Betul Ke Antivaksin Merasakan Influenza Ini Tidak Bahaya


Heboh isu influenza di Malaysia ini adalah konspirasi BigPharma untuk menghabiskan stok vaksinasi.

Tahu kenapa dia boleh berkonspirasi begitu? Jawapannya senang. Sebab dia bukan doktor. Dia tak tengok pesakit yang kena Influenza.

Dato Dr Musa Nordin mengatakan semakin banyak kes Influenza yang berlaku kebelakangan ini. Ini benar menurut pengalaman saya juga. Kami melihat banyak kes batuk, selsema dan demam yang bila diuji dengan ujian makmal, positif Influenza.

Malah, terbaru, KKM membantu mempercepatkan perolehan ubat Tamiflu dan vaksin Influenza bagi premis swasta setelah melihat peningkatan permintaan terhadap rawatan tersebut.

Antivaksin merasakan Influenza ini tidak bahaya.

Tetapi, setiap tahun 3-5 juta kes jangkitan pernafasan yang teruk dari Influenza berlaku, menyebabkan kematian seramai 250 000 ke 690 000 orang di seluruh dunia.

Petanda sakit influenza
Orang yang Berisiko Rendah Dapat Serangan Virus Influenza
Memang benar, bagi orang yang berisiko rendah, ianya seperti batuk selsema biasa. Tapi ia berisiko menyebabkan komplikasi termasuklah kematian kepada mereka yang berisiko tinggi seperti:


Wanita mengandungKanak-kanak bawah 5 tahunOrang tua lebih 65 tahunPenghidap penyakit kronik seperti asthma, kencing manis, darah tinggi dan sebagainyaMereka yang mempunyai imuniti yang lemah seperti pesakit AIDS dan penerima kemoterapiMereka yang berat badan berlebihan (BMI lebih 30)Golongan berisiko tinggi dapat virus Influenza

Sebab itu, vaksin disarankan pada mereka ini.

Tapi kalau saya tak ada risiko, wajar tak ambil vaksin?

Wajar! Sebab ia akan mengurangkan risiko anda kena demam panas, risiko anda tak tidur malam dek menjaga anak anda yang merengek akibat sakit badan kena Influenza. Hanya mereka yang pernah kena Influenza sahaja akan faham seksa rasanya.

Berbalik kepada auta antivaksin tadi. Memang jelas auta dia. Mari betulkan balik.

Virus Influenza memang ada beratus-ratus strain. Ia dibahagikan kepada A, B, C dan D.

Yang menyebabkan jangkitan bermusim dan wabak adalah Influenza A dan B. Influenza A dan B juga ada banyak jenis dan sentiasa berubah disebabkan mutasi virus. Kita gelarkan fenomena ini sebagai Antigenic Drift dan Antigenic Shift.

Bagi Influenza A, strain dikenalpasti berdasarkan Hemagglutinin dan Neuraminidase. H dan N. Dari sini lah kita dapat H1N1 dan sebagainya. Yang sekarang ini sedang menular adalah strain H1N1 dan H3N2. Malah, ia boleh dipecahkan lagi kepada beberapa subset lagi.

Eh, kejap! H1N1 tu bukan selsema burung ke?

Iya, virus ini lah dulu yang menyebabkan wabak (pandemic) satu dunia pada tahun 2009. Waktu itu kecoh sebab ia merebak ke seluruh dunia. Ia masih wujud kini, tetapi hanya menyebabkan jangkitan bermusim (seasonal Influenza). Bahaya tak? Sama seperti dahulu, ianya merbahaya kepada mereka yang berisiko tinggi yang dah saya jelaskan di atas.

Okay, now Influenza B. Kalau Influenza A dikelaskan mengikut H dan N, Influenza B dibahagikan mengikut keturunan sel (cell lineage). 2 jenis keturunan sel adalah B/Yamagata dan B/Victoria. Seperti juga Influenza A, ia juga boleh dibahagikan lagi mengikut keturunan sel seterusnya.

Faham tak sekarang? Influenza ini ada banyak jenis. Dan jenis yang menyebabkan jangkitan bermusim boleh bermutasi dan akan berubah-rubah.

Siapa yang pantau perubahan mereka ini?
World Health Organization (WHO) lah. Mereka ada jawatankuasa sendiri yang memantau Influenza ini. Ianya dikenali sebagai Global Influenza Surveillance and Response System, GISRS. Setiap tahun, mereka ini akan mengeluarkan saranan untuk strain apa yang perlu dimasukkan dalam vaksin. Ianya berdasarkan kajian dan pemantauan seluruh dunia.

Untuk merumitkan lagi kefahaman kita semua, saranan ini bergantung kepada kawasan mana sesebuah negara itu terletak. Ini kerana, seasonal Influenza ini lebih kuat menyerang pada musim sejuk. Dan kita tahu, musim sejuk adalah berbeza mengikut kedudukan sesebuah negara sama ada di
kwsn utara (northern hemisphere, NH), atau selatan (southern hemisphere, SH). Umumnya, saranan vaksinasi untuk kawasan utara dan selatan keluar pada waktu berbeza, merangkumi virus yang berbeza dan saranan suntikan diberikan pada bulan berbeza. Malah, negara yang berada di garisan khatulistiwa, juga dibahagikan kepada NH atau SH mengikut saranan WHO.

Hanya 2 negara sahaja terkecuali dari saranan bermusim ini.
Malaysia dan Kenya, dikategorikan sebagai negara yang mempunyai kes Influenza sepanjang tahun (all year round). Bermakna, tidak ada saranan khusus strain mana yang nak disuntik atau bila nak disuntik. Istimewa betul Malaysia ni.

Bermakna, kita ada risiko 50-50 untuk diserang strain yang sama ada datang dari NH atau dari SH.

Saranan untuk NH dikeluarkan WHO pada bulan Februari, manakala saranan untuk SH akan keluar pada bulan September. Selepas ada saranan baru, akan ada vaksin baru, kalau ada perubahan dari segi virus yang menyerang. Sebab itu lah suntikan vaksin Influenza disarankan setiap tahun. Kerana setiap tahun, jenis virus Influenza dalam vaksinnya akan berbeza.

Ambil Suntikan Vaksin Influenza Setiap Tahun
Jadinya, kita di Malaysia, ambil lah suntikan Influenza setiap tahun, tak kisah pada bila-bila masa. Sebab, anda akan rendahkan risiko kena jangkitan Influenza sekurang-kurangnya 50%!

kenapa perlu ambil vaksin setiap tahun?
Antivaksin tak akan terangkan sejelas ini, sebab mereka tak faham konsep sebenar. Contohnya, dalam pos antivaksin ini, dia ingat dalam vaksin 2019 ada type A dan B, tahun lain, type lain pulak. Walhal, memang tiap-tiap tahun akan ada 2 strain Influenza A dan 2 strain Influenza B dalam vaksin quadrivalent. Yang berbeza adalah subset dan cell lineage nya.

Dalam minda mereka, vaksin ini hanyalah alat BigPharma nak buat duit. Walhal dia tak tahu, harga rawatan kalau masuk wad akibat Influenza adalah jauh lebih tinggi berbanding vaksin itu sendiri.

Jangan jadi antivaksin!


Perkongsian dari Dr Amirul Amzar

Langkah-langkah mencegah dari terkena Influenza


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akubahrain.com.my/2020/01/betul-ke-antivaksin-merasakan-influenza.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rupanya Influenza Sangat Bahaya Untuk Ibu Mengandung Suami Isteri Kena Tahu Ini

Rupanya Influenza Sangat Bahaya Untuk Ibu Mengandung Suami Isteri Kena Tahu Ini

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 380 hits
Seperti yang ramai sudah ketahui negara kita kini sedang hangat dengan ramai orang yang dijangkiti virus influenza Sehingga ke hari ini terdapat beberapa buah sekolah di Malaysia yang diarah tutup oleh kementerian atas kes virus influenza i...
Bahaya Musim Virus Wad Kanak2 Penuh Dengan Pesakit Influenza A

Bahaya Musim Virus Wad Kanak2 Penuh Dengan Pesakit Influenza A

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 434 hits
Beberapa hari lalu pakar perunding di hospital KPJ Damansara Dr Musa Mohd Nordin menyuarakan kebimbangan berikutan peningkatan kes penyakit influenza di negara ini Mana tidaknya kes tersebut telah merekodkan kenaikan dua kali ganda pada tah...
Hati Hati Kes Influenza Sedang Meningkat Naik

Hati Hati Kes Influenza Sedang Meningkat Naik

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 283 hits
Baru baru ini terdapat laporan mengenai wabak influenza yang melanda bandar Wuhan Wilayah Hubei China yang telah menyebabkan 44 kes influenza dengan 11 orang pesakit sedang berada dalam keadaan yang kritikal Hati hati Kes influenza sedang m...
Kenali Tanda Ini Beza Influenza Dan Demam Biasa Tapi Ramai Tidak Tahu

Kenali Tanda Ini Beza Influenza Dan Demam Biasa Tapi Ramai Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 1052 hits
Kenali Tanda Ini Beza Influenza Dan Demam Biasa Tapi Ramai Tidak Tahu Gejala seperti demam sakit kepala batuk sakit tekak hidung berair dan sakit sakit badan merupakan simptom yang dihadapi apabila seseorang individu yang mengalami demam se...
Simptom Influenza Langkah Pencegahan Influenza

Simptom Influenza Langkah Pencegahan Influenza

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 1684 hits
Simptom Influenza Langkah Pencegahan Influenza Assalamu alaikum Ummi nak kongsikan sedikit info mengenai seranganan virus influenza yang sedang hangat diperkatakan Info ni untuk rujukan Ummi juga Semoga anak anak kita
89 Pelajar Di Johor Dijangkiti Influenza Tiada Sekolah Ditutup

89 Pelajar Di Johor Dijangkiti Influenza Tiada Sekolah Ditutup

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 588 hits
JOHOR BAHRU Seramai 89 murid di negeri ini dijangkiti influenza setakat 1 30 tengah hari tadi 89 pelajar di Johor dijangkiti influenza tiada sekolah ditutup
Kenali Simptom Influenza Dan Cara Mencegahnya

Kenali Simptom Influenza Dan Cara Mencegahnya

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 1529 hits
Sumber gambar dari googleApakah simptom simptom influenza Kebanyakan mereka yang menghidapi influenza berasa letih dan mengalami demam sakit kepala batuk tidak berkahak berhingus atau hidung tersumbat cirit birit muntah muntah dan sakit sak...
Terengganu Catat 9 Kes Influenza

Terengganu Catat 9 Kes Influenza

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 347 hits
Terengganu hari ini mencatatkan sembilan kes jangkitan virus Influenza yang membabitkan pesakit berusia antara tiga hingga 38 tahun Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Noor Azimi Yunus berkata kes direkodkan pada 5 dan 7...
Eighty Nine Johor School Children Infected By Influenza

Eighty Nine Johor School Children Infected By Influenza

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 309 hits
A total of 89 schoolchildren in Johor have been infected by influenza as of 1 30 pm today Johor Education Department director Azman Adnan said in a statement today that Johor Bahru recorded the most number of victims with 56 cases This is f...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu