Kes Musa Aman Sudah Tutup Masa Ph Buka Balik Kes Lge Masih Panas Jelas Tunggu



Ada beza kes Musa dengan LGE

KUALA LUMPUR: Pengguguran kes melibatkan dua figura politik iaitu, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (LGE) bukan kes yang serupa dan tidak sesuai untuk dijadikan kayu ukur ketelusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan harapan (PH).

Menurut Pengerusi Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM), Wan Rohimi Wan Daud, kes membabitkan Musa merupakan kes lama dan telahpun disiasat oleh Suruhanjaya Bebas Rasuah Hong Kong (ICAC).Jelasnya, ICAC melalui sepucuk surat pada 22 Disember 2011 menyatakan siastan mereka terhadap Musa sudah lengkap dan berdasarkan fakta yang diketahui, tiada tindakan siasatan lanjut akan dijalankan.

“Dalam kes Lim Guan Eng, perbicaraan penuh telah pun berlansung dengan seramai 25 saksi telahpun memberi keterangan. Malah, perbicaraan telah masuk ke penghujungnya.

“Ia (LGE) adalah kes baru, siasatan semasa dan proses perbicaraan pun sudah berjalan dengan sangat baik, dengan 25 saksi. Jadinya, tidak sama jika nak dibandingkan dengan pengguguran kes LGE dan Musa Aman ini kerana kes Musa Aman ini, kes lapuk yang telah ditutup pun, dan belum bicara lagi.

“Kes LGE ini kes yang semasa, jadi itu pun dah menunjukkan bahawa jauh berbeza antara keduanya,” jelasnya ketika dihubungi HarakahDaily.

Mengulas lanjut, menurut Wan Rohimi, keputusan untuk membebaskan Musa ketika itu malah dibuat secara kolektif oleh individu peringkat atasan, iaitu bekas Ketua Bahagian Pendakwaan, Dato’ Seri Tun Abdul Majid Tun Hamzah, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohammad dan bekas Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Dato’ Seri Mustafar Ali.

Jelasnya, ketika keputusan dibuat, Pejabat Peguam Negara menyimpulkan bahawa dapatan siasatan tidak mempunyai elemen rasuah dan wang yang disalurkan ke dalam akaun bank tertuduh adalah wang sumbangan politik.

“Jadi, oleh kerana itu, Tan Sri Abdul Ghani telah menutup siasatan itu kerana tidak ada elemen rasuah, begitu juga siasatan yang dilakukan oleh ICAC yang juga telah membuat dapatan, kesimpulan, bahawa Tan Sri Musa Aman tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Jadi mereka buat dapatan, selesai, kes ditutup, cuma selepas PH mengambil-alih, ia dibuka semula dan Tan Sri Musa Aman dituduh atas kesalahan yang lapan tahun telah selesai dan fail pun telah ditutup.

“Jadi selepas Peguam Negara baru, Tan Sri Idrus Harun menerima surat representasi dan juga permohonan untuk membatalkan kes oleh peguam Tan Sri Musa Aman, Peguam Negara telah menilai kembali fakta-fakta itu dan menimbangkan bahawa ada kesukaran untuk membuktikan kes.

“Ia termasuk ada saksi yang telah meninggal dunia, berkemungkinan sakit, tidak ada di Malaysia, serta dokumen-dokumen bank juga telahpun dilupuskan,” jelas beliau.

Malah kata Wan Rohimi, keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara juga turut mempertimbangkan alasan serta afidavit yang dikemukakan oleh Abdul Ghani yang mana turut memperihalkan mengenai status siasatan yang telahpun ditutup.

Justeru itu, mengambil kesemua pandangan tersebut serta pertimbangan undang-undang, Pengerusi LUHAM itu percaya bahawa tindakan Peguam Negara berhubung pengguguran kes Musa adalah keputusan yang betul.

Tan Sri Idrus Harun menerima afidavit yang dikemukakan Abdul Ghani pada 5 Jun yang mempertahankan keputusan Jabatan Peguam Negara pada 2012, untuk tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Musa Aman.

Selain afidavit Abdul Ghani, perkembangan terbaru dalam kes itu berkaitan dokumen saksi juga, tidak mewajarkan kes itu diteruskan.

Jabatan Keadilan Hong Kong turut memaklumkan kepada Jabatan Peguam Negara bahawa syarikat dan bank di negara itu hanya dikehendaki menyimpan rekod selama tempoh tujuh tahun.

Musa berdepan 35 pertuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak di Sabah membabitkan wang berjumlah AS$63.3 juta, dan 16 pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram bernilai lebih AS$37.8 juta serta S$2.5 juta.

Musa didakwa sebagai seorang ejen Kerajaan Sabah, iaitu Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, secara rasuah memperoleh untuk diri sendiri, suapan daripada lapan pemilik konsesi balak yang berjumlah AS$63.3 juta.

Mengikut pertuduhan, wang suapan itu sebagai dorongan untuk melakukan perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal tertuduh, iaitu memberi kontrak konsesi balak Sabah kepada 16 syarikat.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di lapan bank serta institusi kewangan di Hong Kong, China dan Singapura antara 20 Disember 2004 hingga 6 November 2008.- HARAKAHDAILY 12/6/2020Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas dan tahniah PN pimpinan PM ke 8!!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/06/kes-musa-aman-sudah-tutup-masa-ph-buka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pendakwa Raya Digesa Buat Rayuan Kes Musa Aman

Pendakwa Raya Digesa Buat Rayuan Kes Musa Aman

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 284 hits
Pendakwa raya digesa buat rayuan kes Musa Aman SHAH ALAM Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Nasional Faiz Fadzil menggesa pendakwa raya membuat rayuan terhadap keputusan membebaskan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman atas 46 kes pertud...
Kes Musa Aman Dan Tommy Thomas

Kes Musa Aman Dan Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 407 hits
1 Musa didakwa oleh peguam negara yang dilanik kerajaan PH berhubung pindaan dana di luar negara yang berlaku antara 2004 hingga 2008 2 Kes Musa ini tidak pernah didakwa di luar negara walaupun pindaan dana itu berlaku di luar negara dan bu...
Akmal Nasir Apa Yang Kita Boleh Buat Susulan Pengguguran Pertuduhan 46 Kes Musa Aman

Akmal Nasir Apa Yang Kita Boleh Buat Susulan Pengguguran Pertuduhan 46 Kes Musa Aman

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 277 hits
Kita tidak mahu pertuduhan rasuah dan penyelewengan melibatkan orang politik tiada kesudahan Paling mudah beranikah setiap Ahli Parlimen Perikatan Nasional isytihar harta Hakikatnya akauntabiliti MP perlu kepada rakyat Kemudiannya kita perl...
Syafie Afdal Harus Sedar Keadaannya Kini Di Sabah Bila Musa Aman Bebas

Syafie Afdal Harus Sedar Keadaannya Kini Di Sabah Bila Musa Aman Bebas

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 237 hits
FRIENDS OF MASZLEEKalau lama sangat ambil masa PH ni kacau momentum Dua moves yang sedang galak berlaku sekarang UMNO tengah cari jalan untuk ugut Bersatu terutama sekali Muhyiddin untuk gugurkan kes kes jerung UMNO terutama sekali Najib da...
Musa Aman Goes Free Is This The Beginning Of The End Games

Musa Aman Goes Free Is This The Beginning Of The End Games

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 298 hits
Musa Aman Photo WikipediaP Ramakrishnan says it remains a mystery why the attorney general did not make the dropping of charges conditional or why he did not appeal the court decision On 22 May when Riza Aziz was freed by the court I posed ...
Musa Aman Bernasib Baik

Musa Aman Bernasib Baik

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 221 hits
HAMSINA HAMZAHMenerusi kenyataan yang diberikan oleh Peguam Negara berkenaan dengan pengguguran dakwaan rasuah dan pembersihan WANG HARAM dapat disimpulkan 1 Bukti transaksi pergerakan wang di bank dan syarikat di Hong Kong tidak dapat dipe...
Musa Aman Dnaa Should Have Been The Only Thing Granted

Musa Aman Dnaa Should Have Been The Only Thing Granted

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 219 hits
The Malaysians Against Death Penalty and Torture is appalled to hear that the former Sabah chief minister Musa Aman has been acquitted and not given a Discharge not amounting to acquittal of all the 46 criminal charges against him involving...
Don T Dismiss Public Unease Over Musa Aman And Riza Aziz Acquittals Umno Info Chief Warns Perikatan

Don T Dismiss Public Unease Over Musa Aman And Riza Aziz Acquittals Umno Info Chief Warns Perikatan

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 280 hits
The Perikatan Nasional administration must not take lightly the perceived democratic deficit following recent decisions by the prosecution to discontinue Riza Aziz and Tan Sri Musa Aman s court cases Umno information chief Shahril Hamdan sa...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Utilizing Crowdfunding For Business

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Reaching Out

Berebut Kasih



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Chinese Forces Apple To Remove Whatsapp Application And Threads In App Store

10 Tempat Sarapan Terbaik Di Selangor

Office Rental Near Kl Sentral Station Advantages For Business Connectivity

Gaji 2005 Yuran Pengalaman 2016

The Cultural Impact Of Online Casino Gaming On Filipino Society

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut