Mama Gourmet Restaurant 9 Avenue Nilai Part 2
Assalamualaikum semua.
Malam-malam macam ni tetiba rasa lapar. Kalau tidur lewat, inilah jadinya. Berjaga sampai tengah malam sampai perut pun dah berkeroncong minta diisi. Tak baik makan tengah-tengah malam ni. Kalau sebelum pukul 12 tadi oklah juga lagi. Boleh diterima jugalah. Walaupun sebenarnya dah kira lambat juga tu. Hihi. Ini dah pukul 12 tengah malam ni macam tak baik kalau nak makan. Nanti rasa berdosa dekat diri sendiri. Hahaha.
Jadi daripada kita pergi cari makanan dekat dapur tu baik kita throwback gambar makanan. Walaupun sebenarnya ini akan menyiksakan lagi diri bila tengok gambar makanan yang sedap ni. Haha. Tapi takpelah, tengok gambar makanan pun kadang-kadang boleh jadi kenyang juga kan! (Ok tipu) Minggu haritu pergi Mama Gourmet Restaurant lagi di 9 Avenue, Nilai. Sebelum ni dah pernah pergi makan dessert dekat situ, boleh baca entrinya di SINI.
Untuk kali ni, kita cuba makan main course pula. Masa pergi tu dah pukul 3.00 pm macam tu. Jadi dah terlepas dia punya lunch set yang mula pukul 12.00 tengah hari hingga 3.00 pm Jadi order satu satu menu macam biasalah. Hari tu order Spaghetti Aglio Olio (Beef). Ada dua pilihan sama ada beef atau chicken, jadi tekak ni pilih nak makan beef.
Spaghetti Beef Aglio OlioRM15.00Rating: 7/10
Portion dia memang banyak. Boleh makan 2 orang. Kalau tengah lapar memang sesuai sangatlah. Hehe. Dari segi rasa, oklah. Bolehlah. Tapi mungkin sebelum ni pernah rasa yang lagi sedap dari ni sebab tu yang ini rasa macam kurang perisa sikit. Haha. Dia punya perencah semua, daging, olive semua memang banyak. Part portion memang puas hatilah. Order yang ini untuk makanan dan air Cappucino. Tapi air tak ada gambar ya. Hehe
Lunch Set12.00 tengah hari hingga 3.00 pmPasta + Salad + Soft DrinkRM21.00
Dinner Set6.00 pm hingga 10.00 pmMain Course + Salad + Soft DrinkRM25.00
Bila dua kali dah datang makan di sini, aku rasa diorang pakar buat dessert tapi main course mungkin tak berapa. Haha. Itu hanya pada pandangan akulah. Mungkin lepas ni kena try makan menu yang lain pula. Kedai ni kedai Pak Arab dan baru lagi, jadi tengah nak cari market lagi. Tapi bagus sebab diorg ada buat delivery sekali. Tapi kalau pergi sekali memang rasa nak pergi lagi lah. Dessert dia macam-macam ada. Menu lain ada burger, fried, crispy or korean chicken, chocolate dessert; waffle, pancake, creampuff, brownies dan banyak lagi
Haritu lama sangat lepak situ dengan kawan. Kitorang pelanggan pertama diorang. Lama sangat sampai dapat free dessert as a gift diorang bagi. Haha. Dapat brownies dan creampuff yang disalut dengan coklat. Sedap sangat dessertnya. Hehe. Kalau sesiapa singgah sini bolehlah order dessert dia yang pelbagai. Recommended
Untuk maklumat lanjut boleh tengok instagramnya di SINI. Ok that’s all.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://yea-slmn.blogspot.com/2019/02/mama-gourmet-restaurant-9-avenue-nilai.html