Buat Smoothies Waktu Sahur Elak Makanan Bergoreng Tip Untuk Ibu Menyusu Yang Nak Berpuasa


Adakah menyusu badan ketika berpuasa boleh mendatangkan kesan kepada anak? Bagaimana pula caranya untuk mengekalkan bekalan susu pada bulan Ramadan?

Bolehkah ibu menyusu badan ketika berpuasa?
Sama seperti ibu hamil yang ingin berpuasa, ibu yang menyusu badan juga diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa pada bulan Ramadan.
Kebanyakan sarjana Islam percaya wanita yang menyusu dibenarkan untuk tidak berpuasa, sama seperti mereka yang tidak sihat atau sedang bermusafir.
Hakikatnya, sama ada anda mahu berpuasa atau tidak, ia harus bergantung kepada beberapa perkara dan paling utama melibatkan usia bayi.
Dikatakan terdapat perbezaan antara bayi yang masih kecil dan hanya menyusu berbanding bayi berusia setahun yang sihat serta sudah mengambil makanan pejal lain.
Sebelum memutuskan sebarang keputusan, sebaiknya anda disarankan untuk merujuk kepada:
Ahli keluarga atau rakan-rakan yang pernah mempunyai pengalaman menyusu badan ketika berpuasa Doktor atau pakar berkaitan penyusuan Pakar agama Wujudkah risiko kepada bayi menyusu badan ketika berpuasa?
Sebenarnya, berpuasa tidak akan mendatangkan sebarang risiko bahaya kepada bayi.
Ini kerana badan anda masih boleh menghasilkan susu semasa anda berpuasa. Pengambilan kalori yang kurang seharusnya tidak akan menjejaskan jumlah penghasilan susu.
Sistem badan secara automatik akan membuat penyesuaian dan mengubah cara penggunaan kalori yang ada serta membebaskan tenaga dengan lebih baik sebagai tindak balas kepada kekurangan makanan dan air.
Dikatakan, sekiranya seorang wanita yang menyusu badan tidak makan selama 24 jam, kuantiti dan nilai nutrisi susu yang terhasil tidak akan terjejas.
Malahan, sekiranya berlaku perubahan pada badan, sudah tentu anda akan dapat merasainya terlebih dahulu dan akan berhenti berpuasa jika kesan tersebut menjejaskan penghasilan susu.

Bagaimana risiko terhadap diri jika menyusu badan?
Selalunya, wanita yang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan dan menyusukan anak, tidak akan mengalami sebarang masalah. Badan anda dipercayai dapat bertahan sepanjang tempoh berpuasa itu.
Walau bagaimanapun, proses penyusuan pastinya akan membuatkan anda berasa lebih dahaga. Jika anda mengalami dehidrasi semasa berpuasa, anda akan berasa tidak sihat.
Antara tanda dehidrasi yang boleh dikenal pasti adalah:
Berasa sangat dahaga Air kencing berwarna gelap dan berbau kuat Berasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu Berasa sakit kepala atau sebarang kesakitan lain Jika anda menyedari sebarang tanda yang dinyatakan, anda disarankan untuk berbuka dengan meminum air dan berehat.
Jika keadaan masih tidak berubah selepas 30 minit, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
Seperti yang dinyatakan, berpuasa tidak akan menjejaskan penghasilan susu, tetapi perhatikan tanda-tanda jika bayi tidak mendapat susu yang mencukupi, seperti:
Kurang membuang air, bayi baru lahir perlu kencing beberapa kali sehari Najis berwarna kehijauan Tangisan nyaring dan berpanjangan atau kerap meragam Turun atau tidak berat badan si manja Jika anda berasa bayi kuat menyusu badan ketika berpuasa, berikut dikongsikan beberapa tip yang boleh anda amalkan bagi memastikan penghasilan susu tidak terjejas. Pengambilan air mencukupi
Adalah normal untuk berasa dahaga ketika berpuasa. Jadi anda disarankan untuk memastikan pengambilan 2-3 cawan air pada waktu sahur dan berbuka pada bulan Ramadan.
Selepas berbuka, pastikan ada botol air berhampiran anda untuk memudahkan anda minum. Sebolehnya, cuba untuk habiskan 2 botol air.
Sekiranya anda bangun pada tengah malam untuk menyusukan bayi, jangan lupa untuk minum sedikit air.
Elakkan air manis agar anda dapat memfokuskan kepada pengambilan air kosong yang secukupnya.
Smoothie pada waktu sahur
Sebagai tambahan kepada makanan bersahur yang biasa, anda boleh menambahkan jumlah kalori dengan pengambilan smoothie.
Jika anda tidak mampu mengambil segelas penuh smoothie, cuba untuk mengambil secawan smoothie pada ketika bersahur.
Elakkan makanan bergoreng
Pengambilan kalori yang cukup ketika menyusukan bayi adalah penting, tetapi pengambilan makanan bergoreng secara berlebihan tidak akan memberikan sebarang manfaat nutrisi kepada anda dan bayi.

Pemakanan seimbang dan berkhasiat
Dengan memastikan hidangan makanan anda mempunyai protein, pelbagai sayuran dan karbohidrat semasa bersahur dan berbuka dapat membantu anda melakukan proses menyusu badan ketika berpuasa dengan lancar.
Elakkan makanan yang tinggi kandungan garam bagi mencegah anda cepat berasa dahaga dan keletihan.
Snek selepas berbuka
Beberapa jam selepas berbuka puasa dan sebelum tidur, dapatkan nutrisi tambahan dan kalori dengan pengambilan snek sihat yang dapat membantu menambah tenaga.
Suplemen tambahan
Pengambilan suplemen tambahan pastinya dapat membantu membekalkan tenaga yang diperlukan bagi menyusu badan ketika berpuasa.
Namun, sebelum itu, dapatkan nasihat serta pandangan doktor sekiranya anda mungkin perlu mengambil sebarang supleman tambahan ketika bulan Ramadan.

Pam secara konsisten
Semakin anda kerap menyusu badan, maka akan wujud rangsangan untuk menghasilkan lebih banyak susu. Ia berkait rapat dengan sistem supply & demand.
Lakukan proses pam susu dengan konsisten bagi menghasilkan bekalan susu yang mencukupi. Jika perlu, lakukan juga proses mengepam susu pada waktu malam.
Menyusu seperti biasa
Adalah penting untuk memastikan dan mengekalkan jadual penyusuan bayi seperti biasa. Ini untuk mengelakkan sebarang kemerosotan dalam penghasilan susu.
Sentiasa berada dalam keadaan positif bahawa anda akan dapat memberikan susu yang mencukupi buat si kecil. Elakkan daripada berada dalam keadaan stres, okay mommies?
Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Buat Smoothies Waktu Sahur & Elak Makanan Bergoreng, Tip Untuk Ibu Menyusu Yang Nak Berpuasa appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/buat-smoothies-waktu-sahur-elak-makanan-bergoreng-tip-untuk-ibu-menyusu-yang-nak-berpuasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Ada Anak Kecil Nak Berpuasa Untuk Pertama Kali Elak Buat Kesilapan Ini

Kalau Ada Anak Kecil Nak Berpuasa Untuk Pertama Kali Elak Buat Kesilapan Ini

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 270 hits
Ali kena puasa ya tahun ni Nanti mommy bagi RM1 kalau Ali puasa okay Maka si anak pun bersetuju dengan tawaran yang diberikan Tapi boleh ke menawarkan hadiah Ikuti perkongsian pakar Keibubapaan dan Kekeluargaan ini Tips Mengajar Anak Kecil ...
Sahur Dengan Makanan Yang Ringkas Dan Sihat

Sahur Dengan Makanan Yang Ringkas Dan Sihat

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 470 hits
Roti Canadian Purple Wheat dengan Chicken Grill Assalamualaikum dan salam hujung minggu Hari ini Nora ingin kongsikan makanan sahur Nora sepanjang 5 hari Nora puasa ganti Masih ada berbaki beberapa hari untuk Nora selesaikan ganti puasa mem...
Indah Nak Macam Dulu Jaga Adik Adik Selepas Kehilangan Ibu Luahan Anak Buat Bapa Sebak

Indah Nak Macam Dulu Jaga Adik Adik Selepas Kehilangan Ibu Luahan Anak Buat Bapa Sebak

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 274 hits
Pemergian orang yang dsayangi lagi lagi kedua ibu bapa sendiri merupakan momen yang paling sedih dan berat untuk diterima Tetapi sebagai hambaNya kita perlu akur dan redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan Sama seperti perkongsian sedi...
Kalau Kita Nak Anak Membesar Jadi Baik Tunjukkan Bagaimana Ibu Ayahlah Sebenarnya Contoh Terbaik

Kalau Kita Nak Anak Membesar Jadi Baik Tunjukkan Bagaimana Ibu Ayahlah Sebenarnya Contoh Terbaik

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 251 hits
Ketika membesarkan anak anak didiklah mengikut perkembangan mereka Beri perhatian kepada emosi serta tingkah laku mereka Untuk memastikan anak membesar dalam persekitaran yang positif elakkan terlalu menekan mereka untuk melakukan sesuatu y...
Makanan Tekstur Lembut Anak Tolak Tepi Ini Cara Nak Biasakan Anak Makan Jenis Makanan Ni

Makanan Tekstur Lembut Anak Tolak Tepi Ini Cara Nak Biasakan Anak Makan Jenis Makanan Ni

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 320 hits
Setiap kali nak suapkan bubur atau jenis makanan lembik dan lembut anak pasti akan menolak mentah mentah Rasa geli dengan teksur dan sebagainya Menurut menolak makanan jenis lembik dan lembut merupakan sebahagian daripada masalah sensori AN...
Mulakan Berpuasa 4 Jam Dalam Sehari Kemudian Tambah Waktu Jika Anak Dapat Bertahan Cara Latih Berpuasa Yang Berkesan

Mulakan Berpuasa 4 Jam Dalam Sehari Kemudian Tambah Waktu Jika Anak Dapat Bertahan Cara Latih Berpuasa Yang Berkesan

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 274 hits
Kanak kanak yang masih belum mencapai akil baligh tidak diwajibkan menjalani ibadah puasa Walau bagaimanapun anda sebagai ibu bapa boleh memperkenalkan anak anda kepada ibadah puasa sewaktu mereka masih kecil supaya anak anda dapat menangan...
Ibu Hamil Menyusu Tinggal Puasa Perlu Ganti Puasa Atau Bayar Fidyah Ini Jawapan Mufti

Ibu Hamil Menyusu Tinggal Puasa Perlu Ganti Puasa Atau Bayar Fidyah Ini Jawapan Mufti

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 390 hits
Tahun lepas dah tinggal puasa sebab hamil anak sulung jadi tahun ni kena ganti atau ganti dan bayar fidyah Kelirulah Ada segelintir ibu ibu keliru tentang hukum membayar fidyah dan menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada tahun lepas...
Saya Nak Elak Hujan Rider Disaman Sebab Pasang Bumbung Tambahan Di Motosikalnya Tanpa Kelulusan

Saya Nak Elak Hujan Rider Disaman Sebab Pasang Bumbung Tambahan Di Motosikalnya Tanpa Kelulusan

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 362 hits
The ReporterJabatan Pengangkutan Jalan Kuala Lumpur mengenakan saman terhadap seorang penunggang motosikal yang mengubahsuai motosikalnya dari struktur asal dengan memasang struktur tambahan tanpa kelulusan pihak berkuasa Lelaki berusia 52 ...
Elak Jadi Superhero Anak Bagi Peluang Dia Buat Dulu Kalau Asyik Dibantu Bila Mereka Nak Belajar

Elak Jadi Superhero Anak Bagi Peluang Dia Buat Dulu Kalau Asyik Dibantu Bila Mereka Nak Belajar

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 312 hits
Dalam mendidik anak ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh ibu ayah Ilmu keibubapaan tidak hanya terhad kepada satu satu perkara sahaja Sebagai ibu bapa anda perlu kreatif sabar dan positif dalam mendidik anak anak Kalau ada satu ilm...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt