Bros Cafe Uptown Avenue Seremban 2


Assalamualaikum semua. Salam Jumaat!

Kebelakangan ini, agak sibuk dengan beberapa hal. Lama tak berkesempatan untuk buat entri di blog. Sempat intai jenguk macam tu saja. Tambahan pula, baru baik dari demam. Kesihatan tak mengizinkan. Huhu. Baru-baru ni, sambil selesaikan kerja dekat luar, sempat juga luang masa sekejap singgah mengopi dekat satu kedai ni. Macam-macam benda kebelakangan ni, luanglah masa sekejap mengopi hilangkan stress. Hehe.

Siapa pernah tengok dan layan cerita drama My Coffee Prince, lakonan Fattah Amin and the gang, serta Janna Nick, mungkin familiar dengan kafe ini kerana penggambarannya dibuat di kafe ni, Bros Cafe yang terletak di Uptown Avenue, Seremban 2, Negeri Sembilan. Area Uptown Avenue, Seremban 2 ni memang terdapat banyak kedai makan, kafe yang best untuk lepak, reunion dan luangkan masa bersama keluarga atau kawan-kawan sambil mengopi. Salah satunya adalah di Bros Cafe ni.

Kafe ini dibuka oleh orang Korea sendiri, dan terkenal dengan konsep ‘Korean Dessert Cafe’. Bila dah nama Korean Dessert, bolehlah cari Bingsoo dekat sini. Hehe. Interior design kedai ni simple tapi cantik, memberi ketenangan dan keselesaan kepada orang yang mengunjungi. Sesuai kalau sesiapa nak siapkan kerja dekat sini sambil mengopi sebab ada WiFi free, sambil boleh mengopi, tenangkan perasaan yang berkecamuk tu dengan kerja yang berlambak. Hihi. Sesiapa yang suka membaca, boleh baca novel sambil mengopi. Tenang ya amat! Memang sesuai sangatlah untuk 'coffee lover'.








Masa ke sana hari tu, order white coffee, Kim's noodle dan juga Bingsoo dia yang diberi nama 'Man In Bros' dalam menu dia. Tertarik nak order Bingsoo tu sebab ada Tiramisu tapi sayang masa pergi tu dah petang, Tiramisu cake dia dah habis, mungkin laris sangat, jadi dia gantikan dengan 1 lagi scoop aiskrim vanilla. Hahaha. Agak kecewa sedikit di situ ya. Lain kali nak rasa juga Tiramisu tu!



Flat White CoffeeRM12Agak pahit, not recommended for those yang baru2 nak try minum kopi
Too small maybe? Hahaha


Kim's NoodleRM18Ala-ala maggi yang ditambah dengan kimchi, telur dan taugeh
Yummy


Man In Bros BingsooRM28Kombinasi Dark chocolate, Espresso, Tiramisu(sepatutnya hahaha) with Vanilla Ice cream
Sayang masa tu tak ada Tiramisu cake jadi dapat 2 scoop ais krim. Haha

Ok, boleh cuba try rasa makan di kafe ini. Hihi. Ada beberapa menu yang baru dia tambah. Nanti boleh cuba lagi. Hehe. Sesiapa yang berminat nak mengopi di area Seremban ni bolehlah cuba ya

Alamat:No. 297, Jalan S2 B13, Uptown Avenue Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

Maklumat lanjut:Instagram Bros Cafe
Ok that's all
Thank you for reading






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://yea-slmn.blogspot.com/2018/11/bros-cafe-uptown-avenue-seremban-2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Sebab Kenapa Dewan Magica Star Avenue Subang Lokasi Idaman Bakal Pengantin

4 Sebab Kenapa Dewan Magica Star Avenue Subang Lokasi Idaman Bakal Pengantin

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 1825 hits
Hai bakal raja sehari Sebut nama Magica Event Functions Hall kat Star Avenue Subang mesti orang kata itu tempat impian nak buat majlis perkahwinan No wonder la ramai bakal pasangan pengantin baru sangat terpesona dengan tawaran dekorasai ga...
Haul Big Bad Wolf 2019 Mydin Mall Seremban 2

Haul Big Bad Wolf 2019 Mydin Mall Seremban 2

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 714 hits
Haul Big Bad Wolf 2019 Mydin Mall Seremban 2 Sebut sahaja Big Bad Wolf saya pasti ramai ulat buku teruja dan tak sabar sabar nak terjah kannnn Saya faham sangat perasaan tu sebab saya pun salah satu antara mereka Rasa nak meniarap atas long...
Mama Gourmet Restaurant 9 Avenue Nilai Part 2

Mama Gourmet Restaurant 9 Avenue Nilai Part 2

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 448 hits
Assalamualaikum semua Malam malam macam ni tetiba rasa lapar Kalau tidur lewat inilah jadinya Berjaga sampai tengah malam sampai perut pun dah berkeroncong minta diisi Tak baik makan tengah tengah malam ni Kalau sebelum pukul 12 tadi oklah ...
Irdk Fm Kini Boleh Didengari Direstoran Damia Cafe

Irdk Fm Kini Boleh Didengari Direstoran Damia Cafe

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 656 hits
DAMIA CAFE MENYEDIAKANBUFFET STEAMBOAT GRILL DENGAN HARGA SERENDAH RM20 00 SEORANG PELBAGAI MAKANAN DI SEDIAKAN TERMASUK KAMBING GOLEK MAKAN SAMPAI LEBAM Harga Muroh telajokkkWaktu operasi 5 30ptg 12 00mlmLokasi Berdekatan bulatan Kg Kota W...
Nak Masuk Cyber Cafe Punya Pasal Pelajar Sanggup Tebuk Kotak Untuk Melindungi Pakaian Seragam Sekolah

Nak Masuk Cyber Cafe Punya Pasal Pelajar Sanggup Tebuk Kotak Untuk Melindungi Pakaian Seragam Sekolah

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 356 hits
Jika diimbau kembali sebelum telefon pintar mampu dimiliki oleh golongan golongan muda terutamanya pelajar sekolah kafe siber merupakan tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi atas pelbagai tujuan Kebiasaannya kafe siber akan dipenuhi ol...
Restoran Tomyam Lekyam Cafe Bertam Indah Kepala Batas

Restoran Tomyam Lekyam Cafe Bertam Indah Kepala Batas

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 963 hits
Restoran Lekyam Cafe Bertam Indah Kepala BatasRestoran Lekyam Cafe ni terletak di Bertam Indah Kepala Batas Pulau Pinang Dengan dengan masjid Al Taqwa Makanan kat sini standard makanan ala thai la Nak makan siakap tiga rasa masak stim tomya...
Felcra Air Hitam Lebuhraya Kajang Seremban Via Route 86

Felcra Air Hitam Lebuhraya Kajang Seremban Via Route 86

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 545 hits
Siapa yang selalu travel ke Negeri Sembilan mungkin tahu di mana FELCRA Air Hitam Master semalam cuba 1 jalan ke Seremban melalui jalan yang tak pernah dicuba sebelum ini iaitu jalan yang dikenali sebagai Route 86 dalam Google Map Akan temp...
N9 Stick Factory Seremban 2

N9 Stick Factory Seremban 2

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 876 hits
Assalamualaikum semua Kalau ke Seremban 2 mungkin ada yang pernah lalu atau ternampak Restoran N9 Stick Factory Ianya berdekatan dengan Aeon Mall Seremban 2 N9 Stick Factory pernah keluar dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan satu ketika d...
Sambutan Hari Raya Ksr Di Laman Puteh Seremban 2

Sambutan Hari Raya Ksr Di Laman Puteh Seremban 2

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 484 hits
Salam Aidilfitri Selamat Sejahtera semua Alhamdulillah pada Syawal ke 9 lalu Kelab Sosial Reaksi syarikat telah menganjurkan Sambutan Hari Raya yang diadakan di Laman Puteh Seremban 2 Aturcara majlisMajlis bermula pada jam 12 30 tengah hari...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Rafizi Dedah Cerita Bagaimana Kerjasama Malaysia Arm Tercetus

Resepi Laksa Lemak Kedah Bahan Bahan 1 Tin Sardin Buang Sos Dan Cuci

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Merentas Desa Tempat Ke 12

Cara Periksa Homestay Scammer

Leadership In Building A Startup

Menu Berbuka Puasa

Makan Berlebihan Itu Zalim Zalim Pada Diri Sendiri Tv Ppim 05 03 2025

Lirik Lagu Raudah Hafiz Hamidun