Tunaikan Cek Luar Negara Daripada Google Adsense Di Maybank


Pada hari Ahad yang lalu, Master keluar sebentar untuk pam tayar kereta Proton Persona yang dah lama tak bergerak sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 ni.
Di samping itu Master turut membantu deposit cek yang Tedi terima daripada Google Adsense. Taklah banyak, USD$100 je. Master depositkan melalui mesin deposit cek di Maybank Bandar Baru Salak Tinggi.
Ramai orang beratur nak ambil duit di luar bank. Mereka beratur dengan jarak 1 meter di antara satu sama lain sempena mematuhi polisi semasa Perintah Kawalan Pergerakan.
Isi Maklumat di Belakang CekUntuk deposit cek melalui mesin deposit cek Maybank tu, kita kena isikan maklumat berikut di belakang cek (nasib baik Master dah bawa pen siap-siap):
Nombor akaun MaybankNama penuh pemegang nombor akaun. Pastikan serupa macam nama dalam cek, kalau tak sama mungkin boleh tanya pengeluar cek tersebut.Nombor telefonKemudian Master masukkan cek melalui slot yang ada pada mesin deposit cek Maybank tu, dan Master ambil resit yang dicetak. Siap ada gambar cek dalam resit tu tapi memang tak nampaklah apa isinya, kecil sangat-sangat.
Selesai urusan Master meninggalkan Maybank menuju ke destinasi seterusnya iaitu rumah Mak Long untuk ambil kertas soalan peperiksaan anak-anak murid Mak Long.
Terima Panggilan daripada Maybank. Tandatangan diperlukan.Kemudian pada hari Isnin, Tedi menerima panggilan telefon daripada nombor +60 387063549. Rupanya ia daripada Maybank Bandar Baru Salak Tinggi. Nasib baik Tedi angkat, selalunya Tedi abaikan nombor yang tidak dikenali kerana takut scammer.
Kakitangan Maybank tu kata cek Tedi perlu ditandatangani dan sepatutnya tidak didepositkan melalui mesin deposit cek. Maksudnya urusan nak deposit cek luar negara kena melalui kaunter.
Dia suruh Tedi datang ke Maybank Bandar Baru Salak Tinggi pada hari Selasa dalam jam 9:30 pagi sehingga jam 2:00 petang untuk menandatangani cek tersebut.
Pergi ke Maybank Bandar Baru Salak Tinggi untuk tandatangan cekTedi pun meminta Master membawa Tedi ke sana.
Ramai betul orang beratur di luar bank Maybank tu sebab SOP semasa PKP  mewajibkan jarak 1 meter di antara manusia. Tedi beritahu pengawal keselamatan Tedi nak masuk bank tapi tidak dibenarkan. Kemudian keluar seorang kakitangan tanya apa yang Tedi nak?
Tedi kata Tedi nak tandatangan cek seperti yang diminta oleh seorang kakitangan di sana.
Kemudian kakitangan tu keluar semula membawa cek yang Master deposit melalui mesin deposit cek, dan dia meminta Tedi tandatangan di belakang cek. Urusan Tedi di sana selesai sebaik sahaja Tedi menandatangani cek tersebut beralaskan pintu kaca.
Terima Panggilan daripada Maybank, caj tunaikan cek ialah USD$ 50.Pada hari Rabu Tedi menerima panggilan daripada staff Maybank yang sama. Dia memaklumkan bahwa caj yang dikenakan ialah USD$50. Jika nasib tak baik mungkin dikenakan caj tambahan USD $15.
Jika betul-betul Tedi bernasib malang, mungkin Tedi hanya akan dapat MYR 50 (lima puluh Ringgit Malaysia) sahaja!
Lawak apakah ini? Pengalaman pertama Tedi bermain dengan cek luar negara ni nampaknya tidak selancar yang disangka. Kalau dalam drama tu macam senang je guna cek, tapi cek mereka puluhan ribu lah, kalau setakat kena caj USD $50 tu mungkin selit celah gigi je.
Staff Maybank tu minta Tedi fikir dulu dan semak dengan bank lain berapa kadar caj yang dikenakan. Dia minta Tedi hadir ke Maybank Bandar Baru Salak Tinggi untuk ambil balik cek tersebut jika Tedi tidak mahu teruskan urusniaga tersebut.
Dia tanya, tiada pilihan lainkah selain gunakan cek?
Pilihan lain selain cek untuk terima bayaran daripada Google Adsense?Pertanyaan kakitangan Maybank Bandar Baru Salak Tinggi itu berlegar dalam fikiran Tedi. Akhirnya Tedi melakukan sedikit kajian dan mendapati bahawa Google Adsense menawarkan bayaran melalui Western Union selain pindahan wang ke dalam akaun bank.
Tedi pun cubalah daftar untuk jadikan Western Union sebagai kaedah pembayaran utama Google Adsense, memang mudah. Cuma masukkan nama kita sahaja. Macam mudah sangatlah pula kan?
Google kata nanti mereka akan hantar satu resit pembayaran, dalam resit tu akan ada satu nombor. Nanti kita serahkan nombor atau maklumat resit tu kepada ejen Western Union beserta kad pengenalan kita. Mungkin akan ada sesi temubual untuk sahkan bahawa kita adalah penerima sebenar.
Bagaimana pula dengan cek Google Adsense yang belum ditunaikan?Ini adalah satu persoalan yang menghantui Tedi. Takkanlah bayaran USD $100 dalam bentuk cek tu Tedi nak biarkan sahaja? Tapi kalau Tedi tunaikan dapat MYR 50 memang tak berbaloilah, dah berangan nak dapat MYR 400++ (lebih empat ratus Ringgit Malaysia).
Kalau mengikut kadar tukaran wang mata asing US Dollar ke Malaysia Ringgit, Tedi akan beroleh MYR 432.20 (empat ratus dan tiga puluh dua Ringgit Malaysia dan dua puluh sen). Enam tahun blogging baru dapat tu! Bolehlah buat bayar bil elektrik... hihihi..
Google kata, jika anda tidak tunaikan cek dalam masa setahun, maka bayaran akan dimasukkan semula ke dalam baki akaun Adsense anda, dan akan dibayar dalam pembayaran seterusnya.
Okaylah tu, kita biarkan je lah cek itu tak ditunaikan, setahun pun setahun lah, kalau rezeki Tedi dapat duit tu, alhamdulillah, kalau tak dapat... alhamdulillah juga.
Tedi belum memutuskan sama ada Tedi akan mengambil cek itu pada esok hari, atau Tedi minta je staf Maybank tu hapuskan cek tu? Macam malas pula nak ke sana.
Staf Maybank tu minta Tedi telefon dia esok jika tak mahu teruskan, mungkin itu yang Tedi akan lakukan.
Tapi kalau Tedi simpan cek tu sebagai tanda kenangan pun okay juga kan?
Coretan ini mula dikarang pada 20200507 dan diterbitkan pada 20200508, mengenai cabaran yang Tedi lalui semasa nak tunaikan cek Google Adsense di Maybank cawangan Bandar Baru Salak Tinggi. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2020/05/tunaikan-cek-luar-negara-daripada.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendapatan Google Adsense Meningkat 34 Bulan Mac 2020

Pendapatan Google Adsense Meningkat 34 Bulan Mac 2020

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 515 hits
Pendapatan Google Adsense Meningkat 34 Bulan Mac 2020 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Terima kasih kerana sudi melayari Kami doakan anda semua sentiasa sihat sejahtera Kelmarin dapat emel dari Google Pemberitahuan pendapatan Google Adse...
Individu Dari Zon Merah Dan Pulang Dari Luar Negara Ke Perlis Sahaja Diwajibkan Menjalani Kuarantin

Individu Dari Zon Merah Dan Pulang Dari Luar Negara Ke Perlis Sahaja Diwajibkan Menjalani Kuarantin

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 312 hits
Menurut kenyataan media Kerajaan Negeri Perlis Kerajaan negeri ingin memaklumkan kenyataan kenyataan di media sosial seperti yang diterbitkan mengenai arahan yang menyatakan bahawa semua individu yang memasuki Perlis sepanjang
Pelajar Luar Negara Jalani Swab Di Ipgm Keningau Sabah

Pelajar Luar Negara Jalani Swab Di Ipgm Keningau Sabah

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 369 hits
Pelajar Luar Negara Jalani SWAB Di IPGM Keningau SabahAsalamualaikum Salam Sejahtera Semua 6 5 2020 bersamaan hari rabu pelajar dari Luara Negara warga Keningau telah selamat sampai di Daerah Keningau dan terlebih dahulu dihantar di IPGM Ka...
Barang Bundle Luar Negara Dicemari Covid 19

Barang Bundle Luar Negara Dicemari Covid 19

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 619 hits
KHABAR angin yang mendakwa pakaian terpakai atau bundle dari luar negara dicemari virus khususnya Covid 19 ternyata memberi tamparan hebat kepada pengusaha Ini kerana kebimbangan masyarakat untuk terus membeli pakaian bundle menyebabkan def...
Statistik Terkini Rakyat Malaysia Dari Luar Negara Positif Covid 19 Kkm

Statistik Terkini Rakyat Malaysia Dari Luar Negara Positif Covid 19 Kkm

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 537 hits
Sebanyak 72 kes daripada 94 kes baharu dalam tempoh 24 jam yang dilaporkan hari ini telah dikenalpasti sebagai kes import daripada pelajar Malaysia Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia kesemua pelajar seramai 72 orang itu membawa pulang k...
Cek Fakta Wapres Ma Ruf Amin Sebut Negara Berpenduduk Mayoritas Islam Susah Majunya Ini Faktanya

Cek Fakta Wapres Ma Ruf Amin Sebut Negara Berpenduduk Mayoritas Islam Susah Majunya Ini Faktanya

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 346 hits
Beredar kabar yang mengklaim bahwa Wakil Presiden Ma ruf Amin mengatakan negara berpenduduk mayoritas Islam susah majunya Pernyataan tersebut merupakan judul artikel situs hops id sebagai berikut Wapres Maruf Amin Negara berpenduduk mayorit...
Bawa Teman Lelaki Ke Acara Luar Negara Sampai Susahkan Staf Syarikat Netizen Berteka Teki Gerangan Idola F

Bawa Teman Lelaki Ke Acara Luar Negara Sampai Susahkan Staf Syarikat Netizen Berteka Teki Gerangan Idola F

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 652 hits
Dunia hiburan Korea ini bukanlah seperti apa yang dijangkakan Peminat hanya nampak yang indah indah sahaja walhal banyak sahaja gosip dan khabar angin buruk yang berterbangan mengenai selebriti kegemaran mereka Kepada peminat K Pop veteran ...
Webinar Pendidikan Luar Negara Lebih Hebat

Webinar Pendidikan Luar Negara Lebih Hebat

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 370 hits
ADAKAH PENDIDIKAN LUAR NEGARA LEBIH BAIK Rakaman LIVE di shorturl at jkET6Terima kasih kepada audiens yang mengikuti secara LIVE dan juga kepada semua panel dan moderator yang berkongsi pengalaman mereka yang berharga dalam dan luar negara ...
Terdapat 139 Pengembara Warganegara Malaysia Yang Pulang Dari Luar Negara Positif Covid 19

Terdapat 139 Pengembara Warganegara Malaysia Yang Pulang Dari Luar Negara Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 435 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa seramai 139 orang warganegara Malaysia yang ditempatkan di stesen kuarantin selepas pulang daripada luar negara disahkan positif Covid 19 Menerusi satu ciapan yang dinyatakan oleh KKM sejuml...
Make Your Business Standout

Genting Malaysia Berhad Terima Anugerah Halal Champion Negeri Pahang Bagi Tahun 2024

Portal Berita Online Papua Tengah Wajah Baru Informasi Lokal Dengan Perspektif Global

Indonesian Architects Week In Kuala Lumpur 2024

Ambil Jubah Konvo Popular Di Media Sosial

A Comprehensive Guide To Marijuana Delivery In San Diego Quality And Transparency

Cara Buat Black Garlic Secara Homemade

Solat Kariah 16 Masjid Di Rembau Tak Sah Kerana Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Jumaat


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Nota Perempuan Jomblo 4

Lupakan Sakit Hati Nikmatilah Hidup Dengan Gembira

Full Aircond Ruang Tamu Dan Bilik

Pantyhose Secret Wars Part One

Rahsia Buat Duit Dengan Template Canva

Interest Wells Fargo Savings