucunya terbaring di atas lantai yang dipenuhi darah dari kepalanya.
Mereka terus menghubungi pihak berkuasa dan budak ini dikejarkan ke hospital. Tapi, Cheng tetap tak dapat diselamatkan dan dia disahkan mati pada pukul 3 pagi.
Cheng dikatakan seorang budak yang ceria, suka ambil berat tentang orang lain dan sangat optimistik. Dia merupakan pelajar cemerlang dan sangat disayangi di kalangan rakan-rakannya.
Budak malang ini tinggal bersama bapa dan kakaknya selepas ibu bapanya bercerai tiga tahun lepas. Cheng dikatakan stress dengan persediaan peperiksaan yang akan datang dan mula menghabiskan masa bermain game untuk menghilangkan stress. Cheng seperti remaja lain yang seusia dengannya sedang dalam fasa emosional dan kuat memberontak.
Pada siang sebelum tragedi itu, Cheng dan rakan-rakannya keluar untuk meraikan hari jadinya dan keluarganya pula telah memesan pizza untuk Cheng pada petang itu.
Pihak berkuasa juga telah menemui nota bunuh diri dari Cheng yang mengatakan dia selalu rasa ingin bunuh diri dan dia mahu jadi seperti bebas seperti burung. Cheng juga tinggalkan satu nota lain untuk kawan baiknya Wu, dengan beberapa wang saku.
“Tolong beri duit ini pada Wu untuk balas jasanya sepanjang menjadi rakan saya selama 9 tahun. Terima kasih kerana sudi luangkan 9 tahun dengan saya.”
Kita memang susah nak tahu apa dalam fikiran orang. Tapi, lepas ini kita cubalah alert dengan perubahan perangai orang yang terdekat dengan kita kerana depresi ini boleh berlaku pada semua orang.
The post Budak 15 Tahun Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat Tiga Gara-Gara Ayah Tak Bagi Main Game appeared first on InfoJe.Com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://infoje.com/budak-15-tahun-bunuh-diri-terjun-dari-tingkat-tiga-gara-gara-ayah-tak-bagi-main-game/