Mb Selangor Di Gombak Nurul Izzah Di Ampang Jangan Tukar Tukar Lagi


 
Sementara memenangi sebanyak mungkin kerusi Parlimen dan menyingkirkan pengkhianat merupakan teras perjuangan utama yang ingin dicapai PKR dalam PRU15 ini, parti itu nampaknya belum memuktamadkan lagi calonnya untuk bertanding di Gombak dan juga Ampang.
Gombak dan Ampang yang sebelum ini dimenangi oleh Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin atas tiket PKR adalah dua kerusi pengkhianat yang wajib dirampas semula oleh PKR atas nama maruah dan untuk memastikan laluan membentuk kerajaan menjadi kenyataan.
Sepatutnya, sesuai dengan pengumuman Anwar Ibrahim tidak lama sebelum ini bahawa PKR akan meletakkan pemimpin utamanya sebagai calon di kerusi-kerusi pengkhianat, siapa calon parti itu untuk berhadapan dengan Azmin dan Zuraida tidak langsung menjadi masalah, apa lagi lewat dimuktamadkan.
Memuktamadkan lebih awal siapa calon di Gombak dan Ampang adalah pendekatan paling baik untuk menuju ke arah kemenangan berbanding masih tiada ketentuan seperti sekarang.
Lihatlah bagaimana kesan positif tindakan meletakkan Anwar lebih awal sebagai calon di Tambun yang diumumkan sejak seminggu lalu.
Dalam hal ini, seharusnya Menteri Besar Selangor, Amirudin Saari telah pun diumumkan secara muktamad tanpa sebarang keraguan lagi sebagai calon PKR di Gombak untuk berhadapan dengan Azmin.
Kedudukannya sebagai ketua kerajaan negeri adalah paling mantap untuk berhadapan dengan Azmin yang merupakan seorang menteri di peringkat pusat.
Tidak sepatutnya, beliau di peringkat ini masih disebut sebagai “hampir pasti” untuk dinamakan sebagai calon di kerusi tersebut.
Lebih tidak patut bila mana masih ada dua nama sama ada Nurul Izzah Anwar atau Rodziah Ismail dalam pertimbangam PKR untuk diletakkan sebagai calon di Ampang bagi berhadapan dengan Zuraida.
PKR sepatutnya sedar bahawa untuk berhadapan dengan Zuraida, calon pilihan mestilah seorang “heavyweight” yang ada aura serta disukai rakyat seperti Nurul Izzah.
Rekodnya pernah menumbangkan dua menteri di Lembah Pantai, Shahrizat Jalil dan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebelum ini adalah nilai tambah yang lebih memungkinkan seorang lagi menteri seperti Zuraida mampu dikalahkannya.
Meletakkan Rodziah, seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, malah kalah dalam pertandingan jawatan Ketua Wanita PKR, sebagai calon di Ampang, tidak ubah seperti memberi kemenangan percuma kepada Zuraida.
Rodziah tidak cukup kekuatan serta aura untuk berlawan dengan Zuraida, malah dikhabarkan beliau tidak mendapat dokongan sepenuhnya daripada jentera parti di Ampang sendiri.
Berbanding Nurul Izzah, bukan saja seluruh jentera parti di Ampang sangat berharap kehadirannya dan sedia bekerja keras untuknya, tinjauan rambang dalam pelbagai lapisan rakyat atas pagar juga amat mengalu-alukan kehadirannya.
Gombak dan Ampang adalah dua kerusi kritikal yang mesti dimenangi oleh PKR pada 19 November nanti, bukan saja untuk memastikan kejayaan PH membentuk kerajaan menjadi kenyataan, malah untuk menyingkirkan pengkhianat yang telah mendurjanai parti.
Untuk memungkinkan hasrat itu dapat dicapai, tiada lain calon paling sesuai selain Amirudin dan Nurul Izzah.
Maka, diingatkan kepada Anwar dan PKR – jangan tukar-tukar lagi!!
Kalau tidak, bersedialah menerima kekalahan dan hasrat ke Putrajaya juga mungkin tak kesampaian. – ShahbudinHusin 27/10/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/mb-selangor-di-gombak-nurul-izzah-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nurul Izzah Most Likely Defending Permatang Pauh

Nurul Izzah Most Likely Defending Permatang Pauh

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 425 hits
Nurul Izzah Anwar won in Permatang Pauh considered a family seat by a majority of 15 600 votes in the 2018 general election GEORGE TOWN Nurul Izzah Anwar will most likely defend the Permatang Pauh parliamentary seat in Penang in the general...
Ikut Hati Nak Lawan Pengkhianat Di Gombak Ampang

Ikut Hati Nak Lawan Pengkhianat Di Gombak Ampang

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 387 hits
Ikut hati nak lawan pengkhianat di Gombak AmpangPosted By on October 23 2022Pemilihan kerusi parlimen Tambun untuk ditandingi oleh Pengerusi Pakatan Harapan bukan dibuat secara semberono tetapi setelah memikirkan strategi bagi menambah soko...
Pru 15 Untuk Bentuk Kerajaan Gabungan Terus Terang Itu Penting Nurul Izzah

Pru 15 Untuk Bentuk Kerajaan Gabungan Terus Terang Itu Penting Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 207 hits
satuberita myBy October 22 2022NAIB Presiden PKR Nurul Izzah Anwar tidak menolak kemungkinan terbentuknya kerajaan gabungan selepas Pilihan Raya Umum ke 15 nanti Namun bagi beliau parti parti yang akan membentuk kesepakatan untuk bekerjasam...
Mengaku Lelaki Sajat Tegur Pasangan Bercerai Jangan Abaikan Nafkah Anak2

Mengaku Lelaki Sajat Tegur Pasangan Bercerai Jangan Abaikan Nafkah Anak2

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 206 hits
Nama usahawan kontroversi Nursajat nbsp atau mesra disapa Sajat rasanya tak perlu diperkenalkan lagi Meskipun dia sudah menetap di Australia netizen Malaysia sentiasa menantikan nbsp update nbsp terbaharunya yang sering menghiburkan hati or...
Jangan Jemu Bertaubat Sebab Allah Itu Maha Penerima Taubat Hambanya

Jangan Jemu Bertaubat Sebab Allah Itu Maha Penerima Taubat Hambanya

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 306 hits
Kalau bekas yang hitam boleh dicuci hingga menjadi putih dan bersih tapi kenapa kita tak boleh mencuci hati kita yang berkarat Cucilah dengan selalu beristighfar berselawat berzikir membaca Al Quran dan mengingati mati Jangan diratap dosa s...
Untuk Memilih Jangan Percaya Pada Cerita Lihat Pada Maklumat Statistik Pru 15

Untuk Memilih Jangan Percaya Pada Cerita Lihat Pada Maklumat Statistik Pru 15

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 194 hits
Ada sekali semasa balik kampung saya jogging seorang diri di pagi hari Dari dalam kampung Penanti saya keluar ke jalan utama di belakang sekolah menengah Penanti Teruskan jogging melalui depan sekolah Penanti sehinggalah ke pintu gerbang Ji...
Keluar Undi Jangan Pilih Ahli Politik Yang Tak Berguna Kerajaan Akan Stabil Teloq Ayam Pun Tak Boleh Jaga

Keluar Undi Jangan Pilih Ahli Politik Yang Tak Berguna Kerajaan Akan Stabil Teloq Ayam Pun Tak Boleh Jaga

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 215 hits
KABINET PERANG 1 Dulu masa Perang Dunia Kedua England punya Kabinet Perang Perdana Menterinya Winston Churchill lantik Menteri Kabinet dari kedua2 blok Blok Kerajaan dan Pembangkang 2 Tujuannnya ada 2 masa perang mereka perlukan the best br...
Nak Puji Anak Pun Ada Cara Jangan Puji Hasil Tapi Puji Proses Baik Untuk Anak

Nak Puji Anak Pun Ada Cara Jangan Puji Hasil Tapi Puji Proses Baik Untuk Anak

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 236 hits
Anak anak kecil kita sememangnya perlukan pujian untuk mereka rasa terus dihargai setiap masa Bagi bagaimana cara kita hendak memuji Dan apa cara terbaik untuk kita puji anak Menurut Pakar Psikiatri dari UIA memujilah dengan cara yang tepat...
Jangan Percaya Si Tua Kutuk Ini

Jangan Percaya Si Tua Kutuk Ini

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 222 hits
Mahathir sedia jumpa DS Anwar Kalau nak kata dia jilat ludah sendiri pun dia tak kisah Katanya demi untuk halang perasuah berkuasa Satu kenyataan yang penuh hipokrasi Itu semua hanya sekadar alasan untuk menipu rakyat Hakikat sebenar dia cu...
Cara Semak Gula Dalam Darah Di Rumah

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap

Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

Kakitangan Kerajaan Dapat Cuti Kahwin 10 Hari Gaji Penuh

Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Akhir Sebuah Penipuan Cinta Kisah Benar Seorang Love Scammer Yang Terbongkar

Importance Of Mobile Phones In Our Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Berita Duka Menyentuh Jiwa

Perfume Dah Tinggal Botol Kosong

Usik Bawa Lari Bola Pm Anwar Sempat Bergurau Dengan Kanak Kanak Di Surau

Rasa Tidak Puas Hati Ke Atas Windows Antara Sebab Populariti Linux Meningkat

Dua Kanak Kanak Lelaki Lemas Terjatuh Parit

The Forgotten Engineers Of The Roman Empire Builders Of Civilization