Selalu Dengan Gajet Punca Anak Boleh Sakit Kepala Sampai Tahap Ni Kena Ambil Serius


Sesekali anak mengadu sakit kepala ibu bapa jangan anggap perkara ni remeh ya. Lagi-lagi dalam keadaan sekarang gajet antara yang jadi keutamaan sama ada untuk belajar, bermain game atau menonto Youtube.
Apa yang perlu dilakukan ibu bapa? Bilakah anda perlu risau apabila kanak kanak mengadu sakit kepala? Adakah mereka perlukan rawatan ubat ubatan dan perhatian doktor?
SAKIT KEPALA AKUT
Sakit kepala akut berlaku secara tiba tiba dan mungkin merupakan petanda beberapa masalah berikut;
Jangkitan virus yang ringan seperti selesema dan demam. Bagaimanapun, jangkitan penyakit berjangkit yang serius contohnya demam denggi, malaria dan demam kepialu juga boleh menyebabkan sakit kepala akut. Sinus adalah laluan udara yang terdapat di antara tulang muka dan tulang tengkorak. Kanak-kanak akan mengadu sakit kepala apabila laluan udara ini dijangkiti dan dipenuhi cecair atau lendir, keadaan ini dikenali sebagai sinusitis. Masalah Penglihatan- Masalah rabun menyebabkan mereka mereka mengalami ketegangan semasa melihat. Ia juga terjadi apabila otot di sekeliling mata menjadi penat. menyebabkan sakit kepala terjadi Gigi bernanah atau jangkitan gusi juga boleh menyebabkan sakit kepala. Selain dari punca punca tersebut, terdapat kanak kanak yang mengalami gejala sakit kepala yang lebih kerap. Ia di kenali dengan sakit kepala kronik.

SAKIT KEPALA KRONIK
Kanak-kanak boleh mengalami sakit kepala migraine. Di anggarkan 5.5 % kanak kanak pernah mengalami maslah ini. Risiko untuk kanak kanak mengalami migraine lebih tinggi
Sekiranya anda- ibu bapa sendiri mengalami masalah migraine. Ya, kerana terdapat pautan genetik yang kuat.
Migrain kanak-kanak adalah berbeza daripada orang dewasa: sakit kepala yang dialami boleh berlaku di kedua dua bahagian kepala dan tidak berpanjangan terlalu lama.
Sama seperti orang dewasa, kanak kanak yang mengalami migraine turut mengalami keadaan tidak selesa, rasa mual, muntah dan hanya mahu berbaring di bilik yang gelap.
Kebiasaannya , kanak-kanak perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua episod untuk didiagnosis dengan migrain.
Selain dari rawatan ubat ubatan, cara untuk melegakan migraine bagi kanak kanak adalah dengan meletakkan pek ais di kepala. Ini berkesan untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan.
Sakit Kepala Tension Sakit kepala jenis “tension headache” lebih biasa. Nama lama untuk ini situasi adalah “sakit kepala band hat”. Kanak-kanak biasanya menerangkan tekanan dan kesakitan di sekitar dahi mereka atau seluruh kepala. Kesakitan ini TIDAK berdenyut denyut seperti mana migraine.
Selalunya, walaupun mereka mengadu sakit kepala, mereka masih boleh berfungsi seperti biasa ,makan, pergi ke sekolah, dan juga bermain .

Sakit Kepala & Gadget Terdedah dengan cahaya skrin gadget dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan sakit kepala. Sedang kan orang dewasa turut alami sakit kepala jika melihat skrin terlalu lama, apatah lagi kanak kanak?
Pastikan anda hadkan masa pendedahan skrin, pastikan mereka berehat dan bergerak untuk melancarkan peredaran darah dan bernafas dengan lancar.
Stress dan Sakit Kepala Isu kesihatan mental di kalangan kanak kanak turut boleh menyebabkan mereka mengadu sakit kepala. Tanya kanak kanak mengenai keadaan mereka di sekolah. Adakah mereka mengalami sebarang masalah di sekolah? Adakah anak anak menjadi mangsa buli di sekolah? Bagaimana dengan hubungan mereka dengan rakan dan guru?
Sekiranya anda mengesyaki sebarang isu berkaitan kesihatan mental, berbicang dengan guru kaunselor untuk membantu mereka.
Bilakah anda perlu risau apabila kanak- kanak mengadu sakit kepala?
Situasi yang perlu anda risaukan adalah apabila kanak kanak mengadu sakit kepala untuk “kali pertama atau paling teruk”
Sekiranya anak anda TIDAK pernah mengalami sakit kepala sebelum ini, anda perlu menilainya dengan berhati-hati.

Beberapa persoalan berikut perlu di selidiki:
Adakah dia mengalami trauma kepala baru-baru ini, seperti terjatuh atau tercedera semasa bersukan? Adakah dia mungkin di jangkiti virus? Adakah dia mengalami muntah atau demam? Adakah dia TIDAK dapat berjalan, bercakap, dan makan secara normal? Jika jawapan kepada mana-mana soalan ini adalah “ya,” sudah tiba masanya untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.
Owh ya, anda TIDAK perlu mencari jawapan di internet kerana jawapan yang anda temui di “doctor google” mungkin akan menyebabkan anda bertambah risau!
Doktor mungkin dapat membantu untuk mengurangkan kerisauan anda dengan memberikan diagnosis dan rawatan yang sesuai.
Kesimpulan
Jangan ambil mudah mengenai gejala sakit kepala di kalangan kanak-kanak. Selidiki dengan lebih mendalam mengenai gejala tersebut, gejala gejala lain , isu persekitaran dan peristiwa penting baru-baru ini. Kebanyakan masalah sakit kepala di kalangan kanak kanak dapat di rawat dan di cegah.
Dapatkan pemeriksaan dan diagnosis yang tepat dengan berjumpa doktor.
Sumber: Public Health Malaysia
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

The post Selalu Dengan Gajet Punca Anak Boleh Sakit Kepala. Sampai Tahap Ni Kena Ambil Serius! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/selalu-dengan-gajet-punca-anak-boleh-sakit-kepala-sampai-tahap-ni-kena-ambil-serius/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Perempuan Mengadu Sakit Kepala Tapi Reaksi Emaknya Bikin Terhibur

Anak Perempuan Mengadu Sakit Kepala Tapi Reaksi Emaknya Bikin Terhibur

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 317 hits
Sudah menjadi lumrah apabila kebanyakkan anak akan mengadu sakit kepada kedua ibu bapa mereka Tidak kiralah sama ada demam sakit kepala selesema batuk dan sebagainya mereka tetap akan memaklumkan kepada ibu bapa atas faktor selesa Namun ber...
Guna Teknik Pernafasan Ini Ikut Tahap Kontraksi Boleh Kurangkan Rasa Sakit Masa Bersalin

Guna Teknik Pernafasan Ini Ikut Tahap Kontraksi Boleh Kurangkan Rasa Sakit Masa Bersalin

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 280 hits
Proses kelahiran bayi atau bersalin tentu sahaja indah namun dalam masa yang sama menakutkan bagi sesetengah wanita terutamanya buat kali pertama Baca Pelbagai perkara mungkin akan difikirkan si ibu hamil termasuklah kesakitan yang boleh be...
Takut Kena Marah Punca Anak Menipu Berlaku Jujurlah Dengan Anak Selalu Barulah Elak Anak Menipu

Takut Kena Marah Punca Anak Menipu Berlaku Jujurlah Dengan Anak Selalu Barulah Elak Anak Menipu

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 297 hits
Siapa yang tidak pernah berbuat salah Kita sendiri sebagai mak ayah pasti pernah tertipu anak anak dalam banyak hal Kalau buat salah ada baiknya mak ayah mengaku sahaja dan minta maaf kerana anak memahami Jangan reka pelbagai lagi alasan ke...
Warna Kekerapan Baby Membuang Boleh Jadi Petunjuk Tahap Kesihatan Anak Periksalah Bukan Terus Basuh Je

Warna Kekerapan Baby Membuang Boleh Jadi Petunjuk Tahap Kesihatan Anak Periksalah Bukan Terus Basuh Je

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 278 hits
Setiap kali mencuci najis ada selalulah perhatikan najisnya Bukan apa ada waktunya najis anak berubah ubah mengikut jenis pemakanannnya Bukan itu sahaja malah kata warna dan kekerapan anak membuang sebenarnya memberi petunjuk akan tahan kes...
Bengkung Bukan Boleh Kuruskan Badan Tapi Bantu Kurangkan Sakit Lepas Bersalin Tak Semua Sesuai Pakai Bengkung

Bengkung Bukan Boleh Kuruskan Badan Tapi Bantu Kurangkan Sakit Lepas Bersalin Tak Semua Sesuai Pakai Bengkung

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 520 hits
Selepas melahirkan anak pastinya akan ada yang menyarankan untuk anda mengamalkan pemakaian bengkung bersalin Namun adakah ia boleh mendatangkan manfaat atau lebih kepada mudarat Apa sebenarnya bengkung bersalin Secara mudahnya bengkung ber...
Koleksi Resipi Snek Homemade Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Anak

Koleksi Resipi Snek Homemade Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Anak

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 363 hits
oleksi resipi snek yang ibu ibu kena cuba Maklumlah sekarang ini disebabkan PKP sesi pembelajaran anak anak masih secara atas talian Masa inilah kaum ibu terlebih sibuk di dapur sebab kaki makan tengah ramai berkumpul Snek antara hidangan r...
Terkesan Pandemic Ibu Mencuri Kerana Anak Lapar Sakit

Terkesan Pandemic Ibu Mencuri Kerana Anak Lapar Sakit

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 678 hits
Hi korang Media sosial di gemparkan dengan berita Seorang Ibu kepada 3 anak kecil telah ditahan atas tuduhan mencuri Mencuri itu satu jenayah tetapi untuk menghukum keluarga miskin yang sedang kelaparan juga adalah sesuatu yang tidak betul ...
Polis Wanita Dera Anak Sampai Mati Bukan Sakit Mental

Polis Wanita Dera Anak Sampai Mati Bukan Sakit Mental

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 213 hits
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Foto oleh Ahmad ZamzahuriMELAKA 31 Jan Suspek wanita berumur 32 tahun yang dipercayai mendera anak lelakinya berusia tujuh tahun sehingga mati dalam satu kejadian di Taman Kr...
Nak Tahu Anak Dominan Tangan Kanan Atau Kiri 6 Cara Ringkas Ini Boleh Buat

Nak Tahu Anak Dominan Tangan Kanan Atau Kiri 6 Cara Ringkas Ini Boleh Buat

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 291 hits
Ketika anak masih belum masuk tadika ibu bapa tertanya tanya macam mana nak tahu anak lebih dominan menggunakan tangan mana satu Ini kerana tangan anak sentiasa bertukar tukar penggunaannya ikut rasa keselesaan Menurut Puan terdapat 6 cara ...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur