Boleh Ke Balik Kampung Masa Mengandung


Bella teringat masa mengandung hari tu. Lama Bella tak balik kampung mak mentua sebab mengandung. Kena jaga betul - betul sebab ini kandungan yang amat ditunggu - tunggu selepas 8 tahun. Jadi, nak jalan jauh dari Selangor ke Kedah berkira - kira juga. Takut sangat apa - apa jadi masa dalam perjalanan yang sangat jauh ni. BOLEH KE BALIK KAMPUNG MASA MENGANDUNG? Bella pun baca - baca juga waktu yang paling sesuai untuk memulakan perjalanan jauh. 1st Trimester memang tak digalakkannya. Masa ni buat apa pun tak boleh. Bayi dalam kandungan sangat  - sangat lah kecil dan tak kuat lagi. Paling sesuai untuk berjalan adalah 2nd Trimester. 

Banyak kenyataan dari doktor yang membenarkan ibu mengandung memulakan perjalanan jauh semasa kandungan 15minggu dan keatas, semasa 2nd trimester. Katanya waktu yang paling sesuai melancong dan bercuti, sebab masih kuat, masih boleh ber OOTD dan tak perlu bawa bag bayi lagi. Ada yang berani bercuti ke luar negara, mandi laut lagi. Bila Bella ajak HB pergi bercuti HB kata "Dorang anak dah berapa, berapa tahun dorang tunggu. Tak puas lagi ke berjalan?" Okla. Balik Kedah pun jadilah. Sepatutnya 16minggu atau 17minggu la, tengah - tengah. Tapi Bella dah tak sabar. Sakit otak terperap je dekat rumah. Tambahan pula mak mentua dengan ayah mentua asyik tanya - tanya je bila nak balik. Lama sungguh - sungguh tau Bella tak balik. Keluar rumah pun tak. Jadi selepas baca berbagai tips yang diletakkan di internet jadi Bella dengan HB aplikasikanlah Tips untuk BOLEH KE BALIK KAMPUNG MASA MENGANDUNG? Antaranya :-Alas tempat duduk dengan kain tebal untuk kurangkan hentakkan.Pakai pakaian yang selesa.Bawa makanan yang mengurangkan loya.Berhenti seberapa kerap yang boleh.

Masa mengandung Bella memang tak teringin langsung jeruk. Memang tak makan. Alhamdullilah juga sebab ramai yang kongsikan pengalaman bila makan jeruk banyak sangat effect kepada anak dalam kandungan. Jadi Bella makan buah Cranberry kering. Rasanya pun masam - masa juga, tapi tak sesedap jeruk la. Kismis pun elok juga. Tapi masa mengandung Bella kena GDM. Jadi banyak sangat Bella tak boleh makan. Sebelum bersalin pun Bella dah mula makan makanan berpantang. Bella memang jaga betul - betul supaya anak dalam kandungan Bella sihat dan dipermudahkan segalanya. Yela, kita usaha lepas tu tawakal.


Minyak angin semua ini memang amat membantu. Masa mengandung, stock minyak angin Bella licin. Minyak angin satu botol kadang - kadang guna berbulan kan, ada yang bertahun. Masa mengandung ni, ada yang Bella guna sebulan je. Urut kaki, kepada dan letak dekat hidung. Hidung Bella selalu tersumbat masa mengandung ni. Hargailah ibu. Bawa perut, susah nak bernafas, susah nak tidur, muntah - muntah, hidung sumbat plak. Memang lakulah minyak angin masa Bella mengandung. Adik Bella tak pula. Mungkin sebab dia muda lagi. Mengandung pun relax je. 

Air masak benda yang wajib dibawa kesana - kesini walaupun Bella tak lalu nak minum. Kalau korang kurang minum air masak, amat memberi kesan kepada korang tau. Air ketuban kurang atau kena kencing kotor. Jadi Bella memang akan pastikan Bella minum air masak sekurang - kurangnya 1liter setiap hari. Jururawat kata kena 3liter. Memang tak mampu. Banyak sangat nak minum. 1liter satu hari saja Bella mampu minum. Alhamdullilah semuanya ok. 

HB terus lapikkan toto je dekat seat Bella. Nak letak tebal lagi tak boleh. Nanti kalau langgar bonggol, terantuk dekat bumbung kereta. Ini pun dah cukup. Patung pink tu sebenarnya bantal. Banyak sangat jasa dia. Pergi oversea pun Bella bawa. Dia 2 in 1. Jadi selimut pun sedap sangat kain dia. HB lipatkan toto tu tebal sikit dekat belakang Bella, jadi dia macam sedap la Bella nak duduk lama - lama dan jalan jauh - jauh sebab pinggang Bella diampu dan rasa selesa. 

Kedudukan seat Bella pun macam baring sikit. Memang dah selesa. Diharapkan kurang hentakkan jela sebab HB bawa laju. Doakan juga tak stuck dalam jammed. Tapi masa ni, Bella balik raya haji. Mana nak tahu jammed sungguh-sungguh. 7jam baru sampai. HB terpaksa berhenti rehat banyak kali supaya Bella boleh regangkan kaki dan badan. Mana boleh ibu mengandung duduk dalam aircond lama - lama dan takda regangan. Buatnya stress abis. Ibu mengandung kena rasa relax. Kalau tak, kepala makin sakit, paling penting kaki tu tak nak bagi makin kebas. Tak berjalan jauh pun kebas sangat - sangat. Jadi pentinglah HB berhenti untuk Bella berjalan regangkan badan bagi darah mengalir sekata


Makanan tambahan. Ibu mengandung memang selalu kelaparan ye. Kalau tak lapar pun kena makan sikit sebab anak dalam tu perlukan nutrisi. Bella memang bawa susu, segala jenis oat dan kurma. Masa mengandung makanan ringan memang tak digalakkan. Bella kalau teringin sangat barulah Bella makan. Makanan ringan yang digalakkan adalah makanan sunnah macam kurma, kekacang, oat, jus delima, dan susu kambing. Bella memang bawa merata makanan ni. Lagi satu sebab Bella GDM on diet Bella wajib bawa susu HL tu. Susah nak dapat susu tu dekat kampung - kampung. Bella jaga makan betul sampai semua kesian tengok Bella. Nasi lemak pun Bella tak makan. Bayangkan lah.

Syukur perjalanan aritu selamat pergi dan balik Alhamdullilah. Walaupun jammed tapi badan takdalah sakit sangat. Berhenti rehat pun makan buah je. Masa mengandung ni, jalan jauh paling tak tahan masa nak buang air kecil. Adus ingat senang nak tahan? Zaman Covid - 19 ni korang kenalah extra berjaga - jaga. Kami masa perjalanan jauh ni kali memang tak pergi toilet. Sanggup tahan sampai rumah. Paranoid sangat - sangat sebab dah ada baby. Mengandung lagilah kena berjaga - jaga. Bella doakan korang dipermudahkan untuk bermusafir jumpa keluarga. Kalau rasa badan tak kuat, lebih baik tangguh dulu demi si kecil dalam perut tu. Bella masa mengandung pertama kali sepanjang perjalanan keluar darah. Sikit tapi memang kandungan tu tak berjaya. Jadi korang kenalah sangat berjaga - jaga. Penting sebab tu Bella kongsikan dengan korang. Semoga bermanfaat. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.bellaidura.com/2020/06/boleh-ke-balik-kampung-masa-mengandung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Balik Kampung Kluster Raya

Boleh Balik Kampung Kluster Raya

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 299 hits
Ipohmali Esok 10 Jun bermulanya perlaksanaan PKPP Dengan rasminya rakyat dah boleh melintas Negeri Kata Ismail sabri PDRM dan pihak berkuasa tidak lagi menjaga sempadan Negara Dah pasti bermula esok Jalanraya penuh sesak setelah 3 Bulan mer...
Pkpb Diganti Dengan Pkpp Rentas Negeri Dibenarkan Dah Boleh Balik Kampung Bercuti Dalam Negara

Pkpb Diganti Dengan Pkpp Rentas Negeri Dibenarkan Dah Boleh Balik Kampung Bercuti Dalam Negara

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 507 hits
Sebentar tadi Perdana Menteri Tan Sri Dato Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khas mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB yang berakhir pada 9 Jun ini digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP...
Mulai Rabu Ini Orang Ramai Boleh Balik Kampung Tapi Perlu Patuh Sop

Mulai Rabu Ini Orang Ramai Boleh Balik Kampung Tapi Perlu Patuh Sop

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 361 hits
KUALA LUMPUR 8 Jun Pada sambutan Aidilfitri yang lalu ramai perantau sayu khususnya ketika mendengar lagu lagu raya kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman namun bermula Rabu ini lagu Balik Kampung dendangan Allahyarham Datuk Sudirman ...
Dah Lama Tak Balik Kampung Karak Sesak Teruk

Dah Lama Tak Balik Kampung Karak Sesak Teruk

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 292 hits
MEMANGLAH dah buat persediaan nak tempuh kesesakan tetapi tak sangkalah sehingga seteruk ini kata Azizi Ali 39 pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur Karak antara kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan di situ Azizi berkata banyak kenderaan t...
Kes Musa Aman Sudah Tutup Masa Ph Buka Balik Kes Lge Masih Panas Jelas Tunggu

Kes Musa Aman Sudah Tutup Masa Ph Buka Balik Kes Lge Masih Panas Jelas Tunggu

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 412 hits
Ada beza kes Musa dengan LGEKUALA LUMPUR Pengguguran kes melibatkan dua figura politik iaitu bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng bukan kes yang serupa dan tidak sesuai untuk dijadikan kayu uku...
Layan Anak Masa Makan Boleh Jadikan Anak Tu Hebat Kalau Anak Mengadap Gajet Itu Yang Bahaya

Layan Anak Masa Makan Boleh Jadikan Anak Tu Hebat Kalau Anak Mengadap Gajet Itu Yang Bahaya

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 345 hits
Makan bersama anak memang mencabar lagi lagi situasi di restoran apabila makanan dah terhidang perut mak ayah dah bekeroncong tetapi anak meragam nak berdirilah nak memanjatlah nak keluar dari kerusi bayi lah dan sebagainya Memang pening ke...
Balik Kampung Bakal Trending 10 Jun

Balik Kampung Bakal Trending 10 Jun

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 448 hits
Masing masing tak sabar menantikan 10 Jun Seolah olah hari kebebasan untuk semua Harinya telah tiba Destinasi pertama yang masing masing nak tuju dulu adalah kampung Hashtag balikkampung mungkin bakal trending hari ni Ke kau orang termasuk ...
Balik Kampung Merentas Negeri Semasa Pkpp

Balik Kampung Merentas Negeri Semasa Pkpp

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 587 hits
Balik Kampung Merentas Negeri Semasa PKPPAlhamdulillah berjaya juga kami satu keluarga merentas negeri untuk pulang ke kampung selepas PM kita umumkan PKPP bermula 10 Jun lepas Oleh sebab Syawal masih ada jadi kita anggap balik beraya Walau...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba