Menu Pantang Tak Pernah Membosankan 8 Resipi Berpantang Buat Ibu Turun Berat Lebih Cepat


Siapa kata makanan berpantang membosankan dan tidak sedap seperti makanan yang kita ambil setiap hari? Menu berpantang sememangnya dihasilkan daripada menu-menu terpilih malah merupakan menu yang sihat dan segar buat ibu yang baru melahirkan anak.
Soal bosan, tidak pedas dan tidak berempah bukan alasan. Jika kita bijak mevariasikan gabungan dalam menu, makanan berpantang selama 44 hari ini menjadi menu yang bakal dirindui selepas habis tempoh berpantang. Tak gitu?

Selain perlukan makanan untuk membekalkan susu buat bayi, makanan juga menjadi penyumbang untuk ibu kembali menjadi sihat dan cergas selepas kehabisan tenaga yang banyak ketika bersalin. Jadi ibu perlu makan lebih dengan berselera. Namun awas jangan terlebih, berat badan anda bakal naik!
Bagi memastikan berat turun lebih pantas, elakkan sama sekali minyak dalam tumisan anda. Lebihkan menu rebus dan panggang serta menu ringkas. Resipi hebat buat anda seperti di bawah:

IKAN SELAR SINGGANG
Bahan-bahan:
2 ekor ikan kelar
2 biji bawang merah -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1 batang serai -diketuk
½ inci lengkuas -diketuk
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Cara Memasak:
1. Didihkan air dalam periuk bersama serbuk kunyit, bahan hirisan, serai dan lengkuas.
2. Masukkan ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Biarkan masak dan angkat.

LOBAK PUTIH TUMIS KERING
Bahan-bahan:
1 biji lobak putih -dihiris nipis
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Segenggam ikan bilis
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak seketika.
3. Masukkan lobak merah dan biarkan masak sekejap.
4. Perasakan dengan garam dan angkat.

ROTI PITA TUNA
Bahan-bahan:
4 keping roti pita
1 tin kecil ikan tuna
1 biji bawang merah -dicincang halus
2 helai daun salad
4 keping hirisan tomato
Secubit serbuk lada hitam
Sedikit perahan limau nipis
Mayonise secukup rasa
Cara Memasak:
1. Roti pita dibakar di atas gril sehingga menjadi cukup panas. Kemudian angkat dan potong dua.
2. Isikan setiap poket dengan sehelai daun salad dan kepingan tomato.
3. Gaulkan isi tuna bersama bawang merah, serbuk lada hitam mayones dan perahan limau nipis sehingga sebati.
4. Isikan inti tuna ini secukupnya ke dalam roti pita. Sedia dihidang.

SUP IKAN HARUAN
Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan -saiz kecil
2 biji bawang kecil -dihiris
2 ulas bawang merah -dihiris
½ inci halia -dihiris
1 batang serai
2 keping asam keping
1 biji cili merah
1 biji tomato
Garam dan air secukupnya
Cara Memasak:
1. Didihkan bahan hiris bersama serai yang diketuk.
2. Masukkan ikan dan biarkan masak seketika.
3. Masukkan asam keping, tomato dan cili merah serta perasakan dengan garam.
4. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

SAWI TUMIS AIR
Bahan-bahan:
Sawi secukupnya
2 biji bawang merah -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1 biji cili merah -dihiris
Minyak dan garam secukup rasa
Sedikit air
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan cili merah dan biarkan masak sekejap.
3. Masukkan sayur bersama air dan perasakan dengan garam secukupnya.
4. Biarkan masak sekejap dan angkat.

BUBUR NASI HALIA
Bahan-bahan:
½ cawan beras
Sedikit garam
½ inci halia -dihiris nipis dan digoreng
Air secukupnya
Cara Memasak:
1. Basuh beras bersih.
2. Biarkan dimasak lama hingga menjadi bubur.
3. Tambah air sedikit demi sedikit dan biarkan dimasak lagi hingga pekat.
4. Hidangkan bersama halia yang siap digoreng.

BOTOK ULAM IKAN TENGGIRI
Bahan-bahan:
4 keping ikan tenggiri
8 helai daun betik
2 helai daun kunyit
4 helai daun cekur
1 sudu makan air asam jawa
Sedikit santan
Garam secukup rasa
Bahan B:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
1 ½ sudu teh rempah kari
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga garing.
2. Kemudian masukkan sedikit santan, air asam jawa dan garam secukupnya. Biarkan masak hingga sedikit pekat.
3. Angkat dan sejukkan.
4. Ambil daun pisang, susun daun-daun dan letakkan rempah yang siap dimasak dan letakkan ikan tenggiri.
5. Letakkan lagi daun dan kukus hingga masak.

IKAN SELAR BAKAR DAN AIR ASAM
Bahan-bahan:
1 ekor ikan selar
Serbuk kunyit dan garam
Bahan Air Asam:
2 biji cili padi
½ biji cili merah
1 biji bawang merah
Air asam secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit belacan
Cara Memasak:
1. Gaulkan ikan selar bersama garam dan serbuk kunyit kemudian bakar hingga masak.
2. Untuk penyediaan air asam pula, satukan kesemua bahan dan gaul sebati.
3. Hidangkan bersama ikan bakar dan nasi panas.
The post Menu Pantang Tak Pernah Membosankan, 8 Resipi Berpantang Buat Ibu Turun Berat Lebih Cepat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/menu-pantang-tak-pernah-membosankan-8-resipi-berpantang-buat-ibu-turun-berat-lebih-cepat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Diet Dengan Air Putih Biar Berat Badan Cepat Turun Tips Diet Cepat Turun Berat Badan

Tips Diet Dengan Air Putih Biar Berat Badan Cepat Turun Tips Diet Cepat Turun Berat Badan

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 532 hits
Hohoho berjumpa kembali pada kali ini akan membawakan mengenai tips diet cepat turun berat badan Tips Diet dengan Air Putih Biar Berat Badan Cepat Turun simak selengkapnya TEMPO CO Jakarta Air kucam memiliki banyak manfaat untuk tubuh Beber...
Bagaimana Susu Ibu Dihasilkan Part 2 Semasa Berpantang Dan Selepas Berpantang

Bagaimana Susu Ibu Dihasilkan Part 2 Semasa Berpantang Dan Selepas Berpantang

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 331 hits
Entry ini adalah sambungan daripada entry sebelum ini Bagaimana Susu Ibu Dihasilkan Part 1 Semasa Mengandung Dan Sejurus Selepas Bersalin Jika semasa mengandung dan beberapa hari selepas bersalin pengeluaran susu ibu dikawal oleh sistem kaw...
Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Hamil Berpantang Aktiviti Sgl

Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Hamil Berpantang Aktiviti Sgl

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 442 hits
Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Hamil Berpantang Supermom Golden Lounge SGL merupakan Support Group khas kumpulan kami kepada ibu ibu yang mengambil Set 3P iaitu Set Pregnancy Set Pantang Set Penyusuan Untuk melayakkan anda menyertai T...
Hadir Di Perayaan Ultah Drake Penampilan Adele Sita Perhatian Berat Bedannya Turun Drastis

Hadir Di Perayaan Ultah Drake Penampilan Adele Sita Perhatian Berat Bedannya Turun Drastis

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 203 hits
Berat badannya turun hingga 20 kg penampilan Adele bikin pangling setelah sekian tahun memutuskan rehat dari industri hiburan
Anak Lelaki Yang Selalu Dipeluk Dan Rapat Dengan Ibu Boleh Jadi Lebih Pandai

Anak Lelaki Yang Selalu Dipeluk Dan Rapat Dengan Ibu Boleh Jadi Lebih Pandai

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 628 hits
Anak lelaki boleh jadi hebat kalau dididik dengan baik oleh si ibu Benar karakternya berlainan berbanding anak perempuan Namun jika dididik dari awal dan wujudnya hubungan rapat dengan si ibu anak lelaki boleh jadi insan yang hebat 4 sebab ...
Ibu Dalam Pantang Bukan Manja Jangan Bandingkan Kerana Setiap Orang Tak Sama

Ibu Dalam Pantang Bukan Manja Jangan Bandingkan Kerana Setiap Orang Tak Sama

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 433 hits
Masa pantang ni bukan sekadar untuk fokus pulihkan kesihatan ibu sahaja tetapi ada beberapa perkara kena ambil berat Orang sekeliling pun harus faham Bukan bermakna ibu pantang ni manja ya Sebab itulah masa pantang apa apa kemungkinan boleh...
Nurse Orang Yang Paling Ambil Berat Tentang Ibu Bersalin Marah Tu Sebab Sayang

Nurse Orang Yang Paling Ambil Berat Tentang Ibu Bersalin Marah Tu Sebab Sayang

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 386 hits
Normalnya sebelum melahirkan kita akan buat research di hospital mana kita mahu melahirkan Selain kemudahan hospital antara perkara lain yang kita titik beratkan adalah staf hospital itu baik atau tidak Paling mudah kalau kita kecilkan ruan...
5 Olahraga Yang Mampu Membakar Kalori Secara Cepat Dan Menurunkan Berat Badan

5 Olahraga Yang Mampu Membakar Kalori Secara Cepat Dan Menurunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 216 hits
Hampir semua olahraga yang dilakukan bisa berdampak terhadap terbakarnya kalori di dalam tubuh Hanya saja beberapa olahraga tertentu memiliki dampak yang lebih besar dalam membakar kalori dan berdampak turunnya berat badan
Kerja Yang Tak Pernah Habis Buat Ibu Penat Sangat Rupanya Zikir Ini Membantu

Kerja Yang Tak Pernah Habis Buat Ibu Penat Sangat Rupanya Zikir Ini Membantu

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 651 hits
Bukan mudah jika anda bergelar seorang isteri dan ibu Anda yang bekerja sama ada di pejabat atau di rumah tentu sahaja sesekali akan terkeluar keluhan penat dan stres kerana bebanan tugas di rumah dan tempat kerja yang tak pernah habis Untu...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok