Permohonan Najib Tangguh Bela Diri Kes Src Ditolak


Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan perbicaraan untuk membela diri dalam kes SRC International Sdn Bhd yang dijadual bermula pada 3 Dis.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan itu dan memerintahkan perbicaraan diteruskan seperti ditetapkan sebelum ini.

Loading… Hakim sebelum ini menetapkan 3 hingga 4 Dis, 9 hingga 12 Dis, dan 16 hingga 19 Dis untuk Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menggelapkan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Hakim Mohd Nazlan berkata beliau telah mempertimbangkan latar belakang perbicaraan, permulaan dan kemajuan, tarikh penting dan arahan utama yang diberikan terlebih dahulu.
“Saya mendapati bahawa notis dan masa yang lebih daripada mencukupi telah diberikan kepada pemohon (Najib) untuk menyediakan dan merangka semula persiapan yang berkaitan. Permintaan untuk penangguhan mengikut pandangan saya tidak dapat dibenarkan. Oleh yang demikian, saya menolak permohonan dan perbicaraan akan disambung semula pada 3 Dis, ” katanya.
Pasukan pembela memohon penangguhan secara lisan kerana mereka memerlukan lebih banyak masa untuk menyediakan pembelaan diri bagi Najib.
Terdahulu mahkamah juga mendengar penghujahan oleh kedua-dua pihak mengenai permohonan pihak pembela untuk memohon senarai saksi dari pihak pendakwa.
Ini adalah saksi-saksi yang pihak pendakwaan tidak menawarkan kepada pihak pembela tetapi kenyataan mereka telah dirakamkan.
Mengenai permohonan ini, Hakim Mohd Nazlan menyifatkannya sebagai “pengumpulan maklumat” apabila kenyataan yang diambil oleh pegawai penyiasat di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah dilindungi dan tidak tertakluk kepada pendedahan untuk pemeriksaan di mana-mana peringkat perbicaraan.
“Saya mendapati bahawa ujian keinginan dan keperluan, berhubung saksi-saksi yang telah pun ditawarkan kepada pihak pembela tidak dipenuhi kerana pemohon tidak mengenal pasti kenyataan saksi mana yang diperlukannya dan apakah peranan saksi-saksi dan kerelevanan keterangan itu.
“Dengan itu , saya menolak permohonan.
Terdahulu, Peguam Negara Tommy Thomas berhujah bahawa mengikut Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etika) 1978, peguam tidak boleh mengambil kes jika mereka tidak mempunyai masa.
“Terdapat 4,000 hingga 5,000 peguam di negara ini. Jika pihak pembela memilih barisan peguam bela yang sama, mereka mesti bersedia untuk berbuat demikian. Oleh itu, atas sebab-sebab itu Yang Arif, saya membantah penangguhan itu dan perbicaraan harus disambung semula pada 3 Dis,” katanya.
Peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah mengetuai barisan peguambela untuk semua kes yang dihadapi Najib, manakala Harvinderjit Singh adalah peguam bersama.
Harvinderjit berhujah bahawa mereka memerlukan lebih banyak masa untuk menyediakan kes pembela kerana sibuk dengan satu lagi kes Najib yang akan dibicarakan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang akan bermula Isnin ini.
Pada 11 Nov, Hakim Mohd Nazlan memerintahkan Najib membela diri terhadap kesemua tujuh pertuduhan berhubung dana SRC selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Najib.
Najib, 66, yang juga anggota parlimen Pekan, mulanya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018, untuk menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan salah satu pertuduhan salahguna kuasa berkaitan dana SRC berjumlah RM42 juta.
Pada 8 Ogos, bekas perdana menteri itu sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah wang yang sama. Kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Najib didakwa melakukan kesemua kesalahan itu antara 17 Ogos 2011 dan 2 Mac 2015.
–Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/11/permohonan-najib-tangguh-bela-diri-kes-src-ditolak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Kes Src Najib Razak Bela Diri Dan Kesannya Di Prk Tanjung Piai

Keputusan Kes Src Najib Razak Bela Diri Dan Kesannya Di Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 512 hits
Kita sedia maklum bahwa Datuk Seri Najib Razak telah diarah membela diri atas 7 tuduhan tentang syarikat SRC International Sdn Bhd oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Keputusan itu tidak mengejutkan Yang mengejutkan ialah apabila kes ba...
Seperti Dijangka Hakim Mengarahkan Najib Bela Diri Dalam Kes Src International Atas Alasan Wujud Kes Prima Facie

Seperti Dijangka Hakim Mengarahkan Najib Bela Diri Dalam Kes Src International Atas Alasan Wujud Kes Prima Facie

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 629 hits
Pagi tadi Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan bekas Perdana Menteri Najib Razak untuk membela diri bagi kesemua pertuduhan kes SRC kerana wujudnya prima facie Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam kes SR...
Shafee Abdullah Kes Src Najib Terkejut Di Arahkan Bela Diri

Shafee Abdullah Kes Src Najib Terkejut Di Arahkan Bela Diri

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 387 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak terkejut diperintah untuk membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd Peguam belanya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata be...
Najib Diperintah Bela Diri Dalam Kes Src

Najib Diperintah Bela Diri Dalam Kes Src

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 327 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diarah membela diri atas tujuh tuduhan salah guna kuasa pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd Hakim Mahkamah Ting...
Src International Najib Pilih Beri Keterangan Bersumpah Bela Diri

Src International Najib Pilih Beri Keterangan Bersumpah Bela Diri

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 343 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak yang diperintah membela diri membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi Najib perlu membela diri selepas piha...
Bila Ada Kes Prima Facie Najib Kena Bela Diri

Bila Ada Kes Prima Facie Najib Kena Bela Diri

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 285 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Apa susah Najib ada bany...
Najib Di Perintah Bela Diri Terhadap Semua 7 Pertuduhan Src

Najib Di Perintah Bela Diri Terhadap Semua 7 Pertuduhan Src

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Datuk Seri Najib Tun Razak membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan menyeleweng sejumlah RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengumumkan ke...
Rakaman Kenyataan Media Berani Dan Bermaruah Ini Pilihan Ds Najib Untuk Membela Diri Dalam Kes Src

Rakaman Kenyataan Media Berani Dan Bermaruah Ini Pilihan Ds Najib Untuk Membela Diri Dalam Kes Src

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 347 hits
KENYATAAN MEDIA OLEH TAN SRI SHAFEE ABDULLAH PEGUAMBELA DATO SERI NAJIB TUN RAZAK Hari ini kita telah ada satu keputusan berkenaan sama ada pasukan pembelaan perlu membela diri Anda semua tahu ada 7 pertuduhan 1 pertuduhan di bawah seksyen ...
Bela Diri Bukti Najib Seorang Yang Berani Hishammuddin

Bela Diri Bukti Najib Seorang Yang Berani Hishammuddin

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 319 hits
Keputusan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memilih membela diri menerusi keterangan bersumpah membuktikan beliau seorang yang berani untuk berdepan dengan pertuduhan membabitkan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd Ahli Parl...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

Spiritual Leader Indians May Vote For Bersatu Candidate Because Of Pas

Staycation Di Flemington Hotel Taiping



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Websitepgslot 4 May 67 Pgslot Top 36 By Joy Temmax69 Temmax69 Me

Pgslot Pgslotth Games 24 24 Pg Top 32 By Shona

Crisis Management 101

Elok Kita Saja Yang Tanam Bawang Harian Metro 09 05 2024

Tarikh Bayaran Gaji Ogos 2024

Sophia Liana Mahal Chord