Pakar Kelesuan Pandemik Punca Sikap Tak Acuh Terhadap Sop Covid 19


Gambar Hiasan  
PETALING JAYA: Sebuah persatuan perubatan dan seorang bekas timbalan menteri kesihatan menyuarakan kebimbangan berhubung trend yang menyaksikan doktor dan pengamal perubatan berkongsi maklumat pesakit di media sosial.
Trend itu dipercayai lebih menonjol semasa pandemik Covid-19 dengan doktor dilihat menghantar maklumat pesakit, termasuk gambar X-ray dan perincian keadaan perubatan.
Dr Vikkineshwaran Siva Subramaniam, pengerusi Malaysian Medics International (MMI) berkata, walaupun baik untuk melibatkan masyarakat awam dalam perbincangan mengenai kesihatan dan dasar atau membina jaringan melalui media sosial, namun ada risikonya, terutama apabila batas sosial dan profesional menjadi kabur.
“Kini doktor didengar dengan jelas oleh semua orang. Media sosial penuh dengan doktor dan pelajar perubatan yang meluahkan perasaan, berkongsi kekecewaan,dan melepaskan kemarahan mereka,” katanya.
“Kita boleh baca catatan (Twitter) doktor yang menggambarkan bagaimana mereka menangis di tempat kerja, bergelut kerana kurang tidur, hilang sabar dengan rakan sekerja yang tidak cekap, malah membuat silap. Adakah juruterbang juga terbuka seperti itu?,” soalnya.
Vikkineshwaran berkata, doktor kini menjadi ‘influencer’ di media sosial.
“Bagaimanapun saya tidak boleh terima doktor menggunakan media sosial untuk mempromosi pekerjaan mereka.
“Sesetengah mereka mungkin cuba menjustifikasikan tindakan itu sebagai ‘mendidik orang awam’, tetapi di sinilah batasnya menjadi tidak jelas,” katanya kepada FMT.
Apabila berkongsi maklumat pesakit, Vikkineshwaran berkata, persetujuan sangat penting dalam hubungan doktor-pesakit.
“Pesakit mencari doktor ketika mereka sangat memerlukan. Mereka berkongsi maklumat peribadi dan membenarkan doktor memeriksa dan melakukan prosedur dengan harapan dapat menghilangkan penyakit.
“Adalah salah jika doktor mengeksploitasi pesakit, tidak kira apa sahaja niatnya tanpa makluman yang betul dan persetujuan yang disahkan,” katanya.
Doktor dikecam di Twitter
Contoh terbaru trend ini dapat dilihat apabila seorang doktor berkongsi maklumat perubatan pesakitnya di Twitter.
Menurut catatannya, ia merupakan pesakit Covid-19 yang juga menghidap AIDS. Doktor itu juga mendedahkan pesakit tersebut datang dari komuniti LGBT.
Beliau menerima kecaman daripada netizen yang kesal dengan nada catatan itu yang dianggap bersifat menghukum (judgemental) berhubung seksualiti pesakit itu.
Berikutan itu, beliau memadamkan catatan tersebut dan memohon maaf.
Ketika ditanya apakah trend itu boleh menghalang mereka yang datang dari komuniti terpinggir atau yang menghidap penyakit yang membawa stigma tertentu seperti tuberkulosis, penyakit kelamin dan HIV/AIDS daripada mendapatkan rawatan kerana sikap diskriminasi dan stigma terhadap mereka, Vikkineshwaran berkata, doktor tidak boleh bersikap menghukum terhadap mana-mana pesakit.
Sementara itu, bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, walaupun masyarakat perlu dididik mengenai kesihatan secara umum, namun “rujukan kepada mana-mana pesakit mesti bersifat umum dan identiti pesakit mesti dilindungi setiap masa”.
Katanya, wujud keperluan untuk mengelakkan sebarang komen yang bersifat “menghukum” mengenai keadaan atau tingkah laku pesakit.
Vikkineshwaran berkata, pesakit perlu lebih aktif dalam memperjuangkan keperluan dan hak mereka.
“Sekiranya seseorang itu berasa tidak selesa dengan doktor mereka dalam apa jua perkara, mereka mesti menyuarakan kebimbangan itu.
“Hanya demikian kita boleh melakukan semak dan imbang bagi memastikan tiada kesalahan dibuat,” katanya.
The post Pakar: ‘Kelesuan pandemik’ punca sikap tak acuh terhadap SOP Covid-19 appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/23/pakar-kelesuan-pandemik-punca-sikap-tak-acuh-terhadap-sop-covid-19/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pakar-kelesuan-pandemik-punca-sikap-tak-acuh-terhada

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ambil Mudah Amaran Pakar Punca Covid 19 Meletus Najib Razak

Ambil Mudah Amaran Pakar Punca Covid 19 Meletus Najib Razak

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 208 hits
Najib Razak Susulan tindakan kerajaan untuk menghapuskan sekatan rentas daerah negeri dan melancarkan program menggalakan pelancongan domestik pada awal bulan Disember lalu pada ketika penularan Covid semakin mencanak negara sudah diberi am...
Apa Tindakan Kerajaan Terhadap Jangkitan Covid Tempat Kerja

Apa Tindakan Kerajaan Terhadap Jangkitan Covid Tempat Kerja

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 271 hits
Peningkatan kes Covid 19 dalam kluster tempat kerja yang naik mendadak sejak kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh berkata masalah itu telah dibangkitkan beliau pada Disember tahun lalu namun ti...
Permintaan Terhadap Ujian Covid 19 Meningkat Susulan Kenaikan Kes

Permintaan Terhadap Ujian Covid 19 Meningkat Susulan Kenaikan Kes

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 216 hits
KUALA LUMPUR Sejak gelombang ketiga Covid 19 melanda Malaysia Okt lepas semakin ramai melakukan ujian saringan walaupun mereka tidak bergejala mahupun bukan kontak rapat kepada kes positif Adakah kemampuan Malaysia pada masa ini cukup untuk...
Awani Ringkas Pasukan Khas Pantau Sop Anwar Darurat Punca Fdi Merosot

Awani Ringkas Pasukan Khas Pantau Sop Anwar Darurat Punca Fdi Merosot

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 303 hits
Pasukan khas pantau SOP Anwar Darurat punca FDI merosot SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com ast
Panggil Sidang Parlimen Tergempar Untuk Bincang Pandemik Covid 19

Panggil Sidang Parlimen Tergempar Untuk Bincang Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 240 hits
KERAJAAN Perikatan Nasional diminta memanggil sidang Parlimen tergempar untuk membincangkan pandemik Covid 19 yang semakin memburuk dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut menuduh Perdana Menter...
Kp Kesihatan Nafi Dr Ali Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Covid 19 Atau Kelesuan Bertugas

Kp Kesihatan Nafi Dr Ali Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Covid 19 Atau Kelesuan Bertugas

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 416 hits
Sayu di kala orang ramai memikirkan hidup masing masing petugas barisan hadapan terpaksa meletakkan kepentingan awam melebihi dirinya
Senarai 50 Kerja Yang Boleh Dilakukan Ketika Pandemik Covid 19 Dan Perintah Kawalan Pergerakkan

Senarai 50 Kerja Yang Boleh Dilakukan Ketika Pandemik Covid 19 Dan Perintah Kawalan Pergerakkan

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 520 hits
Semenjak pandemik Covid 19 melanda negara dan seluruh dunia ramai diantara kita yang telah kehilangan sumber pendapatan Sama ada hilang sepenuhnya akibat diberhentikan kerja tidak dapat menjalankan bisnes seperti biasa ataupun hilang sebaha...
Yang Di Pertuan Agong Isytihar Darurat Bagi Membendung Penularan Pandemik Covid 19

Yang Di Pertuan Agong Isytihar Darurat Bagi Membendung Penularan Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID 19 di Malaysia Datuk P...
Ismail Sabri Gagal Patuh Penjarakan Fizikal Punca Kes Covid 19 Naik Semula

Ismail Sabri Gagal Patuh Penjarakan Fizikal Punca Kes Covid 19 Naik Semula

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 240 hits
Memakai pelitup muka semata mata tanpa penjarakan fizikal adalah tidak mencukupi kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 24 Jan Esok genaplah setahun negara dibadai pandemik Covid 1
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Remaja Lemas Ketika Mandi Di Sungai Kg Kamansi Bingkor Keningau

Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil