Buat Jahat Jangan Sekali




Assalamualaikum.

Bulan January tahun 1982 beberapa tragedi telah menimpa diriku dan sahabatku. Ini berkaitan dengan kegiatan kami pada setiap malam, iaitu mencuri rambutan cina dan mengombet (mengintai orang beromen). Semuanya kami lakukan di satu tempat berdekatan dengan kebun rambutan itu. Memang setiap malam ada saja pasangan yang melakukan maksiat di kawasan itu. Kami cuma menumpang tengok saja. Ada pula seorang rakan kami yang lebih berani. Dia itu bukan saja hendak mengintai saja, tetapi telah menghampiri pasangan tersebut lalu memukul mereka dan menyambak (mencuri) wang mereka. Itulah akibatnya orang-orang yang melakukan maksiat di kawasan itu. Rakan kami itu cukup rasa gembira melakukan perkara itu kerana katanya, "itu sajalah caranya untuk mengajar pasangan-pasangan itu.."

Aku ingin menceritakan satu peristiwa yang telah berlaku keatas diriku dan Jamaluddin. Suatu senja selepas waktu maghrib, kami merancang untuk mencuri buah rambutan cina. Kami pun mula bergerak ke sana. Setelah hampir 20 minit kami berada didalam kebun rambutan itu, Jamaluddin mengajak pulang. Kami berjalan pulang dengan membimbit sekarung buah rambutan ditangan masing-masing. Didalam perjalanan pulang (berjalan kaki) kami bertemu dengan seorang pakcik yang kami tidak kenali. Dia menegur kami,

"Kome ni dari mane?"

Jamaluddin pun menjawab, "saja jalan-jalan pakcik."

"Hah? Jalan-jalan je? Itu rambutan mane kome dapat?" Tanya pakcik tu lagi.
Aku dan Jamaluddin tersengih-sengih, "ini ha... Kami minta kat cina kebun tu tadi.." kata Jamaluddin.

"Kome jangan nak tipu pakcik. Pakcik dah tahu semuanya..." Bidas pakcik tu. Aku dan Jamaluddin terpinga-pinga malu.

"Kome tahu sape pakcik?" Pertanyaan itu tak berjawab.
Lantas dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya. Ditunjukkannya kepada kami.

"Kome tengok ni!"

Aku dan Jamaluddin melihat sekeping kad kuasa seorang pegawai polis. Oh! Rupa-rupanya pakcik ni seorang pegawai polis. Oh! Tuhan, apa sudah jadi ni? Mungkin aku akan ditangkap dan menerima hukumannya.. ataupun aku akan dibawa pulang ke rumah lalu ibubapa ku akan tahu tentang kegiatanku ini. Sudah tentu mereka akan memarahi aku dan mengenakan tindakan atas diriku. Inilah perkara yang aku tak suka, tapi apa boleh buat lagi, semuanya salah aku sendiri. Mungkin Tuhan telah memberikan balasan terhadap perbuatan jahat yang sedang aku lakukan ini.

Tiba-tiba lamunan ku diganggu oleh suara garau pakcik itu. Dia bertanyakan dimanakah kedua rakanku yang lain. Kami mengatakan bahawa kami ini hanya berdua. Namun dia masih bertegas dengan mengatakan kami ni sebenarnya berempat dan terus mendesak kami untuk memberitahu dimanakah kedua mereka yang lain. Namun kami terus meyakinkan pakcik itu bahawa kami ini cuma berdua sahaja.

"Baiklah kalau begitu biar pakcik cari deme. Pakcik nampak deme menyorok kat situ ar..!" Putusnya. Dia kemudiannya menyeberangi jalan dan menuju ke arah semak samun tidak jauh dari kawasan kebun rambutan itu.

"Apa dah jadi ni? Mimpi ke pakcik polis tu?", ucapku hampir berbisik. "Entahlah..." Jamaluddin mengeluh.

Terfikir difikiranku untuk melarikan diri saja dari sini tetapi Jamaluddin enggan berbuat demikian. Apa nak jadi, jadilah.

Beberapa minit kemudian Pakcik Polis itu kembali semula. Kedengaran dia merungut sendirian. Kemudian dia memandang kami dengan tajam dan bersuara, "betul ke kome ni berdua aje?".

"Ya. Kami memang berdua je ni..." jawab Jamaluddin.

"Tapi... Pakcik yakin betul tadi ada empat orang berjalan kemari, tetapi yang dua orang tu melincung kearah semak sana sebaik sampai hujung jalan ni..", cerita pakcik tu membuatkan jantung kami berdebar-debar.

"Pakcik agak lah mungkin deme tu setan!" Ucapannya lagi menambahkan rasa seram pada diriku.

Pakcik itu meneruskan kata-katanya, "biasanya kegiatan sepertimana yang kome lakukan ni sememangnya sering disertai setan! Apatah lagi waktu senja dan magrib macam ni.."

Kami mendiamkan diri saja sementara bulu roma kami mula meremang. Dalam hatiku membenarkan apa yang dia katakan.

Kemudian pakcik itu meminta bungkusan buah rambutan yang ada ditanganku. Aku agak keberatan memberikannya.

"Kome nak makan rambutan ni? Makan hasil curian ni benda haram yang akan menjadi darah daging kome.. Kome nak ke macam tu?"

Aku diam. Angguk tidak, ngeleng pun tidak. Rasa hendak melawan tetapi masih berfikir tak baik melawan orang tua, bisik hatiku. Lantas aku pun menyerahkan bungkusan buah rambutan itu kepadanya.

Tiba-tiba aku rasa marah dan sakit hati apabila pakcik itu mencampakkan bungkusan rambutan itu ke tanah menyebabkan habis semua buah rambutan tersebut bertaburan lalu bercampur dengan segala sampah sarap yang sememangnya banyak di situ.

"Lain kali jangan mencuri lagi!", Bentaknya.

Ini merupakan satu amaran kepada kami dan kami pun akur, "baik pakcik." Ucap kami serentak.

"Kali ini pakcik lepaskan kome tapi lain kali kalau pakcik nampak lagi kome berdua mencuri, pakcik takkan maafkan lagi, terus bawak balai. Kome ingat tu ye.."

"Ya pakcik kami akan ingat tu. Kami janji kami tak akan mencuri lagi."

"Baguslah kalau macam tu..." Ujar pakcik itu sambil mencapai basikalnya. Dia pun berlalu pergi meninggalkan kami berdua. Aku berbunga gembira dan kami pun bergerak untuk pulang.

"Nasib baik pakcik tu tak buang rambutan aku", ucap Jamaluddin dalam nada gembira. Aku mencebik bibir tanda geram. Huh! Sungguh tak adil pakcik tu.. Aku mengeluh dalam hati.

Beberapa hari kemudian, kami mengulangi lagi perbuatan mencuri buah rambutan tersebut. Masakan tidak, sedangkan kelazatannya sentiasa mengamit kami untuk melakukannya lagi. Kami sering kekenyangan sehinggalah kelarut malam. Sesungguhnya kami ini tidak pernah serik...


Sekian. Wassalam.


Perkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://arizwanmerahs.blogspot.com/2018/08/buat-jahat-jangan-sekali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Selangor Di Gombak Nurul Izzah Di Ampang Jangan Tukar Tukar Lagi

Mb Selangor Di Gombak Nurul Izzah Di Ampang Jangan Tukar Tukar Lagi

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 174 hits
Sementara memenangi sebanyak mungkin kerusi Parlimen dan menyingkirkan pengkhianat merupakan teras perjuangan utama yang ingin dicapai PKR dalam PRU15 ini parti itu nampaknya belum memuktamadkan lagi calonnya untuk bertanding di Gombak dan ...
Jangan Disama Samakan

Jangan Disama Samakan

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 157 hits
JANGAN DISAMA SAMAKAN Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih UNTUK MENUTUPI atau menjaga nama baik janganlah DISAMA SAMAKAN Kena jelas bahawa setiap orang tidak sama bawaan pada dirinya Bererti berbeza b...
Masuk 6 Bulan Anak Kurang Menyusu Ibu Jangan Susah Hati Nutrisi Masih Cukup

Masuk 6 Bulan Anak Kurang Menyusu Ibu Jangan Susah Hati Nutrisi Masih Cukup

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 211 hits
Bayi akan menyusu sepenuhnya dengan susu ibu sepanjang tempoh tumbesarannya selama enam bulan Selepas itu dia akan diperkenalkan dengan makanan lain seperti puri dan bubur Keperluan nutrisi bayi kini tidak hanya bergantung kepada susu ibu t...
Jangan Salah Pilih Dan Jangan Slahkan Penyamoon Salahkan Diri Anda

Jangan Salah Pilih Dan Jangan Slahkan Penyamoon Salahkan Diri Anda

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 129 hits
Jalgan salahkan PENYAMOON kalau PENYAMOON terus MENYAMOON Salahkan diri sendiri kalau terus UNDI PENYAMOON Zunar cartoonist fan club
Jual Perantisiswa Bentuk Hukuman Belum Dibincang Pm Rayu Pelajar Jangan Jual

Jual Perantisiswa Bentuk Hukuman Belum Dibincang Pm Rayu Pelajar Jangan Jual

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 176 hits
KUALA LUMPUR 26 Okt Kerajaan belum membincangkan sebarang bentuk tindakan termasuk sama ada menyenaraihitamkan pelajar yang didapati menjual PerantiSiswa Keluarga Malaysia kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Setakat ini kita...
Video Pasang Gril Kalau Rumah Tinggi Netizen Takut Jangan Tegok

Video Pasang Gril Kalau Rumah Tinggi Netizen Takut Jangan Tegok

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 194 hits
Tangkap layar dua kanak kanak berada di balkoni jendela luar rumah di PV18 Residence Setapak semalam VIDEO Pasang gril kalau rumah tinggi netizenPETALING JAYA Mungkin anggap sebagai tempat bermain video tular seorang kanak kanak berjoget di...
Jangan Perjudikan Pendidikan Negara Datuk Dr Asyraf Wajdi

Jangan Perjudikan Pendidikan Negara Datuk Dr Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 234 hits
Jangan Perjudikan Pendidikan Negara Datuk Dr Asyraf Wajdi Datuk Dr Asyraf wajdi dusuki selaku ketua pemuda UMNO telah mencadangkan supaya Suruhanjaya Pendidikan Nasional ditubuhkan berhidang kuasanya tetapkan melalui penubuhan akta khusus M...
Bab Rezeki Jangan Berkira Isteri Anak Anak Pintu Rezeki Yang Sangat Powerful

Bab Rezeki Jangan Berkira Isteri Anak Anak Pintu Rezeki Yang Sangat Powerful

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 210 hits
Bab rezeki ni bukan kerja kita Kerja kita sebagai hamba Allah perlu berusaha dan berikhtiar Dalam usaha dan ikhtiar perlu cari KEBERKATAN Jangan sekadar usaha dan ikhtiar sahaja semata mata Menerusi perkongsian Imam Muda Hassan bila di dala...
Manjakan Anak Tu Boleh Tapi Jangan Ikut Sangat Apa Dia Nak Takut Naik Lemak

Manjakan Anak Tu Boleh Tapi Jangan Ikut Sangat Apa Dia Nak Takut Naik Lemak

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 162 hits
Kebanyakan ibu ayah buntu mengapa anak mereka suka buat perangai Sebenarnya dalam tidak sedar kitalah yang menyebabkan mereka berperangai negatif Jika dibiarkan mungkin ia boleh berlanjutan sehingga mereka besar nanti Artikel Menarik Sebaga...
The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar