Bolehkah Memejam Mata Dalam Solat Untuk Memperoleh Khusyuk



Kebanyakan daripada kita maklum bahawa tidak digalakkan untuk menutup mata di dalam solat. Namun, timbul juga tanda tanya, bagaimana pula kalau dengan cara menutup mata itu lebih membantu untuk kita untuk mencapai khusyuk dalam solat.
Bagi membicarakan persoalan ini, pendapat daripada laman web Mufti Wilayah Perseketuan dirujuk:
Secara asasnya, kita disunatkan untuk memandang ke arah tempat sujud semasa solat. Ini berdasarkan beberapa riwayat seperti yang disebutkan oleh Imam Ibn Hajar yang menukilkan kenyataan Muhammad Ibn Sirin yang berkata:
“Mereka dahulu (para sahabat) berpaling-paling dalam solat mereka sehinggalah turunnya firman Allah S.W.T:
قَد أفْلَحَ المُؤمِنُون الَّذِينَ هُم فِي صَلاتِهِم خَاشِعُون
Maksudnya: Telah berjayalah golongan yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyu’ di dalam solat mereka (Surah Al-Mu’minuun 23: 1-2)
Maka mereka pun beralih semula ke arah solat mereka (iaitu solat dengan tekun) dan melihat ke arah hadapan mereka. Dan mereka menggalakkan untuk salah seorang mereka tidak melepasi pandangan mereka dari tempat sujud mereka”
Rujuk Fath Al-Bari, Ibn Hajar (2/272)
Riwayat di atas seakan memberikan makna kepada kita bahawa ciri-ciri solat yang khusyuk itu adalah solat yang dilakukan dalam keadaan tidak berpaling ke kiri dan ke kanan, melihat ke atas, dan seumpamanya.
Lalu para sahabat pun memandang ke tempat sujud sahaja. Ia memberi isyarat bahawa kekhusyukan itu terhasil apabila mereka yang sedang solat memandang ke tempat sujud.
Manakala perbuatan memejamkan mata semasa solat dihukumkan sebagai makruh di sisi sebahagian fuqaha kerana bercanggahan dengan galakan memandang ke tempat sujud.
Mereka berhujah dengan menggunakan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ فِي الصَّلَاةِ فَلَا يُغْمِضْ عَيْنَيْهِ
Maksudnya: Apabila salah seorang dari kamu berdiri di dalam solatnya maka janganlah dia memejamkan matanya – Riwayat Al-Thabrani (1/37)

Imam Ibn Al-Qayyim ketika mengulas hadis-hadis sebegini berkata:
“Diambil faedah dari hadis-hadis sebegini dan selainnya secara keseluruhannya adalah, terhasilnya pengetahuan bahawa baginda S.A.W tidak memejamkan matanya di dalam solat.
Para fuqaha telah berbeza pandangan akan kemakruhannya. Imam Ahmad dan selainnya berpendapat bahawa makruh menutup mata di dalam solat. Beliau berkata ini merupakan perbuatan golongan Yahudi.
Dan para ulama lain pula membolehkannya dan tidak memakruhkan perbuatan tersebut. Mereka berpendapat, boleh jadi ia lebih hampir kepada menghasilkan kekhusyukan yang merupakan inti solat, roh, serta maksud sebenar solat.’’
Beliau menambah lagi dengan berkata: “Pandangan yang tepat adalah: Sekiranya membuka mata (di dalam solat) itu tidak merosakkan kekhusyukan, maka itu adalah lebih afdhal.
Sekiranya membuka mata itu menghalang antara dirinya dengan kekhusyukan seperti di hadapannya ada perkara-perkara yang mengganggu hatinya, maka tiada masalah untuk seseorang itu menutup matanya secara pasti.
Dan pandangan yang mengharuskan menutup mata dalam keadaan sebegini adalah lebih hampir kepada usul dan maqasid syara’ berbanding pandangan yang menyatakan ia makruh”. Lihat Zaad Al-Ma’ad, Ibn Al-Qayyim (1/284-285).
Pandangan beliau ini adalah selari dengan pendapat tokoh terkemuka dalam mazhab Imam Al-Syafi’e iaitu Imam Izzuddin Izz bin Abd Al-Salam yang berkata:
“Memejam mata di dalam solat apabila melihat seseorang yang buruk solatnya, sekiranya perkara tersebut mengganggu kekhusyukannya, serta hadirnya hatinya bersama Tuhannya (dalam keadaan memejam mata), maka memejam mata adalah lebih utama berbanding membukanya”. Lihat Fatawa Izz Ibn Abd Al-Salam (no. 31).
Kesimpulan
Sebagai penutup kami menyatakan bahawa hukum memejam mata di dalam solat pada asalnya adalah makruh kerana bercanggahan dengan tuntutan memandang ke tempat sujud. Meskipun begitu, sekiranya didapati dengan memejam mata akan lebih membantu untuk fokus dan khusyu’ di dalam solat, maka ianya dibolehkan dan kadangkala menjadi lebih utama.
 
Sumber: Tazkirah.net 
The post Bolehkah Memejam Mata Dalam Solat Untuk Memperoleh Khusyuk? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/bolehkah-memejam-mata-dalam-solat-untuk-memperoleh-khusyuk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayah Dan Solat

Ayah Dan Solat

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 409 hits
Ayah dan SolatAssalamualaikum semua Nama panggilan aku Caje Maaf aku tak tau nak mula dari mana jadi kalau serabut sikit maaf ye Aku nak ceritakan tentang hidup aku yang tak pernah solat sejak aku kecil lagi tapi orang sekeliling aku macam ...
Solat Jumaat Yang Menyebabkan Penjelajah British Menangis

Solat Jumaat Yang Menyebabkan Penjelajah British Menangis

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 556 hits
Nak share satu gambar lama yg ditangkap jurukamera British dulu era1830an Di wilayah Afghanistan Solat Jumaat di kawasan lapang yg dihadiri lebih kurang 150 000 penduduk Muslim seluruh wilayah Asia Tengah Jumlah mungkin lebih dari itu Menur...
Cukupkah Sujud Sahwi Hanya Sekali Jika Lupa Berulang Kali Dalam Solat

Cukupkah Sujud Sahwi Hanya Sekali Jika Lupa Berulang Kali Dalam Solat

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 585 hits
Dalam artikel yang lalu kita telah mengetahui apa yang dimaksudkan dengan sujud sahwi Sujud ini dilakukan untuk menutup kecacatan dalam solat seperti ragu ragu kekurangan bilangan rakaat atau terlebih rakaat Untuk memahami dengan lebih jela...
Cara Solat Jamak Qasar

Cara Solat Jamak Qasar

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 1197 hits
Bagaimana cara solat jamak dan qasar Solat jamak dan qasar dilakukan oleh mereka yang bermusafir Namun tidak ramai yang ingat kaedah solat ini lantaran ia jarang jarang dilaksanakan Oleh itu panduan ini akan membimbing anda melakukan solat ...
Beberapa Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Beberapa Kelebihan Solat Sunat Dhuha

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 678 hits
Beberapa Kelebihan Solat Sunat Dhuha Solat tersebut sangat bagus dijadikan amalam setiap hari bagi lelaki dan perempuan Oleh itu admin ingin kongsikan beberapa kelebihan Sunat Dhuha Berikut kelebihan tersebut anda boleh baca dibawah Beberap...
Kem Smart Solat For Smart Students 2018

Kem Smart Solat For Smart Students 2018

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 482 hits
Solat merupakan asas utama membentuk peribadi seorang muslim yang sejati Tanpa solat yang didirikan dengan sempurna seseorang muslim itu tidak akan dapat menjadi muslim yang sempurna dan diredhai Allah SWT Dengan kesedaran betapa pentingnya...
Ini 7 Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu

Ini 7 Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 703 hits
7 Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam adalah tuntutan yang fardu ke atas setiap orang yang beragama Islam Walaupun sakit dan masih sedar serta waras solat fardu perlu ditunaikan walaupun tanpa...
Wordlesswednesday Solat

Wordlesswednesday Solat

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 339 hits
ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH JOM SERTAI IRIJAL DI TELEGRAM FB IG
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terbang Dari Pulau Pinang Ke Kunming Dengan Pesawat China Southern Airlines

10 Cara Mengurangkan Kerugian Banjir Untuk Rumah

Hoya Malaysia Menegaskan Misi Pengesanan Awal Myopia Melalui Kempen A Million Visions

Sabronzo Kahwin Di Bali Sah Bergelar Isteri Dj Dash Berlin

Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor