Boleh Cakap Tentang Melayu Islam Tapi Tanpa Akhlak Takkan Berjaya


Alyaa AlhadjriDiterbitkan Hari ini 4:35 petang

Naratif pembinaan negara baru bagi Malaysia perlu menumpukan kepada asas-asa ekonomi dan bukannya retorik kaum atau agama, kata Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Anwar berkata negara secara keseluruhannya perlu memfokuskan perkara penting, menyatukan rakyat dengan menangani isu-isu yang sering dihadapi rakyat Malaysia.

"Fokus kepada ekonomi, untuk tegakkan keadilan. Untuk mempamerkan keprihatinan terhadap masalah golongan miskin, ketidaksamaan dalam masyarakat kita.

“Isu utama tetap menjadi keperluan untuk mencapai visi baru bagi negara ini berdasarkan etika dan tadbir urus," kata anggota parlimen Port Dickson itu.

Anwar dalam ucapannya berkata pelbagai kajian menunjukkan ekonomi Malaysia mengalami kelembapan selama 15 tahun yang lalu.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Ijtimak Harakiy kali keenam anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Kajang, hari ini.
Seruan itu dibuat beberapa minggu selepas beberapa NGO berteraskan Melayu Islam menganjurkan Kongres Maruah Melayu yang dihadiri kira-kira 5,000 orang.

Kongres itu membuat tuntutan yang sukar kepada kerajaan, termasuk jawatan kerajaan tertinggi perlu dikhaskan secara eksklusif untuk orang Melayu, memandangkan pada masa sama, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui kerajaannya tidak 'cukup Melayu'.

Permintaan mereka juga dibuat selepas ketua eksekutif sekretariat Kongres berkenaan, Zainal Kling, menyampaikan ucapan pembukaan dengan nada keras yang menekankan mengenai kedaulatan raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa bangsa Melayu.

'Tanpa akhlak takkan berjaya'

Anwar dalam ucapannya hari ini menegaskan Malaysia selama 60 tahun di bawah pentadbiran BN menyaksikan kerosakan dan penyalahgunaan kuasa akibat kurangnya etika dalam tadbir urus.

"Kita boleh bercakap tentang agama atau Islam, atau tamadun Melayu, tetapi tanpa etika, tanpa akhlak, kita tidak boleh berjaya sebagai sebuah negara," tegasnya.

Terdahulu, Anwar mengimbas semula bagaimana isu mengenai Islam dalam masyarakat berbilang kaum telah dibincangkan oleh Abim dan sekutunya sejak tahun 1970-an.

Anwar berkata, sebelum ini, perbincangan yang panjang mengenai topik itu telah membawa Abim di kedudukan yang tidak berkompromi dengan perlembagaan yang melindungi agama Islam atau Melayu dan Bumiputera, selain menghormati hak kaum lain.

Memetik status Bahasa Melayu sebagai contoh, Anwar berkata pemimpin Melayu mesti menguatkuasakan penggunaannya dalam semua majlis rasmi, dan bukannya menyalahkan kaum lain kerana kelemahan mereka dalam menguasai bahasa kebangsaan.

Ijtimak Harakiy kali keenam yang diadakan di Pusat Konvensyen Bangi Avenue itu menyaksikan penyertaan daripada ahli-ahli Abim, Wadah dan PKPIM di seluruh negara.

Antara perkara utama dibincangkan dalam ucapannya, dan dihuraikan melalui beberapa sesi forum, termasuk peranan Islam dalam masyarakat berbilang kaum dan pelbagai agama; peningkatan 'populisme sayap kanan' di Malaysia dan di luar negara; serta peranan pemimpin dalam membangunkan negara.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/10/boleh-cakap-tentang-melayu-islam-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cakap Boleh Tapi Nak Apa Apa Anak Tunjuk Je Apa Nak Buat Pakar Kongsi Tipnya

Cakap Boleh Tapi Nak Apa Apa Anak Tunjuk Je Apa Nak Buat Pakar Kongsi Tipnya

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 320 hits
Anak pandai sebut nama objek tetapi tak pandai minta tak pandai tanya dan jawab soalan tak pandai ikut arahan dan macam macam lagi Kenapa ini terjadi Ini adalah kerana bertanya dan menjawab soalan meminta berbual dan mengikut arahan semua i...
Orang Arab Cakap Melayu Loghat K Tan Di Makkah

Orang Arab Cakap Melayu Loghat K Tan Di Makkah

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 325 hits
Pak Arab ini bijak bertutur Bahasa Melayu demi pikat pelanggan di Makkah MAKKAH Tanah Suci Makkah dan Madinah menarik jutaan pengunjung daripada seluruh pelusuk dunia setiap tahun Maka itu tidak hairanlah jika orang orang Arab di situ panda...
Wapres Ma Ruf Ingin Organisasi Dunia Melayu Dunia Islam Indonesia Jadi Perekat Umat

Wapres Ma Ruf Ingin Organisasi Dunia Melayu Dunia Islam Indonesia Jadi Perekat Umat

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 192 hits
Jadi Dunia Melayu Dunia Islam itu bisa menjadi perekat umat di mana saja kata Sekjen Dunia Melayu Dunia Islam Indonesia Said Aldi Al Idrus
4 Karyawan Melayu Islam S 039 Pura Tubuh Sekolah Antarabangsa Di Kemboja

4 Karyawan Melayu Islam S 039 Pura Tubuh Sekolah Antarabangsa Di Kemboja

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 217 hits
SINGAPURA Dengan pendidikan sekolah rendah yang diwajibkan di Singapura murid murid berusia tujuh hingga 12 tahun di sini berupaya menimba ilmu dalam sekitaran yang canggih selamat dan bertaraf dunia Namun tidak semua kanak kanak di luar ne...
Samsung Menyasarkan Penjualan 6 Juta Peranti Skrin Boleh Lipat 500 000 Fold Telah Berjaya Dijual

Samsung Menyasarkan Penjualan 6 Juta Peranti Skrin Boleh Lipat 500 000 Fold Telah Berjaya Dijual

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 205 hits
2019 ialah tahun peranti boleh lipat akhirnya dipasarkan secara meluas setelah sekian lama hanya wujud sebagai konsep Samsung Galaxy Fold pada waktu ini ialah peranti skrin boleh lipat pertama yang dipasarkan secara global Menurut laporan E...
Buah Pun Sama Manis Kenapa Gula Tak Boleh Tapi Buah Boleh Untuk Bayi Bawah 2 Tahun

Buah Pun Sama Manis Kenapa Gula Tak Boleh Tapi Buah Boleh Untuk Bayi Bawah 2 Tahun

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 347 hits
Persoalan sebegini sering kita dengar daripada pertanyaan ibu ibu mengenai pengambilan gula pada anak di bawah usia dua tahun Hakikatnya buah sememangnya teramat manis malah mempunyai kandungan gula yang agak tinggi Jadi mengapa buah boleh ...
Fatwa Pas Undi Calon Melayu Islam Hantui Bn

Fatwa Pas Undi Calon Melayu Islam Hantui Bn

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 263 hits
Dengan meletakkan ahli politik MCA Wee Jeck Seng sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil di Tanjung Piai gabungan itu akan menghadapi masalah meyakinkan pengundi Melayu Penganalisis berpendapat peluang BN untuk menang menentang calon Paka...
Baca Amalkan 11 Doa Ini Ketika Sedang Memasak Insyaallah Anak Takkan Degil Dan Melawan Cakap Kita

Baca Amalkan 11 Doa Ini Ketika Sedang Memasak Insyaallah Anak Takkan Degil Dan Melawan Cakap Kita

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 336 hits
Air tangan ibu dan isteri bukan hanya masakan semata mata tetapi adunan perasaan dan pengorbanan seorang ibu Air tangan sebenarnya adalah aliran kasih sayang kesungguhan keceriaan dan ketulusan hati seorang wanita yang memasak untuk suami d...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara

Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Haniz Zalikha Pernah Makan Kat Ee Ji Ban Ya

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Kerana Rasuah Rm100 Pekebun Kena Denda Rm10 000

Effective Market Research On A Budget

Lirik Lagu Sulit Betrand Putra Onsu