Bilakah Usia Matang Berkahwin Persoalan Yang Banyak Jawapan



 Siva Selan Segelintir pihak berkuasa agama tidak memandang perkahwinan kanak-kanak sebagai satu perkara yang sensitif atau wajar dibincangkan.


Perkahwinan kanak-kanak masih wujud dan diterima oleh pelbagai budaya dan agama di rantau Asia. Gambar: AP Pada umur berapakah seseorang itu – terutamanya gadis sesuai untuk berkahwin?
Nampaknya, budaya mainkan peranan mengenai persoalan ini.
Di Malaysia, wacana perkahwinan kanak-kanak sering terbatas dalam kalangan masyarakat Islam luar bandar kerana media sering melaporkan kes gadis bawah umur berkahwin dengan lelaki tua bangka. Rata-rata beranggapan ia adalah amalan kuno yang kini dianggap salah.
Walaupun memang betul perkahwinan bawah umur berlaku dalam komuniti Muslim, ia juga menjadi masalah bagi setiap etnik dan agama di Malaysia, demikian kata Sarah Norton-Staal yang merupakan ketua Perlindungan Kanak-kanak Unicef di Malaysia.
Beliau berkata demikian dalam sebuah taklimat Unicef secara maya bertajuk “Towards Ending Child Marriage.”
Statistik Unicef menunjukkan antara tahun 2013 dan 2017, terdapat 2,367 kes perkahwinan kanak-kanak bukan Islam direkodkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Perkahwinan kanak-kanak bawah umur berlaku di kawasan bandar dan luar bandar, di semua negeri di Malaysia dan dalam semua etnik dan agama,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Kanak-kanak lelaki dan perempuan terkena tempias perkahwinan di bawah umur, namun kesannya lebih besar pada perempuan.”
Walaupun aktivis banyak membincangkan “masalah” perkahwinan kanak-kanak, Pesuruhjaya Kanak-kanak di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Noor Aziah Mohd Awal berkata beberapa pihak berkuasa agama tidak melihat perkahwinan kanak-kanak sebagai isu sensitif atau patut dibincangkan.
Hal ini, katanya, sudah tentu merumitkan lagi masalah tersebut.
Beliau memetik penemuan pada tahun 2018 dari kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (KPWKM) yang menunjukkan separuh daripada negeri-negeri di Malaysia – Sarawak, Pahang, Terengganu, Kedah, Kelantan, Perlis dan Negeri Sembilan – enggan mengubah had umur perkahwinan .
Noor Aziah berkata pada tahun 2020, Selangor mengubah undang-undangnya dan menjadikan usia minimum 18 tahun untuk berkahwin baik bagi lelaki dan perempuan, menjadikan Selangor, satu-satunya negeri yang berjaya membawa perubahan berhubung undang-undang perkahwinannya.
Aktivis hak kanak-kanak secara sebulat suara mendesak reformasi undang-undang bagi menaikkan usia minimum perkahwinan kepada 18 tahun dalam sebuah acara yang dianjurkan Tabung Kecemasan Kanak-kanak Antarabangsa PBB (Unicef).
Para aktivis berkata kurangnya pensejajaran usia minimum yang standard untuk perkahwinan adalah faktor utama yang terus membelenggu “masalah” ini di Malaysia.
Perkahwinan kanak-kanak dibenarkan di bawah undang-undang Islam, undang-undang sivil dan undang-undang adat di Malaysia.
Dalam undang-undang keluarga Islam, kanak-kanak di bawah usia 18 tahun dibenarkan berkahwin dengan syarat mereka mendapat persetujuan Mahkamah Syariah.
Dalam undang-undang sivil pula, kanak-kanak perempuan berusia 16 dan 17 tahun dibenarkan berkahwin jika diluluskan ketua menteri atau menteri besar.
Sementara di bawah undang-undang adat Orang Asli, tidak ada batasan umur untuk bwrlahwin.
Noor Aziah turut menjelaskan faktor lain yang mendorong perkahwinan kanak-kanak di Malaysia.
Ia termasuk kekurangan akses perkhidmatan kesihatan seksual dan reproduktif (SRH); kemiskinan; dan juga penerimaan budaya perkahwinan kanak-kanak; selain ibu bapa yang kekurangan maklumat mengenai SRH.
Keengganan kumpulan agama untuk melaksanakan pendidikan seks dan isu-isu lain yang berkaitan akhirnya menjadi punca perkahwinan kanak-kanak menjadi cabaran selama bertahun-tahun, katanya.
Norton-Staal dari Unicef berkata beberapa pemimpin agama menyokong perjuangan badan itu dan bahkan mendapat pengiktirafan serta penerimaan yang jelas mengenai pentingnya untuk pendidikan seksualiti yang komprehensif diperkukuhkan.
“Malaysia menghadiri Global Population Conference di Nairobi beberapa tahun yang lalu dan menyokong komitmen yang dicapai bersama, termasuk memperkasakan pendidikan kesihatan reproduktif dan seksual.”
“Oleh itu, saya percaya keazaman politik memang wujud dan bahkan beberapa orang pemimpin agama mengakui kepentingannya.”
Pakar Perlindungan Kanak-kanak di Unicef Malaysia Lee Lyn-Ni memaklumkan kepada MalaysiaNow bahawa, “Menetapkan usia minimum perkahwinan pada usia 18 tahun memberikan objektif, bukannya standard kematangan yang lebih subjektif, ia bagi melindungi kanak-kanak daripada berkahwin di usia di mana secara fizikal, mental atau emosi belum bersedia.
“Ini juga akan memastikan kanak-kanak mempunyai kebebasan bersuara dalam menyatakan persetujuan di samping mempunyai tahap kematangan minimum yang diperlukan sebelum berkahwin.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/bilakah-usia-matang-berkahwin-persoalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Pakai Banyak Barang Kemas Dibunuh Rakan Sorok Bawah Katil

Wanita Pakai Banyak Barang Kemas Dibunuh Rakan Sorok Bawah Katil

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 283 hits
Gara gara mahu mendapatkan wang bagi melangsaikan hutang seorang pembuat kuih sanggup membunuh rakan senegaranya di tingkat dua sebuah pangsapuri di Persiaran Subang Mewah Subang Jaya di sini pada Isnin lepas Kejadian itu berlaku apabila su...
Owh Mana Lebih Teruk Kalau Tunggang Komplot Menipu Ahli Parti Sekongkol Dengan Perasuah Gagal Dalam Banyak Hal Kah

Owh Mana Lebih Teruk Kalau Tunggang Komplot Menipu Ahli Parti Sekongkol Dengan Perasuah Gagal Dalam Banyak Hal Kah

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 218 hits
Pas kata PH nak memerintah cara fitnah tipu ugutMarch 10 2021 Pemuda Pas mendakwa parti pembangkang menjadikan politik toksik sebagai modal bagi meraih pemerintahan dengan cara memuntahkan fitnah menggumpal penipuan dan mengancam ugut Ketua...
Ethereum Lebih Banyak Keuntungan Dijangkakan

Ethereum Lebih Banyak Keuntungan Dijangkakan

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 386 hits
Ethereum diperdagangkan dalam warna hijau pada carta masa H4 pada masa penulisan Ia berjaya melonjak di atas rintangan dinamik yang mengesahkan pertumbuhan selanjutnya Pasangan ETH USD harus menghampiri dan mencapai tahap tertinggi jika Bit...
Tanda Pilihanraya Makin Dekat Menteri Makin Banyak Berlakon

Tanda Pilihanraya Makin Dekat Menteri Makin Banyak Berlakon

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 194 hits
ZUBAIDI SUDINAWAS Selepas ni mungkin ada Menteri menteri MP MP yang akan pi menoreh lepak kat tangga rumah orang kampung minum di gerai dengan orang kampung naik motor masuk kampung macam lagi HIPOKRASI yang tidak pernah berlaku JIKA BUKAN ...
Banyak Semut Di Rumah Guna Smart Keyler Racun Semut Organik

Banyak Semut Di Rumah Guna Smart Keyler Racun Semut Organik

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 340 hits
Macam k fiezz pernah kongsi dalam entry sebelum ni yang k fiezz cerita pasal pendapat nak beli ke tidak tudung saji viral tu K fiezz berbelah bagi nak beli ke tak sebab banyak semut di rumah terutama atas meja makan meriah dengan semut Jap ...
Kerajaan Akan Manfaat Lebih Banyak Data Untuk Salur Bantuan Kata Tengku Zafrul

Kerajaan Akan Manfaat Lebih Banyak Data Untuk Salur Bantuan Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 334 hits
BMenteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata syarikat dalam sektor pelancongan merupakan antara sasaran bantuan kerana mereka masih belum dapat meneruskan operasi KUALA LUMPUR Kerajaan akan memanfaatkan lebih banyak data yang dikumpul...
Cadbury Zip Lebih Banyak Coklat Dan Wafer Yang Lebih Dengan Cadbury

Cadbury Zip Lebih Banyak Coklat Dan Wafer Yang Lebih Dengan Cadbury

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 725 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Cadbury Malaysia di bawah syarikat makanan global Mondel z International telah melancarkan Cadbury Zip serba baru Makanan ringan yang menggembirakan ini disertakan dengan resipi baru yang enak dan lazat s...
039 Masih Banyak Tak Buat Lagi 039

039 Masih Banyak Tak Buat Lagi 039

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 266 hits
MELAKAR kanvas karier seninya ketika kanak kanak dan pernah merangkul trofi Pelakon Kanak Kanak Terbaik Filem nama Syafie Naswip pastinya tidak asing lagi Sama ada beraksi di layar perak drama mahupun telefilem Syafie atau mesra disapa Ayie...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik