Bila Cuti Sekolah Walimatulurus Dan Berkhatan Memang Waktunya


BILA CUTI SEKOLAH WALIMATULURUS DAN BERKHATAN MEMANG WAKTUNYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SEJAK PC KECIL ini sudah menjadi satu kebiasaan. Bukan lagi suatu yang aneh. Kalau cuti sekolah je dua, satu majlis kahwin  dan kedua majlis berkhatan. Surat atau kad jemputan yang sampai rumah mama babah tu la.. walimatulurus kalau tak doa selamat kerana ada anak atau cucu yang berkhatan. 
Tapi biasanya kalau di kampung-kampung meraikan anak atau cucunya berkhatan dah macam majlis sambut menantu. Serius, memang meriah. Biasanya dah berkhatan seminggu, luka dah bai ha baharu adakan majlis supaya boleh makan sedap sama-sama katanya. Taklah meleleh air liur.
Sampailah sekarang. Bila mula je cuti sekolah berderet majlis walimatulurus dan berkhatan. Memang tak boleh elak cuma bezanya dalam keadaan sekarang semuanya dihadkan jumlahnya terutama bab tetamu yang boleh diudang ke majlis la ya. Semua kena patuh SOP, walau kadang kat mana-mana pun di luar sebarang majlis di tempat awam dah lupa nak patuh SOP.
Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan istilah ''berkahwin muda itu dapat mengelak maksiat''. Tapi bagi PC mudah sahaja, kalau memang awak dah mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami bagi yang lelaki dan menggalas tanggungjawab sebagai isteri bagi yang wanita, mengapa tidak. Kalau yang lelaki dah boleh penuhi nafkah zahir batin dengan sebaik-baiknya bila berkahwin mengapa tidak. Kalau keluarga kedua-dua belah pihak redha mengapa tidak. Zaman sekarang sangat ramai anak muda yang masih muda-muda sudah berjaya dengan kerjaya masing-masing. Memiliki pendapatan yang stabil, halal dan lebih daripada cukup. Kalau semuanya ok, takut berbuat maksiat, pilihlah bernikah dengan cara baik. Kalau tak mampu lagi, pilihlah berpuasa moga dapat redakan nafsu tu ya.
Ok cerita bab berkhatan pula. Tengah meriah ni, sebab anak kawan PC pun baharu berkhatan beberapa hari je. Sepupu PC pun baharu semalam anaknya berkhatan. Masing-masing ada cerita tersendiri. Persamaan pada dua-dua urusan berkhatan ini adalah menangis sampai bergegar klinik. Sampai doktor pun cuak. Cuak bukan sebab anak kawan dan anak sepupu PC ni nangis masa proses berkhatan tapi cuak yang sedang menunggu giliran nak berkhatan  kat luar tu tak jadi berkhatan lari lintang pukang pulak. hahahahaha.

Cerita sepupu PC. Bila dah sampai rumah.Abang sedang menahan sakit kerana ubat bius semakin berkurangan. Menangis manja atas tilam sambil kain diikat tali dan digantung. Dan adik-adiknya pun memulakan pelbagai ragam dan aksi. Sepupu PC anak-anaknya panggil dia ibu.
Ibu : duduk diam-diam abang tak sihat, abang sakitAnak lelaki nombor tiga dan empat : abang kenapa bu?Ibu : sunatAnak lelaki nombor tiga dan empat : kenapa abang ngah dulu.. kakak tak pun?Ibu : kakak dah masa babyAnak lelaki nombor tiga dan empat : bu, kita bosan la.. boleh tak main pondok-                                                          pondok dalam kain abang?Ibu : tak boleh.. jangan!!!!.. mentang-mentang kain abang tu macam khemah.
Akur. Senyap. Dan beberapa minit kemudian si abang meraung macam nak putus urat gara-gara adik-adiknya susun segala jenis dan saiz toys dinosaurs dalam kain si abang sekali ditindihnya luka sunat abang yang masih merah basah. 
Mungkin ada yang biasa-biasa sahaja. Pasrahnya sungguh-sungguh. Ada yang pasrahnya separuh jalan. Ok di rumah tak ok di klinik. Atau di rumah tak ok apatah lagi di klinik lagi la tak ok. Bawaan dan rezeki masing-masing. Zaman sekarang ramai juga ibu bapa yang memilih sunatkan anak lelakinya setelah seminggu atau dua minggu kelahiran mengikut sunah dan budaya orang arab. Bagi mengelakkan masalah jangkitan pada saluran kencing pun ya juga.
Khatan atau "bersunat" merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar dan faraj merupakan tempat dimana pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan. Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan al-Auzai serta lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakan wajib bagi seseorang yang bergelar Muslim. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil baligh. Mengkhatan anak lelaki adalah wajib manakala mengkhatankan anak gadis adalah terpuji dan bukannya wajib. ]RINGKASAN RUJUKAN]
Untuk kebersihan dan menjaga kualiti ibadah, lakukanlah apa yang terbaik dan sebaik-baiknya. Semoga Allah redha.
Tinta Perdu Cinta ❤BILA CUTI SEKOLAH WALIMATULURUS DAN BERKHATAN MEMANG WAKTUNYA 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.perducinta.com/2021/12/bila-cuti-sekolah-walimatulurus-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Musim Cuti Sekolah Dah Bermula Buat Pencinta Seni Sejarah Dan Warisan Muzium Ini Wajib Dilawati

Musim Cuti Sekolah Dah Bermula Buat Pencinta Seni Sejarah Dan Warisan Muzium Ini Wajib Dilawati

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 212 hits
Musim Cuti Sekolah Dah Bermula Buat Pencinta Seni Sejarah dan Warisan Muzium Ini Wajib Dilawati WALAUPUN sempadan negara masih ditutup untuk pelancongan antarabangsa rakyat Malaysia tetap merancang percutian singkat seperti perjalanan balik...
Selamat Cuti Sekolah

Selamat Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 215 hits
SELAMAT CUTI SEKOLAH Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt CUTI sekolah telah pun bermula Alhamdulillah Selamat cuti sekolah semua anak anak Adik adik Nikmati waktu cuti sekolah hujung tahun yang panjan...
Percutian Bajet Di Musim Cuti Sekolah Tapi Dapat Singgah 3 Negeri

Percutian Bajet Di Musim Cuti Sekolah Tapi Dapat Singgah 3 Negeri

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 346 hits
Percutian Bajet Di Musim Cuti Sekolah Tapi Dapat Singgah 3 NegeriAssalamualaikum dan salam sejahtera semua Nampaknya hujung tahun ini ramai yang sudah mula bercuti Pada tahun ini Sha bercuti awal sedikit daripada biasa jadi tak masalah bert...
Cuti Sekolah 2021 Cuti Akhir Tahun 2021

Cuti Sekolah 2021 Cuti Akhir Tahun 2021

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 396 hits
Cuti Sekolah 2021 Cuti Akhir Tahun 2021 Cuti sekolah telah bermula Selamat bercuti kepada semua murid sekolah Manfaatkan cuti anda dengan aktiviti yang berfaedah terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photography photoblog SJCAM ...
Memang Tidak Wajar Memberi Laluan Pada Singapura Untuk Mengawal Operasi

Memang Tidak Wajar Memberi Laluan Pada Singapura Untuk Mengawal Operasi

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 171 hits
Utamakan rakyat kita dahuluPROJEK Kereta Api Berkelajuan Tinggi pelan mesti dipinda dan pelaksanaannya mesti dibikin sampai jadi Namun kali ini kerajaan perlu lebih berhati hati Letakkan kepentingan nasional dan strategik sejajar dengan man...
Olympic Hotel Dan Aquaria Klcc Memang Awesome Jalan Jalan Kuala Lumpur

Olympic Hotel Dan Aquaria Klcc Memang Awesome Jalan Jalan Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 451 hits
Selepas dua tahun tak ke Kuala Lumpur akhirnya kami kembali menjejakkan kaki di sini Excited bila dapat jalan jalan di KL Since Covid melanda kami asyik tangguhkan niat untuk pergi ke KL Kali ini bila suami ada meeting di Port Dickson kami ...
Menangis Sikit Je Masa Cucuk Bius Fasha Sandha Luah Rasa Syukur Anak Selamat Berkhatan

Menangis Sikit Je Masa Cucuk Bius Fasha Sandha Luah Rasa Syukur Anak Selamat Berkhatan

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 236 hits
Musim cuti sekolah selalu diambil kesempatan oleh ibu bapa untuk mengkhatankan anak lelaki mereka Pelakon Fasha Sandha juga tidak ketinggalan melunaskan tanggungjawab yang sama buat anak sulungnya Rayfal Fasha dan suami yang berada di Perli...
Bagi Dia Berkawan Tingkat Skil Motor Rayyan 2 Tahun Elfira Hantar Sekolah

Bagi Dia Berkawan Tingkat Skil Motor Rayyan 2 Tahun Elfira Hantar Sekolah

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 217 hits
Keputusan Elfira Loy menghantar anak sulungnya Muhamad Rayyan Khalaf yang baru berusia 2 tahun ke sekolah adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran motor dan skil bersosial Menerusi laporan Kosmo Elfira mempertahankan tindakannya mengh...
Kkm Arah Sekolah Seri Puteri Cyberjaya Diarah Tutup

Kkm Arah Sekolah Seri Puteri Cyberjaya Diarah Tutup

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 232 hits
KUALA LUMPUR DIKEMAS KINI Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya diarahkan tutup sementara berikutan 135 kes baharu positif Covid 19 yang membabitkan warga sekolah berkenaan kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Beliau ber...
Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tumbuhan Parasit Yang Kelihatan Seperti Cendawan

Uk Real Estate Prices What S The Outlook For 2025

Parliamentary Services Council To Include 2 Opposition Reps

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Lawn Bowler Nor Farah Now World No 1