Biodata Hana Ismail Pengacara Terkenal Isteri Dai Syed
Siapa yang sering menonton rancangan berbentuk keagamaan dan informasi di televisyen pasti tidak asing lagi dengan nama Hana Ismail.
Si cantik manis ini sering muncul di kaca televisyen dan mencuri ramai mata yang memandang dengan kepetahannya mengacara, suaranya yang merdu dan gayanya yang lemah lembut.
Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Hana Ismail.
Baca juga:
Biodata Rina Nose
Biodata Shikin Maembong
Biodata Amelia Christie
Latar Belakang
Instagram @hanaalmauzah
NamaNurulhana IsmailNama PanggilanHana Ismail, Hana, Hana Al-MauzahUmur38 tahunTempat LahirJohor Bahru, JohorPendidikanIjazah Sarjana Muda dalam TESL (Teaching of English as Second Language), UiTMPekerjaanPersonaliti TV, Hos, Content Creator, Produser, EmceeAkaun Media SosialInstagram @hanaalmauzah
TikTok @hanaalmauzah_
Facebook @hanaalmauzah
Youtube @benanatv
Kehidupan Peribadi
Instagram @daisyed_
Instagram @daisyed_
Hana Ismail berkahwin dengan pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail (Dai Syed) pada 3 Disember 2022 yang lalu.
Pasangan ini kemudian menimang cahaya mata sulung perempuan, Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada pukul 2.06 petang pada 14 Ogos lalu.
Instagram @hanaalmauzah
Kerjaya & Profesional Hana Ismail
Hana Ismail memulakan kerjayanya dalam bidang pengacaraan sebagai finalis program On Air kendalian Astro pada tahun 2012. Bakatnya seangkatan dengan hos Dahlia Shazwan dan Hefny Saad ketika sama-sama menyertai rancangan realiti televisyen tersebut.
Potensi dan bakatnya dalam bidang penyiaran mula dilihat sehingga beliau disunting oleh pihak Astro pada tahaun 2012.
Hana Ismail mula dikenali selepas tampil menghiasi program di bawah Astro seperti Buletin Awani, Raikan Cinta dan PM Live!
Beliau juga semakin popular sebagai seorang personaliti dan pengacara TV Al-Hijrah. Beliau sering tampil di kaca televisyen menerusi rancangan, majlis serta aktiviti keagamaan seperti Assalamualaikum TV Alhijrah dan Kemanisan Iman Bersama Al Quran.
Dai’Syed Jalani Hukuman 10 Tahun Penjara, 3 Sebatan
Baru-baru ini, Makhamah Sesyen di Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan selepas Dai Syed mendapati bersalah merogol seorang wanita lima tahun lepas.
Dai Syed didapati bersalah merogol wanita berusia 23 tahun di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira 1.35 pagi pada 11 September 2019, mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.
Peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili tertuduh memohon supaya ditangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut dengan alasan bahawa kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah kesalahan kali pertama.
“Anak guam saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang baru berusia 16 hari dan isterinya hadir ke makhamah hari ini walaupun masih berada dalam tempoh berpantang. Sekiranya, anak guam saya dimasukkan ke penjara, ia akan memusnahkan kehidupannya kerana isteri dan anaknya memerlukan tertuduh,” kata peguam itu.
Walaupun begitu, Hakim Norazlin Othman menolak permohonan Dai Syed untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mendapati tiada keadaan khas bagi membolehkan makhamah membenarkan permohonan tersebut.
Posting Terakhir Dai Syed & Hana Ismail
Dai Syed ada memuat naik satu hantaran Instagram Story bersama anaknya, pada malam Khamis.
“Alhamdulillah untuk segala nikmat yang sudah diberikan buat keluarga kecil kami.
“Pada hari Jumaat penuh barakah ini, saya dengan rendah diri ingin memohon doa dan kebaikan daripada kalian.
“Salam sayang daripada Baba Nour (Syed), Ummi Nour (Hana) dan Nour (anak),” katanya menerusi satu hantaran Instagram Story sebentar tadi.
– Instagram Story @hanaalmauzah
Setiap manusia akan diberikan ujian masing-masing. Namun bukanlah tugas kita untuk mengeji dan melontarkan cacian sesama sendiri.
Sama-sama kita doakan semoga Hana Ismail dan seluruh keluarga dapat menjalani ujian ini dengan penuh sabar dan tabah. Dan juga mangsa yang terlibat diberikan kekuatan untuk menjalani kehidupan seterusnya.
Sumber:
Instagram @hanaalmauzah
Instagram @daisyed_
Kes Rogol: Tindakan Da’i Syed Tidak Dapat Diterima Akal, Kata Hakim. Sinar Harian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/hana-ismail/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hana-ismail