Biasanya Lepas Bersalin Kurus Lepas Pantang Automatik Berat Pun Naik


Selepas melahirkan, kebanyakan wanita menyimpan hasrat untuk menurunkan berat badan dengan banyak. Yalah, mahu ‘pasang badan’ semula selepas sembilan bulan mengandung dan berat badan naik. Pun begitu, sesetengah wanita hanya mampu menurunkan berat badan ketika dalam fasa berpantang, kemudian berat naik mendadak pula.
Dalam penulisannya di Facebook, Dr Erna Nadia, menceritakan tentang faktor-faktor yang menyebabkan seorang ibu itu gagal untuk kurus selepas bersalin.
AKU TAK GEMOKKKKKK!! Tidakkk~
‘Aku tak gemoklah! Aku tengah mengandung niiii. Sampainyaa hatimuu mengutuk dirikuu dimanakah janji mu yang setiaaaa’(tetiba nyanyi lagu spring pulak)
Artikel Menarik: [Tali Pusat Belit Leher Anak, Jangan Degil Nak Bersalin Normal. Dengar Nasihat Doktor!]
‘Aku tengah nyusu badanlahhh. Aku laporrr. Aku kena makan double supaya anak aku dapat zat yang cukuppp. Ibu ibu ekaulah ratu hatikuu’(tiberr keluaq lagu iklan susu pulakk)

Biasalah ni kan?
Hidup dan drama tak dapat dipisahkan
Ramai sangat yang dah tersalah cara semasa mengandung dan semasa menyusu. Walau sudah kata tak perlu makan untuk dua orang tapi masih ramai yang percaya kena juga cukupkan portion 2 meals untuk setiap meals setiap hari
But worry not, masih belum terlambat.
InshaAllah walaupun dah postpartum (lepas bersalin) 15 tahun pun, kita masih boleh kembali ke bentuk ‘kerengga’ jika kita mahu.
Tak caya boleh tanya Dr Hana Hadzrami. Dia adalah contoh idola wanita, seorang mak, seorang doktor pakar bagi saya. Dah la cantik, berbudi bahasa, tegas juga dan baik hati (dapat keychain dari korea pun jadilah)
Masa mengandung anak pertama dulu, berat saya melonjak dengan ria nya sebanyak 22kg. Perghh tak perghhh. Dari 46kg terus zupppp 68kg. Bila belek balik gambaq masa tu, murung seketika. Apalah yang saya fikirkan masa tu? Haaa jangan kata semua doktor boleh disiplin ya. Bila tak ada ilmu dan tak ada disiplin, jadi doraemon lah ekau.
Lepas bersalin tu, masa pantang dan menyusu badan, berat paling minimum adalah 52kg. Dah ok sgt dah tapi lepas berhenti susu badan, berat naik 54-56-58-55kg. Susah sangat dah nak turun 50kg apatah lagi bawah 50kg
Ok, tinggi saya 160cm.
Berat 52-54kg tu dah ideal tapi biasalah manusia mana pernah puas, mesti nak lagi dan lagi
So, untuk kandungan kedua ini, saya tanam azam untuk pastikan berat tak naik banyak. Berat memang akan naik tapi sepatutnya tak lebih 12kg pun sepanjang hamil. Banyak risiko bila berat naik banyak semasa hamil ni. Risiko paling tak best adalah kencing manis & masalah darah beku pada kaki.
Jika anda dapat kencing manis semasa mengandung, risiko untuk mendapat kencing manis selepas mengandung juga adalah tinggi. Sebab tu kalau boleh elakkan terutamanya mereka yang ada sejarah mak atau ayah yang ada kencing manis juga dan mereka yang obesiti.

Sewaktu hamil, kalori yang perlu cuma lebih 80 kcal semasa trimester pertama, 150-200 kcal semasa trimester kedua dan 300-350 kcal semasa timester ketiga. Tak lebih banyak pun.
Senaman tetap perlu diteruskan sewaktu hamil melainkan jika anda ada masalah seperti pendarahan atau uri di bawah atau masalah kesihatan lain yang mana doktor yang merawat anda kata jangan bersenam kuat atau kena rehat then rehatlah ya. Tapi rehat tak bermakna kena baring saja 24/7. Badan yang banyak berehat/baring akan mengundang pelbagai masalah.
Senaman yang boleh dibuat semasa mengandung janganlah yang high intensity sangat. Slow jog ke swimming ke berbasikal ke yoga ka slow dance ke slow aerobic ke pun ok. Asal kan ada setiap hari. Bayi dalam rahim pun sure seronok mak dia aktif
Artikel Menarik: [Ada Ibu Yang mengeluh Kena ‘Seluk’ Banyak Kali, Doktor Tak Buat Untuk Suka-Suka]
Makanan yang nak makan pun pilihlah untuk lebihkan buah buahan, sayur sayuran dan bijirin. Ya, ada sesetengah wanita yang tak lalu bau buah pun masa hamil. Mungkin anda boleh snack biskut kosong cicah air atau makan kuih sebiji dua.
Untuk main course boleh lebihkan sedikit karbohidrat atau protein. Lebihkan sedikit bukan bermaksud makan dua pinggan
Letak nasi lebih separuh genggam atau letak protoin lebih separuh genggam.
Paling penting adalah air kosong.
Masa hamil, air kosong kena lebih dari biasa sebab masa hamil perlukan lebih banyak darah untuk bagi kat bayi juga. Sebab tu juga masa hamil, jantung berdegup kencang sikit sebab jantung kita kena kerja kuat nak bekalkan darah pada bayi juga.
Sian kan jantung kita.
Sebab tu kita kena sayang dia.
Tak mau merokok, tak mau minum arak, tak mau makan jus pelik pelik, tak mau makan makanan yang tak sihat. Nanti jantung kita tak sihat
Samalah juga konsep ini masa lepas bersalin pun.
Ramai yang ingat masa menyusu badan pun kena makan double supaya susu banyak.
Nope!
Big NO NO
Nehi nehi, nyet nyet, nada nada.
Untuk pastikan susu banyak, paling penting sekali adalah air kosong/masak kena banyak, emosi kena stabil dan makan makanan yang sihat.
Yes, memang perlukan tenaga yang lebih tapi tapi perlu makan sampai 2 portions pun sekali makan. Lebihkan sikit kalori sehari dalam 100-300 kcal saja.
Antara sebab kenapa badan susah nak kurus selepas bersalin adalah:
1. Berat naik banyak sangat masa hamil. Kena tau yang otot di badan kita ada simpan memori. Bila dah biasa makan banyak, isi jadi penuh lemak, nanti bila nak kurangkan lemak tu jadi susah dan akan buatkan anda mudah lapar.
2. Tidur tak cukup. Ok yang ni memang dah pasti la kan sebab bayi kecil memang akan kerap terjaga dan lapar atau nak kencing ke berak ke panas ke gatal ke. Tapi anda kena pastikan juga masa dia tidur, anda tidur juga waktu malam. Suami kena tolong main peranan waktu ni. Tolonglah juga tengokkan bayi tu juga, bagi isteri anda rehat 3-4 jam yang berkualiti. Sebab tu elok pam susu sebab nanti suami boleh tolong bagi susu tu.

3. Makan tak teratur. Haaa masa ni memang huru hara. Ramai suka skip meals dengan alasan nak jaga baby. Lepas tu bila dapat makan, makan triple sebab dah skip meal kan. Sebab tu tak elok skip meal ni. Lagi lagi mereka yang menyusu badan.
4. Makan makanan bayi. Masa baby dah 6 bulan dan boleh makan, masa ni memang best nak try test makanan bayi yang macam macam. Excited kan. Tapi kena hati hati, kalau boleh janganlah habiskan makanan baby tu. Masa nak suap dia, letak dalam portions yang sikit dulu bagi dia rasa, kalau dia suka, boleh tambah sikit lagi. Sebab baby ni tak makan banyak pun. Perut depa alahai kemetot lagi. Bagi banyak sangat nanti tak hadam pulak. Janganlah pulak kedeks bagi sikit sangat jugak. Ok yang penting, elakkanlah dari makan makanan bayi sebab biasanya makanan bayi ni tinggi kalori sebab depa nak membesaq kan. Kita toksah ler besaq dah.

5. Kurang air kosong. Haaaaaa bila malas minum air kosong, kita akan cari sesuatu untuk penuhi selera kita dan biasanya kita akan cari yang manis manis sajalah sebab sugar rush lah kekonon. No no no. Benda ni lah paling kena disiplin. Bila dah makan main course, lepas tu in between nak snack tu kalau lapar cuba teguk air kosong. Air kosong ni tak kira sejuk atau panas, kalori dia kosong, zero, null. Selain boleh kenyangkan perut, ianya boleh menyegarkan kita
Artikel Menarik: [Tak Elok Bertangguh, Cepat ‘Uruskan’ Uri Sebaik Diserahkan Pada Si Ayah]
6. Tak ada masa bersenam. Ramai ni yang suka bagi excuse tak ada masa bersenam sebab bayi masih kecil. Ok. Suami please alert. Anda sayang bini anda? Kalau ya, silakan beri dia masa untuk diri sendiri juga. Bukan lama pun. Sehari dapat 15-30 minit dah ok sangat. 30 minit untuk anda sebagai bapa nak melayan anak bukanlah susah kan? Anda sebagai ibu pun boleh juga cuba bersenam masa anak tengah tidur waktu siang tu. Nak join tidur sekali ok tapi janganlah terus sampai 2-3jam. Setengah jam lepas tu anda bangun and move your gluteus! Kalau tak sempat siang, boleh bersenam waktu malam masa suami dah balik kerja

 
So, setelah tulis punya panjang, apa yang saya nak tekankan adalah disiplin
(Tengah cakap untuk diri sendiri juga ni)
Kita adalah apa yang kita fikir.
Kalau betul kita mahu kembali ‘kerengga’, kita haruslah jadi rajin macam semut juga. Kalau kita malas, ‘membadak’ lah kita. Haaaa choi choihh
So setakat itu sajalah dulu.
Nanti nanti kita potpet lagi
Nota kaki : Ingat kata kata tu doa. Kalau asyik cakap tak boleh memang takkan bolehlah ekau jang!
Dr. Erna Nadia
Tanam niat nak sihat sebab nak mudah beribadat
The post Biasanya Lepas Bersalin, Kurus. Lepas Pantang, Automatik Berat Pun Naik! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/biasanya-lepas-bersalin-kurus-lepas-pantang-automatik-berat-pun-naik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nurse Orang Yang Paling Ambil Berat Tentang Ibu Bersalin Marah Tu Sebab Sayang

Nurse Orang Yang Paling Ambil Berat Tentang Ibu Bersalin Marah Tu Sebab Sayang

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 386 hits
Normalnya sebelum melahirkan kita akan buat research di hospital mana kita mahu melahirkan Selain kemudahan hospital antara perkara lain yang kita titik beratkan adalah staf hospital itu baik atau tidak Paling mudah kalau kita kecilkan ruan...
Menu Pantang Tak Pernah Membosankan 8 Resipi Berpantang Buat Ibu Turun Berat Lebih Cepat

Menu Pantang Tak Pernah Membosankan 8 Resipi Berpantang Buat Ibu Turun Berat Lebih Cepat

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 537 hits
Siapa kata makanan berpantang membosankan dan tidak sedap seperti makanan yang kita ambil setiap hari Menu berpantang sememangnya dihasilkan daripada menu menu terpilih malah merupakan menu yang sihat dan segar buat ibu yang baru melahirkan...
Fahamilah Letihnya Isteri Lepas Bersalin Suami Tolong Jaga Hatinya Baik Baik

Fahamilah Letihnya Isteri Lepas Bersalin Suami Tolong Jaga Hatinya Baik Baik

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 304 hits
Peranan seorang suami ketika isteri dalam tempoh berpantang atau melepasi waktu itu haruslah menjadi sistem sokongan paling kuat untuk si dia Pernah melalui pengalaman apabila isterinya menghidap depresi pengguna laman Facebook berkongsi ca...
Makin Kacak Lepas Kurus Guru Hargai Isteri Penat Masak Menu Diet

Makin Kacak Lepas Kurus Guru Hargai Isteri Penat Masak Menu Diet

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 473 hits
Baru baru ini seorang guru tular di serata media sosial gara gara transformasi berat badan yang luar biasa setelah kehilangan sebanyak lebih 65 kilogram daripada 130kg dalam masa tiga tahun 5 Tips Nak Handsome Dengan Cara SIHAT1 Guna Pingga...
Saya Akan Kongsi Berita Gembira Mungkin Lepas Bersalin

Saya Akan Kongsi Berita Gembira Mungkin Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 174 hits
Tidak mahu menafikan atau mengiyakan mengenai desas desus dirinya kini berbadan dua Fasha Sandha mengakui keguguran sebelum ini membuatkan dirinya fobia untuk bercerita The post appeared first on
Alami Penyakit Misteri Rasa Badan Dicucuk Jarum Dan Berat Naik Mendadak

Alami Penyakit Misteri Rasa Badan Dicucuk Jarum Dan Berat Naik Mendadak

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 654 hits
Satu tubuh badannya terasa sakit seperti dicucuk jarum Lehernya pula dikatakan bagai dicekik sehingga mengalami sesak nafas dan dalam perutnya terasa ada objek bergerak gerak Keadaan ini sering kali dialami oleh Nur Izzati Afiqah Hussian be...
Jangan Kacau Ibu Lepas Jam 11 Malam Waktu Ni Dia Tengah Nak Cantik Kurus

Jangan Kacau Ibu Lepas Jam 11 Malam Waktu Ni Dia Tengah Nak Cantik Kurus

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 295 hits
Wanita mana yang tidak sukakan kecantikan Walaupun sudah bergelar seorang isteri dan ibu masih mahu tampil cantik untuk suami Sebenarnya bila dah jadi ibu ni kadang kadang kita lupa nak beri perhatian kepada diri sendiri Ada juga suami tegu...
30 Hari Bersalin Elfira Loy Turun Berat Badan 12 Kg

30 Hari Bersalin Elfira Loy Turun Berat Badan 12 Kg

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 448 hits
Baru saja menimang cahaya mata sulung pada 1 Oktober lalu Elfira Loy berkongsikan perkhabaran gembira apabila dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak The post appeared first on
Iuran Bpjs Naik Pemprov Bali Harus Siapkan Rp771 Miliar

Iuran Bpjs Naik Pemprov Bali Harus Siapkan Rp771 Miliar

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 166 hits
Kepala Dinas Kesehatan Provinsi Bali Ketut Suarjaya menyampaikan untuk jumlah peserta Penerima Bantuan Iuran yang ditanggung provinsi tahun 2019 sekitar 1 5 juta jiwa lebih
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023