Bila Ada Kes Prima Facie Najib Kena Bela Diri



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Apa susah, Najib ada banyak penguam hebat-bebatSEMALAM, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah buat penghakiman perintah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, bela diri (enter his defence) dalam kes SRC International Sdn Bhd.
Dia diperintah bela diri atas tujuh tuduhan bersangkutan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan duit haram libatkan RM42 juta duit SRC International Sdn Bhd (SRC) yang masuk dalam akaun peribadi dia.

Tujuh tuduhan itu adalah tiga libatkan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pengubahan wang haram dan satu salah guna kuasa.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali buat keputusan itu selepas dapati pihak pendakwa berjaya buktikan ada kes ‘prima facie’ bagi kesemua tuduhan ke atas Najib.

Dalam bahasa mudah, pendakwa telah berjaya yakinkan hakim bahawa ada bukti yang kuat iaitu Najib buat macam yang dituduh.
Maksudnya, setakat ini, pada pandangan kasar, segala tuduhan ke atas Mohd Najib adalah benar sehinggalah dibuktikan sebaliknya.
Jadi sekarang ini Mohd Najib disuruh oleh mahkamah bela diri dia. Sama ada keputusan terhadap dia kekal atau diubah bergantunglah kepada macam dia bela diri dia.
Tapi dia tidaklah akan bela diri seorang diri. Dia bukan penganggur yang curi makanan dari pasar raya kerana anak-anak di rumah lapar dan tak mampu upah peguam.
Najib orang kaya. Dia ada banyak penguam bela yang hebat-hebat untuk bantu dia. Mereka ini pula akan panggil saksi-saksi yang pada pendapat mereka boleh bantu lepaskan Najib.
Mereka akan sanggah bukti-bukti yang kata ada kes terhadap anak guaman mereka. Mereka akan guna macam-macam bukti dan bangkitkan macam-macam hal teknikal.
Tugas mereka lebih mudah daripada tugas pihak pendakwa. Pendakwa wajib buktikan tanpa sebarang keraguan kesabitan Najib. Mereka hanya perlu timbulkan keraguan yang berpatutan.
Selalunya kes kena buang pasal pendakwa raya gagal buktikan kes prima facie. Bila pendakwa raya berjaya buktikan kes prima facie selalunya lekatlah kes itu.
Jadi sekarang pandai-pandailah Najib pertahankan diri dia. Kita selalu dengar orang kata, pandai makan pandailah simpan, berani buat beranilah tanggung.
Tentang Najib kata dia terkejut tak dibebaskan itu perkara biasalah. Takkan dia nak kata dia tak terkejut sebab dia buat?
Tapi boleh jadi juga dia betul-betul terkejut pasal dia yakin peguam-peguam dia yang hebat macam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah boleh buang kes.
Bagi penyokong dia pula, sama ada daripada jenis yang tak tahu apa-apa, yang makan dedak atau yang tertutup fikiran, mereka tentulah kata dia dianiaya, mahkamah tidak adil dan dia mangsa konspirasi politik.
Biasalah!
Nak kata apa lagi?
Hina Mahkamah
Cuma saya hendak minta pihak berkuasa macam mahkamah sendiri, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pantau dan ambil tindakan tegas ke atas perbuatan hina mahkamah.
Hina mahkamah: Pantau tampalan media sosialKita tidak boleh ambil mudah perbuatan hina mahkamah ini, sama ada secara sengaja atau pasal jahil undang-undang.
Dalam kehakiman, jahil undang-undang bukanlah alasan untuk langgar undang-undangk atau untuk bela diri.
Buat masa ini, kita bagilah peluang kepada Najib bela diri dia. Dia pun bukan orang bodoh atau orang susah. Duit dia banyak dan dia pun belajar tinggi sampai ke England.
Dia pi mahkamah pun bukan digari. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun tak pakaikan dia baju kemaja T warna oren macam orang lain. Kira dia ni istimewalah.
Jadi cukup-cukuplah simpati dengan dia. Dia bukan ibu tunggal yang curi roti pasar raya pasal tak ada duit dan anak-anak lapar. Itu pun kena jel juga. Inikan pula jenayah yang libatkan berpuluh juta duit rakyat jelata.
Wallahuaklam.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/11/bila-ada-kes-prima-facie-najib-kena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seperti Dijangka Hakim Mengarahkan Najib Bela Diri Dalam Kes Src International Atas Alasan Wujud Kes Prima Facie

Seperti Dijangka Hakim Mengarahkan Najib Bela Diri Dalam Kes Src International Atas Alasan Wujud Kes Prima Facie

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 695 hits
Pagi tadi Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan bekas Perdana Menteri Najib Razak untuk membela diri bagi kesemua pertuduhan kes SRC kerana wujudnya prima facie Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam kes SR...
Keputusan Kes Src Najib Razak Bela Diri Dan Kesannya Di Prk Tanjung Piai

Keputusan Kes Src Najib Razak Bela Diri Dan Kesannya Di Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 573 hits
Kita sedia maklum bahwa Datuk Seri Najib Razak telah diarah membela diri atas 7 tuduhan tentang syarikat SRC International Sdn Bhd oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Keputusan itu tidak mengejutkan Yang mengejutkan ialah apabila kes ba...
Shafee Abdullah Kes Src Najib Terkejut Di Arahkan Bela Diri

Shafee Abdullah Kes Src Najib Terkejut Di Arahkan Bela Diri

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 451 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak terkejut diperintah untuk membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd Peguam belanya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata be...
Najib Diperintah Bela Diri Dalam Kes Src

Najib Diperintah Bela Diri Dalam Kes Src

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 407 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diarah membela diri atas tujuh tuduhan salah guna kuasa pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd Hakim Mahkamah Ting...
Permohonan Najib Tangguh Bela Diri Kes Src Ditolak

Permohonan Najib Tangguh Bela Diri Kes Src Ditolak

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 436 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan perbicaraan untuk membela diri dalam kes SRC International Sdn Bhd yang dijadual bermula pada 3 Dis Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menol...
Bela Diri Peluang Najib Panggil Saksinya

Bela Diri Peluang Najib Panggil Saksinya

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 457 hits
KES SRC MUNGKIN BERLANJUTAN SEMENTARA ITU Lokman dakwa Dr M campur tangan kes Najib Penyokong kuat Najib Razak yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam mendakwa wujud campur tangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membabi...
Rakaman Kenyataan Media Berani Dan Bermaruah Ini Pilihan Ds Najib Untuk Membela Diri Dalam Kes Src

Rakaman Kenyataan Media Berani Dan Bermaruah Ini Pilihan Ds Najib Untuk Membela Diri Dalam Kes Src

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 399 hits
KENYATAAN MEDIA OLEH TAN SRI SHAFEE ABDULLAH PEGUAMBELA DATO SERI NAJIB TUN RAZAK Hari ini kita telah ada satu keputusan berkenaan sama ada pasukan pembelaan perlu membela diri Anda semua tahu ada 7 pertuduhan 1 pertuduhan di bawah seksyen ...
Mahkamah Perintah Najib Bela Diri Untuk 7 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Pecah Amanah Dan Pengubahan Wang Haram

Mahkamah Perintah Najib Bela Diri Untuk 7 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Pecah Amanah Dan Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 364 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak diarah membela diri atas tujuh tuduhan salah guna kuasa pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Naz...
Src International Najib Pilih Beri Keterangan Bersumpah Bela Diri

Src International Najib Pilih Beri Keterangan Bersumpah Bela Diri

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 416 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak yang diperintah membela diri membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi Najib perlu membela diri selepas piha...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Growth Mindset In Startups

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Arenaa Batik Boutique Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua