Kalau Kita Nak Anak Membesar Jadi Baik Tunjukkan Bagaimana Ibu Ayahlah Sebenarnya Contoh Terbaik


Ketika membesarkan anak-anak, didiklah mengikut perkembangan mereka. Beri perhatian kepada emosi serta tingkah laku mereka. Untuk memastikan anak membesar dalam persekitaran yang positif, elakkan terlalu ‘menekan’ mereka untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan anak.

 
Misalnya untuk perkembangan kanak-kanak di peringkat umur antara tiga tahun hingga empat tahun dan kadangkala sehingga enam tahun, mereka masih lagi minat untuk bermain. Main pada kanak-kanak adalah belajar. Kanak-kanak belajar sambil bermain untuk memahami sesuatu konsep. Sambil bermain mereka belajar mengenali sesuatu dengan menggunakan deria lihat, sentuh, rasa, dengar dan mentafsir mengikut pandangan dunianya sendiri.
Artikel Menarik: [Tanpa sedar, Terlalu Banyak Hutang Masa Kita Dengan Anak. Selagi Ada Masa Layanlah]
Tingkah laku positif kanak-kanak sepatutnya diterapkan seawal usia sebelum ke tadika. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memupuk kanak-kanak berdisiplin. Adalah tidak adil untuk meletakkan segala tanggungjawab dibebankan kepada institusi tadika dan sekolah.

#Bentuk Disiplin Anak Di Rumah Pernahkah ibu bapa melatih anak-anaknya mematuhi perkara yang dilakukan semasa di rumah? Sebagai contoh jadual di rumah waktu bermain, menonton televisyen, solat, mandi dan tidur. Kesemuanya perlu dimulakan sejak kecil lagi.
Mereka perlu dibiasakan perkara-perkara yang diingini oleh orang dewasa seperti tidak menyepahkan barang mainan selepas main, membaca dan sebagainya. Jangan jadikan sesuatu yang negatif seperti tidak mengemas barang mainan selepas bermain dibiarkan begitu sahaja.

 
Maklumkan berkemas sebagai satu peraturan dan sekiranya ingkar hukuman tidak benarkan bermain lagi. Ibu bapa perlu memberi contoh seperti mengemas bersama-sama untuk beberapa kali dan berikan pujian sebagai ganjaran kerana mengemas barang mainannya.
Selepas itu galakkan kanak-kanak melakukannya sendiri mengikut jadual yang ditetapkan seperti masa menonton televisyen, membaca, mandi dan tidur.
#Latih Anak Untuk Sentiasa Fokus Kanak-kanak yang tidak dilatih mendengar dengan memberi tumpuan dengan menggunakan mata biasanya tidak dapat mengikut arahan dengan betul. Kadangkala mereka sukar untuk memahami perkara yang disampaikan. Arahan yang hendak disampaikan hendaklah jelas, ringkas dan dapat dilihat atau digambarkan.

 
Contohnya, “Selepas bermain barang mainan hendaklah dikemas masukkan ke dalam kotak.” Kanak-kanak dapat memahami dengan jelas dan mengetahui apa yang perlu dibuat untuk menyimpan barang mainannya. Berbanding dengan contoh berikut: “Mainan yang bersepah ini perlu dikemas sekarang juga.” Kanak-kanak tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk menyimpan barang mainannya.
#3 Ajar Cara Mudah Pada usia enam tahun tidak semua mencapai kematangan dan mereka masih di tahap mempelajari sesuatu perkara berasaskan perkara yang maujud atau konkrit. Mereka tidak dapat membayangkan sesuatu yang abstrak.
Artikel Menarik: [Anak Dah Masuk Usia 3 Tahun Boleh Cuba Aktiviti Ini, Bagus Untuk Asah Motor Halusnya]

 
Contohnya, apabila ditanya berapa nilai nombor lima. Mereka tidak dapat mengaitkan persamaan nilai lima dengan benda lain. Walhal nilai lima boleh dikaitkan dengan lima jemari, lima keping biskut dan sebagainya. Setiap perkara yang dipelajari perlu ada unsur main. Bahan yang diberikan hendaklah selaras dengan minat dan keupayaan kanak-kanak.

Kesimpulannya, ibu bapa perlu memahami perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat usia terhadap kesesuaian kesediaan belajar. Setiap tahap kesediaan belajar kanak-kanak berbeza bergantung kepada keupayaan individu. Setiap kanak-kanak keupayaan, kemahiran dan minatnya berbeza. Kenal pasti minat dan kebolehan anak anda dan berikan perkara yang diminati untuk memupuk minat belajar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
 
 
 
 
The post Kalau Kita Nak Anak Membesar Jadi Baik, Tunjukkan Bagaimana. Ibu Ayahlah Sebenarnya Contoh Terbaik! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-kita-nak-ajar-anak-membesar-jadi-baik-tunjukkan-bagaimana-ibu-ayahlah-sebenarnya-contoh-terbaik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Akan Mengarah Ibu Kalau Nampak Ayahnya Suka Mengarah Nak Anak Baik Kita Kena Jadi Baik

Anak Akan Mengarah Ibu Kalau Nampak Ayahnya Suka Mengarah Nak Anak Baik Kita Kena Jadi Baik

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 273 hits
Hancurnya hati bila anak tunjuk kelakuan tak baik dan biadap Mungkin ibu ayah sendiri tanpa sedar membiarkan anak terdedah kepada punca puncanya Menggunakan perkataan kasar dan negatif berkelakuan ganas tidak hormat peraturan tidak menghorm...
Indah Nak Macam Dulu Jaga Adik Adik Selepas Kehilangan Ibu Luahan Anak Buat Bapa Sebak

Indah Nak Macam Dulu Jaga Adik Adik Selepas Kehilangan Ibu Luahan Anak Buat Bapa Sebak

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 275 hits
Pemergian orang yang dsayangi lagi lagi kedua ibu bapa sendiri merupakan momen yang paling sedih dan berat untuk diterima Tetapi sebagai hambaNya kita perlu akur dan redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan Sama seperti perkongsian sedi...
Hari Hari Nak Dengar Suara Ibu Kena Bebel Pun Anak Tetap Rapat

Hari Hari Nak Dengar Suara Ibu Kena Bebel Pun Anak Tetap Rapat

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 394 hits
Biar segarang manapun seorang ibu anak anak tetap akan manja dengannya Ada satu aura pada ibu yang membuatkan anak anak lebih mudah mendengar kata dan selesa dengan ibu mereka Bukanlah mereka tidak sayangkan si ayah tetapi dengan ibu ni ada...
Tahukah Ibu Bapa Inilah Waktu Terbaik Untuk Hantar Anak Anda Ke Kelas Enrichment

Tahukah Ibu Bapa Inilah Waktu Terbaik Untuk Hantar Anak Anda Ke Kelas Enrichment

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 260 hits
Pasti ada ibu bapa yang mempunyai hasrat untuk menghantar anak mereka ke kelas enrichment Bagi ibu bapa yang tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan kelas enrichment ianya adalah kelas pengkayaan Ramai yang mempunyai sangkaan bahawa...
Yang Keluar Dari Mulut Ibu Itu Doa Sebutlah Yang Baik Baik Jangan Ringan Maki Anak

Yang Keluar Dari Mulut Ibu Itu Doa Sebutlah Yang Baik Baik Jangan Ringan Maki Anak

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 358 hits
Sepanjang proses membesar sudah tentu anak anak banyak ragamnya Ada masa mereka akan buat perangai yang menyebabkan ibu ayah rasa marah Permainan emosi begini bukan sahaja mempengaruhi tumbesaran mereka tetapi ia mengganggu perhubungan anta...
Nampak Anak Buat Tak Baik Pada Ibu Suami Tegurlah Biar Anak Beradab

Nampak Anak Buat Tak Baik Pada Ibu Suami Tegurlah Biar Anak Beradab

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 409 hits
Mendidik anak bukan hanya isteri bahkan suami iaitu ayah berperanan lebih besar untuk menegur anak Ibu mungkin sudah terbiasa memarahi anak namun ayah yang jarang jarang marah anak punya kesan yang lebih besar pada anak Menurut yang sering ...
Anak Suka Conteng Dinding Normal Ibu Ayah Marah Tanpa Usul Periksa Tu Silap

Anak Suka Conteng Dinding Normal Ibu Ayah Marah Tanpa Usul Periksa Tu Silap

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 353 hits
Ibu pernah tak ternampak anak selalu menconteng dinding rumah Pasti ibu naik angin dan geram tengok dinding rumah kotor Namun tahukah mama papa yang aktiviti ini sememangnya memberi kelebihan kepada anak anda Menurut Parent Connect Consulta...
Ibu Hamil Mati Dibunuh Perutnya Dibelah Bayinya Dilarikan Wanita Yang Terlalu Inginkan Anak

Ibu Hamil Mati Dibunuh Perutnya Dibelah Bayinya Dilarikan Wanita Yang Terlalu Inginkan Anak

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 286 hits
The ReporterSeorang wanita hamil lapan bulan maut selepas perutnya dibelah dan bayinya dicuri dalam kejadian mengerikan dalam kejadian yang berlaku pada petang Rabu 17 Mac 2021 di kediamannya di Macae Rio de Janeiro Brazil Pamella Ferreira ...
10 Tip Cara Jadi Parent Terbaik Sentiasa Maafkan Anak Dan Kirimkan Al Fatihah

10 Tip Cara Jadi Parent Terbaik Sentiasa Maafkan Anak Dan Kirimkan Al Fatihah

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 220 hits
Oleh Ibu dan bapa dua figura penting dalam mencorakkan kehidupan anak anak Tugas yang cukup sukar namun perjalanannya mudah andai punya ilmu Perkongsian Norshaila Yusof menerusi tips Prof Datuk Dr Muhaya dalam ilmu keibubapaan melengkapkan ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui