Saya Minta Maaf Suami Ceraikan Isteri Selepas 12 Tahun Digantung Tak Bertali



Tiada pasangan yang sukakan perceraian berlaku. Sebaik-baiknya, ramai yang mahu kekal bersama dengan pasangan masing-masing sehingga ke akhir hayat. Namun, ianya mustahil kerana adakalanya timbul tiada persefahaman di antara pasangan atau pasangan melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya boleh membawa kepada perceraian.

Kebahagiaan rumah tangga sepatutnya dijaga dan dipertahankan. Ada banyak cara yang boleh dipelajari atau mendapatkan khidmat kaunseling.

Bagaimanapun, bagi kes yang berat dan tidak dapat diselamatkan, suami usahkan menganiaya isteri dengan menggantungnya tidak bertali. Lepaskanlah secara baik seperti mana anda mendekati dia dengan baik pada awal mula perkenalan dahulu.

Di bawah, perkongsian kes perceraian dari Peguam Roslina yang menceritakan seorang isteri digantung tak bertali selama 12 tahun. Satu tempoh yang agak lama dan membuatkan isteri terseksa. Semoga menjadi pengajaran dan manfaatkanlah perkongsian tersebut.

12 TAHUN DIGANTUNG TAK BERTALI(Awas : Kisah ini panjang. Jangan baca semasa memandu)
“Kenapa lama sangat?” tanya saya macam tak percaya. Kesian sebab dia masih muda. Sanggup biarkan masa mudanya terbazir begitu sahaja terperangkap dalam neraka dunia rumahtangga

“Entahlah Puan. Saya dah malas nak fikir. Saya dah penat turun naik pejabat agama. Kat luar dia setuju nak ceraikan saya. Bila dah kat pejabat agama, dia pusing cerita dan akhirnya tak jadi nak ceraikan saya.. dah berapa kali macam tu.” wajahnya sugul tak bermaya

Aduhai.. kalau nak bercerai pergilah mohon di Mahkamah Syariah. Pejabat agama hanya tempat untuk kaunseling dan mendapatkan nasihat

Dah 12 tahun tak duduk sebumbung sejak lahirkan anak kedua. Suami tak ceraikan sebab keluarga mertua tak bagi. Alasannya, sebab isteri banyak berkhidmat kepada keluarga mertua. Suami dihasut jangan ceraikan isteri walau apa jadi. Suami isteri hanya atas sijil nikah tapi dah lama bawa haluan masing-masing. 
Puas keluarga si isteri pujuk untuk mohon cerai dan mulakan hidup baru. Apa tidaknya, dia masih muda. Ada rupa ada kerjaya. Beberapa lamaran terpaksa ditolak hanya kerana statusnya yang masih tergantung. Hidupnya hanya untuk kerja dan anak. Dah tak fikir untuk cari bahagia untuk diri sendiri. Akhirnya si bapa nekad bawa anak perempuannya yang dah macam hilang semangat tu berjumpa peguam. 
Kes ini kuat untuk fasakh tapi saya failkan kes cerai baik sebab suaminya masih boleh dicari. Berbagai usaha kami buat. Telefon tak berangkat. WhatsApp hanya blue tick. Dua kali buat serahan ke alamat tempat tinggal suami secara serahan tangan tapi dia tak ada. Akhirnya terpaksa tinggalkan dokumen di alamat rumahnya. Kami ambil gambar dokumen yang ditinggalkan di hadapan rumah sebagai bukti dan teruskan dengan afidavit penampalan

Setelah tiga kali sebutan suami tak hadir ke mahkamah, mahkamah keluarkan Waran Tangkap. Ye.. bila dah dapat waran tangkap sepatutnya mudah kerja peguam. Bagi sahaja kepada pegawai penguatkuasa dan tunggu sahaja di hari bicara. Mereka yang akan bawa suami ke mahkamah

Tapi tak semudah dan seindah itu. Bagaimana jika suami tak ada di alamat tersebut? Pegawai penguatkuasa hanya boleh tangkap di alamat tersebut sahaja. Jika suami tak ada maka kes hanya akan tangguh dan tangguh lagi. Ahh.. saya kena fikirkan sesuatu dan tak boleh bergantung pada waran tangkap sahaja. Penat saya perah otak. Mohon ilham pada Allah semoga diberi jalan penyelesaian untuk kes anakguam saya ni

“Puan yakin bahawa doa orang yang teraniaya tu Allah akan makbulkan?” tanya saya pada dia. Dia mengangguk. Saya terus sarankan apa plan saya pada dia dan dia hanya mengikut. 
“Bagi kata dua pada dia.. nak datang sendiri ke mahkamah secara terhormat atau nak datang dengan polis sambil tangan bergari macam penjenayah,” saya suruh dia whatsapp gambar waran tangkap tu pada suami. Perang psikologi dilancarkan

“Puan dia diam je tak ada feedback apa2,” Ya Allah saya macam tak tentu arah sebab waran tangkap tu saya tak serah lagi pada pegawai penguatkuasa. Ini percubaan saya untuk selesaikan secara baik. Tak nak suami tu malu. Kalau dia tak datang juga bermakna kes terpaksa tangguh lagi dan saya tiada pilihan selain terpaksa juga serahkan waran tangkap kepada pihak penguatkuasaan

“Tak apa.. kita dah cuba kan. Puan doalah banyak-banyak supaya hati dia lembut. InsyaAllah doa orang yang teraniaya Allah akan dengar”. Kami sama-sama tawakal

Pada hari bicara, si isteri datang ditemani bapanya. Apa natijah pada hari ini saya serahkan sahaja pada Allah. Saya dah habis berusaha sedaya yang mampu. Dan tanpa disangka.. si suami juga datang

“Kamu setuju nak ceraikan isteri kamu?” tanya hakim di dewan bicara

“Setuju tuan.. tapi.. tapi..” macam ada sesuatu yang dia nak sampaikan. Saya dah berdebar. Janganlah dia ubah fikiran seperti yang selalu diceritakan oleh isterinya

“Saya tak kisah isteri jaga seorang anak.. tapi saya nak jaga yang lagi seorang tu. Saya tak boleh hidup kalau tak ada anak tu.. lagipun saya tak mampu kalau isteri nak tuntut..”
Ohh saya dah faham. Kenapa dia berat sangat nak lepaskan isteri dia

“Yang Arif.. Plaintif tak nak tuntut apa-apa. Dia hanya mohon nak dilepaskan secara baik sahaja pada hari ini. Berkenaan hak jagaan anak, Plaintif juga tiada masalah untuk berkongsi hak jagaan dengan Defendan,”
Hakim mengarahkan kedua-dua pihak bersalaman dan bermaafan buat kali terakhir sebelum prosiding cerai diteruskan. Buat kali pertama setelah 12 tahun tak ‘bersama’ si isteri bersalam sambil mencium tangan suami. Air mata tak usah cakaplah. Si suami pun mata dah merah sambil mengusap kepala isteri dan berbisik, “saya minta maaf!”. Dan di saat si suami melafazkan talak satu di hadapan hakim, sayalah orang yang paling lega mengalahkan isteri yang dah 12 tahun digantung tak bertali

“Terima kasih puan! Terima kasih puan!” basah air mata si isteri sambil kami berpelukan meraikan kebebasan yang dia dapat pada hari ini. Si suami pula bersalaman dengan bapa mertua dan berpelukan sambil masing-masing pun mengalirkan air mata. Ya Allah memang pemandangan yang sangat indah. Seolah dendam kesumat selama 12 tahun selama ini terlerai hanya dalam satu hari. Happy ending! Apalagi nak ucap selain alhamdulillah

Begitulah kisah hero yang tak didendang. Suami tulah kot yang heronya. Peguam mana pernah diangkat sebagai hero. Kami ni dah biasa dituduh dengan bermacam-macam tuduhan. Loyar tak buat kerja, pelahap duit dan sebagainya. Walaupun hanya segelintir yang buat hal, semua peguam terpalit sama. Tak apa. Tak jadi kudis pun untuk kami. Yang penting, kami fokus je pada orang yang betul-betul menghargai dan memerlukan khidmat kami. Next


Sumber: Roslina Sabiyah & Co.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suratkabor.blogspot.com/2019/04/saya-minta-maaf-suami-ceraikan-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kau Tu Kotor Jijik Cacat Pun Dah Isteri Dakwa Dihina Diabaikan Selepas Kemalangan Namun Suami Nafi Semua Dakwaan Itu

Kau Tu Kotor Jijik Cacat Pun Dah Isteri Dakwa Dihina Diabaikan Selepas Kemalangan Namun Suami Nafi Semua Dakwaan Itu

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 1058 hits
The ReporterViral di media sosial luahan hati seorang isteri yang mendakwa dia dihina dan diabaikan oleh suaminya selepas terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia cedera teruk Azreena Natasha mendakwa suaminya itu berubah sikap selepa...
Kisah Ceraikan Isteri Masa Hamil Suami Jangan Bina Mahligai Atas Air Mata Isteri Anak

Kisah Ceraikan Isteri Masa Hamil Suami Jangan Bina Mahligai Atas Air Mata Isteri Anak

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 1235 hits
Diceraikan semasa hamil sangat meruntun jiwa Ketika isteri sedang mengandungkan zuriat suami isteri ditinggalkan demi membina mahligai bahagia dengan wanita lain Ini amat memilukan Ustaz Ebit Lew berkongsi perasaannya tentang kisah seorang ...
Hiburan Pu Abu Akui Menyesal Ceraikan Isteri Tampil Mohon Maaf

Hiburan Pu Abu Akui Menyesal Ceraikan Isteri Tampil Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 438 hits
Dihimpit pelbagai kecaman dan spekulasi berkaitan isu rumah tangganya bersama bekas isteri PU Abu akhirnya tampil memberikan kenyataan Menerusi akaun Instagramnya PU Abu memohon maaf kepada semua pihak atas kesalahan beliau menceraikan iste...
Rezeki Anak Ke 4 Cepat Alif Satar Syukur Isteri Hamil Semula Selepas Keguguran Awal Tahun

Rezeki Anak Ke 4 Cepat Alif Satar Syukur Isteri Hamil Semula Selepas Keguguran Awal Tahun

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 688 hits
Penyanyi dan pengacara Alif Satar mendedahkan isterinya Sha Dila mengalami keguguran ketika kandungan cahaya mata ketiganya memasuki lapan minggu pada awal tahun ini Bagaimanapun Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar 29 bersyuk...
Isteri Ini Amanah Jangan Bila Tak Suka Ceraikan Ebit Lew Kesal Dengan Golongan Suami Curang

Isteri Ini Amanah Jangan Bila Tak Suka Ceraikan Ebit Lew Kesal Dengan Golongan Suami Curang

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 1146 hits
KISAH penceraian antara Pencetus Ummah Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi atau PU Abu dengan Ain Afini terus mejadi perhatian ramai walaupun PU Abu telah tampil membuat permohonan maaf semalam Terbaru menerusi catatan dalam Facebook p...
Pasangan Suami Isteri Dera 12 Anak Dihukum Penjara 25 Tahun

Pasangan Suami Isteri Dera 12 Anak Dihukum Penjara 25 Tahun

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 382 hits
Pasangan suami isteri dera 12 anak dihukum penjara 25 tahun Dikemas kini 41 minit yang lalu Diterbitkan pada 20 Apr 2019 8 21
Isteri Diceraikan Suami Kerana Bergaduh Dengan Ibu Mentua

Isteri Diceraikan Suami Kerana Bergaduh Dengan Ibu Mentua

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 603 hits
The ReporterSelepas berkahwin pasangan suami isteri amatlah digalakkan tinggal di rumah sendiri agar dapat membina rumah tangga yang bahagia berdasarkan persefahaman mereka sendiri tanpa campurtangan dari pihak lain Namun ada yang tinggal b...
4887 Suami Isteri Buntu Sediakan Yuran Pengajian Anak Sinar Harian 12 4 19

4887 Suami Isteri Buntu Sediakan Yuran Pengajian Anak Sinar Harian 12 4 19

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 491 hits
KUALA LUMPUR Pasangan suami isteri buntu mengumpulkan wang sebanyak RM45 000 sebelum 20 April ini bagi menjelaskan yuran pendidikan dua anaknya yang belajar dalam bidang perubatan di Moscow Rusia Pasangan terbabit Azmi Abd Aziz 54 dan ister...
Manjakan Isteri Sentiasa Ambil Tahu Mengenainya Percayalah Murah Rezeki Suami

Manjakan Isteri Sentiasa Ambil Tahu Mengenainya Percayalah Murah Rezeki Suami

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 357 hits
Manjakan isteri rezeki manja dengan kita Percaya tak Tak mungkin dengan berkahwin orang boleh jadi papa kedana sebab kahwin tu sendiri adalah pembuka pintu rezeki Bukan penyempit Malah kahwin melipat gandakan rezeki kita sebenarnya Kalau le...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport