Rupanya Influenza Sangat Bahaya Untuk Ibu Mengandung Suami Isteri Kena Tahu Ini



Seperti yang ramai sudah ketahui, negara kita kini sedang hangat dengan ramai orang yang dijangkiti virus influenza. Sehingga ke hari ini, terdapat beberapa buah sekolah di Malaysia yang diarah tutup oleh kementerian atas kes virus influenza ini

Virus influenza ini terbahagi kepada tiga iaitu influenza A, influenza B dan influenza C. Virus influenza ini sangat mudah dijangkiti. Pelbagai golongan dicatatkan dijangkiti dengan virus ini. Bagaimana pula dengan ibu mengandung? adakah merbahaya virus influenza ini terhadap golongan ibu mengandung

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penulisan yang dikongsi oleh HelloDoktor berkenaan dengan bahaya influenza terhadap golongan ibu mengandung seperti berikut:
Sana sini kecoh mengenai penularan wabak influenza, khususnya dalam kalangan bayi dan juga kanak-kanak. Bagaimana ibu mengandung, adakah mereka merupakan antara golongan yang turut berdepan risiko bahaya influenza

Apa itu influenza

Sebelum kita mengupas sama ada individu wanita hamil berdepan dengan risiko bahawa influenza atau tidak, apa kata kita memahami terlebih dahulu, secara ringkas mengenai influenza, boleh

Influenza atau flu merupakan satu jangkitan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza A, influenza B dan influenza C. virus-virus ini akan menjejaskan sistem badan melalui tekak dan juga paru-paru


Flu boleh menjadi satu masalah kesihatan yang berbahaya jika tidak diberikan rawatan segera. Ini kerana flu berisiko mengakibatkan komplikasi kepada kesihatan seperti menyebabkan wujudnya masalah bronkitis, pneumonia, meningitis, kegagalan fungsi ginjal dan kegagalan fungsi hati yang boleh mengancam nyawa

Disebabkan itu, anda amatlah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya mengalami simptom jangkitan influenza, seperti:
- Demam panas- Kesakitan sendi dan otot- Rasa keletihan yang kronik- Sesak nafas- Selesema atau hidung tersumbat- Sakit kepala
Memetik satu laporan akhbar tempatan, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bahawa virus influenza sebenarnya berlaku sepanjang tahun di kawasan tropika seperti Malaysia

Wabak ini menjadi sangat aktif terutamanya pada musim sejuk, iaitu antara bulan November hingga Mac pada bahagian Hemisfera Utara, manakala pada Hemisfera Barat adalah pada bulan April hingga September. Virus ini juga dipercayai mudah tersebar pada kawasan yang beriklim sederhana

Dilaporkan kebanyakan kes kematian berkaitan influenza sering berlaku kepada golongan individu dewasa yang berusia 65 tahun dan ke atas. Di samping itu, 99 peratus kes kematian yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun juga dipercayai melibatkan influenza

Jadi wabak jangkitan penyakit ini, sememangnya berbahaya kepada golongan yang lebih berusia dan juga kanak-kanak. Tetapi adakah ibu mengandung juga terkena tempias risiko bahaya influenza

Bahaya influenza kepada ibu mengandung
Dalam tempoh kehamilan, seseorang individu wanita itu akan mengalami perubahan pada sistem imunisasi badan, paru-paru dan juga jantung. Keadaan ini sekali gus menyebabkan mereka terdedah kepada penyakit yang serius kesan daripada flu

Mengalami flu atau selesema ketika hamil dianggap sebagai satu situasi yang berbahaya. Ini kerana ia cenderung menyebabkan wujudnya komplikasi kesihatan bukan sahaja kepada ibu mengandung malahan juga bayi yang sedang membesar di dalam kandungan. Lebih memburukkan keadaan jika individu wanita hamil itu juga menghidap penyakit asma atau diabetes. Masalah kesihatan itu akan membuatkan jangkitan flu yang dialami akan menjadi sangat berbahaya

Berikut adalah beberapa komplikasi yang berisiko untuk berlaku jika mengalami selesema ketika hamil, antaranya:
Pneumonia, iaitu keradangan paru-paru yang merupakan komplikasi jangkitan flu paling kerap berlaku
Meningitis, merupakan virus yang merebak ke bahagian otak. Keadaan ini berisiko menyebabkan keradangan berlaku di otak
Bronkitis, adalah penyakit jangkitan paru-paru
Kelahiran pramatang dan keguguran, keadaan ini boleh berlaku jika mengalami demam panas yang tinggi melebihi 38.5 ℃ semasa hamil dan tidak mendapatkan rawatan sewajarnya
Bahaya influenza ini sebenarnya.Jadi, amatlah dinasihat kepada ibu mengandung, jika anda mengalami sebarang simptom jangkitan flu, pastikan anda melakukan pemeriksaan dengan doktor pada kadar yang segera bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini

Langkah pencegahan
Bagaimana pula dengan langkah pencegahan yang boleh diambil? Mendapatkan suntikan flu merupakan satu perlindungan yang paling terbaik bagi mencegah jangkitan selesema semasa tempoh kehamilan

Menurut pengesahan daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), suntikan ini tidak memberikan sebarang kesan buruk kepada ibu mengandung yang mengambilnya. Malahan, jika anda mendapatkan suntikan flu ini, sudah tentu ia akan dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi berkaitan influenza daripada berlaku

Tetapi perkara yang sering menjadi kebimbangan dalam kalangan ibu-ibu hamil, adalah mengenai tahap kesesuaian pengambilan vaksin untuk diambil ketika sedang hamil dan bilakah tempoh yang sesuai

Bagi menjawab kebimbangan yang mungkin bersarang di dalam fikiran anda, berikut adalah perkongsian daripada laman Facebook milik seorang Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Doktor Muhammad Izzat Abdul Razak mengenai suntikan vaksin influenza kepada ibu mengandung

Vaksin influenza berbahaya kepada bayi
Bahaya influenza atau bahaya vaksin? Sudah tentulah yang lebih berbahaya adalah influenza. Jika anda pernah mendengar bahawa vaksin influenza berbahaya kepada bayi dalam kandungan, percayalah bahawa ia adakah MITOS semata-mata

Vaksin influenza mempunyai rekod tahap keselamatan yang bagus dan tidak akan mendatangkan risiko bahaya sama ada kepada ibu mahupun bayi. Sebaliknya vaksin ini akan bertindak untuk melindungi kedua-duanya

Sudah terlambat untuk suntikan vaksin
Sebenarnya tidak ada tempoh masa tertentu untuk mendapatkan suntikan vaksin ketika sedang mengandung. Menurut perkongsian Dr Izzat, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa vaksin ini selamat untuk diambil pada bila-bila masa sepanjang peringkat kehamilan

Jadi ini bermakna, anda boleh mengambilnya sama ada pada peringkat awal kehamilan iaitu semasa trimester pertama atau pada peringkat akhir kehamilan di trimester ketiga. Pilihan adalah di tangan anda

Cuma selesema
Betul, apa yang anda alami hanyalah selesema tetapi influenza bukanlah jangkitan selesema sebarangan. Jangkitan ini amat mudah berjangkit melalui titisan air yang tersebar daripada hidung mahupun mulut

Jika terdapat individu dengan influenza batuk atau bersin, ia secara automatik boleh menyebabkan virus tersebar ke udara. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengakibatkan individu yang berada di sekitarnya akan turut terdedah kepada jangkitan virus

Jangkitan ini boleh merebak dengan cepat dan akan menyebabkan masalah pernafasan yang teruk terutama individu yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan wanita yang sedang hamil

Walaupun amat jarang untuk berlaku, tetapi wujud risiko untuk menyebabkan keguguran, kematian bayi dalam kandungan, kelahiran bayi pramatang dan bayi lahir dengan saiz yang kecil sekiranya ibu hamil dijangkiti virus ini

Suntikan setiap tahun
Mungkin ada diantara anda sudah mendapatkan suntikan ini pada tahun lalu. Tetapi anda masih perlu untuk mendapatkan suntikan influenza pada setiap tahun. Ini kerana virus yang menyebabkan influenza akan berubah setiap tahun. Jadi keperluan untuk mengambil vaksin ini pada setiap tahun adalah amat digalakkan. Bukankah mencegah itu adalah sesuatu yang lebih baik daripada merawat

Konklusinya
Tidak kira anda adalah ibu mengandung atau tidak, bahaya influenza bukanlah boleh pandang remeh. Ia boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan yang lebih serius. Jadi, sekiranya anda mungkin mengalami sebarang simptom jangkitan influenza seperti yang dinyatakan dalam artikel ini, pastikan anda mendapatkan pemeriksaan doktor dengan cepat

Sumber: Hello Doktor via Siakapkeli.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2020/01/rupanya-influenza-sangat-bahaya-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Isteri Dikecewakan Suami Di Saat Mengandung Ebit Lew

Punca Isteri Dikecewakan Suami Di Saat Mengandung Ebit Lew

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 573 hits
Sedih bila dengar luahan ramai wanita yang ditipu dan dikecewakan suami di saat mengandung atau sedang penat mengurus keluarga anak anak bahkan tolong suami cari rezeki semua siang malam Semoga Allah beri jalan terbaik buat mereka Sebenarny...
Kalau Isteri Tengah Sarat Mengandung Suami Please Cakap Yang Baik Baik Je

Kalau Isteri Tengah Sarat Mengandung Suami Please Cakap Yang Baik Baik Je

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 463 hits
Orang perempuan bila tengah mengandung memang sensitif Suami kena jaga kata kata supaya hati isteri tidak terguris dengan ucapan yang mungkin tidak dimaksudkan tapi terkeluar dari mulut Akibat perubahan hormon dalam badan perempuan hamil ce...
Yaya Moonake Nafi Kahwin Suami Orang Pihak Isteri Tampil Saya Ada Bukti

Yaya Moonake Nafi Kahwin Suami Orang Pihak Isteri Tampil Saya Ada Bukti

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 939 hits
Kecoh dengan pendedahan seorang wanita dikenali sebagai Hanna yang mendakwa suami dirampas oleh rakan baik yang sudah dianggap adik dan dedahnya juga rakan baik yang dipanggil sebagai Yaya itu turut dikatakan telah bernikah senyap senyap de...
Sampai Berhutang Nak Beli Ketum Isteri Kecewa Suami Jadi Baran Lepas Ketagih Ketum

Sampai Berhutang Nak Beli Ketum Isteri Kecewa Suami Jadi Baran Lepas Ketagih Ketum

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 551 hits
Menyimpan air ketum adalah satu kesalahan undang undang dalam negara ini Pemilik boleh didakwa di bawah Seksyen 30 Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10 000 atau penjara sehingga empat tahun atau kedua duanya Malah...
Suami Pun Kena Tahu Waktu Subur Isteri Barulah Boleh Rancang Untuk Zuriat

Suami Pun Kena Tahu Waktu Subur Isteri Barulah Boleh Rancang Untuk Zuriat

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 783 hits
Kitaran haid setiap wanita adalah berbeza ada yang datang haid sebulan 2 kali dan ada juga yang 2 bulan sekali Jika anda rasa kitaran haid anda tidak normal sebaiknya anda jangan abaikan dan cepat berjumpa dengan pakar puan Bagi wanita yang...
Sejuk Perut Ibu Mengandung Nak Akhlak Anak Mulia Papa Mama Kena Mula Dari Janin Lagi

Sejuk Perut Ibu Mengandung Nak Akhlak Anak Mulia Papa Mama Kena Mula Dari Janin Lagi

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 270 hits
Akhlak yang mulia merupakan asas untuk menjadi insan yang Berjaya Oleh itu sebagai ibu bapa menjadi tanggungjawab anda dalam membentuk akhlak yang mulia untuk anak anak 1 Sewaktu hamil anda dan pasangan perlu sentiasa mematuhi suruhan ALLAH...
Jangan Ganggu Kebahagiaan Orang Al Quran Melarang Tegas Merebut Suami Atau Isteri Orang

Jangan Ganggu Kebahagiaan Orang Al Quran Melarang Tegas Merebut Suami Atau Isteri Orang

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 1272 hits
Gambar Sekadar HiasanBerdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian Merebut pasangan samada suami atau isteri milik orang lain terutamanya di kalangan kenalan terdekat sama sepert...
Suami Selalu Sebut Nama Bff Isteri Setiap Kali Bersembang Kita Kena Ada Sikit Rasa Curiga

Suami Selalu Sebut Nama Bff Isteri Setiap Kali Bersembang Kita Kena Ada Sikit Rasa Curiga

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 426 hits
Kedua duanya kita sayang Suami pun kita cinta sahabat pun kita kasih Dengan kasih sayang serta kepercayaan yang kita berikan siapa sangka suami rupanya berhubungan dengan teman yang kita anggap seperti ahli keluarga sendiri Betapa remuknya ...
Suami Tegur Aurat Bukan Tanda Dia Marah Tapi Itu Satunya Cara Menyayangi Isteri Tercinta

Suami Tegur Aurat Bukan Tanda Dia Marah Tapi Itu Satunya Cara Menyayangi Isteri Tercinta

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 387 hits
Anda tahu kan tentang batas aurat wanita Sebab itu suami yang menyayangi isteri akan selalu menegur cara mereka berpakaian Misalnya begini Sayang nak pergi mana tu mari sini dekat abang Sambil dia tarik untuk labuhkan tudung isteri agar men...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator