Layan Anak Masa Makan Boleh Jadikan Anak Tu Hebat Kalau Anak Mengadap Gajet Itu Yang Bahaya


Makan bersama anak memang mencabar, lagi-lagi situasi di restoran apabila makanan dah terhidang, perut mak ayah dah bekeroncong tetapi anak meragam nak berdirilah, nak memanjatlah, nak keluar dari kerusi bayi lah dan sebagainya. Memang pening kepala.

KERUGIAN ANAK MAKAN “DENGAN” GADGET
Alat paling mudah untuk mendiamkan anak adalah gadget. Ya, gadget memang memudahkan tetapi dalam masa yang sama amat merugikan anak. Nampak macam remeh, “Alaa makan je, sekejap sahaja”.
Tapi, cuma mak ayah muhasabah kembali. Dalam sehari-harian pergi kerja, balik kerja, makan, gosok baju, lipat baju, basuh baju, urus anak dan sebagainya, waktu bila yang sebetul-betulnya mak, ayah dan anak menghadap satu sama lain, bercakap dan berkomunikasi tanpa gangguan lain?
Ya, waktu makan.
Selalunya, waktu makan bersama keluarga (family meal time) adalah waktu paling banyak komunikasi antara satu sama lain disebabkan waktu lain masing-masing sibuk bekerja + gangguan tv dan gadget.
Kenapa saya kata rugi jika anak biasa makan dengan gadget, kerana waktu makan adalah waktu untuk anak belajar:
1. Makan.
Normal apabila anak memasuki fasa perkembangan emosi dan sosial “Autonomi vs Malu” (Psychosocial Development) semasa 18 bulan hingga 3 tahun, anak akan berminat nak belajar makan sendiri. Maka, waktu ini adalah fasa emas untuk mak ayah ajar anak skil makan dan minum.
Untuk belajar skil makan, anak perlu perhatikan cara mak ayah pegang sudu dan garfu, cara nak kaut makanan dan seterusnya anak cuba berlatih makan sendiri.
Bersepah dan comot itu normal. Selagi anak tak berlatih skil makan dengan belajar makan sendiri menggunakan sudu atau tangan, selagi itu anak akan makan bersepah. Belajar makan sendiri juga sama penting dengan belajar menulis ya.
Percayalah, anak akan rasa sangat happy bila dapat makan bersama mak ayah. (Walaupun bersepah)
2. Komunikasi.
Bila masuk bahagian komunikasi, ada banyak sangat komponen yang anak rugi bila makan dengan gadget. Gadget tak ajar komunikasi dua hala, anak cakap tapi gadget tak reply (melainkan cakap dengan talking tom).
Ada kajian dilakukan tentang kepentingan makan bersama keluarga (Importance of Family Mealtime) terbukti apabila anak makan bersama mak ayah tanpa gangguan (gadget, TV) membantu anak untuk belajar bersosial dan menjadi seorang yang hebat berkata-kata.
Jadi, sebenarnya waktu makan adalah waktu yang paling baik untuk anak belajar komunikasi dua hala, bahasa badan, ekspresi muka, intonasi suara dan sebagainya. Sayang sangat jika mak ayah tak guna waktu ini dengan sebaiknya.
3. Deria rasa.
Deria rasa anak yang baru mula makan (6 bulan keatas) sangat sensitif disebabkan deria ini adalah deria yang paling “kuat” bagi bayi. Jika dari awal anak dah diperkenalkan dengan gadget atau tv terutamanya waktu makan, hal ini akan menyebabkan anak tak fokus dengan rangsangan deria rasa yang diberikan sewaktu makan.
Kita yang dewasa pun bila tengok wayang sambil makan popcorn, kadang-kadang khusyuk sangat sehingga tak perasan dah makan 1 kotak popcorn. Apatah lagi anak yang masih kecil, bila kita berikan rangsangan visual dan bunyi semasa makan boleh menyebabkan anak tak fokus dengan rangsangan deria rasa dan bau. Sehingga deria rasa kenyang pun anak tak rasa.
Hal ini yang menyebabkan anak termakan lebih dari keperluannya (overeating) dan menyebabkan risiko obesiti di masa akan datang sekiranya menjadi habit anak
Tentang gadget + obesiti memang dah banyak kajian dilakukan, makan sambil tengok gadget memang terbukti menyebabkan risiko obesiti tak kira kanak-kanak ataupun orang dewasa.
Jadi, bagi mak ayah yang belum terjebak beri anak gadget semasa makan, elakkan dan elakkan sebelum ia jadi habit.
Kalau yang dah terjebak, jadikan gadget sebagai pilihan terakhir untuk menenangkan anak di meja makan. Cakap memang senang, tapi realitinya memang susah, ya saya faham
Terima kasih, sila SHARE sekiranya bermanfaat untuk diri dan orang lain.
Sumber:
Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist
BEYOND Home TherapyKERUGIAN ANAK MAKAN “DENGAN” GADGET
 
The post Layan Anak Masa Makan Boleh Jadikan Anak Tu Hebat, Kalau Anak Mengadap Gajet Itu Yang Bahaya! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/layan-anak-masa-makan-boleh-jadikan-anak-tu-hebat-kalau-anak-mengadap-gajet-itu-yang-bahaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waktu Makan Sebenarnya Masa Terbaik Anak Belajar Kita Tengok Muka Dia Jangan Hulur Gajet

Waktu Makan Sebenarnya Masa Terbaik Anak Belajar Kita Tengok Muka Dia Jangan Hulur Gajet

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 397 hits
Sesetengah ibu ayah mengalami kesukaran bila ajak anak makan Anak anak menolak untuk makan atau suka bermain waktu makan Bagi memudahkan kita memujuk anak anak untuk fokus makan dan tidak bermain main kita hulurkan gajet pada mereka Dalam p...
Off Tv Tak Bagi Telefon Anak Mengamuk Semacam Itu Tandanya Dah Ketagih Gajet

Off Tv Tak Bagi Telefon Anak Mengamuk Semacam Itu Tandanya Dah Ketagih Gajet

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 378 hits
Gajet ni bahayanya adalah dia boleh mengakibatkan ketagihan Sebab tu kita kena control penggunaannya pada anak anak Menurut Terapis Cara Kerja penggunaan gajet pada anak kena dikawal dari awal Saya sendiri personally ada gadget time untuk a...
Anak Tak Makan Nasi Boleh Gantikan Dengan Roti Buat Sendiri Je Guna Periuk Nasi Superb

Anak Tak Makan Nasi Boleh Gantikan Dengan Roti Buat Sendiri Je Guna Periuk Nasi Superb

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 539 hits
Tidak dinafikan ada di antara anak anak kita yang kurang gemar makan nasi seperti anak anak yang lain Pilihannya pastilah roti atau beraneka jenis mi yang turut mempunyai sumber karbohidrat Jika memilih untuk menghasilkan roti sendiri roti ...
Jangan Biar Anak Ralit Tengok Handphone Je Itu Penyebab Dia Membesar Selalu Stres Bahaya

Jangan Biar Anak Ralit Tengok Handphone Je Itu Penyebab Dia Membesar Selalu Stres Bahaya

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 395 hits
Cara anak anak sekarang membesar tidak sama seperti kita dahulu Kalau dahulu kita banyak bermain tanah atau apa saja asalkan boleh dibuat mainan Berbeza dengan anak anak zaman sekarang yang lebih banyak terdedah dengan gajet Itulah yang men...
Bahaya Kalau Anak Terlebih Minum Susu Boleh Halang Penyerapan Zat Besi

Bahaya Kalau Anak Terlebih Minum Susu Boleh Halang Penyerapan Zat Besi

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 330 hits
Susu diketahui mempunyai banyak manfaat Selain kaya dengan kalsium susu juga adalah minuman yang memberikan pelbagai sumber nutrisi seperti protein karbohidrat lemak dan vitamin Walau bagaimanapun adakah kebarangkalian susu boleh membahayak...
Bermainlah Dengan Anak Bercakaplah Dengan Mereka Boleh Jadikan Anak Lebih Bijak Advance

Bermainlah Dengan Anak Bercakaplah Dengan Mereka Boleh Jadikan Anak Lebih Bijak Advance

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 274 hits
Bermain adalah perbuatan sukarela dan menyeronokkan bagi kanak kanak Bermain adalah sebahagian daripada aktiviti yang penting bagi kanak kanak untuk mempelajari bahasa dan pertuturan Kanak kanak meluahkan idea perasaan dan fikiran mereka se...
Tertelan Hand Sanitizer Anak Ingat Air Biasa Bahaya Boleh Sampai Sawan

Tertelan Hand Sanitizer Anak Ingat Air Biasa Bahaya Boleh Sampai Sawan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 422 hits
Penggunaan hand sanitizer yang wajib dipakai kini selain membasuh dengan sabun sudah menjadi kelaziman dalam kehidupan norma baru kita Namun stok pencuci tangan ini jangan dibiarkan pada tempat yang rendah kerana ia mengundang bahaya pada a...
Bagi Air Masak Yang Banyak Lepas Makan Boleh Cegah Gigi Anak Dari Rosak

Bagi Air Masak Yang Banyak Lepas Makan Boleh Cegah Gigi Anak Dari Rosak

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 1031 hits
Gigi macam dalam gambar ni memang ramai sangat anak anak yang datang ke klinik gigi seperti ini Nampak macam normal sebab kebanyakkan budak budak ada pattern gigi seperti ini Ini BUKAN NORMAL ini sangat tak bagus dan perlu dicegah daripada ...
Anak Baru Belajar Makan Jangan Bagi Sebarangan Kalau Ada 12 Tanda Ni Si Kecil Mungkin Alah Pada Telur

Anak Baru Belajar Makan Jangan Bagi Sebarangan Kalau Ada 12 Tanda Ni Si Kecil Mungkin Alah Pada Telur

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 317 hits
Sebelum memperkenalkan sesuatu makanan pada bayi penting untuk ibu ibu ketahui apakah anak akan alah atau mengalami alergi atau tidak dengan makanan tersebut Makanan yang sering menyebabkan anak anak alah adalah telur susu kakacang dan seba...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba