Mulakan Berpuasa 4 Jam Dalam Sehari Kemudian Tambah Waktu Jika Anak Dapat Bertahan Cara Latih Berpuasa Yang Berkesan


Kanak-kanak yang masih belum mencapai akil baligh tidak diwajibkan menjalani ibadah puasa. Walau bagaimanapun, anda, sebagai ibu bapa, boleh memperkenalkan anak anda kepada ibadah puasa sewaktu mereka masih kecil supaya anak anda dapat menangani ibadah puasa apabila dewasa kelak.

Oleh itu, bagaimana untuk mengajar anak anda berpuasa untuk kali pertama?
Tip mendidik anak berpuasa buat kali pertama
Mengajar anak anda berpuasa mungkin merupakan cabaran baru kepada diri anda. Terdapat kanak-kanak yang ingin berpuasa seperti anggota keluarganya yang lain, tetapi ada juga kanak-kanak yang tidak mahu. Sebelum mengajar anak anda berpuasa, anda harus memberikan kefahaman terlebih dahulu tentang puasa dan mengapa ibadah ini perlu dilaksanakan setiap tahun. Sebaik sahaja difahamkan makna di sebalik puasa, kanak-kanak mungkin merasa lebih mudah untuk ikut berpuasa.
Inilah petua untuk mengajar anak anda berpuasa kali pertama:
Tunjukkan contoh
Menunjukkan contoh kepada anak anda lebih penting daripada sekadar mengajarkannya tentang puasa. Memandangkan anak kecil gemar meniru orang dewasa, ini memudahkan anak anda belajar untuk berpuasa.
Apabila anda berpuasa, anak anda pasti akan bertanya apa itu puasa, kenapa emak dan ayah tidak makan, dan sebagainya. Ini akan menimbulkan rasa ingin tahu pada kanak-kanak, sehingga dia mahu mencuba dan mengamalkannya. Ingat, pada usia muda, kanak-kanak sangat mudah meniru tingkah laku orang di sekelilingnya.

Jangan paksa anak anda berpuasa sepenuhnya
Berikan anak anda kelonggaran semasa puasa pertama mereka. Anda perlu ingat bahawa kanak-kanak masih dalam tempoh pertumbuhan dan perkembangan di mana mereka masih memerlukan banyak nutrien. Di samping itu, kanak-kanak juga selalu tidak dapat menahan diri mereka atau lupa bahawa mereka tidak dibenarkan makan, lalu pergi mendapatkan makanan atau minuman apabila mereka memerlukannya. Oleh itu, memaksa anak anda berpuasa sepenuhnya atau setiap hari boleh menimbulkan risiko kesihatan.
Anda harus mula mengajar anak anda perlahan-lahan. Bermula dari berpuasa beberapa jam dalam sehari kemudian tambah waktu jika anak anda dapat bertahan. Yang paling penting, ajar mereka bagaimana menangani situasi tertentu semasa berpuasa seperti dijemput makan atau ketika mereka lapar. Keupayaan dan kesedaran mereka tentang puasa juga akan meningkat dari masa ke masa.
Minta anak anda berpuasa dari makanan tertentu
Jika anak anda terbiasa makan makanan tertentu, minta anak anda mengelakkan makanan ini sewaktu mula berpuasa. Sebagai contoh, jika anak anda suka coklat dan kerepek, mintalah anak anda untuk tidak memakannya semasa waktu puasa. Ini boleh membantu menghapuskan tabiat pemakanan yang buruk. Di samping itu, ia juga boleh membantu mereka lebih menghargai makanan tersebut.
Jangan lupa untuk memberi ganjaran
Tidak kira berapa jam atau berapa hari anak anda berpuasa, anda harus memberi ganjaran kepada anak anda selepas mereka berbuka. Ganjaran ini dapat meningkatkan semangat mereka untuk berpuasa lagi. Anda tidak perlu memberi hadiah, hanya memuji mereka dan mengatakan mereka telah melakukannya dengan baik pun sudah mencukupi.
Anda juga boleh menawarkan makanan kegemaran anak anda apabila puasa berakhir. Ini juga salah satu perkara yang membuat anak-anak bahagia. Walau bagaimanapun, pilih makanan sihat yang mengandungi nutrien penting, seperti makanan yang mengandungi karbohidrat, lemak, protein, vitamin, dan mineral. Jangan membiasakan diri memberi makanan manis kerana boleh memudaratkan.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Mulakan Berpuasa 4 Jam Dalam Sehari Kemudian Tambah Waktu Jika Anak Dapat Bertahan. Cara Latih Berpuasa Yang Berkesan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/mulakan-berpuasa-4-jam-dalam-sehari-kemudian-tambah-waktu-jika-anak-dapat-bertahan-cara-latih-berpuasa-yang-berkesan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagi Yang Masih Menanti Plan Tambah Anak Dr Hamid Kongsi Cara Mudah Hamil

Bagi Yang Masih Menanti Plan Tambah Anak Dr Hamid Kongsi Cara Mudah Hamil

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 572 hits
Bila sebut soal anak suami isteri dah ada perancangannya Cuma selepas setahun berkahwin belum ada tanda tanda hamil jangan berlengah Mungkin ada masalah tertentu dan memerlukan penyelesaian pakar Begitu juga buat pasangan yang dah ada anak ...
Kena Sedut Perlahan Lahan Dalam Dalam Baru Berkesan Kalau Gas Entonox Ni Tak Jalan Kena Cuba Cara Lain

Kena Sedut Perlahan Lahan Dalam Dalam Baru Berkesan Kalau Gas Entonox Ni Tak Jalan Kena Cuba Cara Lain

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 373 hits
Ibu ibu yang sedang menahan sakit kontraksi biasanya akan meminta ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan yang kuat Biasanya ibu yang bakal bersalin ini akan diberikan gas entonox bertujuan untuk melegakan sedikit kesakitan Namun tak sem...
Cara Berkesan Sendawakan Bayi Selepas Menyusu Dan Sedang Tidur

Cara Berkesan Sendawakan Bayi Selepas Menyusu Dan Sedang Tidur

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 449 hits
WAJIB SENDAWAKAN BAYI SELEPAS MENYUSU Adakah perlu untuk membuatkan bayi sendawa setiap kali selesai menyusu Benar Wajib okay Wajib Jangan sesekali lupa untuk sendawakan bayi sebaik saja selepas menyusu Ini kerana bayi akan terlena sebaik s...
Jangan Tersalah Pilih Ini Cara Pilih Rancangan Televisyen Sesuai Untuk Anak 0 7 Tahun

Jangan Tersalah Pilih Ini Cara Pilih Rancangan Televisyen Sesuai Untuk Anak 0 7 Tahun

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 380 hits
Membiarkan anak menonton bukanlah satu kesilapan tetapi perlu berpada pada dan bijak memilih program yang bermanfaat untuk anak malah mampu merangsang perkembangan minda anak Menurut Terapi Cara Kerja memahami pelbagai masalah ibu bapa yang...
5 Cara Kawal Anak Daripada Ketagihan Gadget

5 Cara Kawal Anak Daripada Ketagihan Gadget

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 347 hits
AssalamualaikumBismillahZaman sekarang merupakan zaman moden di mana kanak kanak awal usia mula didedahkan dengan pelbagai teknologi canggih seperti TAB dan IPad Keadaan ini menyebabkan kanak kanak mula ketagihan dan sukar untuk mengawal pe...
Cara Turunkan Berat Badan Dengan Kayuhan Basikal 30 Minit Sehari

Cara Turunkan Berat Badan Dengan Kayuhan Basikal 30 Minit Sehari

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 477 hits
Jadikan senaman ringan setiap hari sebagai aktiviti mesti bagi anda Contoh senaman ringan yang boleh dilakukan adalah berbasikal berjogging lompat bintang berlari atas treadmill dan sebagainya Walaupun pakar kesihatan mengatakan senaman han...
Tak Ada Mainan Barang Mahal Pun Mahu Maream Hidup Sederhana Cara Farah Lee Didik Anak

Tak Ada Mainan Barang Mahal Pun Mahu Maream Hidup Sederhana Cara Farah Lee Didik Anak

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 431 hits
Anak anak sememangnya harus dididik hidup bersederhana sejak kecil agar mereka lebih tahu erti kesusahan dan berjimat cermat Inilah yang cuba dikongsikan oleh Farah Lee dalam mendidik anak tunggalnya Maream Isabelle Kata Farah menerusi Inst...
Hiburan Bukan Aizat Tapi Eye Zac Zahirah Macwilson Ajar Netizen Cara Sebutan Yang Betul Untuk Nama Anak Sulungya

Hiburan Bukan Aizat Tapi Eye Zac Zahirah Macwilson Ajar Netizen Cara Sebutan Yang Betul Untuk Nama Anak Sulungya

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 667 hits
Pelakon Zahirah MacWilson dan suami pelakon Aiman Hakim Ridza baru baru ini telah mendedahkan wajah serta nama anak sulung mereka yang baru sahaja dilahirkan iaitu Isaac Raees Sumber Instagram Zahirah MacWilson Selepas berkongsikan mengenai...
Tahukah Ibu Bapa Inilah Waktu Terbaik Untuk Hantar Anak Anda Ke Kelas Enrichment

Tahukah Ibu Bapa Inilah Waktu Terbaik Untuk Hantar Anak Anda Ke Kelas Enrichment

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 352 hits
Pasti ada ibu bapa yang mempunyai hasrat untuk menghantar anak mereka ke kelas enrichment Bagi ibu bapa yang tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan kelas enrichment ianya adalah kelas pengkayaan Ramai yang mempunyai sangkaan bahawa...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Part Iii Tempat Solat Beli Beras

Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia