Bookxcess Membina Semula Komuniti Dan Negara Melalui Imaginasi Buku


BookXcess, syarikat bersama kepada Big Bad Wolf Books, merupakan sebuah kedai buku dengan potongan harga 50% - 80% sepanjang tahun. Dengan misi untuk menjual buku Bahasa Inggeris baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan serta mudah diakses oleh semua, BookXcess menawarkan pelbagai genre buku yang menarik seperti fiksyen sains, seram, kesusasteraan, dewasa muda, bisnes, buku masakan, seni dan reka bentuk, buku kanak-kanak dan banyak lagi buku menarik yang boleh memenuhi citarasa semua sambil menyebarkan keseronokan membaca


Dalam tempoh yang mencabar ini, BookXcess percaya dengan berganding bahu, rakyat boleh membina semula komuniti dan negara sebagai satu. Sejajar dengan itu, BookXcess telah melancarkan inisiatif Rebuild Through Reading untuk membina semula negara dengan memberi sebanyak RM165 juta kepada rakyat Malaysia. Setiap rakyat boleh mendapat peluang untuk menebus RM5 dari mana-mana cawangan kedai buku BookXcess atau kedai buku atas talian BookXcess dari 13 Mei 2020 hingga 14 Jun 2020

Para pelanggan boleh layari laman web BookXcess di bookxcessonline.com dan menebus peluang promosi ini dengan hanya memasukkan kod promosi BXRM5 di checkout bagi mendapatkan potongan RM5 dari jumlah pembelian atau tebus RM5 di mana-mana 9 buah kedai buku BookXcess yang bertempat di 5 buah negeri di seluruh Malaysia. Sambil membeli, pelanggan bagi mana-mana kedai buku BookXcess juga boleh berasa tenang dengan jaminan langkah-langkah keselamatan yang diambil bagi mengelakkan penyebaran COVID-19. Antara langkah-langkah keselamatan yang diambil adalah menghadkan jumlah pelanggan yang dibenarkan masuk ke dalam kedai buku selain mengharuskan pemeriksaan suhu badan sewaktu pelanggan memasuki ke premis. Kemudahan hand sanitiser juga disediakan di beberapa tempat di dalam setiap kedai buku selain mewajibkan pengesahan kontak terhadap setiap pelanggan

‘‘BookXcess sentiasa dalam misi untuk menjadikan minat membaca sebagai aktiviti yang berpatutan dari segi harga kerana buku boleh memberi inspirasi kepada mereka yang mengejar impian sambil memperkasakan mereka dengan pengetahuan. Buku juga dapat memberi ruang kepada sesorang untuk melihat sesuatu informasi dari perspektif yang berlainan. Membaca dapat mengisi minda dengan informasi yang baru yang mampu memberi manfaat pada bila-bila masa. Semakin banyak pengetahuan yang diperoleh, semakin bersiap siaga seseorang itu dalam menempuhi sebarang jenis cabaran. Dengan bertunjangkan misi tersebut serta mengubah dunia dengan sebuah buku pada satu masa, Jualan Buku Big Bad Wolf telah hadir di 11 buah negara dan di 33 bandar. Tetapi dengan impak dari COVID-19 yang tidak dapat dijangka, Jualan Buku Big Bad Wolf telah menamatkan operasinya untuk jangka masa yang  tidak ditentukan bagi mengambil langkah keselamatan terhadap pelanggan, pekerja serta komuniti yang pada saat ini menjadi keutamaan kepada kami. Walaupun begitu, kami berharap kami masih mampu untuk meneruskan misi kami dalam mengubah dunia dengan sebuah buku pada satu masa melalui kedai buku BookXcess serta kedai buku BookXcess atas talian kepada para Wolfies. Kami juga menyediakan penghantaran buku ke luar negara,’’ kata Jacqueline Ng, Pengasas Bersama BookXcess Sdn. Bhd

‘‘Salah satu sebab utama mengapa kurangnya pembaca di Malaysia adalah kerana harga buku yang mahal. Buku menelan belanja yang tinggi bagi seseorang yang mempunyai pendapatan sederhana ini telah menjadi satu sekatan kepada ramai peminat buku. Dengan keadaan ekonomi semasa, semakin sukar bagi rakyat untuk mendapatkan buku dengan harga yang asal. Oleh kerana itu, telah menjadi satu matlamat buat BookXcess untuk menjadikan buku sebagai salah satu barang keperluan di rumah semua orang, walaupun semasa tempoh PKPB ini. Usaha kami dalam menyokong penuh terhadap usaha celik huruf adalah sama tinggi dengan kepercayaan kami bahawa pendidikan tidak seharusnya menjadi satu keistimewaan. Menjadi komitmen kami dalam membina semula komuniti ini melalui usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami iaitu Red Readerhood, yang direka untuk menderma buku-buku baru yang berkualiti kepada mereka yang kurang bernasib baik.’’, kongsi Andrew Yap, Pengasas Bersama BookXcess Sdn. Bhd

Red Readerhood membina semula komuniti dengan cara kerjasama dengan badan organisasi tempatan untuk menderma buku kepada yang memerlukan kerana semua orang mempunyai hak untuk mendapatkan akses buku dan pembelajaran tanpa menghiraukan status. Baru-baru ini, BookXcess telah bekerjasama dengan Protect and Save the Children dan telah berjaya menderma 1,000 buah buku dengan nilai anggaran sebanyak RM25,000 kepada kanak-kanak di kumuniti pelarian, ibu tunggal, kanak-kanak B40 serta pusat-pusat anak yatim. Kanak-kanak tersebut kini mempunyai akses yang dapat membantu mereka membaca, mewarna dan bermain bersama buku-buku bahasa inggeris yang berkualiti

Sejajar dengan perlancaran kempen Rebuild Through Reading, BookXcess telah melaksanakan khidmat penghantaran buku dalam 48 jam bagi kawasan terpilih seperti Subang Jaya, Puchong, Klang dan Shah Alam bermula dari 14 Mei ini pada kadar penghantaran biasa tanpa cas tambahan. Menambah kepada inisiatif tersebut, BookXcess merancang untuk melancarkan dua kedai buku dalam beberapa bulan akan datang

Para pelanggan digalakkan untuk kekal berinformasi bagi mendapatkan berita-berita menarik, promosi dan buku terkini di BookXcess melalui laman sosial BookXcess dan Big Bad Wolf Books












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mahateknologi.blogspot.com/2020/05/bookxcess-membina-semula-komuniti-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ym Tengku Zafrul Hairan Knapa Tun Dan Lim Guan Eng Membuat Pinjaman Sedangkan Kewangan Negara Kukuh

Ym Tengku Zafrul Hairan Knapa Tun Dan Lim Guan Eng Membuat Pinjaman Sedangkan Kewangan Negara Kukuh

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 437 hits
YM Tengku Zafrul Menteri kewangan hairan knapa Tun dan lim guan Eng membuat pinjaman sedangkan Kewangan negara kukuhApa tujuan Mahathir dan Lim Guan Eng berhutang APA MUSLIHAT MEREKA Kenapa mereka menipu rakyat tentang status kewangan negar...
260 Maut Akibat Banjir Di Tiga Negara

260 Maut Akibat Banjir Di Tiga Negara

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 229 hits
Nairobi Hujan lebat menyebabkan tiga negara di Afrika Timur dilanda banjir yang meragut lebih 260 nyawa Lapor BBC News Kenya yang menjadi negara paling terjejas merekodkan 194 angka kematian Di Rwanda pula seramai 55 mangsa maut dan banjir ...
Tunaikan Cek Luar Negara Daripada Google Adsense Di Maybank

Tunaikan Cek Luar Negara Daripada Google Adsense Di Maybank

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 255 hits
Pada hari Ahad yang lalu Master keluar sebentar untuk pam tayar kereta Proton Persona yang dah lama tak bergerak sempena Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19 ni Di samping itu Master turut membantu deposit cek yang Tedi terima daripada Goog...
Kepimpinan Syed Saddiq Tercalar Negara Berdepan Covid 19 Tapi Masih Utamakan Agenda Politik Peribadi

Kepimpinan Syed Saddiq Tercalar Negara Berdepan Covid 19 Tapi Masih Utamakan Agenda Politik Peribadi

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 367 hits
KUALA LUMPUR Pertikaian pemimpin Armada di beberapa buah negeri yang mempersoalkan keputusan mesyuarat sayap itu di peringkat Pusat untuk kembali bersama Pakatan Harapan menggambarkan bahawa mereka sedang menghadapi krisis kepimpinan di tah...
Pelajar Luar Negara Jalani Swab Di Ipgm Keningau Sabah

Pelajar Luar Negara Jalani Swab Di Ipgm Keningau Sabah

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 373 hits
Pelajar Luar Negara Jalani SWAB Di IPGM Keningau SabahAsalamualaikum Salam Sejahtera Semua 6 5 2020 bersamaan hari rabu pelajar dari Luara Negara warga Keningau telah selamat sampai di Daerah Keningau dan terlebih dahulu dihantar di IPGM Ka...
Tiga Negara Hasilkan Topeng Muka Transparent Bantu Golongan Bermasalah Pendengaran

Tiga Negara Hasilkan Topeng Muka Transparent Bantu Golongan Bermasalah Pendengaran

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 303 hits
Setiap insan pasti sedang mengalami kesukaran ketika wabak COVID 19 masih lagi belum reda di seluruh dunia Golongan yang mengalami masalah pendengaran juga tidak terkecuali daripada menghadapi kesukaran Golongan ini mengalami kesukaran untu...
Kisah Orang Orang Keturunan Jawa Yang Terjebak Di Suriname Negara Kecil Di Amerika Selatan

Kisah Orang Orang Keturunan Jawa Yang Terjebak Di Suriname Negara Kecil Di Amerika Selatan

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 549 hits
Gimana sih awal mulanya kok bisa banyak orang Jawa tinggal di Suriname Apalagi mereka nggak bisa ngomong bahasa Indonesia dan lebih fasih berbahasa Jawa
Sibuk Berebut Ghanimah Khazanah Negara Dicuri Orang Asing

Sibuk Berebut Ghanimah Khazanah Negara Dicuri Orang Asing

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 279 hits
Beliau berkata dalam masa beberapa bulan lebih 200 vesel asing telah ditahan dan beberapa bot asing juga telah ditenggelamkan untuk dijadikan tukun bagi tujuan pembiakan ikan serta hasil laut Ini sekaligus membantu mengawal pencerobohan nel...
Cina Pap Jauh Lebih Baik Perintah Negara

Cina Pap Jauh Lebih Baik Perintah Negara

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 332 hits
Ipohmali Ucapan kepada Ummat Islam dari PM singapura Hsien Long sempena Ramadhan Selain DAP PAP atau pemerintah di Singapura sering menjadi modal kelompok Ashabiyah UMNO dan PAS menakut nakutkan orang Melayu dan Ummat Islam Antara ayat Popu...
Software Supply Chain Attacks Strategies To Detect And Mitigate Risks

Drama Cinta Bukan Milik Kita Lakonan

Why New Hampshire S 24 Inch Shwt Rule Is Redefining Septic System Efficiency

Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Labuan Hingga 22 Dis

Will Malaysia Ever Learn From The French Gritting Political Will To Nail Corrupters

Two Crows Coming Home From Guantanamo

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Selamat M Sia Dari Politik Celaru Hiburan Celaru

Club James A Contemporary Evolution Of An Iconic Architectural Legacy

Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Malaysia Extends Visa Exemption For Indian Nationals Until 2026

Ketibaan Sejuta Pelancong India Lakar Rekod Baharu

Pekerja Kilang Terbabas Maut Dilanggar Motosikal Lain