Bagi Dia Berkawan Tingkat Skil Motor Rayyan 2 Tahun Elfira Hantar Sekolah


Keputusan Elfira Loy menghantar anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf yang baru berusia 2 tahun ke sekolah, adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran motor dan skil bersosial.

Menerusi laporan Kosmo, Elfira mempertahankan tindakannya menghantar Rayyan ke sekolah, dan menegaskan semua itu terpulang kepada kehendak masing-masing sebagai ibu bapa.
Menurut Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri itu, beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan sebenarnya banyak manfaat menghantar anak-anak kecil ke sekolah pada usia kecil.

“Menghantar anak-anak kecil ke taman asuhan (playschool) akan membantu mereka untuk membangunkan kemahiran ‘motor’ (aktiviti yang melibatkan pergerakan otot dalam badan).
“Mereka juga dapat membangunkan kemahiran sosial dan harian. Memang ada kajian menunjukkan perbezaan antara kanak-kanak yang aktif bermain dengan yang kurang melakukan aktiviti yang merangsang kemahiran motor,” katanya menerusi satu entri dalam Instastory.

Ujar Elfira lagi, sekiranya ada ibu bapa belum bersedia menghantar anak kecil ke taman asuhan, ia tak salah dan masing-masing ada pendirian.

“Jika rasa tak bersedia nak hantar anak kecil ke sekolah tidak mengapa. Boleh je buat aktiviti bersama anak-anak di rumah,” ujar Elfira, 27.

Cuma dia berasa sedikit terganggu apabila ada pihak yang mempersoalkan tindakan dirinya menghantar anak ke taman asuhan atau sekolah ketika masih berstatus kanak-kanak kecil.
“Biarpun saya tidak masuk mengambil pusing tentang mesej (dari netizen), saya juga rasa terganggu dan perlu terangkan berkenaan stigma sesetengah ibu bapa yang berfikiran mengapa anak-anak terlalu awal ke sekolah,” katanya.

Elfira Loy mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata pertama lelaki bernama Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober tahun yang sama.
Kredit: Kosmo

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post “Bagi Dia Berkawan, Tingkat Skil Motor.” Rayyan 2 Tahun, Elfira Hantar Sekolah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bagi-dia-berkawan-tingkat-skil-motor-rayyan-2-tahun-elfira-hantar-sekolah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Elfira Loy Pertahankan Pendirian Hantar Anak 2 Tahun Ke Sekolah

Hiburan Elfira Loy Pertahankan Pendirian Hantar Anak 2 Tahun Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 368 hits
Tampil mempertahankan tindakan dirinya menghantar anak sulung Muhamad Rayyan Khalaf yang baru berusia 2 tahun ke sekolah pelakon menegaskan yang semua itu terpulang kepada kehendak masing masing sebagai ibu bapa 4 minggu laluTak Risau Hamil...
Pembuli Sekolah Berdepan Hukuman Penjara 10 Tahun

Pembuli Sekolah Berdepan Hukuman Penjara 10 Tahun

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 339 hits
Pelajar sekolah yang membuli pelajar lain sehingga mangsa mengambil tindakan bunuh diri atau melakukan cubaan bunuh diri boleh dipenjara sehingga 10 tahun di bawah rang undang undang baharu yang sedang dipertimbangkan di Perancis lapor lama...
Dia Ni First Last Lepas 7 Tahun Terpisah Wanita Akhirnya Kahwin Dengan Crush Sekolah

Dia Ni First Last Lepas 7 Tahun Terpisah Wanita Akhirnya Kahwin Dengan Crush Sekolah

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 466 hits
Kalau dah jodoh cuba elak macam mana sekalipun pasti akan bersama lebih indah kalau si jodoh tu adalah crush kita Siapa sangka lepas 7 tahun terpisah dan dah cuba nak move on wanita yang dikenali sebagai Rinaraa ini bertemu jodoh dengan lel...
Bayi Dah Masuk 8 Bulan Boleh Bagi Finger Food Bagus Untuk Latih Skil Motor

Bayi Dah Masuk 8 Bulan Boleh Bagi Finger Food Bagus Untuk Latih Skil Motor

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 323 hits
Ibu dengan bayi usia 8 bulan pasti ternanti nanti perkembangan bayi Oleh itu untuk pastikan bayi sihat ibu tentu mahu bereksperimentasi dengan jenis tekstur dan juga bentuk makanan bayi 8 bulan ini Jika anda ingin mendapatkan idea baru untu...
Jarang Bergaul Buat Anak Tak Pandai Berkawan Mak Ayah Boleh Terapkan Skil Ni

Jarang Bergaul Buat Anak Tak Pandai Berkawan Mak Ayah Boleh Terapkan Skil Ni

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 332 hits
Ada anak anak kecil kita yang begitu takut dan mudah menangis bila nampak wajah asing selain ibu bapa dan ahli keluarga yang lain Anak perlu dibiasakan untuk dia lebih berani bergaul dengan orang Jika diwaktu bayinya anak mudah terdedah den...
Kononnya Minta Hantar Borang Ke Sekolah Pelajar Perempuan Nyaris Diculik

Kononnya Minta Hantar Borang Ke Sekolah Pelajar Perempuan Nyaris Diculik

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 193 hits
Syukur masih selamat Pastinya kejadian culik yang berlaku kepada seorang pelajar perempuan ini memberi trauma padanya walaupun berjaya menyelamatkan diri ketika sudah dibawa lari hampir 400 meter dari sekolah Menerusi laporan Astro Awani pe...
Influencer Cantik Mati Dikelar

Mengapa Nutrisi Amat Penting Bagi Anda

Uria Novita Kaba Dari Rantau Chord

Sprm Berkas Enam Lagi Anggota Polis Ipd Temerloh Rasuah Tidak Ambil Tindakan Suspek Kes Air Ketum

Drama Seadanya Kita

Temuramah Eksklusif Profesor Madya Dr Maizah M Abdullah Ketua Penyelidik Malaysia Dalam Oceanx Mission 2024

Lunch Warong Geprek Cyberjaya

Kemboja Akan Calonkan Trump Untuk Hadiah Nobel Keamanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Semua Susu Rosak Pernah Luah Kecewa Stok Susu Badan Rosak Tya Ariffin Terima Anugerah Ikon Selebriti Penyusuan Badan

Pokok Durian Belakang Rumah Bila Monyet Yang Dapat Dulu

Haram Baca Qunut Nazilah Jatuhkan Sesama Islam

Masak Kicap Ikan Bawal Emas Dan Bab Rezeki

The Role Of Ai And Machine Learning In Modern Sanction Screening Systems

Di Sekolah Dia Patut Belajar Bukan Menangis Setiap Hari