Betul Ke Minum Banyak Minuman Berkultur Punca Anak Batuk Ini Jawapan Pakar
Memandangkan ramai ibu bapa bertanya adakah elok minuman berkultur ini diberikan pada anak-anak, masing-masing memberi pendapat sendiri. Ada yang bersetuju dan ada juga sebaliknya.
Mungkin ada yang beranggapan, lebih baik anak minum minuman berkultur daripada minuman bergas. Tetapi sejauh manakah pendirian kita betul? Ini kerana ada isu sebelum ini yang menyatakan, anak terlebih minum minuman berkultur menjadi punca batuk.
Bagi menjawab semua persoalan ini, Dietitian Nur Hafizah Mahamad Sobri ada jawapannya.
MINUMAN BERKULTUR PUNCA BATUK?
Minuman probitotic harus ada gula sebab itu adalah makanan kepada bakteria baik iaitu probiotic sendiri.
Jika tiada gula probiotic tak boleh hidup dan tidak akan jadi minuman berkultur. Disebabkan kandungan gula tinggi tak digalakkan minum terlalu kerap bukan sahaja oleh anak anak tapi dewasa pun sama.
Alternatif sumber probiotic boleh didapati dari makanan diawet semulajadi seperti
– keju
– tempe
– yoghurt
Saranan ambil probiotic lebih adalah apabila
– cirit birit akibat salah makan (bakteria jahat banyak dari makanan tak elok)
– cirit birit lepas ambil antibiotic (ubat tersebut membunuk bakteria jahat dan baik juga kena)
– lembutkan najis (JIKA sudah minum air, makan serat mencukupi)
Dan ini juga boleh didapati melalui serbuk probiotic yang dijual di farmasi. Tidak semestinya dari minuman berkultur.
Yang boleh menjadi batuk bukan dari minuman berkultur secara langsung, boleh terjadi
– minuman sejuk (lagi sejuk lagi batuk)
– kerap minum air manis
– kurang minum air masak
– kurang ambil makanan berkhasiat seperti buah dan sayur
Satu lagi peringatan probiotic ada pelbagai jenis. Bukan semua ada satu fungsi. Contoh untuk lembutkan najis lain jenis dari yang untuk sakit perut. Nanti saya akan terangkan lebih lanjut lagi.
Kredit: Dietitian fizah
ARTIKEL MENARIK [“Dalam Peti Biar Ada Buah”. Ibu Ini Kongsi Caranya Disiplinkan Anak Tak Makan Jajan]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Tak Payah Beli Coklat, Buatkan Saja Anak-Anak Coklat Bar Bubble Rice Ni, Potong Keping-Keping, Superb]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Betul Ke Minum Banyak Minuman Berkultur Punca Anak Batuk? Ini Jawapan Pakar appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/betul-ke-minum-banyak-minuman-berkultur-punca-anak-batuk-ini-jawapan-pakar/