Percutian Bajet Di Musim Cuti Sekolah Tapi Dapat Singgah 3 Negeri


Percutian Bajet Di Musim Cuti Sekolah Tapi Dapat Singgah 3 Negeri
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nampaknya hujung tahun ini ramai yang sudah mula bercuti. Pada tahun ini Sha bercuti awal sedikit daripada biasa, jadi tak masalah bertembung cuti dengan rakan-rakan sekerja. Alhamdulillah walaupun percutian tanpa dirancang awal, tetapi ianya amat menyeronokkan bagi Sha sekeluarga. Sebenarnya kami agak bernasib baik kerana bercuti sebelum negara kita dilanda berita sedih yang mana sesetengah kawasan dilanda banjir teruk.
Pada hari Selasa yang lepas Sha menunggu keputusan pelepasan cuti suami sama ada cuti beliau diluluskan atau tidak. Alhamdulillah pada petang itu suami memaklumkan bahawa cuti beliau telah diluluskan dan sudah menempah bilik hotel di Cameron Highlands. Sebelum menempah bilik, Sha dan suami telah membuat tinjauan di beberapa buah hotel manalah tahu jika ada mana-mana hotel promo.
Bercuti Di Cameron Highland
Kami bergerak daripada rumah sekitar pukul 8.00 pagi dan menuju ke arah Tapah memandangkan jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands masih ditutup akibat tanah runtuh. Sebelum naik kami terlebih dahulu bersarapan di sebuah kedai di Tapah. Untuk pengetahuan korang, inilah kali pertama Sha ke Cameron Highlands melalui jalan Tapah. Sesungguhnya jalan ini agak mencabar berbanding melalui Simpang Pulai.


Lebih kurang pukul 10.00 pagi kami tiba di Tanah Rata, Cameron Highlands dan daftar masuk hotel. Memandangkan Sha sekeluarga agak pening selepas melalui jalan yang berbengkak-bengkok kami mengambil keputusan untuk berehat terlebih dahulu. Selepas masing-masing ok barulah kami keluar bersantai diluar.
Lepak Minum Teh Panas Di Ladang Teh BOHHari pertama di Cameron Highlands kami makan tengah hari di Ladang Teh BOH sahaja. Tujuan kami ke Cameron Highlands adalah untuk bercuti santai sahaja, jadi jadual tidaklah terlalu padat dengan aktiviti. Selepas makan dan bergambar kami keluar dari ladang dengan hajat ingin lepak di Taman di Tanah Rata. Walaubagaimanapun, cuaca pada hari itu tidak mengizinkan. Hujan lebat turun semasa kami sampai di Tanah Rata membuatkan kami mati kutu tidak tahu ke mana mahu dituju.

Akhirnya kami ambil keputusan untuk kembali ke hotel sahaja. Tiba waktu malam suami ajak kami makan di McDonalds Cameron Highland untuk kali pertama. Sha pun tak tahu apa beza makan McDonalds di Tanah Tinggi Cameron berbanding McDonalds berdekatan rumah kami..huhuhhu. Yang paling tak tahan, kami ke restoran hanya dengan berjalan kaki dari hotel. Macam nak tercabut rasanya kaki Sha yang sememangnya baru nak sembuh ini. Nasib baik Sha pilih untuk pakai kasut yang betul untuk jalan kaki jauh dengan selesa. Selesai makan malam, maka selesailah satu hari kami di Cameron Highlands.
Kali Pertama Masuk The Sheep SanctuaryKeesokkan harinya kami hanya bersarapan di sekitar hotel sahaja. Nasib baik juga hotel berdekatan dengan banyak kedai makan Melayu. Pagi itu kami juga lebih selesa berjalan kaki dari hotel ke kedai makan. Selepas sarapan kami balik ke hotel dan bersiap untuk melakukan aktiviti seterusnya. Kali ini Sha bawa anak-anak ke The Sheep Santuary untuk dekat dengan kambing biri-biri yang comel. Alhamdulillah, suami dan anak-anak enjoy dapat layan kerenah comel kambing biri-biri di situ.

Jalan-Jalan Sekitar Kea Farm Cameron HighlandSelepas puas berada The Sheep Santuary, kami keluar dan jalan-jalan sekitar Kea Farm dan membeli sedikit makanan sebagai kudapan. Sha sempat beli buah strawberi, kek dan ubi keledek manis untuk alas perut di dalam kereta. Kemudian kami bergerak ke suatu tempat yang baru dibuka iaitu Cameron Centrum Brinchang. Hasil pencarian di media sosial, tempat ini agak menarik untuk santai-santai bergambar Bersama keluarga.
Bergambar Di Centrum Brinchang
Sebenarnya suami Sha tak berapa sihat sangat untuk banyak bergerak, jadi kami banyak berehat jela lepas banyak jalan. Selesai di Centrum kami balik hotel memandangkan hujan renyai-renyai. Bila dah sejuk, tambah pula hujan perut Sha ni asyik minta diisi je..ahahaha.. padahal alasan. Tapi itulah, suami dah suruh bawa mee segera dengan periuk masak lagi jadi kita guna..huhuhu. Nak tidur pun tak lena selagi tak pekena mee segera di tempat sejuk. Jadi apa lagi, Sha pun terus masak dan makan. Walaupun mulut sedang makan mee tapi dalam kepala teringat pula kambing bakar dekat simpang masuk hotel. Tiba-tiba bau sampai walaupun tahu kedai belum buka.
Cari Makan Di Pasar Malam Cameron HighlandUntuk makan malam kami hanya mencari makanan di Pasar Malam Cameron Highland. Disebabkan tak nak makan di dalam hotel, kami redah hujan renyai makan di sekitar taman di Tanah Rata. Siap makan kami balik ke hotel untuk tukar pakaian memandangkan baju dah basah terkena hujan. Hujan masih belum reda jadi kami hanya pusing-pusing di sekitar Billion di Centrum Brinchang dan lepak sekejap sahaja.

Keesokannya kami daftar keluar awal memandangkan suami risau hujan yang tak henti-henti akan menyebabkan perjalanan kami terbantut nanti. Risau dengan keadaan jalan dan keadaan trafik nanti sebenarnya. Alhamdulillah bila sampai di tapah baru kami bersarapan. Semasa bersarapan kami berbincang tentang hala tuju kami seterusnya.

Tukar Lokasi Percutian Dari Melaka Ke Port Dickson

Pada awalnya kami mahu ke Alor Setar Kedah untuk bercuti ke rumah kakak suami sahaja tetapi kami batalkan atas sebab tertentu. Oleh kerana suami bertanya kita nak ke mana lagi, jadi Sha memilih untuk ke Melaka kerana anak perempuan Sha belum pernah sampai ke Melaka. Semasa Sha sedang mencari hotel Melaka tiba-tiba suami cakap “Apa kata kita ke Port Dickson”. Alahaii tukar lokasi lagi nampaknya.

Bercuti 1 Malam Di Port Dickson

Akhirnya kami ambil keputusan untuk ke Port Dickson. Sebelum pergi ke Port Dickson, kami singgah terlebih dahulu di rumah seorang lagi kakak suami di Putrajaya. Selepas basahkan tekak dalam pukul 3.00 petang kami mulakan perjalanan. Tapi macam biasalah, mungkin salah musim untuk kami bercuti kerana sekarang musim hujan. Memang sepanjang perjalanan hujan hinggalah sampai di hotel.

Jalan-Jalan Sekitar Pantai Cahaya Negeri
Kami singgah dii Port Dickson hanya satu malam sahaja. Malam kami di sana memang keluar makan sahaja itupun makan dengan keadaan sejuk dengan hujan lebat dan angin kuat. Keesokkannya barulah ada rezeki kami sebelum balik ke Perak, dapatlah lepak di Pantai Cahaya Negeri di Port Dickson sekejap memandangkan pagi itu hujan belum turun.



Sebelum balik ke Perak, kami telah memilih sebuah restoran yang menyediakan makanan popular Negeri Sembilan iaitu masakan salai. Makan tengah hari ini memang kami cari awal supaya dapat kami tuju terus sebelum gerak balik. Selesai makan terus kami gerak balik ke Perak.
 


 

Percutian Pendek Yang Bermakna Untuk KeluargaMaka dengan tamatnya percutian kami di Port Dickson, maka tamatlah percutian akhir tahun kami untuk tahun 2021. Semoga tahun depan ada rezeki lagi bawa anak-anak bercuti ke tempat yang tak pernah kami jejak lagi di Malaysia ini. Bahagian paling seronok adalah bila mana anak-anak bercerita saat-saat yang mereka lalui sepanjang perjalanan. Maklumlah berjalan di musim hujan mungkin sedikit mencabar berbanding musim biasa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2021/12/percutian-bajet-di-musim-cuti-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Musim Cuti Sekolah Dah Bermula Buat Pencinta Seni Sejarah Dan Warisan Muzium Ini Wajib Dilawati

Musim Cuti Sekolah Dah Bermula Buat Pencinta Seni Sejarah Dan Warisan Muzium Ini Wajib Dilawati

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 196 hits
Musim Cuti Sekolah Dah Bermula Buat Pencinta Seni Sejarah dan Warisan Muzium Ini Wajib Dilawati WALAUPUN sempadan negara masih ditutup untuk pelancongan antarabangsa rakyat Malaysia tetap merancang percutian singkat seperti perjalanan balik...
Tengku Hassanal Kesal Dukacita Kes Buli Di Sekolah Yang Juga Berlaku Di Negeri Pahang

Tengku Hassanal Kesal Dukacita Kes Buli Di Sekolah Yang Juga Berlaku Di Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 273 hits
PEKAN Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan rasa kesal dan dukacita dengan kejadian buli yang di sekolah di negeri itu baru baru ini Baginda bertit...
Kerajaan Pahang Merasa Kecewa Lagi Kes Buli Babitkan Pelajar Sekolah Berlaku Di Negeri Ini

Kerajaan Pahang Merasa Kecewa Lagi Kes Buli Babitkan Pelajar Sekolah Berlaku Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 249 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang kecewa dengan kejadian buli membabitkan pelajar sekolah di negeri ini yang masih terus berlaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pelajaran dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata ke...
Anak Teruja Sekolah Dah Buka Tapi Ibu Yang Gugup

Anak Teruja Sekolah Dah Buka Tapi Ibu Yang Gugup

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 282 hits
Anak Teruja Sekolah Dah Buka Tapi Ibu Yang Gugup Assalamualaikum dan hai semua Finally sekolah dah buka Berakhirlah episode PDPR yang memeningkan para ibu ayah Baru kita tahu betapa besar pengorbanan seorang guru kan Alhamdulillah Geng 4A d...
Jalan Jalan Cuti Sekolah Di Melaka

Jalan Jalan Cuti Sekolah Di Melaka

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 433 hits
Assalamualaikum hai semua cuti sekolah kali ni buat apa je Haa tahun ni Cik Sue rasa nak bawa anak anak ke Melaka Bandaraya Bersejarah la nanti Negeri yg kecil lebih kurang 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur pilihan Cik Sue ialah Eco Tree H...
Selamat Cuti Sekolah

Selamat Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 208 hits
SELAMAT CUTI SEKOLAH Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt CUTI sekolah telah pun bermula Alhamdulillah Selamat cuti sekolah semua anak anak Adik adik Nikmati waktu cuti sekolah hujung tahun yang panjan...
Cuti Sekolah 2021 Cuti Akhir Tahun 2021

Cuti Sekolah 2021 Cuti Akhir Tahun 2021

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 385 hits
Cuti Sekolah 2021 Cuti Akhir Tahun 2021 Cuti sekolah telah bermula Selamat bercuti kepada semua murid sekolah Manfaatkan cuti anda dengan aktiviti yang berfaedah terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photography photoblog SJCAM ...
Bila Cuti Sekolah Walimatulurus Dan Berkhatan Memang Waktunya

Bila Cuti Sekolah Walimatulurus Dan Berkhatan Memang Waktunya

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 255 hits
BILA CUTI SEKOLAH WALIMATULURUS DAN BERKHATAN MEMANG WAKTUNYA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt SEJAK PC KECIL ini sudah menjadi satu kebiasaan Bukan lagi suatu yang aneh Kalau cuti sekolah je dua s...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Hypothyroid Dan Keletihan Adakah Sukar Dipisahkan

Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It