Olympic Hotel Dan Aquaria Klcc Memang Awesome Jalan Jalan Kuala Lumpur


Selepas dua tahun tak ke Kuala Lumpur, akhirnya kami kembali menjejakkan kaki di sini!!!


Excited bila dapat jalan-jalan di KL. Since Covid melanda, kami asyik tangguhkan niat untuk pergi ke KL. Kali ini bila suami ada meeting di Port Dickson, kami terus drag percutian untuk makan angin di KL dengan misi JJCM sambil bertemu sahabat handai.


Sebelum pergi, kami senaraikan beberapa kedai makan yang kami dah lama terliur nak makan. Antaranya kami wajib ke Speed Mart, JM Bariani, Ikea dan 4Fingers. Semua kedai ni takde kat Ganu (sedih betul) dan kami dah craving sangat nak makan makanan yang sedap di kedai ini. Tapi apakan daya, tiga hari dua malam masih tak cukup untuk kami realisasikan semua list, tak sempat pula nak ke 4Fingers..


Selain berjumpa sahabat handai di KL, kami plan juga untuk ke Aquaria di Suria KLCC untuk penuhi impian anak-anak nak tengok ikan besar yang pelbagai jenis bentuk dan rupa. 


Olympic Hotel Memang Cun

Sebelum bergerak pergi, macam biasa suami akan booked bilik secara online. Kali ni suami tempah bilik di Olympic Hotel selama 3 hari 2 malam. Ini semua gara-gara beliau tertarik tengok bunk bed di sisi katil utama yang dilengkapi dengan slide sebagai tangga. Takdelah bosan sangat anak-anak bila duduk di bilik nanti kerana boleh bermain slide.


First time masuk ke bilik, memang anak-anak super excited bila mereka boleh main slide dalam bilik! Dan mereka juga ada tempat tidur masing-masing. Dari tepi tingkap bilik, kami dapat lihat menara kedua tertinggi di dunia iaitu Menara PNB setinggi 118 tingkat yang masih dalam pembinaan, betul-betul berada di seberang jalan di belakang bangunan hotel. 


Dekorasi dalaman di Olympic Hotel memang sangat cantik dan kiut. Ibu-ibu yang dah tepu duduk di rumah dan terasa nak keluar cuci mata sambil bergambar cecantik sekaligus gembirakan hati anak-anak, boleh je staycation di Olympic Hotel ni. Di tepi hotel ada stesen MRT dan jarak dari hotel ke Suria KLCC hanya 2 km sahaja. 


Jadi kami boleh terus ke Aquaria dengan hanya menaiki public transport. Berjalan kaki dari hotel ke stesen MRT, dan terus ke KLCC. Jimat masa kerana kami tak perlu bersesak dalam jem dan tak perlu juga fikir untuk parkir kereta di mana nanti, almaklumlah kadar parking kereta di KLCC agak mahal.


Kagum di Aquaria KLCC 

Sampai saja di KLCC, kami berjalan kaki pula ke Suria KLCC untuk ke Aquaria. Meskipun weekday, namun orang agak ramai di Suria KLCC. Bila sampai di Aquaria, lagilah kami terkejut bila tengok queue sangat panjang! Nasib baik saya dah booked tiket online untuk masuk ke Aquaria. 


Jadi kami dibenarkan untuk skip the queue dan menuju ke fast lane bagi scan barcode tiket yang telah diberi secara online. Next time kalau nak ke Aquaria lagi, kami kena make sure untuk beli tiket secara online kerana tak perlu beratur panjang untuk masuk, lagipun harga belian tiket secara online lebih murah berbanding belian secara walk-in.

Disebabkan orang terlalu ramai, jadi kami tak dapat bergambar cantik. Tiap kali nak bergambar, mesti akan ada yang photobomb. Kami juga terpaksa bergerak dalam ruangan yang terhad dan sempit memandangkan kebanyakan laluan dipenuhi dengan individu berseorangan atau berkumpulan. 


Walau pun tak dapat bergambar tapi kami semua super excited bila tengok pelbagai jenis hidupan ada di Aquaria. Samada hidupan laut dalam di Malaysia sehinggalah hidupan di sungai Amazon, pelbagai jenis hidupan akuatik unik dan menarik, kecil atau besar dapat kami lihat di Aquaria. Semuanya menakjubkan!


Kami dapat tengok lintah laut, lionfish, arapaima bersaiz Ameera dan tak lupa juga ikan yu dan penyu yang bebas berenang dalam aquarium besar merentasi perjalanan kami semasa berada di dalam Aquaria. Terasa seolah kami berada di dalam laut dalam bila tengok ikan yu berenang di atas kami dan ikan pari bergerak perlahan seolah menemani perjalanan kami.


Disebabkan perjalanan menikmati panorama laut dalam tak begitu menggembirakan kerana kami terpaksa bersesak dengan orang ramai, jadi nak taknak kami terpaksa kembali lagi ke Aquaria pada masa akan datang. Haha..alasan je tu padahal memang nak pergi lagi sebab Aquaria is awesome :P


Next holiday plannya kami akan ke Langkawi pula memandangkan kami dah lama tak jejakkan kaki ke sana. Kami juga dah mula buat survey hotels in Langkawi yang menarik sebagai persediaan awal untuk elakkan daripada dapat hotel yang tak berapa best. Buat tempahan secara online untuk elakkan kesesakan pada saat akhir itu yang terbaik.


Apa-apa pun, thanks pada BFF dan suaminya yang sudi terima kehadiran kami ke rumah dari petang membawa ke malam dan tak jemu-jemu menyajikan kami dengan cerita tak kering gusi. Next time kita jumpa lagi ya my BFF Siti Afiqah binti Abdul Halim. Muahhhh sangat!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2021/12/olympic-hotel-aquaria-klcc-review.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menginap Di Hotel Corus Kuala Lumpur Untuk 2 Hari 1 Malam Pusingkldulu

Pengalaman Menginap Di Hotel Corus Kuala Lumpur Untuk 2 Hari 1 Malam Pusingkldulu

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 262 hits
Salam to all readers Pengalaman Menginap di Hotel Corus Kuala Lumpur untuk 2 Hari 1 Malam PusingKLDulu Al fatihah buat Kak Najah bestfrieds kak Fatin Liyana yang baru sahaja meninggal dunia last week Aku memang suka tengok dorang punya frie...
Plan Nak Bercuti Ke Kl Dan Staycation Dekat Majestic Hotel Kuala Lumpur

Plan Nak Bercuti Ke Kl Dan Staycation Dekat Majestic Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 377 hits
Plan Nak Bercuti Ke KL dan Staycation Dekat Majestic Hotel Kuala Lumpur Assalamualaikum dan hi korang Apa khabar semua Harap semuanya sihat dan ceria selalu Sebenarnya kan dah lama juga zaza tak datang KL Biasa tiap hujung tahun memang zaza...
Tourism Selangor Sertai Kuala Lumpur Photography Festival 2021

Tourism Selangor Sertai Kuala Lumpur Photography Festival 2021

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 249 hits
Penyertaan ke KLPF 2021 Seiring dengan Inisiatif Promosi Kempen Pusing Selangor Dulu dan Pelancongan dalam Norma BaharuTourism Selangor sertai Pameran Fotografi tahunan yang dinanti nantikan oleh orang ramai khususnya penggemar fotografi me...
Dua Beradik Maut Kemalangan Di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak

Dua Beradik Maut Kemalangan Di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 221 hits
Dua Beradik Maut Kemalangan Di Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak KUANTAN Dua beradik maut manakala tiga yang lain termasuk ibu bapa mereka cedera apabila kereta dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 44 1 Lebuhraya Kuala Lumpur Karak di...
Menara Kuala Lumpur 2021

Menara Kuala Lumpur 2021

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 339 hits
Menara Kuala Lumpur 2021 Setiap tahun nieyl dan juga adik beradik belah husband akan plan untuk bercuti bersama sama selalunya kita akan pergi tempat yang dekat dekat je Sebelum PKP dulu pernah juga pergi bermalam di KL Kemudian 2 tahun PKP...
Sharing Tips On Staycation In Kuala Lumpur

Sharing Tips On Staycation In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 289 hits
The world has been pause for a little over two years People all over the world has been working a lot from home With all the stressfulness from juggling with work and family matters throughout the two years we are all physically and mentall...
Lebuh Raya Kuala Lumpur Ke Karak Terputus Selepas Berlaku Tanah Runtuh Kilometer 62 9

Lebuh Raya Kuala Lumpur Ke Karak Terputus Selepas Berlaku Tanah Runtuh Kilometer 62 9

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 241 hits
BENTONG Laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak terputus selepas berlaku tanah runtuh di Kilometer 62 9 lebuh raya berkenaan di sini hari ini Difahamkan kejadian kira kira pukul 11 malam itu turut menyebabkan terdapat kenderaan yang turut diti...
Senarai Cawangan Bsn Kuala Lumpur

Senarai Cawangan Bsn Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 361 hits
Berikut saya kongsikan untuk anda informasi mengenai alamat nombor telefon dan waktu operasi cawangan BSN Kuala Lumpur Berikut merupakan waktu operasi kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional Kuala Lumpur Hari Jam Operasi Masa Rehat Jam Oper...
Klinik Kulit Dan Estetik Terbaik Di Kuala Lumpur

Klinik Kulit Dan Estetik Terbaik Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 392 hits
Hanya mereka yang pernah berdepan dengan masalah kulit akan faham betapa penting dan sukarnya mendapatkan yang terbaik bagi menghilangkan kesakitan serta rasa malu apabila berhadapan dengan orang ramai akibat masalah dideritai Saya adalah s...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Bendang


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks