Bermain Kotor Lebih Baik Dari Beri Anak Main Gajet Anak Lebih Bijak Bila Meneroka Alam


Di saat anak anda sudah pandai berjalan, akan tiba satu peringkat di mana si kecil akan meneroka setiap yang berada di sekeliling mereka. Mereka akan melihat, menyentuh, menghidu, mendengar dan merasa benda yang ada pada mereka. Ketika peringkat ini, usah terkejut jika anak anda paling seronok bermain pasir atau tanah di luar rumah.

Bermain kotor baik untuk si manja? Semua ibu bapa pasti tidak suka jika anaknya bermain kotor. Bukan hanya disebabkan penat mencuci pakaian kotor si manja, bahkan juga sebab yang lebih penting adalah kerana khuatir anak dijangkiti kuman dan bakteria. Pasir dan tanah yang ada di luar rumah mengandungi banyak kotoran dan bakteria yang boleh menyebabkan si manja ditimpa penyakit. Selain pasir dan tanah, kanak-kanak gemar bermain dengan makanan mereka, daun, air, batu, kayu, pokok-pokok, rumput dan macam-macam lagi.
Mengikut kajian perkongsian dari Hello Doktor, bermain kotor adalah merupakan bahagian penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Jika dilihat dari sudut kasar, memanglah bermain kotor ini hanya akan menyebabkan anak kotor dan lebih teruk lagi boleh memberi kesan kepada kesihatan anak. Namun, melalui ‘kotoran’ juga dapat memberi berpeluang kanak-kanak untuk mempelajari banyak benda.
Kajian anak bermain kotor dengan perkembangan mereka Kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang bermain kotor adalah lebih berkemungkinan untuk lebih baik dalam pembelajaran mereka. Bayi yang mencengkam, merasa (perbuatan), rasa (oral) dan membaling objek, terutamanya makanan mereka, adalah sedang mengumpul maklumat berterusan tentang dunia di sekeliling mereka. Ahli psikologi menjalankan kajian kepada 72 bayi, masing-masing berumur 16 bulan, memberikan mereka beberapa bahan dan melihat jika bayi-bayi tersebut boleh belajar menyebut nama bahan yang diberikan.

Melalui kajian tersebut, mereka mendapati bahawa anak-anak yang lebih suka membuat kotor adalah lebih baik dalam pembelajaran dan menangkap perkataan. Pakar memberitahu, melalui tindakan seperti bermain dengan kerusi makan ataupun melempar barang sebenarnya, bayi sedang mendapat maklumat daripada perbuatan-perbuatan mereka. Malahan, mereka menggunakan maklumat tersebut kemudiannya. Setiap kanak-kanak diberikan 14 objek bukan pejal, termasuklah jem strawberi, keju, butterscotch, coklat cair dan oatmeal. Bayi-bayi ini kemudiannya disuruh menyebut nama setiap barang, dengan perkataan yang ringkas seperti ‘dax’ atau ‘kiv’. Seminit kemudian, bayi-bayi ini diberikan objek yang sama dalam bentuk yang berbeza, dan diminta untuk mengenal pasti objek sekali lagi.
Saintis mendapati bahawa kanak-kanak yang menggunakan lebih ‘tindak-tanduk kotor atau selekeh’ seperti menggenggam, mengambil atau membawa bahan ke dalam mulut mereka, boleh menamakan beberapa barang lebih tepat berbanding dengan bayi yang tidak melakukan ‘tindak-tanduk kotor; seperti menuding barang dengan jari. Daripada kajian ini, kira-kira 70% kanak-kanak yang melakukan aksi kotor dapat mengenal pasti barang dengan tepat, sementara kanak-kanak yang tidak membuat aksi kotor hanya kira-kira 50% sahaja yang menjawab dengan betul.
Manfaat jika biar anak bermain kotor Perkembangan fizikal Dengan bermain kotor, kanak-kanak berpeluang melatih dan mengembangkan kemahiran motor halus serta kordinasi tangan dan mata mereka melalui aktiviti seperti memegang, menabur dan menyudu pasir. Aktiviti ini juga menyediakan peluang untuk kanak-kanak membezakan tekstur seperti lembut, kasar, keras dan halus.
Perkembangan emosi dan sosial Menjadi sifat semula jadi kanak-kanak iaitu penuh dengan rasa ingin tahu. Bermain kotor menggalakkan si kecil untuk melalui pengalaman baru. Semasa bermain kotor, kanak-kanak tidak perlu mengikuti peraturan dan tiada cara khusus untuk mereka bermain kotor. Ketika ini, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk membuat sesuka hati mereka. Hal ini dapat meningkatkan rasa yakin diri mereka. Melalui bermain kotor ini juga, si manja anda akan fokus, bijak merancang dan menyelesaikan masalah. Anak anda juga dapat membina hubungan dengan rakan sebaya mereka semasa bermain.
Perkembangan intelektual Kanak-kanak akan menyiasat, meneroka, mencipta dan lebih memahami dunia di sekeliling mereka. Sewaktu mereka memerhati, meramal, mencuba untuk menyelesaikan masalah dan melihat hasil, kanak-kanak akan lebih memahami kaedah saintifik yang digunakan sepanjang proses bermain kotor.
Perkembangan kreatif Anak kecil anda berpeluang untuk meningkatkan imaginasi dan kreativiti mereka melalui kotoran yang dimainkan. Melalui pengalaman sensori, kanak-kanak dapat bergerak balas dengan perkara yang mereka lihat, dengar, rasa, sentuh dan hidu. Mereka kemudiannya akan melahirkan perasaan dan pandangan melalui warna, struktur, bentuk dan binaan dalam pemerhatian mereka.
Kesimpulannya, membenarkan anak bermain kotor tidak semestinya anda perlu berikan si manja kebebasan bermain tanah dan pasir di luar rumah. Sebaliknya, kini terdapat banyak pasir kinetik yang dijual di pasaran. Jika ingin lebih jimat, bawalah anak anda bermain pasir di pantai.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Bermain Kotor Lebih Baik Dari Beri Anak Main Gajet! Anak Lebih Bijak Bila Meneroka Alam appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bermain-kotor-lebih-baik-dari-beri-anak-main-gajet-anak-lebih-bijak-bila-meneroka-alam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melukis Altenatif Main Gajet Bantu Otak Anak Aktif Bila Bereksperimen Dengan Garisan Warna

Melukis Altenatif Main Gajet Bantu Otak Anak Aktif Bila Bereksperimen Dengan Garisan Warna

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 274 hits
Ketika bercuti panjang ini tidak dinafikan gajet menjadi pilihan utama anak anak di rumah Ubahlah cara ini jika tidak mahu anak ketinggalan dalam semua perkara malah merisikokan kehidupan mereka sendiri Lebih lebih lagi pada anak anak kecil...
Asal Anak Boleh Keluar Dah Cukup Memadai Lebih Baik Dari Terperap Di Rumah

Asal Anak Boleh Keluar Dah Cukup Memadai Lebih Baik Dari Terperap Di Rumah

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 255 hits
Memasuki cuti persekolahan dan cuti ketika PKPB ini apa kata mak ayah memikirkan sesuatu untuk anak anak beraktiviti Tak perlulah keluar di tempat yang jauh cukup hanya di dalam kawasan rumah atau di taman permainan berdekatan Anak anak kec...
Sempat Berniat Donorkan Matanya Untuk Anak Yatim Melly Goeslaw Allah Punya Keputusan Lebih Baik

Sempat Berniat Donorkan Matanya Untuk Anak Yatim Melly Goeslaw Allah Punya Keputusan Lebih Baik

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 365 hits
Gadis tunanetra yang bernama Salsa tersebut dikabarkan meninggal dunia akibat tumor yang dideritanya
11 Tanda Awal Anak Anda Seorang Anak Bijak Dari Kecil

11 Tanda Awal Anak Anda Seorang Anak Bijak Dari Kecil

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 423 hits
Anda nak tahu tak tanda tanda yang menunjukkan anak anda merupakan seorang anak yang bijak sejak dari kecil Aha sebagai ibubapa tentu akan ada rasa ingin tahu kan Saya pun tidak terkecuali Setiap anak dilahirkan dengan kelebihan serta kepan...
Ini Ialah Spesifikasi Penuh Snapdragon 888 Kuasa Dan Penjimatan Kuasa Sehingga 25 Lebih Baik Berbanding Snapdragon 865

Ini Ialah Spesifikasi Penuh Snapdragon 888 Kuasa Dan Penjimatan Kuasa Sehingga 25 Lebih Baik Berbanding Snapdragon 865

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 204 hits
Selepas diumumkan semalam spesifikasi Snapdragon 888 yang lengkap akhirnya dikongsi oleh Qualcomm pada hari kedua Snapdragon Summit 2020 Snapdragon 888 masih dilengkapi lapan teras cip dan dihasilkan menerusi teknologi 5nm Lapan teras digun...
Anak Jadi Lembut Hati Tiada Gaduh Suami Isteri Ni Sebaik Baik Doanya

Anak Jadi Lembut Hati Tiada Gaduh Suami Isteri Ni Sebaik Baik Doanya

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 1569 hits
Keluarga bahagia anak anak yang soleh dan solehah dambaan setiap pasangan suami isteri Ini juga kunci kekuatan untuk terus mencapai keharmonian dan mengukuhkan ikatan kasih sayang sesama ahli keluarga Walaupun kaya harta tetapi jika hati ko...
Siapa Yang Offer Lebih Baik

Siapa Yang Offer Lebih Baik

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 301 hits
TERKINI Nama yg dikaitkan sokong Anwar seorang demi seorang menafikan Mahathir sudah tidak relevan dongeng yang direka Mahathir sebagai penghalang sudah tidak laku Otai pun dah insaf Nwar perlu berhati hati tiada musuh kekal dalam politik d...
Anak Buat Perangai Kesan Emosinya Terganggu Gunalah Perkataan Baik Baik Jangan Ingat Anak Tak Faham

Anak Buat Perangai Kesan Emosinya Terganggu Gunalah Perkataan Baik Baik Jangan Ingat Anak Tak Faham

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 261 hits
Macam macam perkataan yang kita keluarkan pada anak kita Anak anak kecil yang sedang membesar sebenarnya sudah mula memahami apa yang diperkatakan kepada mereka Oleh sebab itu belajarlah untuk mengeluarkan perkataan yang baik baik sahaja Ad...
Banyakkan Sabar Bersyukur Anak Tak Duduk Diam Makin Dia Lasak Makin Bijak

Banyakkan Sabar Bersyukur Anak Tak Duduk Diam Makin Dia Lasak Makin Bijak

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 445 hits
Usah marah bila anak lasak tetapi banyakkan sabar Ibu ayah patut bersyukur sebab anak lasak itu la tanda bahawa tumbesaran minda sensori dan emosi anak sihat dan sedang pesat di naik taraf Makin lasak makin bijak la anak Jika anak tak lasak...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator