Big Bad Wolf 2019 at Mydin Mall Seremban 2Al-kisah Big Bad Wolf book sale sedang diadakan di Mydin Mall Seremban 2 bermula semalam, 27.06.2019 hingga 7.7.2019 dibuka dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.. Jadi hari ini saya sempat curi masa during lunch hour pergi tengok sendiri pameran buku ini.. Saja nak tahu berapa banyak buku yang dipamerkan.
Big Bad Wolf 2019
Big Bad Wolf 2019 @ Mydin Mall Seremban 2Frankly speaking saya teruja sebab saya suka pergi pameran buku yang tak ramai orang sebab saya bukan sejenis suka tempat crowded dan ambil masa panjang untuk buat bayaran. Saya sanggup tak pergi tempat-tempat begitu walau suka macam mana sekali pun. Tambahan pula pameran begini bukan selalu ada di Seremban 2.. Kali terakhir pergi Big Bad Wolf pada tahun 2015 yang telah diadakan di Rapid Exhibition Hall. Saya pernah kongsi cerita DI SINI. Dah hampir 4 tahun malah pasaraya Rapid pun dah tak wujud lagi di situ..
Big Bad Wolf 2019 at Mydin Mall Seremban 2
Lihatlah dunia betapa banyak buku yang adaHari ini masih tak ramai pengunjung jadi saya ambil kesempatan meninjau buku-buku yang ada. Terdapat pelbagai jenis buku dipamerkan pada harga yang amat rendah berbanding di book store.. Memang rambang mata dan berpinau jugalah biji mata.. Saya share 'pemandangan' sekitar pameran buku Big Bad Wolf Seremban 2..
Sepertimana pameran buku yang lain terdapat pelbagai jenis bahan rujukan dan buku-buku pelajaran dijual pada harga yang rendah.
Novels
Big Bad Wolf cashier countersTapi tak syiok sebab belum puas belek setiap satu section, sekejap-sekejap mata tengok jam risau andai terbabas waktu lunch.. Jadi terpaksalah ambil buku mana yang ada dan terus menuju ke kaunter bayaran..
Big Bad Wolf cashierSelepas membuat bayaran, pengunjung jangan terkejut pula apabila dihampiri oleh bebarapa orang sukarelawan dari orphanage atau rumah anak-anak yatim yang akan meminta pengunjung supaya menderma beberapa buah buku kepada rumah perlindungan tersebut. Kanak-kanak di rumah perlindungan tersebut memerlukan bahan bacaan untuk proses pembelajaran mereka selain melengkapkan perpustakaan yang ada.
Books for donationBab-bab begini saya memang akan ambil bahagian mana yang termampu.. Jadi saya derma 3 jenis buku iaitu Lets Do Arithmetic (for ages 6-7) (RM5.00), Collins Easy Leraning KS2: Fractions and Decimals (for ages 7-9) (RM5.00) dan Mini Encyclopedia: Rocks & Fossils (RM10.00), semua sekali berjumlah RM20.00.. Semoga bantuan tak seberapa ini mampu memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan
Big Bad Wolf haulSaya sempat beli buku The All American Muscle Car (RM15.00), 30-Minute Social Media Marketing (RM12.00), Just Shut Up and Do It! (RM12.00). Dua buku ini kecuali The All American Muscle Car untuk saya.
Buku latihan tahun 5Semua sekali RM69.00 ternyata berbaloi-baloi.. Setiap pembelian lebih dari RM50.00 akan mendapat voucher 30% off dan RM15.00 diskaun (*terms and conditions apply) yang boleh ditebus di bookxcessonline.com.
Big Bad Wolf voucherSaya pasti akan repeat ke sini lagi sebelum tarikh tamat pameran.. Next visit saya akan focus kepada buku self-development dan beberapa crime story novels selain itu saya nak ronda sampai puas hati kata orang alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Bunyi agak melampau kannn, hehehe tapi itulah saya ngeeeee. 
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |