Adun Ph Kata K Jaan Perak Ibarat Bom Jangka Umno Nafi Ada Bakal Lompat


Tidak mustahil pentadbiran Perak pimpinan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu akan tumbang jika berlaku perubahan kerajaan di peringkat persekutuan, menurut beberapa pemimpin PH negeri itu.
Ini kerana mereka mendakwa hubungan antara Umno dan Bersatu di Perak seperti “bom jangka” yang boleh meletup pada bila-bila masa.
Menurut Adun Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad, ada desas-desus mengatakan sebahagian pihak dalam Umno Perak tidak senang dengan Faizal yang juga merupakan timbalan presiden Bersatu.
“Saya boleh nampak ketegangan Umno dan Bersatu dalam banyak isu di negeri ini.
“Contohnya, kerajaan negeri masih tidak menyelesaikan isu pelantikan JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung), masih tiada pelantikan.
“Selain itu, isu salah guna kuasa dan kelemahan pendadbiran di Perak bukan dibangkitkan oleh PH sahaja, sebaliknya ahli Umno sendiri,” dakwanya kepada Malaysiakini.
Varisai yang juga Ketua Penerangan PKR Perak mengulas kenyataan Anwar Ibrahim bahawa dia akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok (13 Oktober) mempersembahkan butiran bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Ia kira-kira tiga minggu selepas Anwar membuat sidang media bagi mengatakan dia memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baru.
Untuk rekod, pentadbiran di Perak juga bertukar daripada PH kepada Perikatan Nasional (PN) berikutan perubahan yang sama di peringkat persekutuan.
Hubungan yang kian tegang
Varisai mendakwa sekurang-kurangnya enam Adun Umno sedia untuk bekerjasama dengan PH di Perak.
“Secara peribadi saya ada hubungan baik dengan beberapa Adun Umno yang kata mereka telah menekan pimpinan Umno agar menukar menteri besar dari kalangan parti mereka.
“Saya ramal kebanyakan Adun Umno akan mengikut langkah di pusat jika Anwar menubuhkan kerajaan bersama anggota Parlimen dari parti mereka.
“Setahu saya sekurang-kurangnya enam Adun Umno yang telah sedia berbuat demikian,” dakwanya lagi.
Sebelum ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata dia dimaklumkan ramai Ahli Parlimen Umno dan BN yang menyokong Anwar dan dia tidak boleh menghalang perkara itu.
Bagaimanapun kenyataan itu dikritik beberapa pemimpin parti itu yang menyifatkan Zahid selaku presiden perlu menetapkan hala tuju yang jelas untuk Umno.
Semalam pula, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan serta Setiausaha Agung BN dan Muafakat Nasional Annuar Musa masing-masing menegaskan Ahli Parlimen parti mereka kekal menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin.
Sementara itu, bekas menteri besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa sejumlah Adun akan mengikut jejak langkah Ahli Parlimen kawasan mereka untuk menyokong PH.
“Adun-adun ini akan mengikut MP Umno dari kawasan mereka yang menyokong Anwar di peringkat pusat,” dakwanya ketika dihubungi.
Dia yang merupakan Adun Sungai Rapat itu mendakwa perkara sama juga akan berlaku di Kedah, Melaka dan Johor.
Tidak mustahil gabungan Umno-PH
Bekas exco kerajaan negeri A Sivanesan pula berpendapat tidak mustahil untuk kerajaan PN tumbang, dengan membangkitkan jumlah kerusi yang dipegang Umno dan DAP di Perak.
“Bagi saya, gabungan Bersatu, Umno dan PAS di Perak umpama satu ikatan terpaksa walaupun tidak setuju dengan banyak perkara.
“Kalau mengambil kira kerusi dikuasai DAP dan Umno di Perak, sudah mencukupi untuk majoriti dua pertiga,” kata Adun Sungkai itu.
Perak mempunyai 59 kerusi Dewan Undangan Negeri. Selepas PRU14, PH menguasai 30 kerusi yang terdiri daripada 18 kerusi DAP, Amanah (enam), PKR (empat) dan Bersatu (dua
Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) Perak kini menguasai 35 kerusi dengan Umno (25), PAS (tiga), Bersatu (empat) dan tiga kerusi bebas (yang dipegang oleh bekas anggota DAP dan Amanah).
Hanya 24 kerusi DUN kekal bersama PH.
Menurut Sivanesan yang merupakan naib pengerusi DAP Perak, lebih mudah untuk bekerja dengan “musuh” berbanding “pengkhianat”.
“Ketika menjadi exco, saya biasa terima panggilan daripada pemimpin Umno yang minta bantuan berkaitan isu rakyat dan kawasan dan saya bantu mereka.
“Maka, tidak mustahil untuk menubuhkan kerajaan yang merangkumi Umno dan PH dalam satu gabungan,” katanya lagi.
‘Mimpi ngeri’
Bagaimanapun Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad menafikan bahawa Adun parti itu sedia bekerjasama dengan PH walaupun mungkin berlaku perubahan di peringkat persekutuan.
“Ia satu mimpi ngeri. Kita (Umno Perak) yang tubuhkan gabungan PN di Perak. Jadi tiada sebab bagi kami menyokong Anwar.
“Mungkin di persekutuan betul (ada MP sokong Anwar). Ada yang kata kerusi (kedudukan PN) sedang goyang tetapi tidak di Perak.
“Kami ada 35 kerusi…tidak ada goyang. Tak perlu mengalih sokongan kepada PH,” katanya lagi. Mk
PPBM Perak desak Muhyiddin letak jawatan

The post Adun PH kata k’jaan Perak ibarat ‘bom jangka’, Umno nafi ada bakal lompat appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/12/adun-ph-kata-kjaan-perak-ibarat-bom-jangka-umno-nafi-ada-bakal-lompat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Tak Akan Dedahkan Adun Umno Perak Yang Sokong Ph Kata Arafat

Saya Tak Akan Dedahkan Adun Umno Perak Yang Sokong Ph Kata Arafat

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 267 hits
IPOH Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad memaklumkan beliau ada bertemu dengan beberapa ADUN UMNO yang menyatakan kesediaan membentuk kerajaan baharu di Perak Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama waki...
Grs Ibarat Bom Jangka Kata Penganalisis

Grs Ibarat Bom Jangka Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 280 hits
KOTA KINABALU Penganalisis politik meramalkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah akan sukar mengekalkan kesatuannya selepas kemenangan pada pilihan raya Sabah minggu lalu Mereka melihat potensi pergaduhan dalaman persaingan sesama sendiri dan p...
K Jaan Muhyiddin Di Hujung Tanduk Kata Sumber Umno

K Jaan Muhyiddin Di Hujung Tanduk Kata Sumber Umno

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 419 hits
B Nantha KumarPengumuman Biro Politik Umno semalam bahawa parti itu mempertimbangkan menarik diri daripada menyokong gabungan Perikatan Nasional dan akan mengenakan syarat baru jika ingin terus bekerjasama bukan satu ancaman sebaliknya satu...
Umno Kata Jangan Mimpi Untuk Perak Tumbang Walaupun Tak Serasi Dengan Bersatu

Umno Kata Jangan Mimpi Untuk Perak Tumbang Walaupun Tak Serasi Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 253 hits
Tidak mustahil pentadbiran Perak pimpinan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu akan tumbang jika berlaku perubahan kerajaan di peringkat persekutuan menurut beberapa pemimpin PH negeri itu Ini kerana mereka mendakwa hubungan antara Umno dan Ber...
Adun Pkr Perak Kata Memang Pn Negeri Bergolak

Adun Pkr Perak Kata Memang Pn Negeri Bergolak

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 242 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad memaklumkan beliau ada bertemu dengan beberapa ADUN UMNO yang menyatakan kesediaan membentuk kerajaan baharu di Perak Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama wakil rak...
Ibarat Umno Beri Kata Dua Kepada Pas

Ibarat Umno Beri Kata Dua Kepada Pas

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 302 hits
Penegasan ini mungkin penting dan mungkin tidak Mulai 6 Ogos lalu saya tidak lagi menjadi ahli mana mana parti politik dan tidak akan terlibat lagi dengan politik kepartian Bersabit kenyataan Setiausaha Agong Umno Ahmad Maslan di bawah ini ...
Duduk Bincang Kalau Nak Kekalkan K Jaan Perak Kata Razman

Duduk Bincang Kalau Nak Kekalkan K Jaan Perak Kata Razman

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 182 hits
Muafakat Nasional perlu berbincang dan berlapang dada dalam isu agihan kerusi sekiranya mahu terus mentadbir kerajaan negeri Perak pada pilihan raya umum akan datang Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata ini bermakna tiada lagi istil...
Pas Perlu Buat Pilihan Samada Umno Atau Ppbm Kata Kadir Jasin

Pas Perlu Buat Pilihan Samada Umno Atau Ppbm Kata Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 218 hits
A Kadir Jasin berkata kedudukan kerajaan Perikatan Nasional semakin tidak menentu susulan pengumuman Umno mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan itu Beliau merujuk kenyataan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan selepa...
Khalid Samad Kata 30 Dari Umno Sokong Anwar

Khalid Samad Kata 30 Dari Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 365 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai jumlah sokongan yang jelas termasuk 30 ahli parlimen Umno ketika beliau mempersembahkan bukti sokongan itu kepada Yang Dipertuan Agong kata Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad Khalid satu satunya pemim...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih

Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

Upiak Hari Raya Duit Tak Ada Chord