Wanita Pakai Banyak Barang Kemas Dibunuh Rakan Sorok Bawah Katil


 

Gara-gara mahu mendapatkan wang bagi melangsaikan hutang, seorang pembuat kuih sanggup membunuh rakan senegaranya di tingkat dua sebuah pangsapuri di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, di sini, pada Isnin lepas.
Kejadian itu berlaku apabila suspek wanita warga Indonesia berumur 39 tahun telah menelefon mangsa bagi mendapatkan bantuan untuk mengangkat anaknya kerana tangan suspek kononnya mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata mangsa yang percaya terus ke rumah suspek untuk membantunya namun setibanya mangsa ke rumah, suspek telah menolak mangsa dan menghentak kepala mangsa ke lantai sehingga mati.
Berikutan itu, suspek dipercayai mengambil barang kemas milik mangsa dan telah menggadaikannya bagi melangsaikan hutang berjumlah RM5,000 pada semalam.

Menurutnya, suami mangsa warga tempatan berusia 47 tahun, hanya menyedari kehilangan isterinya selepas pulang bekerja dan mendapati pintu rumahnya tidak berkunci pada kira-kira 7 malam pada Isnin.
“Suami mangsa masuk ke rumah mendapati telefon bimbit dan barangan peribadi milik mangsa masih ada tetapi mangsa tiada di rumah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, di sini, awal pagi tadi.
Abd Khalid berkata kali terakhir suaminya berjumpa dengan mangsa adalah pada 1.20 tengah hari dan berhubung dengan mangsa pada 3.46 petang hari yang sama.
Sehubungan itu, suami mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangan isterinya di Balai Polis USJ 8 pada 12 tengah malam Selasa (9 Mac).
“Berikutan itu, polis telah menahan suspek semalam (Selasa) dan hasil soal siasat suspek mengaku telah membunuh mangsa yang merupakan seorang penjual kuih berusia 54 tahun serta membawa pihak polis ke tempat suspek menyembunyikan mayat mangsa.
“Polis menemukan mayat mangsa diselubungi kain dan selimut di bawah katil suspek pada semalam dengan terdapat kesan pendarahan pada bahagian kepala,” katanya sambil menambah rumah mangsa dan suspek hanya 10 meter sahaja.
Beliau berkata mangsa dan suspek saling mengenali dan sentiasa berurusan perniagaan kuih-muih di gerai berhampiran dengan rumah mangsa.
Mengulas lanjut, Abd Khalid berkata semasa kejadian itu berlaku di dalam rumah suspek, hanya terdapat dua anak suspek yang berusia setahun dan tiga bulan manakala suami suspek tiada di rumah.
“Selain suspek, polis turut menahan suami suspek warga tempatan berusia 48 tahun bekerja sebagai kru produksi bagi membantu siasatan.
“Motif pembunuhan ini adalah suspek mempunyai masalah kewangan dan mangsa memakai barangan kemas yang banyak, dipercayai suspek terdesak sehingga melakukan perbuatan sedemikian,” katanya.
Abd Khalid berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat manakala kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala reman suspek akan dimohon pada pagi ini. — Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/03/wanita-pakai-banyak-barang-kemas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Dibunuh Mayat Disembunyikan Di Bawah Katil

Wanita Dibunuh Mayat Disembunyikan Di Bawah Katil

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 587 hits
Oleh KUALA LUMPUR Gara gara mahu mendapatkan wang bagi melangsaikan hutang seorang pembuat kuih sanggup membunuh rakan senegaranya di tingkat dua sebuah pangsapuri di Persiaran Subang Mewah Subang Jaya di sini pada Isnin lepas Kejadian itu ...
Suspek Bunuh Sorok Mayat Jiran Bawah Katil Direman Polis

Suspek Bunuh Sorok Mayat Jiran Bawah Katil Direman Polis

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 295 hits
143 total views 143 views today KUALA LUMPUR Seorang suspek wanita warga Indonesia yang disyaki membunuh rakan senegaranya di tingkat dua sebuah pangsapuri di Persiaran Subang Mewah Subang Jaya di sini pada Isnin lepas direman selama enam h...
Kerja Sepenuh Masa Di Kedai Emas Part Time Curi Barang Kemas

Kerja Sepenuh Masa Di Kedai Emas Part Time Curi Barang Kemas

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 315 hits
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal berkata susulan siasatan ke atas suspek polis menahan dua wanita dan seorang lelaki berusia 27 hingga 36 tahun dalam serbuan di tiga kedai pajak di Sungai Way PETALING JAYA Seorang pek...
Seram Bapa Kongsi Rakaman Menakutkan Anak Ditarik Ke Bawah Katil

Seram Bapa Kongsi Rakaman Menakutkan Anak Ditarik Ke Bawah Katil

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 299 hits
Sebuah video yang tular menunjukkan seorang bapa berkongsikan saat menakutkan apabila anaknya ditarik ke bawah katil oleh satu entiti Rakaman dari kamera di bilik tidur bayi tersebut menunjukkan kanak kanak itu sedang berbaring di hujung ka...
Simpan Barang Dalam Foldable Storage Box Untuk Nampak Lebih Kemas

Simpan Barang Dalam Foldable Storage Box Untuk Nampak Lebih Kemas

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 573 hits
Macam yang k fiezz ada kongsi dalam entry sebelum ni Mr hubby ada beli foldable storage box ni 3 kotak sekali dia beli weiii Mr hubby cakap nak 5s barang barang bawah meja komputer dia supaya nampak tersusun sikit K fiezz duk fikir banyak s...
Diy Tempat Gantung Kuali Bawah Sinki Modal Rm20 Je Lebih Kemas Tersusun

Diy Tempat Gantung Kuali Bawah Sinki Modal Rm20 Je Lebih Kemas Tersusun

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 455 hits
Biasanya kalau lepas basuh dan lap kuali kita akan letak bawah singki je kan Tak kisah walaupun berlonggok sebab orang tak nampak pun
Lelaki Miang Rakam Video Bawah Skirt Wanita Didenda Rm7 000

Lelaki Miang Rakam Video Bawah Skirt Wanita Didenda Rm7 000

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 275 hits
Oleh PERBUATAN merakam video di bawah skirt wanita merupakan perbuatan tidak bermoral GAMBAR HIASAN GARA gara mempunyai minat yang luar dari kebiasaan seorang lelaki penghantar makanan didenda RM7 000 oleh Mahkamah Majistret Kajang hari ini...
Nampak Lebih Kemas Barang Mekap Dah Ada Kosmetik Organizer Ni

Nampak Lebih Kemas Barang Mekap Dah Ada Kosmetik Organizer Ni

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 568 hits
Sebelum ni bersepah barang mekap k fiezz atas meja mekap Semak je mata tengok Tapi tak ada inisiatif nak susun elok elok haha Tak terfikir pula nak beli kosmetic organizer ni Lepas tu minggu lepas masa ikut mr hubby shopping kat Mr DIY mr h...
Pasangan Mata Wang Eur Gbp Kekal Berada Di Bawah Sokongan Trendline Menurun Terdapat Lebih Banyak Pergerakan Menurun

Pasangan Mata Wang Eur Gbp Kekal Berada Di Bawah Sokongan Trendline Menurun Terdapat Lebih Banyak Pergerakan Menurun

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 249 hits
Harga kekal berada di bawah rintangan trendline yang menurun dengan indikator teknikal menunjukkan ruang untuk penurunan harga yang lebih rendah Penurunan selanjutnya di bawah rintangan 1 pada tahap 0 8612 ke arah sokongan pertama di 0 8564...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Understand Your Target Audience

Sinopsis Filem Mantera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal