Biar Anak Jadi Bijak 7 Aktitivi Di Rumah Mampu Rangsang Motor Halus Anak Masa Pun Terisi


Merangsang perkembangan minda anak menjadi kewajipan ibu bapa. Namun bagaimana cara terbaik merangsang minda dan motor halus anak untuk menjadikan minda mereka lebih aktif dan bijak malah berkembangan dengan sihat.
Salah satu caranya adalah merangsang motor halus anak adalah dengan pelbagai aktiviti luar dan berbentuk fizikal. Tidak perlukan kos yang tinggi sebaliknya menggunakan apa yang ada di rumah atau sekeliling rumah kita.
Dr. Nurul Ain Zulkifeli, MD (UNIMAS) daripada Hospital Seri Manjung menyenaraikan yang terbaik buat ibu bapa sebagai panduan.
“Seorang ibu muda pernah datang berjumpa di klinik bertanyakan perihal anaknya yang tidak mahu makan sendiri walaupun sudah berumur 3 tahun. Anak itu perlu disuakan gajet terlebih dahulu dan disuap oleh ibu setiap kali tiba waktu makan.”

Kes ini dapat dikaitkan dengan satu kenyataan oleh Sally Payne, Head of Pediatric Occupational Therapist, National Health Services (NHS) berhubung dengan kajian yang telah dilakukan mengenai penggunaan gajet yang berlebihan mendatangkan kesan buruk ke atas perkembangan motor halus kanak-kanak pra-sekolah kerana, kanak-kanak lebih tertumpu kepada gajet sehingga kurang melakukan aktiviti pergerakan melibatkan tangan.
Apa itu kemahiran motor halus?
Berbeza dengan kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus lebih banyak melibatkan penggunaan dan kawalan kumpulan otot-otot kecil pada tangan dan kaki. Motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dengan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata.
Mengapa kemahiran motor halus ini penting?
Kemahiran motor halus ini amat penting bagi memastikan kanak-kanak dapat melakukan rutin harian dan melalui proses pembelajaran akademik yang sempurna di kemudian hari. Contoh rutin aktiviti harian yang melibatkan kemahiran kawalan otot – otot kecil adalah seperti; mengikat tali kasut, membutang baju, mengezip baju, memakai selipar dan kasut, makan menggunakan sudu dan garfu, membuka knob pintu, menyikat rambut serta memberus gigi.
Kawalan pergerakan motor halus yang baik seterusnya dapat menyediakan kanak-kanak untuk memegang pensel dengan cara yang betul seterusnya melukis dan menulis.

7 aktiviti boleh tingkatkan kemahiran motor halus di rumah
Ibu bapa haruslah tahu cara untuk merangsang perkembangan kemahiran motor halus kanak-kanak. Kemahiran ini boleh dirangsang seawal usia 1 tahun menerusi aktiviti bermain. Di sini saya kongsikan 7 aktiviti yang senang dan mudah untuk dicuba oleh ibu bapa tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar, ringkas dan boleh Do It Yourself (DIY) di rumah. Yang penting, ibu bapa boleh berjimat dan anak pun suka!
1) Bermain dengan material kecil
Beraktiviti dengan menggunakan material yang kecil bukan sahaja dapat melatih kemahiran motor halus anak, malah membantu meningkatkan koordinasi mata dan tangan serta tahap fokus mereka.
Antara bahan yang sesuai digunakan adalah bola pom-pom, stiker, butang baju pelbagai saiz, pasta, beras dan manik. Namun pengawasan ibu bapa amat perlu supaya tidak membahayakan anak lebih lagi di peringkat awal umur sebegini, anak masih suka memasukkan atau merasa sesuatu barang menggunakan mulut.
2) Straw
Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti memasukkan straw yang dipotong pelbagai saiz ke dalam botol atau membuat rantai dan gelang menggunakan straw.
3) Menarik tampalan tape
Aktiviti menarik tape yang dilekatkan di permukaan boleh menguatkan jari kecil anak. Hanya dengan menggunakan tape yang senang untuk dibawa, aktiviti mudah ini dapat dilakukan di mana-mana sahaja walaupun ketika sedang bercuti ataupun sedang travel.
4) Play Dough
Samada dibeli atau homemade dough, si kecil pasti suka. Sifat dough yang kenyal, boleh dipicit, diuli dan dibentuk amat penting untuk meningkatkan kekuatan jari dan tangan mereka. Aktiviti menggunakan dough meningkatkan kekuatan pincer grasp (penggunaan ibu jari dan jari telunjuk) yang diperlukan ketika memegang pensil dan menulis.
5) Mewarna dan melukis
Dengan belajar melukis dan mewarna, anak dapat mengawal cengkaman tangan dengan baik, tahap fokus serta koordinasi mata dan tangan ditingkatkan sekaligus dapat belajar mengenal warna. Namun, pastikan bahan pewarna yang digunakan adalah selamat untuk kegunaan kanak-kanak.

6) Bermain pasir
Bawa anak keluar ke pantai untuk bermain atau ajar anak berkebun pada waktu petang. Bermain pasir adalah aktiviti yang amat menceriakan anak. Biarkan sahaja anak meramas, menggenggam atau menyelerakkan pasir. Semuanya amat bagus untuk perkembangan motor halus anak.
7) Aktiviti Menggunting Kertas
Boleh mula diajar bermula umur 2 ½ tahun atau lebih awal jika anak sudah mula menunjukkan minat. Walaupun nampak mudah tapi sebenarnya mencabar untuk tangan kecil si anak. Yang penting, ibu bapa perlu menggunakan gunting yang sesuai mengikut umur dan anak perlu sentiasa diawasi.
Sebagai persediaan sebelum memperkenalkan aktiviti menggunting kepada anak anda, bolehlah mula beraktiviti dengan menggunakan pengepit baju dan meramas span yang basah dengan air di dalam bekas.
Memilih alat permainan yang betul juga penting. Ada permainan yang membantu merangsang motor halus kanak-kanak. Antaranya puzzle, blocks, lacing beads, modelling sand, construction toys dan lain-lain. Untuk membantu ibu bapa membuat pilihan yang betul, kebiasaannya tertera ‘enhance fine motor skill’ pada pembungkusan alat permainan.
Diharap dapat membantu para ibu bapa di dalam membantu perkembangan awal anak di rumah. Tiada guna jika anak pandai bermain gajet, pandai mengswipe telefon bermain game tetapi tidak pandai memakai baju sendiri atau menyuap makanan dengan sendiri. Ibu bapa perlu bertindak!
Artikel berkaitan: Nak Anak Bijak, Rajin-Rajinlah Uji Minda Anak, Latih Anak Dengan 5 Aktiviti Ni Di Rumah
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
The post Biar Anak Jadi Bijak, 7 Aktitivi Di Rumah Mampu Rangsang Motor Halus Anak, Masa Pun Terisi! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/biar-anak-jadi-bijak-7-aktitivi-di-rumah-mampu-rangsang-motor-halus-anak-masa-pun-terisi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Bakal Perlahankan Kegiatan Dunia Seni Diana Danielle Nak Luang Lebih Masa Dengan Anak

Hiburan Bakal Perlahankan Kegiatan Dunia Seni Diana Danielle Nak Luang Lebih Masa Dengan Anak

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 265 hits
Pelakon cantik Diana Danielle baru baru ini telah meluahkan hasrat apabila dia ingin memperlahankan karier seninya kerana ingin memberi sepenuh perhatian kepada anak anak dan keluarga Dia dilihat menulis tentang perkara itu menerusi akaun I...
11 Tanda Awal Anak Anda Seorang Anak Bijak Dari Kecil

11 Tanda Awal Anak Anda Seorang Anak Bijak Dari Kecil

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 423 hits
Anda nak tahu tak tanda tanda yang menunjukkan anak anda merupakan seorang anak yang bijak sejak dari kecil Aha sebagai ibubapa tentu akan ada rasa ingin tahu kan Saya pun tidak terkecuali Setiap anak dilahirkan dengan kelebihan serta kepan...
Bermain Kotor Lebih Baik Dari Beri Anak Main Gajet Anak Lebih Bijak Bila Meneroka Alam

Bermain Kotor Lebih Baik Dari Beri Anak Main Gajet Anak Lebih Bijak Bila Meneroka Alam

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 261 hits
Di saat anak anda sudah pandai berjalan akan tiba satu peringkat di mana si kecil akan meneroka setiap yang berada di sekeliling mereka Mereka akan melihat menyentuh menghidu mendengar dan merasa benda yang ada pada mereka Ketika peringkat ...
Rumah Kecil Punca Anak Cari Hiburan Diluar

Rumah Kecil Punca Anak Cari Hiburan Diluar

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 361 hits
Credit image Astroawani comRumah kecil punca anak habiskan masa diluar Adalah beberapa bulan yang lalu aku terbaca komen mamat sorang ni tentang suatu isu Aku pun tak ingat isu apa Yang aku ingat ialah pasal rumah yang kecil menjadikan anak...
7 Akun Instagram Berisi Ide Bermain Anak Yang Bisa Dicoba Di Rumah Simpel Tapi Asyik

7 Akun Instagram Berisi Ide Bermain Anak Yang Bisa Dicoba Di Rumah Simpel Tapi Asyik

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 271 hits
Di rumah terus terusan kadang sampai habis ide mau ngapain lagi sama anak Tenang kepoin ini deh
Kisah Tragis Gadis Cina Ini Kahwin Lelaki Afrika Lahirkan 8 Anak Dalam Masa 3 Tahun

Kisah Tragis Gadis Cina Ini Kahwin Lelaki Afrika Lahirkan 8 Anak Dalam Masa 3 Tahun

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 911 hits
Gadis cina ini dedahkan kenapa dia menyesal kahwin dengan lelaki Afrika Tambahan pula dia lahirkan 8 orang anak dalam masa 3 tahun Dengan perkembangan dunia semakin banyak perkahwinan trans nasional berada di sekeliling kita Sekarang bukan ...
Beratnya Perasaan Rindu Ni Alif Satar Kembali Sihat Mahu Luangkan Masa Dengan Isteri Anak Anak

Beratnya Perasaan Rindu Ni Alif Satar Kembali Sihat Mahu Luangkan Masa Dengan Isteri Anak Anak

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 320 hits
Akhirnya penyanyi pelakon dan pengacara Alif Satar kembali ke pangkuan keluarganya yang tersayang selepas bebas sepenuhnya dari Covid 19 Alif dibenarkan keluar dari Hospital Melaka pada 2 Disember lalu Menerusi satu entri di instagram milik...
Lelaki Ni Kongsi Bagaimana Aplikasi Mampu Menghasilkan 100k Usd Walaupun Duduk Rumah Part 1

Lelaki Ni Kongsi Bagaimana Aplikasi Mampu Menghasilkan 100k Usd Walaupun Duduk Rumah Part 1

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 267 hits
Ramai yang ingin tahu macam mana cara beliau berjaya menghasil ribuan hingga ratusan ribu dengan hanya membina beberapa aplikasi termasuk anda yang sedang membaca ini Dengan pembinaan Klik Tajuk Untuk Pembacaan Selanjutnya
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik