Beratnya Perasaan Rindu Ni Alif Satar Kembali Sihat Mahu Luangkan Masa Dengan Isteri Anak Anak


Akhirnya penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar kembali ke pangkuan keluarganya yang tersayang selepas bebas sepenuhnya dari Covid-19. Alif dibenarkan keluar dari Hospital Melaka pada 2 Disember lalu.
Menerusi satu entri di instagram miliknya hari ini serta dalam satu kenyataan media, Alif memaklumkan perkhabaran itu kepada seluruh pengikutnya di instagram. Dan kini Alif sudah pun berada di pangkuan keluarganya.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat, rezeki, kesihatan dan kebahagiaan yang dikurniakanNya.
“Sukacita saya ingin berkongsi, selepas 12 hari dikuarantin di Hospital Melaka serta atas berkat doa seluruh rakyat Malaysia buat saya sekeluarga, saya kini kembali sihat dan sudah berada di pangkuan keluarga tersayang,” katanya.
Pun begitu, Alif khabarnya akan meluangkan masa bersama kedua ibu bapanya terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan isteri dan tiga anak-anaknya hari ini.
Difahamkan isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad Ali, 1, akan menjalani ujian swab Covid-19 kali kedua hari ini. Dan selepas masing-masing disahkan negatif, barulah keluarga ini bakal bersatu setelah 12 hari terpisah. Pastinya ia satu momen yang cukup bermakna buat Alif yang keluarga.

Dalam pada itu, kata Alif lagi, walaupun sudah kembali sihat, dia mahu melepaskan rindu bersama keluarganya terlebih dahulu. Alif mengambil keputusan untuk bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga beberapa hari sebelum memulakan kerja.
“Selepas berjauhan dengan isteri dan anak-anak, saya yakin ramai yang tahu dan dapat rasakan betapa berat perasaan rindu, jadi saya mengambil beberapa hari untuk meluangkan masa bersama seluruh ahli keluarga sebelum saya kembali bekerja seperti biasa,” katanya lagi.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Alif juga turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa menitipkan doa dan mesej kata-kata semangat untuknya serta tidak kurang yang sentiasa menyokong membantunya dan keluarga.
Alif juga turut meminta agar semua turut menjaga dan mematuhi SOP serta menghentikan stigma negatif terhadap pesakit Covid-19.
“Saya ucapkan terima kasih dan penghargaan buat semua pihak. Saya pasti ada hikmah atas apa yang berlaku, saya cukup terharu apabila menerima banyak titipan doa, mesej kata-kata semangat dari seluruh rakyat Malaysia.
“Keluarga saya yang turut terkesan, menerima sokongan dari ahli keluarga, rakan-rakan malah komuniti jiran tetangga saya turut membantu tidak kira dari sokongan moral dan tenaga bagi meringankan bebanan dan kerisauan yang harus kami lalui.

“Di sini, ada sesuatu yang serius saya ingin tekankan. Saya menyeru agar seluruh rakyat Malaysia menghidupkan cogan kata ‘kita jaga kita’ dengan sepenuh jiwa bukan sahaja bagi membendung wabak ini, tetapi ‘kita jaga kita’ melalui kerjasama komuniti dalam melawan Covid 19.
“Maka, hentikanlah stigma negatif, memulau, mengasingkan dan memandang serong mereka yang terkesan dengan wabak ini. Tiada siapa yang minta untuk dijangkiti.
“Budaya negatif ini bukanlah ciri-ciri yang baik sebagai rakyat Malaysia terutama sekali buat kita yang beragama Islam, agama yang menitik beratkan sifat kasih dan sayang bukan sahaja menjaga hubungan dengan Allah tetapi juga sesama manusia,” pinta Alif menerusi instagramnya.
 
 
View this post on Instagram  
A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Semoga yang baik-baik sahaja buat Alif dan keluarga serta pastinya perkhabaran lebih gembira untuk cepat bertemu dengan isteri dan tiga anak-anaknya.
Artikel berkaitan: Allah SWT Makbulkan Doa Kalian Semua, Isteri & Anak-Anak Negatif, Alif Satar Luah Rasa Syukur
Nak relaks, jom cuci mata di SINI. 
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Kredit: @alifsatar & Gempak
The post “Beratnya Perasaan Rindu Ni,” Alif Satar Kembali Sihat, Mahu Luangkan Masa Dengan Isteri & Anak-Anak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/beratnya-perasaan-rindu-ni-alif-satar-kembali-sihat-mahu-luangkan-masa-dengan-isteri-anak-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Allah Swt Makbulkan Doa Kalian Semua Isteri Anak Anak Negatif Covid 19 Alif Satar Luah Rasa Syukur

Allah Swt Makbulkan Doa Kalian Semua Isteri Anak Anak Negatif Covid 19 Alif Satar Luah Rasa Syukur

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 386 hits
Penyanyi pelakon dan pengacara Alif Satar yang Ahad lalu disahkan positif Covid 19 hari ini meluahkan rasa syukurnya selepas isteri Sha Dila Halid dan ketiga tiga anaknya disahkan negatif dari jangkitan virus itu Menerusi instagram miliknya...
Hiburan Alif Satar Dedah Isteri Dan Anak Anaknya Disahkan Negatif Covid 19

Hiburan Alif Satar Dedah Isteri Dan Anak Anaknya Disahkan Negatif Covid 19

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 321 hits
Pelakon dan pengacara popular Alif Satar kini seakan mampu menghembus nafas lega selepas isterinya Sha Dila Halid serta tiga orang cahaya matanya Alisha Anugerah Ariana Mecca dan Muhammad Ali kini disahkan negatif COVID 19 Namun begitu atas...
Alif Satar Terharu Jiran Tetangga Hulur Bantuan Sepanjang Isteri Amp Anak Anak Kuarantin Di Rumah

Alif Satar Terharu Jiran Tetangga Hulur Bantuan Sepanjang Isteri Amp Anak Anak Kuarantin Di Rumah

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 371 hits
Umum mengetahui penyanyi serta pengacara popular tanah air Alif Satar kini sedang menjalani tempoh kuarantin dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Melaka susulan dirinya positif Covid 19 var neutrogena beautifulnara com apa it
Tak Perlu Berkira Sangat Nak Spend Untuk Anak Farah Lee Mohon Dulukan Masa Depan Ilmu Demi Anak

Tak Perlu Berkira Sangat Nak Spend Untuk Anak Farah Lee Mohon Dulukan Masa Depan Ilmu Demi Anak

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 531 hits
Siapa yang tidak mahu memberikan yang terbaik buat anak kita Lebih lebih lagi mengenai pembelajaran mereka Farah Lee personaliti media sosial dan usahawan yang mempunyai jenama pakaiannya sendiri tidak terkecuali dari memberikan yang terbai...
Super Canggih Bund 6 Mainan Anak Ini Mungkin Bakal Populer Banget Di Masa Depan Nanti

Super Canggih Bund 6 Mainan Anak Ini Mungkin Bakal Populer Banget Di Masa Depan Nanti

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 292 hits
Wah padahal cuma mainan anak tapi bisa secanggih ini ya Mainan lama tapi versi upgrade
Biar Anak Jadi Bijak 7 Aktitivi Di Rumah Mampu Rangsang Motor Halus Anak Masa Pun Terisi

Biar Anak Jadi Bijak 7 Aktitivi Di Rumah Mampu Rangsang Motor Halus Anak Masa Pun Terisi

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 439 hits
Merangsang perkembangan minda anak menjadi kewajipan ibu bapa Namun bagaimana cara terbaik merangsang minda dan motor halus anak untuk menjadikan minda mereka lebih aktif dan bijak malah berkembangan dengan sihat Salah satu caranya adalah m...
Walaupun Sibuk Ustaz Ebit Lew Tetap Ada Masa Untuk Dating Dengan Isteri Di Belakang Rumah

Walaupun Sibuk Ustaz Ebit Lew Tetap Ada Masa Untuk Dating Dengan Isteri Di Belakang Rumah

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 421 hits
Meskipun dilihat sibuk menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan namun pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew dilihat tetap tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga var neutrogena beautifulnara com apa itu
Kisah Tragis Gadis Cina Ini Kahwin Lelaki Afrika Lahirkan 8 Anak Dalam Masa 3 Tahun

Kisah Tragis Gadis Cina Ini Kahwin Lelaki Afrika Lahirkan 8 Anak Dalam Masa 3 Tahun

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 914 hits
Gadis cina ini dedahkan kenapa dia menyesal kahwin dengan lelaki Afrika Tambahan pula dia lahirkan 8 orang anak dalam masa 3 tahun Dengan perkembangan dunia semakin banyak perkahwinan trans nasional berada di sekeliling kita Sekarang bukan ...
Selepas Buat Beberapa Ujian Saringan Di Set Pengambaran Alif Satar Dedah Dia Positif C0vid19

Selepas Buat Beberapa Ujian Saringan Di Set Pengambaran Alif Satar Dedah Dia Positif C0vid19

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 232 hits
Dua hari selepas membuat persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik pada Jumaat penyanyi Alif Satar menerima berita sedih apabila dia disahkan p0sitif C0vid 19
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resepi Kerabu Nangka Muda Stail Kenduri Di Kedah

Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order